26 research outputs found

    Negara, undang-undang dan tenaga kerja: antara ideal dan realiti di Indonesia

    Get PDF
    Gunatenaga rentas sempadan bukan saja membawa banyak faedah ekonomi kepada negara penghantar, tetapi juga beberapa isu dan cabaran getir. Tenaga Kerja Indonesia (TKI) yang hendak ke luar negara sememangnya tertakluk kepada undang-undang tenaga kerja yang telah digubal oleh Pemerintah. Namun, TKI tersebut juga sering berhadapan dengan agensi tidak formal. Kedua-dua agensi ini mempunyai posisi dan pengaruh yang berbeza-beza. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis bagaimana negara sebagai suatu struktur tertinggi cuba untuk mengatur dan mengawal proses kemasukan dan keberadaan TKI di negara penerima. Analisis ditumpukan kepada undang-undang tentang imigresen dan undang-undang tenaga kerja di Indonesia serta reaksi TKI terhadap perundangan dan proses penguatkuasaan. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Informan terdiri daripada TKI yang sudah berstatus PATI (pendatang asing tanpa izin) di Malaysia. Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat jurang antara hal yang ideal menurut undang-undang dengan realiti yang berlangsung di Indonesia. Bagi memudahkan proses kemasukan, agensi tidak formal menjadi pilihan yang popular dalam kalangan TKI kerana keluwesannya dalam aspek pengurusan

    Impian dan realiti majlis perkahwinan orang Melayu masakini: kajian kes di pinggir Bandar Kuala Lumpur

    Get PDF
    Perkahwinan merupakan rites de passage atau satu proses kehidupan yang mesti dilalui oleh semua orang, baik lelaki mahupun perempuan tanpa mengira taraf dan darjat. Namun demikian, muktahir ini, isu peningkatan kos perkahwinan seringkali menjadi isu hangat di kebanyakan dada-dada akhbar, ceramah dan sebagainya. Kajian ini mengupas bagaimana faktor impian pasangan pengantin, terutamanya pengantin perempuan, dizahirkan melalui aktiviti konsumsi komoditi dan perkhidmatan perkahwinan untuk memenuhi keinganan dan citarasa mereka dalam mendapatkan bentuk majlis perkahwinan impian mereka. Data primer diperolehi melalui pemerhatian dan kajian di lapangan yang melibatkan keluarga berpendapatan rendah dan temubual mendalam dengan lima orang pengantin perempuan di Kampung Melayu Sri Wira Damai, Selangor . Hasil kajian mendapati wujud keinginan memenuhi bentuk majlis perkahwinan impian dalam kalangan informan melalui aktiviti konsumsi komoditi dan perkhidmatan perkahwinan yang disediakan industri perkahwinan. Perlaksanaan majlis perkahwinan yang dahulunya berkiblatkan tuntutan agama, adat dan sikap berjimat cermat kini semakin terhakis oleh keinginan tersebut, dan ini secara langsung menyumbang kepada berlakunya peningkatan kos perkahwinan masa kini

    Kedai mamak sebagai platform kesepaduan sosial dalam konteks Malaysia

    Get PDF
    Penulisan ini dilakukan dengan tujuan untuk meneroka peranan kedai mamak sebagai platform kesepaduan sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Sehubungan dengan itu, dua tujuan kajian telah dibentuk untuk mengkaji peranan kedai mamak sebagai platform kesepaduan sosial, iaitu menjelaskan kedudukan kedai mamak sebagai platform kesepaduan sosial berdasarkan pandangan pengunjung kedai mamak dan membincangkan hubungan antara First Places, Second Places dengan Third Places dalam membentuk kesepaduan sosial berdasarkan pandangan pengunjung kedai mamak. Teori Third Places digunakan untuk menganalisis peranan ruang sosial lain yang wujud sebelum kedai mamak dalam memangkin kesepaduan sosial dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Pendekatan penyelidikan kualitatif digunakan dalam penulisan ini. Teknik pengumpulan data yang dipilih ialah temu bual mendalam dan pemerhatian. Unit analisis bagi kajian ini ialah pengunjung kedai mamak yang mempunyai rakan-rakan dari etnik yang pelbagai. Penulisan mendapati bahawa dapatan daripada informan menunjukkan bahawa rumah/kejiranan ialah First Places, tempat kerja/ belajar ialah Second Places dan kedai mamak adalah Third Places. Peranan Third Places dalam penulisan ini adalah untuk menyambung hubungan sosial yang telah terbentuk dalam First Places dan Second Places. Penulisan ini menyimpulkan bahawa kedai mamak berada dalam kedudukan Third Places. Justeru, dalam membincangkan kesepaduan sosial maka perhatian seharusnya diberikan kepada First Places dan Second Places berbanding dengan Third Places

    Interaksi sosial di ruang maya: kajian kes jaringan sosial melalui laman Facebook di Malaysia

