81 research outputs found

    Keberkesanan Program Keusahawanan Remaja di Sekolah Menengah

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan Program Keusahawanan Remaja yang dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah di Malaysia serta meninjau sejauh mana program ini berjaya memberi pendedahan perniagaan serta memupuk budaya keusahawanan dalam diri pelajar. Selain itu, kajian ini juga merupakan satu usaha untuk mengenal pasti pembolehubah-pembolehubah yang diperlukan oleh sesebuah program untuk berjaya. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan Struktur Penilaian Hammond sebagai asas untuk membentuk kerangka kerja konseptua1 kajian. Struktur ini berfokuskan kepada dimensi pengajaran, dimensi institusi dan dimensi tingkah laku. Dimensi pengajaran merangkumi pembolehubah seperti kaedah pengajaran, kemudahan dan kursus; sementara, dimensi institusi mencakupi individu yang terlibat dengan program iaitu pelajar dan penceramah, pensyarah program, dan dimensi tingkah laku pula merupakan dimensi pencapaian matlamat program dari segi pencapaian tingkah laku kognitif, afektif dan kompetensi pelajar/peserta. Sampel kajian terdiri daripada 309 pelajar Program Usahawan Muda (PUM) dan 130 pelajar Program Tunas Bistari (PTB). Seterusnya, pengumpulan data dibuat dengan menggunakan instrumen soal selidik, ujian dan temu bual dari segi kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, Cronbach Alpha dan Kuder Richardson-20 (KR-20) telah digunakan Data-data dianalisis dengan menggunakan ujian MANOVA, korelasl Pearsons dan regresi berganda pada aras kesignifikanan p<O 05 Secara umumnya, kajian menunjukkan tahap keberkesanan program yang memuaskan apabila PUM menerima min keberkesanan sebanyak 2227 (sp= 1295) dan PIB pula dengan min 2194 (sp= 1271) Walau bagaimanapun, nilai sisihan piawai menunjukkan PIB mempunyai sebaran skor yang lebih homogenous berbanding dengan PUM ini bermakna walaupun min keberkesanan PUM lebih besar, tetapi secara individu PIB mempunyai tahap keberkesanan yang lebih baik kerana kebolehubah skor mereka lebih kecil. Namun begitu, jika ditinjau secara terperinci kajian menunjukkan PUM menerima pencapaian tingkah laku kognitif dan afektif yang lebih baik berbanding PIB kecuali dalam tingkah laku kompetensi

    Daya tahan pelajar universiti awam dan universiti swasta

    Get PDF
    Kebolehpasaran graduan institusi pengajian tinggi (IPT) hangat dibincangkan dalam kalangan para akademik. Hal ini adalah kerana mereka dikatakan tidak memiliki kemahiran dan keupayaan berfikir secara kritis sehingga boleh menggugat keupayaan mereka dalam penyelesaian sesuatu masalah seperti mana yang dikehendaki majikan. Graduan juga dikatakan memiliki tahap keupayaan serta ketahanan yang rendah. Keadaan ini memberi persepsi negatif kepada majikan kerana kekurangan ini boleh mempengaruhi keupayaan mereka untuk berdepan dengan persekitaran dunia kerjaya yang sering berubah-ubah. Justeru, satu kajian telah dijalankan bagi mengenal pasti tahap daya tahan pelajar IPT dan perbezaan tahap daya tahan antara pelajar universiti awam dan universiti swasta. Seramai 1910 pelajar dari 15 buah universiti awam dan 16 buah universiti swasta telah dilibatkan dalam kajian ini. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen bagi pengumpulan data. Hasil kajian mendapati daya tahan pelajar IPT adalah pada tahap sederhana. Malah kajian juga mendapati bahawa daya tahan antara pelajar universiti awam dan universiti swasta adalah sama atau hampir sama. Implikasi kajian ini mengambarkan apakah yang perlu dilaksanakan oleh pihak berkepentingan dalam usaha meningkatkan daya tahan pelajar IPT

    PENGARUH KEADAAN DIRI,UNSUR PENYOKONG DAN FAKTOR DEMOGRAFI TERHADAP TEKAD KEWIRAUSAHAAN MAHASISWA PERGURUAN TINGGI DI PROVINSI RIAU: The Effect of Self-Condition, Supply Elements and Demographic Factors on the Entrepreneurship of Higher Education Students in Riau Province

