16 research outputs found

    Penggunaan internet dalam kalangan usahawan wanita: akses, kemahiran dan motivasi

    Get PDF
    Kemajuan Internet telah membawa peluang-peluang baru untuk perkongsian dan pengumpulan pengetahuan dalam masyarakat. Internet boleh menyediakan peluang tanpa batasan untuk pembangunan ekonomi dan penglibatan sosial melalui alat dan pemikiran inovatif baru. Kajian ini bertujuan untuk meninjau penggunaan Internet dalam kalangan usahawan wanita, sesuai dengan fenomena perniagaan dalam talian yang memuncak masa kini. Usahawan wanita dalam kajian ini merujuk kepada mereka yang mempunyai misi dan visi sebagai usahawan berjaya dengan menjadikan Internet sebagai medium utama yang menggerakkan perniagaan mereka. Objektif kajian adalah untuk mengetahui pola penggunaan Internet dalam kalangan usahawan wanita dengan dimensi-dimensi yang telah dikenal pasti. Kaedah kuantitatif secara tinjauan telah dilakukan terhadap 402 orang usahawan wanita yang menjalankan perniagaan secara dalam talian (online). Dua kaedah tinjauan digunakan iaitu secara temu bual bersemuka dan secara pengisian dalam talian. Kajian ini juga mentakrifkan penggunaan Internet sebagai keupayaan dan pengalaman responden dari aspek kekerapan mengakses aplikasi Internet, kemahiran menggunakan Internet dan motivasi responden dalam menggunakan Internet juga turut dikenal pasti. Hasil dapatan menunjukkan bahawa aplikasi yang sering diakses dan digunakan adalah aplikasi yang menjadi perhatian ramai seperti WhatsApp, Facebook dan Instagram. Responden juga mempunyai kemahiran dan bermotivasi menggunakan Internet dalam kadar yang tinggi. Jelas, ini menunjukkan bahawa usahawan wanita sangat bergantung kepada penggunaan Internet dalam urusan perniagaan mereka dengan tahap kemahiran dan motivasi yang tinggi

    THE EFFECTS OF SCIENCE LEARNING BASED ON THE SOCIO-SCIENTIFIC ISSUES WITH ISLAMIC VALUES ON LEARNERS’ ATTITUDES TOWARDS THE SOCIO-SCIENTIFIC ISSUES

