29 research outputs found

    Perlindungan Pengguna dan Undang-Undang Jualan Barang di Malaysia

    Get PDF
    Era moden ini merupakan pengarak teknologi, perdagangan dan perindustrian yang ultramoden, komplikated dan canggih. Era ini merupakan era revolusi maklumat. Falsafah abad ke 19 telah diambilalih oleh teknologi abad ke 20. Abad ke 20 menyaksikan perubahan sosial dan ekonomi yang hebat. Daripada sebuah masyarakat agraria, negara moden telah berubah menjadi rata-ratanya masyarakat bandar, di mana kehendak dan keperluan yang mudah telah diambilalih oleh pemasaran dan penggunaan besar-besaran. Dalam alam jualan barang pengguna, antara pengguna dan peniaga, wujud ketidakseimbangan kuasa yang fundamental dalam aspek kuasa berunding, pengetahuan mengenai sifat dan komponen teknikal barangan, serta sumber. Di pasaran pengguna memerlukan lebih perlindungan. Undang-undang usang mengenai perlindungan pengguna yang terkandung dalam Akta lualan Barang-barang 1957 tidak berupaya menangani permasaiahan yang dialami oleh masyarakat moden dan canggih abad ke 21. Akta lualan Barang-barang 1957 adalah lapuk dan memerlukan nafas baru. Kepincangan dalam undang-undang sedia ada berhubungkait jualan barang wujud berasaskan tiga landasan; (i) doktrin asas pembentukan kontrak, doktrin kebebasan berkontrak dan priviti kontrak; (ii) peruntukan substantif, berhubungkait terma tersirat dalam kontrak jualan barang dan peruntukan remedial; serta (iii) aspek akses kepada keadilan. Kebebasan berkontrak tidak lagi sesuai dijadikan doktrin landasan pembentukan undang-undang berkaitan jualan barang pengguna, sementara doktrin priviti kontrak pula telah lama dilihat sebagai halangan utama tuntutan pengguna. Peruntukan substantif yang terkandung dalam Akta lualan Barang-barang 1957 mengandaikan kesamarataan kuasa ekonomi pihak-pihak yang berkontrak; ini tidak lagi membayangkan realiti pasaran kini. Tuntutan pengguna rata-ratanya merupakan tuntutan kecil. Masalah sebegini jarang sekali sampai ke mahkamah disebabkan pelbagai formaliti dan kekompleksan, kelengahan, kos litigasi seseorang pengguna perlu harungi. Penyelesaian pertikaian alternatif komplimen litigasi dengan menyediakan proses yang boleh berdiri sendiri atau digunakan sebagai tambahan kepada adjudikasi. Proses penyelesaian pertikaian alternatif ini menawarkan harapan kepada konflik j ualan pengguna. Perlindungan pengguna secara beransur-ansur menjadi ciri undang-undang moden yang diiktiraf. Sudah tiba masanya undang-undang jualan barang bergerak seiring dengan perkembangan dunia perdagangan, khususnya yang melibatkan pengguna. Penyelidikan ini merupakan satu kajian menyeluruh berorientasikan pengguna mengenai undang-undang jualan barang di Malaysia, memfokus khususnya pada kepincangan Akta Jualan Barang-barang 1957. Pada tahun 1999, Akta Pelindungan Pengguna 1999 telah diluluskan, memperkenalkan beberapa pembaharuan radikal dalam arena pembekalan barang yang melibatkan pengguna. Ciri-ciri penting Akta ini yang menyentuh tentang pembekalan barang adalah dibincangkan. Cadangan pindaan kemudiannya dikemukakan bagi kedua-dua perundangan, Akta lualan Barang-barang 1957 dan Akta Pelindungan Pengguna 1957, khususnya pembahagian yang lebih jelas tentang bidangkuasa perundanganperundangan ini, dengan matlamat akhir menyediakan perlindungan pengguna yang lebih mantap dalam kontrak jualan barang yang melibatkan pengguna

    Empowering Malaysian Consumers through Legislation: Does ‘small print’ in contract influence consumer behaviour and affect the quality of life?

