119 research outputs found

    Application Of Dynamic Correlation Technique And Model Updating On Truck Chassis

    Get PDF
    Truck chassis is a major component in a vehicle system. It is often identified for refinement in order to develop vehicles with reduced cost and weight. Nowadays the process of chassis design in the automotive industry has been significantly refined with the high capabilities of advanced computer aided design and engineering tools,. The application of FEA such as structural modification and optimization is used to reduce component complexity, weight and subsequently cost. Because the level of model complexity can be high, the opportunity for error can also be high. For this reason, some form of model verification is needed before design decisions made in the FEA environment can be implemented in production. This paper looks into the application of dynamic correlation techniques for verification of the FEA models of truck chassis. The dynamic characteristics of truck chassis such as the natural frequency and mode shape were determined using finite element method. Experimental modal analysis was carried out to validate the FE models. Initial results from both analysis show that the truck chassis experienced 1st torsion mode for 1st natural frequency, 1st bending mode for 2nd natural frequency, 2nd torsion mode for 3rd natural frequency and 2nd bending mode for 4th natural frequency. However there is a small discrepancy in terms of frequency. Thus, the model updating of truck chassis model was done by adjusting the selective properties such as Modulus Young and Poisson ratio in order to get better agreement in the natural frequency between both analysis. Finally, the modifications of the updated FE truck chassis model was suggested such as by considering adding the stiffener. The purpose is to reduce the vibration as well as to improve the strength of the truck chassis

    Komunikasi Kepemimpinan dalam Organisasi: Analisis Konsep dan Amalan dalam Tiga Organisasi Terpilih

    Get PDF
    Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam dan menyeluruh tentang konsep dan amalan komunikasi kepemimpinan dalam tiga organisasi pengurusan kualiti terpilih. Oleh yang demikian, pendekatan penyelidikan kualitatif paling sesuai dan telah digunakan untuk mencapai objektif kajian ini. Kriteria lokasi kajian adalah organisasi yang telah memperoleh anugerah persijilan MS ISO 9000 antara tahun 1994 hingga 2002 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Shah Alam, Selangor daripada SIRIM Berhad. Manakala, informan kajian terdiri daripada tujuh orang pengurusan atasan dan sembilan orang kakitangan bawahan yang dipilih secara persampelan bertujuan (purposive sampling) dan pemilihan informan dilakukan melalui snowball selection method. Penemuan kajian kes ini menunjukkan pemlmpm atasan perlu mengamalkan kepelbagaian kemahiran komunikasi termasuk komunikasi secara atas ke bawah (downward communication), komunikasi bawah ke atas (upward communication), dan komunikasi mendatar (horizontal communication) untuk meningkatkan tahap komunikasi kepemimpinan dengan kakitangan bawahan dalam organisasi mereka. Selain itu, pemimpin atasan juga perlu menggunakan komunikasi formal dan tidak formal, komunikasi intrapersonal dan interpersonal, serta media dan komunikasi teknologi maklumat (lCT) kerana ia merupakan kemahiran yang penting kepada kedua-dua pihak dalam organisasi. Pemimpin juga harus mempelbagaikan strategi dan gaya komunikasi kepemimpinan dalam organisasi termasuk mengamalkan strategi memahamkan visi, misi dan objektif organisasi kepada kakitangan bawahan. Seterusnya, pemimpin juga perlu bijak menggunakan strategi penyelesaian masalah dan membuat keputusan dengan meningkatkan motivasi dan psikologi, dan mengatasi halangan komunikasi dalam organisasi mereka. Ini kerana kemampuan seseorang pemimpin atasan bergantung kepada pemahamannya tentang situasi organisasi termasuk memahami kepentingan imej peribadi, kewibawaan, dan kuasa serta memahami budaya, sikap, dan nilai di kalangan kakitangan bawahan mereka. Penemuan kajian kes ini membuktikan dengan menggunakan pendekatan kepemimpinan transformasi dan pengurusan altruistik dalam Islam, pemimpin dapat meningkatkan kualiti dan kepuasan pelanggan, serta memastikan pengekalan anugerah MS ISO 9000 dalam organisasi mereka. Kesimpulannya, pemimpin atasan yang mengamalkan komunikasi kepemimpinan dalam organisasi dapat berinteraksi dengan kakitangan bawahan mereka dengan lebih efektif dengan mempelbagaikan kemahiran komunikasi, menggunakan strategi dan gaya komunikasi kepemimpinan yang bijak, dan memahami situasi organisasi mereka

    Pembinaan indeks perlakuan melepak dan faktor-faktor yang mempengaruhinya di kalangan pelajar sekolah menengah di Negeri Johor

