5 research outputs found

    Ciri-ciri akustik bunyi faringealisasi Arab oleh penutur natif Melayu:penelitian berasaskan perbezaan jantina

    Get PDF
    Makalah ini bertujuan menyerlahkan ciri-ciri akustik bunyi faringealisasi Arab oleh penutur natif Melayu lelaki dan perempuan yang mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Secara khusus, kajian ini bertujuan memerihalkan aspek kualiti suara dalam penghasilan bunyi berkenaan berasaskan perbezaan jantina. Kajian ini memanfaatkan kaedah kepustakaan, kaedah lapangan dan makmal. Perisian PRAAT digunakan semasa analisis spektograf. Kajian yang dikemukakan oleh pengkaji meliputi parameter Masa Mula Suara dan Tempoh Masa Penyuaraan Frikatif bagi melihat perbezaan ciri-ciri akustik yang dihasilkan oleh penutur lelaki dan perempuan. Data linguistik terdiri dari bunyi plosif dan frikatif Melayu dan Arab di awal dan di tengah kata. Menerusi hasil kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan ciri-ciri akustik bunyi faringealisasi Arab oleh penutur natif Melayu berdasarkan jantina. Oleh itu, perbezaan jantina tidak memberi kesan dalam penguasaan pertuturan bahasa Arab khususnya faringealisasi. Hasil kajian diharapkan dapat membantu para pengkaji dalam memperdalami ilmu fonetik akustik dan memperkaya kosa ilmu dalam dimensi yang berbeza

    CIRI-CIRI AKUSTIK KONTRAS PENYUARAAN BUNYI FRIKATIF ARAB BERASASKAN PARAMETER TEMPOH FRIKASI

    Get PDF
    Latar Belakang dan Tujuan: Makalah ini bertujuan menyerlahkan perbezaan penyuaraan bunyi frikatif Arab bersuara dan tak bersuara yang dihasilkan oleh penutur Melayu. Kajian lepas membuktikan bahawa penutur Melayu sering melakukan kesalahan pertuturan faringealisasi Arab.   Metodologi: Analisis ciri-ciri akustik bunyi frikatif Melayu dan Arab di awal kata menggunakan parameter tempoh frikasi, justeru, dilaksanakan bagi menyerlahkan persamaan dan perbezaan bunyi konsonan berkenaan. Kaedah analisis spektrograf menerusi perisian Praat dimanfaatkan bagi membolehkan pengkaji memindahkan data rakaman ujaran dalam bentuk spektrogram dan melakukan penelitian akustik. Hasil dapatan analisis akustik dimanipulasikan menerusi SPSS (Statistical Package for Social Sciences). Data spektogram sebanyak 2960 diperoleh daripada rakaman ujaran subjek kajian seramai 24 orang pelajar ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Proses rakaman terlebih dahulu dijalankan di studio rakaman Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM menggunakan alat perakam TASCAM MP3/WAV. Senarai perkataan mengandungi bunyi frikatif di awal kata bagi kedua-dua bahasa dibaca oleh subjek kajian dengan keadaan tahap pertuturan yang selesa, iaitu tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu laju. Subjek diminta mengulangi perkataan tersebut sebanyak lima kali.   Dapatan Kajian: Hasil kajian ini mendapati bahawa bunyi frikatif tak bersuara /s/ adalah lebih panjang berbanding bunyi bersuara /z/. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tiada hubungan signifikan antara bunyi /س/ dan /sˤ/ dan /ز/ dan /zˤ/. Secara khususnya, kajian ini mengesahkan bahawa tidak semua bunyi faringealisasi Arab dipengaruhi bahasa ibunda. Bunyi ini mampu juga dikuasai oleh bukan penutur natif Arab.   Implikasi: Kajian ini memberi implikasi signifikan terhadap pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua di Malaysia serta perkembangan ilmu fonetik akustik di Malaysia khususnya bagi menambah baik sebutan frikatif Arab dalam kalangan penutur natif Melayu.   Kata kunci: Akustik, bahasa Arab, gangguan bahasa, pemindahan bahasa, tempoh frikasi.   Abstract   Background and Purpose: This paper aims to highlight the voicing contrast of Arabic and Malay fricatives produced by Malay native speakers. Previous studies show that Malay speakers often make mistakes on Arabic pharyngealisation.   Methodology: This study, thus, analysed the frication duration characteristics of Malay and Arabic fricatives in initial word position and highlight their similarities and differences. The spectrographic analysis method via Praat software was utilized to enable the researcher to transfer speech recording data into a spectrogram and analysed acoustically. A total of 2960 spectrograms was obtained from the recording of 24 subjects’ utterences. The subjects are undergraduate students of Arabic Studies and Islamic Civilization of the Universiti Kebangsaan Malaysia. The recording process was performed in the Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM recording studio using TASCAM MP3 / WAV recorder. A word list that contains the fricative sound at the beginning of each word in both languages was ​​read by subjects with comfortable speech level, i.e. neither slow nor too fast. Subjects were asked to repeat the word five times.   Findings: The result of the acoustic analysis was manipulated using Statistical Package for Social Sciences. This study found that the fricative sound / s / is longer than the sound / z / for both languages. The findings also show that there is no significant relationship between sound / س / and / sˤ / and / ز / and / zˤ /. In particular, this study confirms that not all Arabic pharyngealisation are influenced by their native language. It can be mastered also by non-native speakers of Arabic.   Contributions: This study provides significant implications for learning Arabic as a second language in Malaysia as well as the development of acoustic phonetics, particularly, in improving the fricative pronunciation of Arabic among native speakers of Malay.   Keywords: Acoustic, Arabic, frication duration, language interference, language transfer.   Cite as: Shahidi A. H., Radzi, M. P., Aman, R., CheLaeh, M., & Anwar, O. D. (2020). Ciri-ciri akustik kontras penyuaraan bunyi frikatif Arab berasaskan parameter tempoh frikasi [The acoustic properties of Arabic fricative voicing contrast based on the frication duration parameter]. Journal of Nusantara Studies, 5(1), 143-168. http://dx.doi.org/10.24200/jonus.vol5iss1pp143-16