    Get PDF
    Consumers faced with contract do not know what 'small print' contains or understand its effect. Exclusion clauses may deprive a consumer of specific rights in which he deserves protection. The Consumer Protection Act 1999 in Malaysia, allows the consumers to identify between procedural unfairness and substantive unfairness. However, Consumer Protection Act 1999 does not adequately protect consumer. By applying the content analysis research method, this paper reviews the legislative and judicial intervention on unfair terms in consumer contracts. This paper advocates that Malaysia should establish a specific framework on consumer law protection against unfair terms in consumer contracts.Keywords: Exclusion clauses; unfair terms; consumer contracts; judicial-legislative interventioneISSN: 2398-4287 © 2018. The Authors. Published for AMER ABRA cE-Bs by e-International Publishing House, Ltd., UK. This is an open access article under the CC BYNC-ND license (http://creativecommons.org/licenses/by-nc-nd/4.0/). Peer–review under responsibility of AMER (Association of Malaysian Environment-Behaviour Researchers), ABRA (Association of Behavioural Researchers on Asians) and cE-Bs (Centre for Environment-Behaviour Studies), Faculty of Architecture, Planning & Surveying, Universiti Teknologi MARA, Malaysia.https://doi.org/10.21834/e-bpj.v3i9.148

    Liability of Manufacturer for Goods under The Consumer Protection Act 1999: A Paradigm Shift

    Get PDF
    The era of globalization and trade liberalization illustrates the emergence of opportunities and challenges. Liberalization of trade opens up economy and creates borderless world. It exposes nations to competitive market forces whereby manufacturers are free to market the goods produced to every part of the world. Open economy exposes consumer with defective goods on the market. This phenomenon shows that consumers are victimized by the process of trade liberalization which raises the question of manufacturers’ liability for defective goods under the domestic law. Normally consumers are prevented from making a claim against the manufacturer due to the application of the doctrine of privity of contract under  the contract of supply of goods in Malaysia. However, Part VII of the Malaysian Consumer Protection Act 1999 has introduced a new contractual liability on the manufacturer whereby consumers are given the right to make a claim against the manufacturer. The study is a doctrinal study which uses content analysis method which purports to analyze Part VII of the Act in providing protection to consumers. The analysis reveals the weaknesses of Part VII in ensuring proper protection for consumers in Malaysia. Keywords: consumer, manufacturer, doctrine of privity of contract, Consumer Protection Act 1999 (Malaysia

    Intervensi perundangan dalam pengecualian liabiliti bagi kontrak pengguna di Malaysia

    Get PDF
    Acuan perundangan lama bertunjangkan tradisi common law tidak berupaya melindungi hak pengguna disebabkan keperluan masyarakat moden yang kompleks dengan pelbagai isu transaksi yang sukar dan rumit untuk ditafsirkan. Perbezaan intervensi kehakiman yang ditonjolkan melalui keputusan beberapa kes tempatan secara ketidakkonsistenan yang dipamerkan melalui keputusan kes perlu dikaji semula demi mencapai keseimbangan dan keadilan berkontrak. Layanan perundangan melalui Akta Kontrak 1950, Akta Jualan Barangan 1957 dan Akta Pelindungan Pengguna 1999 dikhuatiri tidak berupaya menentang arus terma tidak adil khususnya fasal pengecualian di persada perdagangan. Kepincangan akta-akta sedia ada ini yang berkiblatkan doktrin kebebasan berkontrak dan individualisme pasaran mengukuhkan kenyataan bahawa perundangan di Malaysia turut menyumbang kepada amalan fasal pengecualian yang menindas pengguna disebabkan ketidakseimbangan kuasa perundingan antara peniaga dan pengguna. Lantaran itu, pentafsiran fasal pengecualian memerlukan satu formula yang khusus dalam menangani ledakan fasal pengecualian yang semakin berleluasa. Mengguna pakai metode analisis kandungan yang berteraskan sepenuhnya pada literatur primer berbentuk statut serta literatur sekunder, artikel ini membincangkan peruntukan dari sudut legislatif tempatan yang sedia ada bertujuan melihat kepada keterbatasan pemakaian undang-undang kontrak tempatan dalam kontrak pengguna khususnya dalam fasal pengecualian di Malaysia dan sejauh mana regim perlindungan pengguna berupaya menangani penggunaan fasal pengecualian dalam kontrak pengguna di Malaysia. Penggubalan perundangan khusus yang mengawal fasal pengecualian merupakan jalan penyelesaian terbaik kepada masalah ini di Malaysia

