119 research outputs found

    The Participation of Bidayuh People in Development: A Gender Perspective Analysis

    Get PDF
    The focus of the research is to study the education and employment participation trends of the Bidayuh in Serian and Bau Districts from a gender perspective. The specific objectives are to determine the trend of change in educational attainment between Bidayuh men and women based on 1990 and 2000 census data; to determine whether the survey data on educational attainment are comparable with the trend of change in educational attainment of the year 2000; to determine the trend of change in employment participation between Bidayuh men and women in the three employment sectors namely agriculture, service and manufacturing based on 1990 and 2000 census data; to determine whether the survey data on employment participation are comparable with the trend of change in employment participation of the year 2000; and lastly to explain reasons for differences between educational attainment and employment participation of Bidayuh men and women. iii The study was conducted in four zones of districts of Serian and Bau in Sarawak. The study consisted of two phases. The first phase was on the survey involving a total of 150 households including husbands and wives, who were personally interviewed using structured questionnaire. The data from the first phase were aimed at answering the first, second, third and fourth objectives of the study. The data were analysed using simple statistical tools such as frequencies, percentages, mean, standard deviation and chisquare. The second phase was on an indepth interviews among eight selected informants who were knowledgeable about Bidayuh community. The purpose was to find explanation on the differences between Bidayuh men’s and women’s educational attainment and employment participation. Qualitative data analysis was used for this phase of the study. The trend of change in educational attainment between Bidayuh men and women based on 1990 and 2000 census data shows that the opportunities for education continued to increase but disparity persisted between the two genders. The disparity is seen in terms of accessibility to primary education and attainment in tertiary education. The imbalanced in educational attainment between Bidayuh men and women for 1990 and 2000 census data continued as indicated by the study survey data. Majority of both Bidayuh male and female labour forces continue to concentrate in the traditional and labour-intensive farming between 1990 and 2000. Manufacturing sector that required some level of education, technology and skills, the survey data show that the participation of Bidayuh women in the sector was still lower than Bidayuh men. As in the iv 1990 and 2000 census data, the 2002 survey data show that employment participation in all sectors was continued to differ for Bidayuh men and women. The qualitative data show that there are two reasons why Bidayuh women lag behind the men in educational attainment. The two reasons are cultural influence and historical background that stated Bidayuh women have been long neglected in many aspects of educational opportunities. Similarly, reasons for the differences in employment participation between Bidayuh men and women are traditional gender related division of labour, employer’s bias on gender and the lack of education, skills and training among women. The study poses recommendations for extension, development planners, Sarawak state government, Bidayuh organizations and policy makers. It is hoped that the findings are useful for extension policy and programme planning for rural population with some gender perspectives. The study also recommends that future research should be conducted on the impact of development on the social mobility of Bidayuh men and women

    Reasons for Differences in Educational Attainment and Employment Participation of Bidayuh Men and Women

    Get PDF
    This article reports on reasons for differences in educational attainment and employment participation of Bidayuh men and women in the State of Sarawak, Malaysia. Data were gathered through in-depth interviews with eight selected respondents who were knowledgeable about Bidayuh community. The purpose was to find explanation for the differences between Bidayuh men‟s and women‟s educational attainment and employment participation. Qualitative data analysis was used for this study. Analysis shows that there are two reasons for Bidayuh women lag behind men in educational attainment. The reasons are cultural influence and historical background that Bidayuh women is said to have been long neglected in many aspects of educational opportunities. Reasons for the differences in employment participation between Bidayuh men and women are traditional gender division of labor, employer‟s bias on gender, and the lack of education, skills and training among women

    Naratif Sosiologi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Indonesia: Satu Kajian Fenomenologi