    Kemahiran sebutan huruf dan penyampaian dalam debat Bahasa Arab pelajar universiti di Malaysia

    Get PDF
    Tidak dapat dinafikan bahawa bagi perajar Bahasa Arab khususnya pendebat memiliki kemahiran sebutan huruf dan penyampaian dalam berbahasa. pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi menguasai kemahiran inì, antaranya ialah aktiviti debat yang dianggap sebagai salah satu aktiviti yang efektif dan positif Justeru, kajian ini mengenal pasti tahap kemahiran pendebat dalam sebutan huruf dan penyampaian ketika menyertai pertandingan debat Bahasa Arab. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan ananalisis kualitatif dalam menghuraikan aspek sebutan huruf dan penyampaian. Responden dipilih daripada pertandingan debat persahabatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZa) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Data diambil daripada dua orang pakar yang ditemubual bagi mendapatkan hasil kajian yang kukuh. Hasil kajian mendapati beberapa huruf konsonan Arab perlu diberi perhatian iaitu; hã,ain' qaf tha, dhad, kha dan sad manakala huruf mad yang paling kerap didapati berlaku kesalahan sebutan iaitu: ya (y) diikuti oleh ,tif dan wau(w). Manakala bagi aspek penyampaian terdapat perkara-perkara penting yang perlu dielakkan, iaitu kekerapan genggaman tangan, ekspresi muka yang tidak bersungguh-sungguh ketika menyampaikan isi, tidak memperlahankan empat perkataan akhir dalam ayat dan kontak mata yang kurang baik dihadapan audiens. Dalam aspek tekanan suara dan intonasi, didapati bahawa para pendebat kurang memberi perhatian ketika menyebut perkataan, tarikh, nama, ayat-ayat positif dan negatif serta apabila melontarkan soalan

    Common Errors in Pronouncing Arabic Phonetic Among Malaysia Students in Debate

    Get PDF
    There is no doubt that Arabic Language learners, specifically the debaters, should have the appropriate phonetic skills and be competent in their performance of this language. Therefore, this study attempts to identify common errors in pronouncing Arabic phonetic among Malaysian students in debate. This study uses the qualitative analysis in describing the elements of presentation styles. Respondents were selected from the University of Sultan Zainal Abidin (UniSZa) and the International Islamic University of Malaysia (IIUM). Support data were also collected from two experts interviewed in the study. The results of the study show that some Arabic consonants should be paid more attention to including Ha, Ain, Qaf, Tha, Dhad, Kha and Sad

    Pre-service teachers’ views on how the station rotation model with a blended social learning environment (SRM-BSCLE) enhances their critical thinking skills

    No full text
    Abstract This study examined pre-service teachers' views on how the station rotation model learning environment enhances their critical thinking skills. This research studied how a learning environment coupled with blended learning and a social learning environment improves teachers’ performance. The participants were 54 pre-service teachers who took part in a quasi-experimental study; the participants received intervention on a station rotation model with a blended social learning environment (SRM-BSCLE). Face-to-face interview data were collected from six (6) pre-service teachers selected based on high, medium, and low�performance criteria. The obtained data were analyzed using thematic analysis; the qualitative data indicated that pre-service teachers’ views on the learning environment comprised of station rotation model, collaborative learning, blended learning, and Vygotsky’s social interaction Zone of Proximal Teacher Development (ZPTD). The study shows that the six pre-service teachers who took part in the interview were able to identify the theoretical components of the research objectives in this research. This includes collaborative learning, blended learning, station rotation model, constructivist approach to teaching, and teaching aids. Thus, the findings obtained from this study were discussed within the frame of the International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development Vol. 1 1 , No. 2, 2022, E-ISSN: 2226-6348 © 2022 HRMARS 1300 relevant literature. There made on designing a learning environment that can enhance the critical thinking skills of pre-service teachers
    corecore