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti 1) faktor- faktor dominan (peranan ibu bapa, sekolahdan rakan) yang mempengaruhi perlakuan melepak 2)indeks perlakuan melepak di kalangan pelajarsekolah menengah 3) hubungan antara perlakuan melepak dengan peranan ibu bapa, sekolah dan rakan dan4) perbezaan antara perlakuan melepak dengan jantina,lokasi tempat kediaman,lokasi sekolah. Seramai386 pelajar telah dipilih dari enam buah sekolah menengah negeri Johor. Satu set soal selidik yangmengandungi tiga bahagian, iaitu latar belakang responden, faktor- faktor dominan dan tahap perlakuanmelepak telah digunakan. Bahagian B dan C soalan soal selidik masing-masing mempunyaikebolehpercayaanα= 0.7675 dan 0.6047. Program SPSS versi 11.5 telah digunakan untuk menganalisisdata. Statistik deskriptif (kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai) digunakan untuk menganalisis faktor-faktor dominan yang mempengaruhi perlakuan melepak dan tahap perlakuan melepak. Manakala Statistikinferensi seperti ujian-t digunakan untuk menganalisisperbezaan perlakuan melepak dengan jantina, lokasitempat kediaman dan lokasi sekolah. Korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis hubungan perlakuanmelepak dengan peranan ibu bapa, sekolah dan rakan.Analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa 1)indeks perlakuan melepak adalah 34.4 2) terdapat hubungan yang negatif antara perlakuan melepak denganperanan ibu bapa, sekolah dan rakanpada aras signifikan r = 0.01 3)tidak terdapat perbezaan yangsignifikan antara perlakuan melepak dengan jantina, lokasi sekolah, lokasi sekolah pada aras signifikan p =0.05.(kata kunci: peranan ibu bapa, peranan sekolah, peranan rakan sebaya, jantina, lokasi tempat kediaman,lokasi sekolah dan indeks perlakuan melepak)

    Energy Performance Contracting Initiative in Malaysian Public Hospitals

    Get PDF
    Ministry of Health Malaysia (MOH) has integrated sustainability program in the management of its assets particularly hospital buildings in line with the national sustainability goals and the United Nation Sustainable Development Goals.  The fundamental sustainability change is significant since 2015 in the public healthcare sector where green business practice is more appreciable through formation of policy and sustainability related programme. Public hospital in Malaysia are very high energy consumers, therefore various energy projects have been implemented through Energy Performance Contracting (EPC). EPC projects in MOH is intended to deliver energy expenditure savings as well as to offset hospital building carbon footprint. EPC practice in government hospitals have managed to offset about 15.7 ktonne carbon emission in 2019 or about 16% of Government building national emission reduction target. Energy project such as energy efficient chiller retrofit, LED lighting retrofit and solar thermal hot water are some of the EPC initiatives by MOH in public hospitals. The energy projects not only serve to meet the overall Hospital Facility Management Contract sustainability goals but also to complement the green building target for Malaysian Healthcare building by 2025.  The aim of this paper is to review the development of the EPC projects in public healthcare sector and its impact on government energy spending as well as to the climate

    Motivasi belajar dan keterlibatan dalam pembelajaran kemahiran mengarang bahasa Melayu

    Get PDF
    Murid-murid yang mempunyai motivasi belajar dapat diperhatikan melalui keterlibatan mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kajian lepas menunjukkan bahawa murid rendah pencapaian kurang bermotivasi dan keterlibatan dalam pembelajaran. Namun, timbul persoalan adakah murid-murid ini kurang bermotivasi dan keterlibatan dalam semua mata pelajaran atau mata pelajaran tertentu sahaja? Oleh itu, dengan memberi fokus kepada kemahiran mengarang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, kajian berbentuk tinjauan secara deskriptif menggunakan borang soal selidik telah dijalankan. Sebanyak 166 borang soal selidik menggunakan skala Likert empat mata telah diedarkan kepada tiga buah sekolah. Hasil dapatan menunjukkan bahawa murid-murid rendah pencapaian ini mempunyai motivasi belajar (min = 3.03, sp = 0.38) dan keterlibatan dalam pembelajaran (min = 3.09, sp = 0.39) kemahiran mengarang yang tinggi. Dapatan ini berbeza sekali dengan dapatan pengkaji sebelum ini. Sehubungan dengan itu, kajian lebih lanjut dicadangkan untuk mengetahui secara lebih mendalam apakah faktor yang membuatkan murid-murid ini bermotivasi dan mempunyai keterlibatan yang tinggi dalam kemahiran mengarang. Adakah disebabkan oleh pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru, pengaruh ibu bapa, kesedaran diri muridmurid itu sendiri ataupun faktor lain

    Kajian kes aplikasi naratif dalam mata pelajaran bahasa Melayu sekolah menengah

    Get PDF
    Kajian kes ini telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat secara mendalam mengenai pengaplikasian naratif atau cerita dalam kalangan guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan kajian-kajian lepas didapati naratif atau cerita ini banyak dikaji di luar negara dan diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang namun, banyak melibatkan pendidikan peringkat sekolah rendah. Malah, di negara ini naratif atau cerita banyak dilaksanakan di peringkat pra sekolah dan sekoleh rendah. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mendapatkan pandangan guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah berkaitan naratif atau cerita itu sendiri, juga untuk mengetahui sejauh mana ia dapat diaplikasikan di peringkat sekolah menengah. Temu bual jenis semi-struktur secara bersemuka telah dilakukan terhadap dua orang guru, iaitu seorang guru berpengalaman mengajar Bahasa Melayu selama 12 tahun dan seorang lagi berpengalaman selama lima tahun. Secara umumnya, guru-guru yang menjadi responden kajian mempunyai pandangan yang positif terhadap aplikasi bercerita atau naratif di peringkat sekolah menengah. Namun, mengakui bahawa ia perlu disesuaikan dengan aras kepandaian murid-murid serta hanya sesuai untuk mata pelajaran tertentu sahaja