    Get PDF
    This study aimed to investigate the effects of ‘science learning based on the socio-scientific issues with Islamic values (PSBIS-NI)’ on form four secondary school students’ attitudes towards the socio-scientific issues. PSBIS-NI is a learning method that focuses on the socio-scientific issues with the integration of Islamic values. A learning module was developed based on PSBIS-NI conceptual model as a reference for the intervention of PSBIS-NI. The Pre-experimental design: One Group Pre Test-Post Test Design was employed in this study. The effects of PSBIS-NI on the variable were measured in the pretest, posttest and extended posttest. The purposive sampling was used to select 31 form four Muslim students from the science classes to undergo the PSBIS-NI intervention. A Science teacher and an Islamic Education teacher were involved collaboratively as facilitators during the intervention. Attitudes towards Socioscientific Issues Scale was administered to the students. Hypotheses were tested for statistical inference by using ANOVA repeated measures. Findings of the study indicate that PSBIS-NI has positive effects on the learners’ attitudes toward socio-scientific issues. This study contributes to science education in providing content and methods for implementation of PSBIS-NI through the development of PSBIS-NI Integrated Module. One of the suggestions for future research is to implement PSBIS-NI with a focus on specific skills such as argumentative and decision-making skills. Keywords: Attitude, Islamic values, Malaysia, socioscientific issues, Science learningCite as: Abd. Rahim, R. & Samsudin, M.A. (2017). Kesan pembelajaran Sains berasaskan isu sosiosaintifik dengan nilai Islam ke atas sikap pelajar terhadap isu sosiosaintifik [The effects of Science learning based on the socio-scientific issues with Islamic values on learners’ attitudes towards the socio-scientific issues]. Journal of Nusantara Studies, 2(2), 231-250.  http://dx.doi.org/10.24200/jonus.vol2iss2pp231-250 AbstrakKajian ini bertujuan mengkaji kesan pembelajaran sains berasaskan isu sosiosaintifik dengan nilai Islam (PSBIS-NI) ke atas sikap pelajar sekolah menengah tingkatan empat terhadap isu sosiosaintifik. Dalam kajian ini, sebuah modul pembelajaran dibina berasaskan Model Konseptual PSBIS-NI sebagai rujukan untuk intervensi PSBIS-NI. Reka bentuk Pra-eksperimen: Ujian Pra-Ujian Pos Satu Kumpulan digunakan dalam kajian ini. Kesan PSBIS-NI ke atas variabel sikap terhadap isu sosiosaintifik diukur dalam ujian pra, ujian pos dan ujian pos lanjutan. Kaedah pensampelan bertujuan digunakan bagi memilih 31 orang pelajar tingkatan empat aliran sains dan beragama Islam untuk menjalani intervensi PSBIS-NI. Seorang guru mata pelajaran Sains dan seorang guru Pendidikan Islam terlibat secara kolaboratif sebagai fasilitator semasa pelaksanaan intervensi. Soal Selidik Sikap Terhadap Isu Sosiosaintifik digunakan untuk mengukur sikap pelajar terhadap isu sosiosaintifik. Data diproses dan dianalisis berbantukan pakej statistik SPSS versi 19. Hipotesis kajian diuji secara statistik inferensi menggunakan Ujian Anova dengan Pengukuran Berulang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa PSBIS-NI memberi kesan positif ke atas sikap pelajar terhadap isu sosiosaintifik. Kajian ini memberi sumbangan kepada pendidikan sains dalam menyediakan isi kandungan dan kaedah pelaksanaan PSBIS-NI melalui pembangunan Modul Bersepadu PSBIS-NI. Antara cadangan untuk kajian lanjutan adalah melaksanakan intervensi PSBIS-NI dengan menumpukan kepada kemahiran tertentu seperti kemahiran berhujah dan kemahiran membuat keputusan. Kata Kunci: Isu sosio-saintifik, Malaysia, nilai Islam, sikap, pembelajaran Sain

    Short run macroeconomic factors affecting car sales in Proton / Zahariah Mohd Zain … [et al.]

    Get PDF
    Malaysia had committed to be an automotive-producing country through the establishment of Proton in the year 1983. Since then, Proton has been quite a significant contributor to the Malaysian economy. People are influenced to purchase cars due to a number of factors; and these factors are studied in this research. This paper aims to identify the relationship between the macroeconomic indicators and the sales volume of cars in Malaysia. In achieving the objective, the study used secondary data gathered from Internet search, journals, and government agencies, which were then analyzed using descriptive statistic, correlation analysis, and multiple regression statistic. The result of the study shows that inflation and unemployment contribute significantly to the volume of car sales for Proton. On the other hand, gross domestic product (GDP) and interest rate do not have significant impact on the sales volume. These findings will provide Proton with valuable insights about which factors are the most influential, so they could strategize accordingly

    The linked of attitude, subjective norms, trust, knowledge and intention to use halal cosmetic products among students: a case of public university in Malaysia

    Get PDF
    Background: Malaysia has taken serious approach towards developing Halal products since 2009 and Halal cosmetic products will be next thing in the Halal industry that needs to be taken seriously. The Islamic Development Department (JAKIM) had controlled the Halal certifications and it must comply with the Malaysia standard MS 2200; 2008. This certification must be made known to the customers and users.This study aims to examine the relationship between attitudes, subjective norms, trust, knowledge and desire or intention of the user in using Halal cosmetic products. The respondents of this study were 327 students in public university that being selected randomly. The data were analysed using Descriptive Analysis, Pearson Correlation Analysis and Multiple Regression Analysis by SPSS Version 20. The results showed that all variables can affect the desire or intention to use Halal products among consumers significantly.Even so, between five independent variables, the attitude has the highest regression.The study also show a positive relationship between the variables, which means increasing attitude will lead to an increase in desire or intention users and vice versa.For example, if the user has a positive attitude towards the desire to use Halal products, consequently the desire in order to use Halal cosmetic will be increased