    Hak spiritual pengguna dalam penyelesaian pertikaian perbankan Islam di Indonesia

    Get PDF
    Hak spiritual pengguna merupakan satu bentuk daripada pematuhan syariah yang memberikan jaminan kesesuaian dengan syariah. Permasalahannya, sebagai suatu hak bagi pengguna, hak spiritual pengguna kurang diberikan perhatian. Justeru hak ini diperjuangkan. Selain itu, dalam konteks penyelesaian pertikaian pengguna perbankan Islam di Indonesia, masih terdapat pelbagai isu, sama ada dalam bidang undang-undang, institusi dan mekanismenya. Kajian ini berobjektifkan memperkenalkan konsep hak spiritual pengguna, mengenal pasti pelbagai isu sedia ada, serta menemukan usaha-usaha yang dilakukan bagi mengukuhkan hak spiritual pengguna dalam penyelesian pertikaian perbankan Islam. Dengan mengguna pakai metode analisis kandungan yang berteraskan pendekatan doktrinal, kajian ini mendapati bahawa usaha-usaha yang diperlukan, selain penggubalan polisi, termasuklah memperkenalkan pelbagai bentuk lain, antaranya, hala tuju perbankan Islam yang berorientasi undang-undang dari OJK, Keputusan Mahkamah Konstitusi dan beberapa PERMA, sama ada bagi pengukuhan institusi yang relevan, dan pembaikan kualiti hakim, serta mekanisme dalam penyelesaian pertikaian perbankan Islam yang cepat dan cekap. Dengan pelbagai usaha yang dicadangkan, diharapkan dapat mempertingkatkan kepercayaan pengguna terhadap perbankan Islam hingga semakin berjaya menyokong masyarakat yang sejahtera

    Perkembangan perlindungan pengguna: cabaran dan hala tuju institusi pelindung pengguna di Malaysia

    Get PDF
    Secara ekonominya, pengguna merujuk kepada mereka yang membeli, memperoleh, dan menggunakan semua jenis barang dan perkhidmatan. Pengguna sebenarnya melibatkan kita semua kerana kita terlibat dalam transaksi jual beli setiap hari. Sedar atau tidak sedar, kita sebenarnya terikat dengan suatu sistem ekonomi yang mana keperluan kita dikawal oleh kuasa luaran seperti aktiviti jual beli. Sistem ini mampu menguasai ekonomi dunia sekiranya ia menjadi semakin kuat. Justeru, pengguna harus dilindungi daripada penindasan oleh peniaga, sama ada pembekal ataupun pengilang yang tidak beretika. Perlindungan pengguna adalah penting untuk meningkatkan sosioekonomi pengguna dan seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat. Artikel ini bermatlamat untuk mengenal pasti dan menganalisis perkembangan perlindungan pengguna di Malaysia serta peranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebagai institusi pelindung pengguna yang utama di Malaysia. Penyelidikan yang dijalankan merupakan penyelidikan sosio-perundangan yang berasaskan penyelidikan undang-undang dan penyelidikan sosial. Pendekatan sejarah, analitis dan kritis serta penilaian telah diguna pakai dalam penyelidikan ini. Secara umumnya, peranan yang dimainkan oleh KPDNKK boleh dirumuskan kepada empat, iaitu memperkasakan pengguna, penguatkuasaan, penambahbaikan sistem penyampaian, dan penyeliaan akta-akta di bawah KPDNKK. Artikel ini juga memperlihatkan cabaran dan hala tuju perlindungan pengguna di Malaysia. Cabaran dan hala tuju merangkumi aspek struktur organisasi KPDNKK, aspek perundangan, dan aspek sosial. Kesimpulannya, setiap pengguna memainkan peranan masing-masing kerana usaha untuk memartabatkan pengguna di Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi memerlukan penglibatan semua pihak