    Get PDF
    Interaksi sosial di laman sosial Facebook bukanlah perkara yang baharu. Malahan, mempunyai akaun Facebook dianggap sebagai satu kemestian untuk seseorang terus berhubung dengan rakan-rakan yang telah lama atau yang baharu dikenali. Namun, interaksi melalui laman sosial Facebook dikatakan masih mempunyai persamaan dengan interaksi sosial konvensional secara tatap muka, iaitu dari segi jenis, asas dan kesan tingkah laku berkenaan. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan persamaan tersebut. Seramai 15 orang pelajar siswazah yang menginap di Kolej Keris Mas, UKM telah dikaji dengan menggunakan kaedah penyelidikan gabungan kuantitatif dan kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa corak interaksi sosial di Facebook sama seperti corak interaksi sosial konvensional. Jaringan interaksi sosial para aktor tersebut juga didapati bertindan lapis dengan jaringan persahabatan yang sedia ada. Tingkah laku para aktor di Facebook juga sama dengan tingkah laku secara konvensional dalam kehidupan seharian, terutamanya yang berasaskan minat, nilai dan sentimen. Kesan interaksi sosial di Facebook juga didapati sama dengan kesan interaksi konvensional seharian, iaitu dalam konteks sokongan sosial untuk mendapatkan maklumat, mudah menjalin hubungan, mengurangkan masalah kesunyian, mengurangkan tekanan dan mendorong aktor berfikiran lebih terbuka. Secara keseluruhannya, kajian ini menyimpulkan bahawa interaksi sosial di Facebook adalah sama seperti interaksi konvensional secara tatap muka

    Perubahan dan upacara tradisional Indonesia: kajian kes ‘Rambu Solo’ dulu dan kini di Makale Utara Tana Toraja, Sulawesi

    Get PDF
    Upacara rambu solo’ dulu dan kini mengalami perubahan dan boleh menimbulkan pelbagai masalah. Makalah ini bertujuan untuk melihat bagaimana berlakunya perubahan upacara rambu solo’ masa dulu dan masa kini di Makale Utara, Tana Toraja, Sulawesi Selatan, Indonesia. Menggunakan kaedah kualitatif. Data diperoleh dari pemerhatian, temu bual dan sumber bertulis dari pengkaji-pengkaji budaya Toraja sebelum ini. Hasil kajian menemukan bahawa perubahan makna upacara rambu solo’ dulu dan kini, menimbulkan tiga bentuk motif perilaku, iaitu motif status sosial yang mengarah kepada motif ingin memperlihatkan prestij, motif ekonomi, dan motif budaya. Hasil kajian mencadangkan kepada tokoh agama, lembaga pendidikan dan pemerintah agar meningkatkan pembinaan agar menyedarkan masyarakat Toraja supaya meninggalkan perilaku pelbagai motif ini terutamanya motif memperlihatkan prestij demi menjamin keaslian makna ritual ini

    COMPROMISE IN TRADITIONAL CEREMONIES: A CASE STUDY OF THE RAMBU SOLO’ CEREMONY IN TORAJA REGENCY

    Get PDF
    Purpose of the study: The rambu solo’ ceremony is a traditional death ceremony of the Tana Toraja regency with roots in local beliefs. However, over time, the tradition has become associated with social status and economic motives. These changes have led to many issues. This article analyses the motivations that drive the compromises that families must accept when selecting a form of rambu solo’. Methodology: This was a case study conducted in the village of Lemo in the regency of Tana Toraja. Primary data collected through in-depth interviews and observation. Informants consisted of cultural figures, religious figures, and indigenous locals with experience performing rambu solo’ — secondary data taken from existing literature about Toraja Regency. Main Findings: Results showed that compromises taken for motives of social status were irrational but comprised the most common reasoning behind rambu solo’ ceremony selection. For those families motivated by social status, choice of rambu solo’ ceremony form performed for one of two reasons: preserving their social status ascribed to them from birth (attributed status) Applications of this study: The selection of non-rapasanrambu solo’ ceremonies based on economic motives were rationally-sound but relatively rare. Avoiding wastefulness in the performing of rambu solo’ is done through simplifying the procession through shortening the storage period of the remains of the deceased before the rambu solo’ reducing the number of days of the rambu solo’ ceremony. Novelty/Originality of this study: This shows that irrational decision-making, in the context of traditional ceremonies, cannot be considered irrational; even irrational decisions can be justified and explained based on individual interpretations of rationality based on local culture. Interestingly, social status was the most common motive form selection based on economic motives were rational but less popular among the people sound choice theor

    UTILIZATION OF NATURAL RESOURCES AND SOCIAL SECURITY IN FISHERMEN FAMILIES ON SALEMO ISLAND AND WEST RANGAS, SOUTH SULAWESI PROVINCE