    Get PDF
    This study identifies factors that influence the determination of entrepreneurial. Thereare five for influence elements of determination entrepreneurial: self-efficacy,achievement motivation, facilitates capital, social relationships and entrepreneurialknowledge. A questionnaire was distributed to 389 university students. Finding shownthat the majority of students agreed that entrepreneurial knowledge, self-efficacy,achievement motivation and facilitates capital of key factors do influencedentrepreneurial determination. AMOS path analysis was used to identify thecontribution of the direct and indirect influence of the five dimensions ofentrepreneurial determination. Several hypotheses have been tested and found thatentrepreneurial determination influenced by entrepreneurial knowledge, self-efficacy,achievement motivation and facilitates capital. However, gender, financial supportand group activities did not moderate the entrepreneurial determination, whereasstudent residence do moderate to entrepreneurship determination. Furthermore, selfefficacydo moderated by gender, student residence and group activities, but financialsupport do not moderate self-efficacy. Gender, student residence, financial supportand group activities did not moderate achievement motivation. Finally the studyproposes guidelines to develop an effective entrepreneurship curriculum for universityin the Riau Province.Key words: entrepreneurial determination, self-efficacy, achievement motivation,facilitates capital, social relationships, student residence, entrepreneurialknowledg

    Kompetensi Guru dalam Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran Pendidikan Sejarah

    Get PDF
    Kajian yang dijalankan ini adalah untuk melihat tahap kompetensi guru dalam pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran pendidikan sejarah dengan melihat perbezaan antara jantina guru dan opsyen mengajar. Kajian tinjauan dengan pendekatan kuantitatif ini melibatkan seramai 100 orang guru Pendidikan Sejarah dalam Daerah Hulu Langat yang dipilih sebagai responden kajian. Borang soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan data atau maklumat yang berkaitan dengan kajian. Maklumat data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan SPSS Version 22.0 (Statistical for Social Science). Hasil daripada dapatan kajian ini dihuraikan dalam bentuk deskriptif dan inferensi. Ujian T tidak bersandar telah digunakan untuk melihat tahap kompetensi guru dalam melaksanakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang dilihat dari tiga konstruk utama iaitu pengetahuan, kemahiran serta sikap guru. Ujian Manova satu hala pula dijalankan bagi mengenal pasti perbezaan penerapan KBAT dari tiga konstruk utama pedagogi, kurikulum dan pentaksiran dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah berdasarkan opsyen mengajar. Dapatan kajian melaporkan bahawa tahap kompetensi guru dalam melaksanakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran pendidikan sejarah berada pada aras yang tinggi. Kajian ini juga membuktikan tiada perbezaan yang signifikan terhadap pengajaran guru opsyen Pendidikan Sejarah dan bukan opsyen Pendidikan Sejarah terhadap pelaksanaan KBAT. Ini bermakna guru-guru yang mengajar Sejarah dapat mengamalkan KBAT semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan baik

    Perbandingan pencapaian kognitif, afektif dan kompetensi pelajar Program Keusahawanan Remaja yang berlainan latar belakang keluarga

    Get PDF
    A conducive environment may develop one's potential and ability to the needs of the society according to their respective fields. The environment refers to students' background. Studies have shown that one's background and beliefs (culture) affect the development of one's personality. Thus, the purpose of this research was to determine how student's background may influence their cognitive, affective and competency achievement in entrepreneurship. Samples were from the Adolescent Entrepreneurship Program. A questionnaire and a test were employed as the survey instrument in order to get student's achievement in cognitive, affective and competency. In addition a comparison of student's achievement in cognitive, affective and compentency were conducted in order to see their similarities and differences. The MANOVA technique was employed to gather this information. The results of this research indicated no significant different between types of paternal employment with student's achievement in general

    Tahap Nilai Perniagaan Keusahawanan Cina dan Hubungannya terhadap Tingkah Laku Keusahawanan Masyarakat Cina di Malaysia