    Teknik seismos pantulan dan geoelektrik dwikutub-dwikutub dalam pengesanan Lohong Batu Kapur di Batu Caves

    No full text
    Pengecaman punca bencana geologi kejuruteraan di kawasan batu kapur seperti lohong batu kapur, kewujudan lubang benam dan gua-gua batu kapur telah menjadi amat penting dalam penyiasatan tapak sebelum sesuatu pembinaan seperti jalan raya, jambatan dan bangunan dilakukan. Begitu juga dalam kerja-kerja penerowongan dan perlombongan, pengetahuan asas sifat kejuruteraan jasad batuan amat perlu diketahui untuk menitai kesesuaian dan keselamatan bangunan yang bakal dibina. Teknik geofizik telah digunakan secara meluas dalam kajian geologi kejuruteraan untuk menangani masalah yang terdapat di tapak-tapak binaan yang mempunyai batu kapur sebagai batuan dasar. Dalam kajian ini teknik seismos pantulan cetek dan kaedah geoelektrik dwikutub-dwikutub telah digunakan untuk mengesan rongga batu kapur yang terdapat di kawasan Batu Caves, Kuala Lumpur. Kedudukan dan kedalaman rongga batu kapur di kawasan kajian telah ditentukan melalui data lubang gerudi dan laporan yang diperoleh daripada Jabatan Kajibumi Malaysia. Berdasarkan data lubang gerudi tersebut terdapat beberapa rongga yang terisi air dan pasir halus berlodak di kedalaman 15.7 m hingga 17.8 m, 20.2 m hingga 21.1 m dan 21.4 m hingga 25.7 m. Tiga profil seismos pantulan cetek telah dibuat di kawasan berongga tersebut dan hasil survei menunjukkan rongga dalam batu kapur tersebut membentuk palung sepanjang hampir 20 - 30 m pada kedalaman antara 15 m hingga 30 m. Rentisan survei geoelektrik dwikutub yang dilakukan pada profil seismos satu dan tiga juga memperlihatkan kehadiran lohong dan palung dalam batu kapur tersebut

    Survei keberintangan geoelektrik untuk mengesan terowong di Bukit Tenggek, Setiu, Terengganu.(Geoelectrical Resistivity Survey for Ancient Tunnel Detection at Bukit Tenggek, Setiu, Terengganu)

    Get PDF
    Survei keberintangan geoelektrik ini telah dijalankan di kawasan Bukit Tenggek, Setiu, Terengganu untuk mengesan kemungkinan wujudnya terowong lama yang dipercayai berada di kawasan berkenaan. Kaedah keberintangan geoelektrik ini bukanlah asing dan didapati amat berkesan di dalam eksplorasi mencari bahan arkeologi dan struktur terkambus di bawah tanah (terowong dan bahan artifak). Survei keberintangan geoelektrik ini dijalankan dengan menggunakan peralatan ABEM Terrameter SAS1000 dan susun atur elektrod jenis Wenner. Kawasan kajian terletak di kawasan lembah yang lembap dan terdapat anak sungai yang merentasi kawasan tersebut. Imej keberintangan 2-D menunjukkan wujudnya beberapa kawasan beranomali yang boleh dikaitkan dengan struktur yang dicari. Nilai keberintangan yang rendah mewakili kawasan yang dianggarkan wujudnya terowong lama. Manakala anomali yang menunjukkan bentuk gugusan dianggarkan berasosiasi dengan lokasi tong/bahan artifak. Profil keberintangan 3-D menunjukkan anomali yang mungkin disebabkan oleh wujudnya satu terowong mendatar dan dua terowong menegak. Namun, kerja galicari perlu dilakukan bagi menentukan punca sebenar anomali tersebut

