21 research outputs found
Pendekatan psikologi dakwah menangani histeria remaja muslim di Selangor
Gejala histeria dalam kalangan remaja di Malaysia merupakan epidemik sosial yang
telah lama berlaku dalam masyarakat. Kejadian tersebut mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran, psikologi, jasmani dan spiritual remaja. Pelbagai
pendekatan pencegahan dilakukan oleh remaja dan pihak sekolah dalam menangani
gejala yang berlaku, namun tidak menunjukkan pengurangannya. Oleh itu kajian ini
bertujuan mengenal pasti konsep histeria, menganalisis faktor dan simptom histeria
remaja, mengenal pasti pendekatan psikologi dakwah untuk menangani histeria,
mengkaji kaedah pencegahan yang dilakukan remaja terhadap gejala histeria serta
menganalisis hubungan antara faktor, simptom dan langkah pencegahan. Reka bentuk
kajian adalah kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik dan temu
bual. Seramai 122 orang responden yang mengalami histeria dari 10 buah sekolah di
Selangor dipilih secara persampelan kelompok dan seramai 9 orang pelajar yang
mengalami histeria ditemu bual. Temu bual turut dijalankan terhadap kaunselor, pakar
psikiatri dan perawat perubatan Islam bagi menyokong dapatan kajian. Hasil kajian
mendapati terdapat lima faktor histeria dalam kalangan remaja Muslim iaitu faktor
psikologi, tekanan keluarga dan persekitaran, kepercayaan dan kebudayaan dan
amalan keagamaan. Manakala dari aspek simptom, terdapat tiga bentuk simptom iaitu
simptom gangguan emosi, psikiatri dan gangguan makhluk halus. Dari sudut
pencegahan, remaja yang mengalami histeria kerap menggunakan pencegahan secara
tazkiyah al-nafs, perawatan Islam dan psikiatri. Hasil analisis hubungan antara faktor
dan simptom histeria mendapati faktor yang berhubung secara signifikan dengan
ketiga-tiga simptom histeria adalah faktor psikologi, tekanan persekitaran dan
kepercayaan dan kebudayaan. Manakala dari aspek pencegahan terdapat hubungan
yang signifikan antara pencegahan tazkiyah al-nafs dan perawatan Islam dengan
simptom gangguan emosi. Implikasi kajian dapat membantu pelbagai pihak dalam
menangani punca dan simptom histeria remaja dengan menggunakan pendekatan
psikologi
3
dakwah
Symptoms of Depression among Teenagers in Malaysia
Depression is a psychiatric disorder that involves emotional disorders that often occur in Malaysian teenagers. Depression will cause a person to feel sad, tired, and angry, lose interest to do daily activities and tend to kill themselves. Depression can occur in male and female teenagers. It is often a sad feeling that occurs in a long period so that it can reach a period of two weeks. Symptoms of depression can be seen from the angle, cognitive, behavioural and physiology associated with each other in their daily lives. Teenagers are also not spared to face depression. In a variety of emotions facing teenagers, they face a variety of emotions that make them depressed and will result in depression. The objective of this article is to identify the symptoms of depression suffered by teenagers. To identify the objective of the content analysis method is done. The findings show that there are some symptoms of depression that cause discomfort and disrupt teenagers to function normally. The implication of the study giving knowledge about the symptoms of depression among teenagers and the kinds of treatment often used which are through counselling and psychotherapy
Sorotan histeria massa remaja Muslim di Malaysia
Histeria merupakan permasalahan sosial masyarakat yang sering didengari berlaku dalam komuniti. Gejala histeria yang berlaku sama ada secara individu atau kumpulan menunjukkan terdapat tekanan dalam kelompok atau mangsa yang membawa kepada ledakan psikologi yang ekstrim dan di luar kawalan. Histeria yang berlaku khusus dalam kalangan remaja di Malaysia kebanyakannya terjadi secara beramai-ramai atau berkumpulan. Gejala ini dikenali sebagai histeria massa atau histeria epidemik iaitu cetusan histeria yang melibatkan sekumpulan individu yang berkongsi keadaan tertekan dan emosi yang saling berhubung antara satu sama lain. Justeru dengan melihat kepada senario yang berlaku artikel ini ditulis untuk mengupas isu histeria massa dan menyoroti fenomena histeria dalam kalangan remaja Muslim di Malaysia. Kupasan isu ini menggunakan kaedah analisis kandungan dengan cara meneliti dokumen dan artikel berkaitan untuk mengenal pasti gejala histeria massa dalam kalangan remaja. Rumusan perbincangan mendapati histeria massa dalam kalangan remaja di Malaysia kebanyakannya bercorak mass motor hysteria (histeria massa motor) dengan orientasi tingkah laku ceraian (dissociative), iaitu tingkah laku fizikal ekstrim berbanding di Barat yang sering berbentuk mass anxiety hysteria (histeria massa kebimbangan
Faktor gangguan emosi dalam fenomena histeria massa remaja Muslim