    Get PDF
    Purpose of the study: This study aims to reveal the social security of traditional fishers in Salemo Island and West Rangas, South Sulawesi Province. Methodology: The research method used is descriptive qualitative with a type of case study research. The research location was determined purposively, namely on Salemo Island, and West Rangas. Informants chose purposively, those who deserve used as sources of information. Data collection by in-depth interviews and observations, collect community ideas collectively with a Group Discussion Forum. Data collected and then reduced to the main findings following the focus of research. Main Findings: The utilization of income for social security’s is done by helping small fishers by providing loans for money to buy the equipment needed, among other anglers, borrowing mechanisms, especially fishermen who open businesses selling goods for daily necessities. Social securities are still running, such as fishers get a lot of results from the sea handing out their fish. Applications of this study: The implications of this research can be a social function in overcoming the basic needs of community members to be used as a strengthening of the nation's character. Salemo Island fishers traditionally use local assets to use the environmentally friendly fishing gear as a form of local cultural wisdom of coastal communities. Novelty/Originality of this study: The use of environmentally friendly fishing gear by Salemo Island fishers needs to be used as a model to be applied to other fishing communities, to avoid using explosives (fish bombs, anesthesia, and trawl) to catch fish

    Subbudaya kumpulan mat rempit: interpretasi penggunaan bahasa di kalangan ahli kumpulan

    Get PDF
    Artikel ini membincangkan kajian aktiviti ahli kumpulan Mat Rempit dan sub-budaya bahasa yang digunakan dalam interaksi mereka di Negeri Melaka. Permasalahan kajian mengkhusus kepada aktiviti dan interpretasi amalan sub-budaya bahasa di kalangan mereka. Pengkaji telah memilih tujuh orang informan menggunakan kaedah persampelan bertujuan dan kaedah judgemental dalam satu kerja lapangan di Ayer Keroh, Melaka. Informan yang dipilih adalah Mat Rempit iaitu lelaki Melayu lingkungan umur 16 hingga 26 tahun. Kesemua informan ditemubual secara mendalam. Kajian bertujuan memperihal aktiviti ahli kumpulan Mat Rempit dan menginterpretasi elemen-elemen sub-budaya bahasa yang diamalkan oleh mereka. Kajian mendapati sub-budaya bahasa dibentuk dalam cara dan kaedah yang pelbagai. Bahasa tersebut mempunyai maksud tersurat dan tersirat dalam mewujudkan nilai keakraban dan rasa selamat semasa menjalankan aktiviti ahli kumpulan Mat Rempit

    Integrasi orang Bawean dalam penggunaan bahasa ke arah membina bangsa Malaysia

    Get PDF
    Setiap masyarakat memerlukan bahasa untuk berkomunikasi. Bahasa juga menjadi identiti sesebuah bangsa sebagai ciri utama pembinaan negara-bangsa. Dengan bahasa, masyarakat boleh menjalankan aktiviti seharian. Kertas kerja ini pertamanya bertujuan untuk membincangkan sejauh mana bahasa Bawean digunakan oleh orang Bawean dalam kehidupan seharian. Kedua, untuk membincangkan penggunaan bahasa Bawean dalam kalangan orang Bawean antara generasi. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Seramai tujuh orang dari 11 orang informan dipilih. Kajian dijalankan di penempatan orang Bawean di Kampung Sungai Tiram dalam daerah Johor Bahru. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan Bahasa Bawean digunakan untuk urusan seharian sesama orang Bawean sewaktu berkomunikasi. Jika berbeza sub etnik. Bahasa Melayu menjadi bahasa dominan untuk berkomunikasi dengan etnik yang berbeza. Dari segi antara generasi pula, tiada perbezaan ketara penggunaan Bahasa Bawean. Secara kesimpulannya, dari segi penghayatan nasional, etnik Bawean juga cenderung ke arah positif dalam pembinaan bangsa Malaysia dari segi bahasa

    Perkaitan Rutin Aktiviti dan Jenayah Serangan Seksual Ke Atas Wanita

    Get PDF
    Viktimisasi membincangkan perlakuan jenayah dari sudut pandang dan fokus terhadap mangsa jenayah. Kajian literatur terhadap Teori Aktiviti Rutin digunakan dalam memahami jenayah serangan seksual ke atas wanita sebagai mangsa. Teori Aktiviti Rutin menyatakan seseorang menjadi mangsa disebabkan keterlibatan tiga pihak iaitu pemangsa bermotivasi, mangsa yang menarik dan ketiadaan penjaga yang berkebolehan; dan individu yang menghabiskan banyak masa di luar rumah mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi mangsa. Jadi kajian bertujuan untuk melihat apakah lokasi kejadian mempengaruhi serangan seksual yang terjadi. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan pendekatan kajian kes dan aplikasi teknik temu bual mendalam terhadap 11 orang informan bagi melihat faktor yang mencetuskan serangan seksual. Hasil kajian mendapati bahawa mangsa tidak sendirinya mencetuskan serangan seksual ke atas diri mereka sebaliknya tidak berdaya di atas faktor tinggal serumah bersama pemangsa, berseorangan dan kegagalan penjaga menjalankan tanggungjawab dengan baik. Kesimpulannya, viktimisasi terhadap mangsa serangan seksual tidak dicetuskan oleh mangsa sendiri tetapi mangsa merupakan individu yang tidak berdaya dan tidak bernasib baik
    corecore