    Ke arah penerimaan culpa in contrahendo di bawah undang-undang kontrak Malaysia

    Get PDF
    Undang-undang kontrak perlu berkembang selari dengan kemajuan tamadun agar kekal relevan dan sesuai diguna pakai bagi menghadapi isu-isu baru berkaitan kontrak. Sebaliknya, Akta Kontrak 1950 (Akta 136) yang mengawal hubungan kontraktual di Malaysia masih kekal sama tanpa sebarang perubahan ketara sejak ia mula digubal pada tahun 1899. Kengganan untuk berubah ini berpunca daripada keterikatan terhadap tradisi common law Inggeris dan ideologi liberalisme yang mendasari Akta tersebut. Kesannya, prinsip common law diterima sebagai jalan pintas bagi menangani sela dalam undang-undang manakala prinsip yang bertentangan ditolak sama sekali. Satu daripada doktrin yang enggan diiktiraf di bawah undang-undang kontrak ialah culpa in contrahendo. Doktrin penting ini mengiktiraf kewajipan pra-kontrak dan dikuatkuasakan agar pihak-pihak yang masih berada dalam proses rundingan tidak mengambil sebarang tindakan yang merugikan sebelum suatu kontrak dimeterai. Kewajian pra-kontrak tidak mendapat pengiktirafan di bawah common law kerana ketidakpastian yang wujud semasa proses rundingan. Ideologi liberalisme klasikal yang menekankan kebebasan prinsip kebebasan berkontrak menambahkan lagi kekangan terhadap pengiktirafan liabiliti pra-kontrak di Malaysia. Kajian ini berpendapat tiada asas undang-undang yang kukuh untuk menolak culpa in contrahendo. Lantaran itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kebolehterimaan doktrin tersebut dalam undang-undang kontrak Malaysia. Bagi tujuan tersebut, kajian doktrinal ini menerapkan pendekatan sejarah, jurispruden, perbandingan dan analitis dan kritis serta menggunakan kajian perpustakaan sebagai teknik utama dalam pengumpulan data. Kajian ini dimulakan dengan melihat kedudukan liabiliti pra-kontrak di Malaysia dan diikuti dengan analisa ke atas faktor-faktor yang menghalang pengiktirafan liabiliti tersebut di bawah undang-undang kontrak Malaysia. Perbandingan kedudukan liabiliti pra-kontrak di beberapa negara terpilih seperti England, Singapura dan Australia termasuk di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Kontrak Jualan Barangan Antarabangsa (CISG) dan Prinsip Kontrak Perdagangan Antarabangsa UNIDROIT turut dibincangkan. Kajian ini pada akhirnya mencadangkan kaedah yang harmoni dan tidak menyekat penerimaan doktrin culpa in contrahendo ke dalam undang-undang kontrak Malaysia

    Open price term under the United Kingdom Sale of Goods Act 1979

    Get PDF
    In the contemporary world, man is witnessing the advancement of science and technology that has led to considerable changes in all areas of human life and in the definition of many concepts. In such a dynamic world, each science should do its part in coordinating with these developments in a manner that does not make any of the aspects of life to be imperfect or disturbed. ‘Law’ also has certain responsibilities among which the incontrovertible task to update old and insufficient rules. Choosing the subject of 'open price in sale of goods contracts', this article aims to study imperfect and old regulations on this issue in the United Kingdom Sale of Goods Act 1979 and suggest certain amendments through which the amount of the problematic consequences of such rules is expected to decrease. This study is a result of a doctrinal research with a library-based data collection method
    corecore