    Get PDF
    Etika merupakan tatacara atau perbuatan dalam sesebuah masyarakat yang dapat memberi bimbingan kepada masyarakatnya mengenai perbuatan yang terpuji yang mesti diikuti dan dijadikan sebagai panduan. Dalam konteks etika dalam perniagaan, nilai sering dikaitkan dengan tingkah laku atau perbuatan manusia. Teori Tingkah Laku Terancang bermakna tingkah laku seseorang individu boleh dipengaruhi oleh tekad. Tingkah laku keusahawanan yang terlalu ghairah kepada tamak haloba dan berkiblatkan keuntungan diri sendiri dalam mengumpulkan harta kekayaan dan haloba perniagaan terus menjurus kepada isu tidak beretika. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menguji tahap nilai perniagaan dan hubungannya terhadap tingkah laku keusahawanan masyarakat Cina di Malaysia. Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik dan data yang diperolehi daripada 350 responden dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Hasil analisis menunjukkan bahawa tahap nilai perniagaan terdiri daripada empat domain iaitu guan xi, maruah, kejujuran dan amanah pada tahap tinggi. Manakala terdapat korelasi positif dan signifikan antara nilai perniagaan dengan tingkah laku keusahawanan masyarakat Cina. Ini bermakna masyarakat Cina mengamalkan nilai perniagaan semasa menjalankan perniagaan. Implikasi daripada kajian ini memberi kesedaran kepada masyarakat Cina, Melayu dan India di Malaysia tentang nilai perniagaan terhadap tingkah laku keusahawanan. Kajian ini juga dapat mengalakkan pihak agensi-agensi mengambil langkah untuk memupuk nilai tertentu supaya perniagaan dapat dijalankan dengan lebih lancar

    Tekad keusahawanan berunsurkan minda kelas pertama: satu kajian tinjauan terhadap pelajar IPT

    Get PDF
    Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri keusahawanan minda kelas pertama dari aspek psikologi sosial dan psikologi kognitif serta sumbangan psikologi sosial dan psikologi kognitif terhadap tekad keusahawanan dalam kalangan pelajar IPT. Psikologi sosial terdiri daripada variabel sikap minda kelas pertama dan norma subjektif. Psikologi kognitif pula terdiri daripada variabel kesedaran kawalan tingkah laku minda kelas pertama dan kesedaran peluang minda kelas pertama. Sampel kajian terdiri daripada 636 pelajar tahun akhir yang dipilih secara rawak dalam kalangan IPT di sekitar Lembah Klang. Kaedah kuantitatif digunakan dalam kajian ini. Data telah dianalisis dengan menggunakan program SPSS. Statistik deskriptif menggunakan min dan sisihan piawai untuk menjawab persoalan kajian. Statistik inferensi iaitu ujian regresi pelbagai digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar IPT mempunyai tahap sikap, kesedaran kawalan tingkah laku dan kesedaran peluang minda kelas pertama yang tinggi. Manakala bagi variabel norma subjektif dan tekad keusahawanan, pelajar IPT menunjukkan tahap yang sederhana. Kajian dapati variabel kesedaran peluang minda kelas pertama adalah faktor dominan yang memberi sumbangan kepada pembentukan tekad keusahawanan iaitu sebanyak 44.1 peratus, diikuti dengan norma subjektif 8.9 peratus dan kesedaran kawalan tingkah laku berunsurkan minda kelas pertama sebanyak 0.4 peratus. Hasil kajian harap dapat dijadikan rujukan kepada Kementerian Pengajian Tinggi dalam merancang dan melaksanakan pelan pembangunan pendidikan yang bercorak keusahawanan

    Tahap Budaya Keusahawanan dan Kepimpinan Keusahawanan serta Hubungannya dengan Minda Keusahawanan Anak-Anak Golongan Asnaf

