Beberapa hasil penyiasatan geofizik di kawasan Bachok, Kelantan

Abstract

Keseluruhan kawasan Bachok merupakan endapan aluvium. Endapan ini mempunyai tiga akuifer pada kedalaman 0 - 5 meter, 15 - 30 meter dan 40 - 60 meter. Kajian geofizik pada tahap awal yang merangkumi aspek seismos biasan, seismos pantulan dan kerintangan geoelektrik telah dilakukan untuk menyiasat ketebalan dan kedalaman akuifer, kedalaman batu dasar dan kemasinan air tanah. Hasil kajian menunjukkan bahawa teknik seismos biasan telah dapat menghasilkan maklumat mengenai kedudukan akuifer pertama. manakala teknik seismos pantulan menghasilkan maklumat terperinci mengenai akuifer kedua dan ketiga serta batu dasar. Nilai kerintangan geoelektrik rendah bagi akuifer pertama menunjukkan sama ada disebabkan oleh intrusi air masin atau kehadiran lempung samudera

    Similar works

    Full text

    thumbnail-image