    The invention of mobile head loss apparatus

    Get PDF
    We might begin with a few general statements about fluid mechanics, the study of the motion of `fluids', meaning liquids and gases, and the effects of such motion [1]. Fluid motions are responsible for most of the transport and mixing (of materials or properties) that take place in the environment, in industrial processes, in vehicles, and in living organisms. In industrial processes, it is largely responsible for the rates at which many processes proceed, and for the uniformity of the resulting product

    Portable seawater desalination tank

    Get PDF
    As a result of the hot and dry weather caused by the El Nino phenomenon or the overheating weather that struck our country, water supply dams and rivers supplying raw water resources for water treatment plants in all state were declined (Termizi, 2017). Among the causes of clean water shortage is the pollution due to the poor waste management without systematic method, causing pollution and contamination to the water sources. In the meantime, many countries have also presented some issues with less favourable facilities, especially the problem cause by the lack of clean water at the coastal area (Hirschman, 1975). Thus, portable seawater desalination was developed using condensation concept and distillation methods to produce clean water sources for coastal visitors as well as the use of local residents as an alternative to the dry season

    Rolling Stone Sdn Bhd / Nur Syaheera Mohd Fadhil, Nur Syafiqah Roslan and Anis Syahirah Abd Rahman

    Get PDF
    This business is based on partnership where it consists of three (3) members. Job allocation was divided equally starting from the General Manager, Administration Manager, Marketing Manager, Operational Manager and lastly Financial Manager. The business capital is amounted to RM where the total contribution of each member is RM and the rest is from the Bank loan. THE ROLLING STONE is basically more into food sections. This is where we cook the food immediately when the order is proceed. Our market mainly focus is the consumers that come to visit the shopping malls. Not that they will give us benefits but they are also allowed to watch while cooking to gain experience. People are allowed to open another branch by going through the contract agreement process from the main source. Our business will be expected to commence on 2012 and our vision is to make our company a well-known, established and satisfied by our customer in order to expand our capacity of making rolling paratha with variety sauce and fillings and to attract other companies to deal with us with a better price. We are expecting to open more branches like small booths in few places for start and if it is possible we would also like to expand the menu choices in the future. It all depends from the start where it all begins to show that people or consumers like it or not

    Meneroka sikap dan motivasi murid rendah pencapaian bahasa Melayu: satu kajian kes di FELDA

    Get PDF
    Murid rendah pencapaian terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di FELDA berpotensi untuk tercicir dalam pelajaran. Sehubungan dengan itu, pandangan sebenar murid rendah pencapaian Bahasa Melayu, guru, dan ibu bapa perlu diteliti dalam meneroka sikap dan motivasi yang mempengaruhi permasalahan literasi membaca. Bagi mencapai matlamat ini, satu kajian kualitatif menggunakan reka bentuk kajian kes pelbagai lokasi telah dilaksanakan menggunakan kaedah pengumpulan data temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian. Manakala, kesahan dan kebolehpercayaan dapatan kajian pula dicapai melalui teknik triangulasi serta penyemakan semula data oleh peserta kajian. Melalui penggunaan teknik persampelan bertujuan ini, seramai lima belas peserta kajian telah dipilih. Manakala teori pembelajaran Behaviorism Bandura digunakan untuk menyokong dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan faktor sikap dan motivasi seperti sikap kerajinan murid, kesyukuran atas nikmat yang diberi, minat terhadap buku akademik, tumpuan dan perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran serta faktor motivasi belajar dikenal pasti menyumbang kepada permasalahan literasi membaca. Kesimpulannya, sikap dan motivasi negatif yang ditunjukkan oleh murid rendah pencapaian Bahasa Melayu menjadi faktor kepada masalah literasi membaca di FELDA. Implikasi dapatan kajian ini menjelaskan bahawa, sikap dan motivasi murid rendah pencapaian yang beranggapan mereka berada dalam zon selesa perlu diatasi agar mereka lebih berdaya saing dengan murid di sekolah lain. Selain itu, sikap dan motivasi murid yang lebih positif dalam pembelajaran dan amalan membaca perlu dipupuk sedari awal dengan mengadakan lebih banyak bengkel dan program motivasi di sekolah mahupun luar sekolah. Selain dorongan dan pemupukan minat oleh guru, ibu bapa serta komuniti setempat bagi memastikan murid di FELDA mampu menguasai literasi membaca sejak di peringkat sekolah rendah serta tidak tercicir dalam pelajaran mereka
    corecore