    Beberapa hasil penyiasatan geofizik di kawasan Bachok, Kelantan

    No full text
    Keseluruhan kawasan Bachok merupakan endapan aluvium. Endapan ini mempunyai tiga akuifer pada kedalaman 0 - 5 meter, 15 - 30 meter dan 40 - 60 meter. Kajian geofizik pada tahap awal yang merangkumi aspek seismos biasan, seismos pantulan dan kerintangan geoelektrik telah dilakukan untuk menyiasat ketebalan dan kedalaman akuifer, kedalaman batu dasar dan kemasinan air tanah. Hasil kajian menunjukkan bahawa teknik seismos biasan telah dapat menghasilkan maklumat mengenai kedudukan akuifer pertama. manakala teknik seismos pantulan menghasilkan maklumat terperinci mengenai akuifer kedua dan ketiga serta batu dasar. Nilai kerintangan geoelektrik rendah bagi akuifer pertama menunjukkan sama ada disebabkan oleh intrusi air masin atau kehadiran lempung samudera

    Kajian mata air panas di Semenanjung Malaysia

    No full text
    Kajian menyeluruh ke atas mata air panas di Semenanjung Malaysia telah dilakukan untuk mendapatkan maklumat geologi, suhu, kadar aliran dan kualiti air panas serta potensi untuk dibangunkan bagi industri pelancongan. Kajian geologi menunjukkan kebanyakan mata air panas ini terletak di dalam atau berhampiran kawasan batuan granit dan berasosiasi dengan zon sesar. Air panas ini mempunyai julat suhu daripada 27°C hingga 103°C dan kadar aliran daripada 0.1 hingga 27.0 L/S. Analisis kimia menunjukkan kesemua air panas ini mengandungi kandungan garam dan logam terlarut yang rendah

    Coating Characterization of TiN & TiAlN on Burr Formation in Drilling – Pragmatic Investigation

    No full text
    Burrs are source of dimensional errors, jamming and misalignment in the assembly process. They may cause short circuits in electrical components and may reduce the fatigue life of the part. Furthermore, burrs can be a safety hazard to personnel because they are usually sharp. This scientific research investigates the characterization of 8 mm diameter, 120o point angle of coated drill tool in burr formation. The exit burrs were investigated using two different types of popular coatings, namely TiN and TiAlN. The effect of cutting speed and feed rate of the tool in burr formation onto the workpiece are discussed. In this study, the exit burr height was measured using optical microscope. Moderately harder material, 304L series stainless steel was used in the evaluation of the super coatings. The experiments were conducted using CNC HAAS Milling Machine. These experiments can be classified as hard drilling based on the experimental values and machining conditions

    Deep crustal profile across NW Sabah basin: integrated potential field data and seismic reflection

    No full text
    The crustal model has been created from the integration of potential field data and complemented by multichannel reflection seismic profiles, allowing the interpretation of five tectono-stratigraphy provinces of Deepwater Fold and Thrust Belt, Sabah Trough, Dangerous Grounds Province and Thrust Sheet Zone. The free-air and magnetic anomaly was published from satellite altimetry data. Seismic interpretation displays structural anticline that indicate fold and thrust zone as the Sabah Trough frontier to the southeast. The formation of half-grabens and normal faults was clearly indicated extension in the entire Dangerous Grounds which subducted beneath to the Sabah Trough. The crustal modelling was used to describe and determine the Moho thickness and the configuration of deeper crustal layer by using the GM-SYS Profile Modelling software. The range of Moho thickness shows slightly variable between 33 and 26 km across of the study area. Analytical signal analysis estimated the depth of magnetic source range between 26 and 33 km disclosed to upper crust. The high density surrounded by low density body at Thrust Sheet Zone interpreted as a thrust block built of Palaeogene Crocker sediment
    corecore