    Get PDF
    Kebanyakan negara membangun masih lagi mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi dan menjadi salah satu punca kepada masalah tingkah laku, jenayah, kekacauan keluarga dan kegagalan akademik. Untuk memastikan pembangunan sesebuah negara berjalan dengan lancar, perkara berkait dengan kemiskinan perlu diberi perhatian serius. Dalam konteks Malaysia, kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam menangani kemiskinan terutamanya bagi golongan Asnaf iaitu dengan mewujudkan Program Keusahawanan Asnaf oleh Lembaga Zakat Negeri. Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi mengenal pasti tahap budaya keusahawanan dan kepimpinan keusahawanan serta hubungannya dengan minda keusahawanan bagi anak-anak golongan Asnaf di negeri Selangor. Reka bentuk tinjauan dan kaedah persampelan rawak telah digunakan. 350 sampel anak-anak golongan Asnaf di semua daerah negeri Selangor telah mengambil bahagian. Borang soal selidik adalah sebagai instrumen kajian. Hasil analisis menunjukkan bahawa tahap budaya keusahawanan, kepimpinan keusahawanan serta tahap minda keusahawanan adalah tinggi. Manakala, terdapat korelasi yang positif dan signifikan antara budaya keusahawanan dan kepimpinan keusahawanan terhadap minda keusahawanan anak-anak golongan Asnaf di negeri Selagor. Maka, anak-anak golongan Asnaf ini mempunyai efikasi yang tinggi untuk menjadi seorang usahawan. Implikasi daripada kajian ini membantu Lembaga Zakat Negeri dalam memilih peserta yang benar-benar layak iaitu mereka yang mempunyai tahap budaya keusahawanan, kepimpinan keusahawanan serta minda keusahawanan yang tinggi bagi menyertai Program Keusahawanan Asnaf pada masa akan datang

    Literasi Media Sosial Pelajar Politeknik Terhadap Aspirasi Kerjaya Keusahawanan Digital

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti tahap literasi media sosial dalam kalangan pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) terhadap pemilihan kerjaya keusahawanan digital. Responden kajian terdiri daripada pelajar semester akhir di Jabatan Perdagangan. Kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Data dikumpulkan dengan menggunakan instrumen borang soal selidik serta diedarkan menggunakan Google form. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package Social Science (SPSS) versi 26. Item kajian menggunakan Skala Likert 5 bagi menerangkan item soal selidik. Data kajian yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan nilai min dan sisihan piawai. Hubungan antara literasi media sosial terhadap pemilihan kerjaya keusahawanan digital diuji menggunakan ujian Korelasi Pearson. Dapatan kajian ini menunjukkan skor min tahap literasi media sosial adalah tahap sederhana tinggi. Berdasarkan hasil kajian, terdapat beberapa implikasi penting dalam menekankan lebih banyak aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan media sosial untuk menggalakkan pelajar PSA memilih bidang keusahawanan digital setelah tamat pengajian. Secara keseluruhan, terdapat hubungan yang signifikan antara literasi media sosial pelajar PSA terhadap pemilihan kerjaya keusahawanan digital. Seterusnya, kajian ini diharapkan dapat membantu pensyarah untuk merancang strategi dan pendekatan aktiviti kepada pelajar kearah pemilihan kerjaya keusahawanan digital pada masa hadapan

    Korelasi efikasi kendiri keusahawanan dan kecenderungan keusahawanan pelajar pra-universiti

    Get PDF
    Aktiviti keusahawanan menggerakkan ekonomi negara dan menjamin kesejahteraan hidup masyarakat. Dalam sistem pendidikan negara, pendidikan keusahawanan telah diperkenalkan lebih daripada 30 tahun di peringkat sekolah menengah. Namun, isu berkaitan kurangnya kecenderungan dan ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan pelajar masih menjadi topik perbincangan. Hal ini membantutkan hasrat negara untuk melahirkan lebih ramai masyarakat usahawan serta menjejaskan pencapaian objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang meletakkan keusahawanan sebagai elemen utama kepada enam aspirasi murid yang diharapkan. Maka, kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kecenderungan keusahawanan dan tahap efikasi kendiri pelajar serta mengukur hubungan antara keduanya. Efikasi kendiri merupakan peramal utama kepada kecenderungan keusahawanan pelajar untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti keusahawanan pada masa akan datang. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik yang ditadbirkan. Seramai 410 orang pelajar prauniversiti yang mengambil subjek pengajian perniagaan dipilih secara rawak untuk menjadi responden bagi kajian ini. Data dianalisis menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 23 bagi mendapatkan analisis deskriptif dan korelasi. Dapatan kajian menunjukkan kecenderungan keusahawanan pelajar pada tahap tinggi sementara efikasi kendiri keusahawanan pada tahap sederhana. Terdapat hubungan yang signifikan antara kecenderungan keusahawanan dengan efikasi kendiri. Kajian ini diharap dapat digunakan untuk merangka program dan aktiviti keusahawanan bagi meningkatkan efikasi kendiri dan kecenderungan keusahawanan pelajar. Pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran berkesan juga amat perlu bagi memupuk potensi keusahawanan dalam kalangan pelajar prauniversiti
    corecore