Gejala histeria beramai-ramai atau histeria massa adalah satu permasalahan sosial yang telah lama wujud di Malaysia. Histeria massa kebanyakannya terjadi di komuniti sekolah, asrama dan kilang. Di Malaysia, gejala ini lebih kerap ditemui dalam kalangan remaja Muslim di sekolah. Impak histeria massa mengakibatkan pelbagai kesan negatif terutama pada emosi dan keharmonian sosial. Epidemik yang berlaku menyebabkan suasana panik dan tegang serta merencatkan perjalanan aktiviti persekolahan. Oleh itu kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor gangguan emosi dalam gejala histeria massa remaja Muslim di sekolah. Kajian menggunakan kaedah kajian tinjauan (survey) dengan penggunaan soal selidik sebagai sebagai alat kajian. Sampel kajian terdiri daripada 105 orang pelajar yang pernah mengalami histeria daripada beberapa buah sekolah sekitar negeri Selangor. Hasil kajian menunjukkan kejadian histeria massa adalah berpunca dari tekanan dan gangguan emosi yang berada pada tahap sederhana tinggi iaitu apabila ledakan tingkah laku histerikal muncul. Simptom histeria yang ditunjukkan menggambarkan unsur kecelaruan dan gangguan pada fungsi afektif. Di samping itu, kajian juga telah mengenalpasti beberapa jenis gangguan emosi yang boleh menjadi pencetus epidemik histeria dalam kalangan remaja muslim iaitu rasa bersalah atas kesilapan lalu, memendam rasa, membayangkan sesuatu yang menakutkan, kesedihan, kebimbangan, tekanan, panik dan takut. Implikasi daripada kajian ini dapat membantu pihak sekolah dalam menangani histeria massa dari terus berlaku dengan mengenal pasti faktor gangguan emosi tersebut
Peranan Pendakwah Terhadap Religiositi Mualaf di Negeri Johor: Sebuah Sorotan Awal
Dakwah merupakan usaha penting dalam penyebaran agama Islam. Setiap individu Muslim mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan dakwah Islam melalui pelbagai cara mengikut kemampuan dirinya. Para ulama juga telah menggariskan panduan dalam berdakwah yang merupakan interpretasi daripada tauladan sunah Rasulullah SAW dan ayat al-Quran. Melalui usaha dakwah ini juga dapat membimbing individu yang dilembutkan hatinya untuk memeluk agama Islam dan meninggalkan agama lain. Golongan ini digelar sebagai mualaf dan tergolong dalam lapan kategori yang menerima bantuan zakat. Majlis Agama Islam Negeri Johor MAINJ menetapkan seseorang yang baru memeluk agama Islam dalam had tempoh selama 10 tahun sebagai mualaf sebelum diiktiraf sebagai mukalaf. Selama tempoh ini juga, pelbagai bentuk bantuan dan kemudahan diberikan kepada golongan mualaf untuk memperkukuhkan kebolehupayaan mereka bagi meneruskan kehidupan beragama Islam. Namun begitu, dengan segala bentuk bantuan yang diberikan, terdapat golongan mualaf yang terlibat dalam masalah gejala sosial, jenayah, tekanan emosi dan permohonan murtad yang menggambarkan ketidakmampuan melaksanakan kehidupan beragama Islam. Kehidupan beragama atau religiositi adalah amat penting dalam kehidupan seseorang dan memberi pengaruh yang besar terhadap personaliti, tindakan dan cara berfikir. Situasi ini mewujudkan persoalan mengenai apakah peranan pendakwah terhadap tahap religiositi mualaf dan di manakah tahap religiositi mualaf tersebut pada masa kini. Berdasarkan persoalan tersebut, kajian ini dilaksanakan dengan mengenal pasti peranan pendakwah terhadap mualaf dan mengkaji pengukuran religiositi yang sesuai bagi golongan mualaf di Johor. Kajian ini adalah kajian kualitatif menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap sorotan karya terdahulu. Dapatan kajian menjelaskan peranan pendakwah dan menunjukkan Model Religiositi Muslim, yang digunakan sebagai dasar pembinaan inventori religiositi-personaliti Muslim adalah sesuai untuk digunakan kepada golongan mualaf dengan mematuhi prinsip-prinsip asas dalam pengukuran religiositi. Dapatan ini boleh dijadikan panduan dalam kajian yang berkaitan pengukuran religiositi mualaf
The impact of personality trait on the relationship of emotional intelligence and self-esteem
Fundamental science of psychology often rooted in diversity theory that touching reality of human and humanity. Theoretical solution alone may not be able to unlock the psychological issues because it is closely related to affective, cognitive and human behaviour in the workplace. In this study, the issues in the workplace are referring to personality, emotional intelligence and self-esteem of employees. The specific purpose of this study was to test the effect of extraversion personality as a moderator towards the relationship of emotional intelligence and self-esteem of employees. A total of 196 civil servants in the Local Authority (LA) have been selected as respondents. Measurement tools that used is Eysenck Personality Questionnaire-Revised Short Form (EPQR-S), Emotional Intelligence Self-Description Inventory (EISDI), and Rosenberg Self-Esteem Scale (RSES). The data was analysed by using the hierarchical regression analysis. The finding shows that the two hypotheses are accepted. From this analysis as well, there was a moderating effect of extraversion personality on the relationship between emotional intelligence (perception and appraisal of emotion, and understanding emotions) with self-esteem of employees. The most important finding shows that extraversion personality serves as moderator when the relationship between emotional intelligence and self-esteem are enhanced if extraversion were on a high level. This is compared with the low levels of extraversion personality that causing on relationship of emotional intelligence with self-esteem more weaker
The impact of personality trait on the relationship of emotional intelligence and self-esteem
Fundamental science of psychology often rooted in diversity theory that touching reality of human and humanity. Theoretical solution alone may not be able to unlock the psychological issues because it is closely related to affective, cognitive and human behaviour in the workplace. In this study, the issues in the workplace are referring to personality, emotional intelligence and self-esteem of employees. The specific purpose of this study was to test the effect of extraversion personality as a moderator towards the relationship of emotional intelligence and self-esteem of employees. A total of 196 civil servants in the Local Authority (LA) have been selected as respondents. Measurement tools that used is Eysenck Personality Questionnaire-Revised Short Form (EPQR-S), Emotional Intelligence Self-Description Inventory (EISDI), and Rosenberg Self-Esteem Scale (RSES). The data was analysed by using the hierarchical regression analysis. The finding shows that the two hypotheses are accepted. From this analysis as well, there was a moderating effect of extraversion personality on the relationship between emotional intelligence (perception and appraisal of emotion, and understanding emotions) with self-esteem of employees. The most important finding shows that extraversion personality serves as moderator when the relationship between emotional intelligence and self-esteem are enhanced if extraversion were on a high level. This is compared with the low levels of extraversion personality that causing on relationship of emotional intelligence with self-esteem more weaker
Amalan Beragama Orang Asli Muslim di Semenanjung Malaysia: Kajian Analisis Bibliometrik
Amalan beragama masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia banyak dilihat kepada pengamalan agama dan kepercayaan asal mereka. Namun, kajian dalam pengamalan agama Islam masyarakat Orang Asli Muslim di Semenanjung Malaysia masih tidak banyak ditelusuri. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji penulisan tentang amalan beragama masyarakat Orang Asli Muslim khusus di Semenanjung Malaysia dalam tempoh satu dekad, bermula pada tahun 2013 sehingga tahun 2022. Kajian ini menggunakan analisis bibliometrik terhadap penerbitan ilmiah yang ditemui berdasarkan satu pangkalan data sahaja iaitu Google Scholar. Hasil analisis kata kunci mendapati kajian berkenaan amalan beragama masyarakat Orang Asli banyak membincangkan daripada aspek pendakwah dan bukan orang yang didakwah (mad’u). Selain itu, amalan beragama juga kurang dibincangkan terhadap Orang Asli, namun lebih fokus kepada institusi pendidikan peringkat menengah dan pengajian tinggi serta masyarakat lain
The Implementation of Islamic Religious Guidance Classes Among Mualaf During the COVID-19 Pandemic Season
The COVID-19 pandemic that has hit the whole world has a great impact on the teaching and learning system, including in the implementation of Islamic religious guidance among mualaf at MACMA Johore State. This study aims to see how Islamic religious guidance classes are implemented among mualaf at MACMA during the COVID-19 pandemic. This study uses qualitative methods through interviews, observations and document collection to answer the research questions. The results of the study show that during the COVID-19 pandemic season, the converts followed the Islamic religious guidance class through the Google Meet application that had been prepared by the instructor. While the problem faced by converts is the difficulty in handling Google Meet, in addition to that, their understanding of the subject presented by the instructor is also reduced
Psychospiritual guidance frameworks in dealing teenagers with delinquent
The phenomenon of current social phenomena that occur every day shows a wide range of social problems of society that are not only from the civic consciousness, family functioning and environmental issues, but the most important is the problem of morale, morality and personality among the youth. Symptoms such as bullying, smoking, damaging public property and stealing which are common and unstoppable eventually lead to heavier crimes such as robbing, killing, sex and drug addiction. The act is known as delinquent among the underage adolescents while for the youth is devian or criminal behavior. This situation undermines public order and social harmony that is responsible for every member of the community to save the youth from continuing to a more dangerous scene. Thus a preliminary study of interventions and guidance from the islamic psychospiritual is identified as a step towards addressing delinquents. The objective of the article is to identify the dimensions of Islamic psychospiritual according to the views of Islamic and Western psychologists. In achieving the objectives the content analysis method (content analysis) is done. The findings show that is an integrated psychospiritual framework involves psychological and spiritual guidance in dealing with delinquent youth. The implication of this study is expected to provide early information on integrated guidance from psychospiritual dimension towards teenagers with delinquent symptoms