    Get PDF
    Migrasi antarabangsa telah dibincangkan dalam pelbagai disiplin seperti politik, ekonomi, geografi dan sosiologi. Perbincangan ini sangat penting untuk memahami mengapa migrasi berlaku sejak dulu dan faktor-faktornya bergantung kepada ekonomi, sosial dan politik. Oleh kerana kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia semakin meningkat, penguatkuasaan yang strategik sangat penting untuk mengekang permasalahan yang telah berlaku sejak sekian lama ini. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti faktor Malaysia dipilih sebagai destinasi utama dalam kalangan PATI Indonesia. Kajian ini dilakukan melalui pendekatan fenomenologi di mana penyelidik memberi fokus kepada perspektif informan. Sesi temubual mendalam telah dilakukan bersama dengan 10 informan yang dipilih mengikut teknik pensampelan bertujuan dan bola salji. Kajian ini mendapati faktor mengapa Malaysia dipilih sebagai destinasi uttama merangkumi dua aspek iaitu ekonomi dan sosio-budaya. Aspek ekonomi merangkumi keperluan, peluang pekerjaan dan upah yang lebih tinggi. Sementara itu, aspek sosial merangkumi bahasa, agama, budaya dan norma sosial. Sebagai kesimpulan, para informan menyentuh aspek ekonomi dan sosial sebagai faktor utama mereka untuk berhijrah ke Malaysia. Ini menunjukkan bahawa PATI membuat keputusan untuk mereka berhijrah berdasarkan faktor ekonomi dan sosio-budaya. Faktor ekonomi menjadi tarikan untuk PATI bermigrasi ke Malaysia, tetapi yang faktor sosio-budaya yang membuatkan mereka kekal tinggal di Malaysia

    Pandangan Dunia Kualiti Hidup Komuniti Bidayuh Di Daerah Serian, Sarawak

    Get PDF
    Ketidakberkesanan sesuatu program pembangunan untuk meningkatkan kualiti hidup sesebuah komuniti pribumi seringkali dikaitkan dengan sikap kumpulan perencana yang gagal memahami kehendak dan aspirasi kehidupan kumpulan sasaran serta realiti dunia sosial mereka. Oleh sebab itu, objektif kajian ini ialah untuk memahami pandangan dunia komuniti Bidayuh tentang kualiti hidup. Kajian ini telah menggunakan pendekatan fenomenologi menggunakan logik abduktif berasaskan ontologi idealis dan epistemologi konstruksionis. Kajian ini telah dijalankan di Daerah Serian, Sarawak dan merupakan salah satu daripada empat daerah yang berada di bawah pentadbiran Bahagian Samarahan. Populasi kajian ini terdiri daripada dua kumpulan iaitu: i) komuniti Bidayuh yang tinggal di kawasan berhampiran bandar; dan ii) komuniti Bidayuh yang tinggal di kawasan luar bandar

    Peranan pemimpin pendapat dalam penyebaran inovasi penanaman kelapa sawit

    Get PDF
    Struktur sosial masyarakat boleh dianggap sebagai satu rangkaian yang saling berkait antara individu hingga akhirnya akan menjadi satu rangkaian penting dalam menjayakan sesebuah program pembangunan komuniti. Sehubungan dengan itu, fokus utama kajian ini ialah untuk meneliti peranan pemimpin pendapat sebagai agen penyebaran inovasi penanaman kelapa sawit kepada golongan belia. Kajian ini melibatkan kaedah pengumpulan data primer dan sekunder. Data telah dikumpul menggunakan pendekatan kualitatif melalui temubual bersemuka dengan empat orang informan yang terdiri daripada usahawan, ketua kampung, Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan seorang pemangku ketua kampung. Kajian ini dijalankan di Johor Utara iaitu Kluang dan Kulai Jaya. Hasil kajian mendapati peranan pemimpin pendapat sebagai agen penyebaran inovasi sangat penting dalam usaha menarik para belia untuk terlibat dalam industri sawit. Kajian juga mendapati generasi muda memerlukan bimbingan individu yang telah berjaya untuk mengembangkan potensi mereka. Individu yang berjaya ini berperanan sebagai penyebar inovasi yang utama dalam mengembalikan keyakinan para belia terhadap masa depan kerjaya dalam industri sawit. Di samping itu, kajian turut mendapati pemimpin pendapat yang terlibat secara langsung dalam sektor pertanian dan industri sawit lebih dipercayai oleh para belia berbanding dengan pemimpin yang memegang jawatan penting di peringkat kampung namun terlibat secara sebahagian dan tidak sepenuhnya dalam sektor tersebut. Kesimpulannya, usaha menarik minat belia memerlukan intervensi banyak pihak terutamanya yang melibatkan pemegang taruh. Minda golongan muda terhadap perkerjaan dalam industri kelapa sawit perlu diubah supaya persepsi, minat terhadap sektor ini lebih berbentuk positif dan seterusnya akan menggerakkan penglibatan mereka

    Politik pilihan raya dan partisipasi politik Orang Ulu di Negeri Sarawak

    Get PDF
    Orang Ulu merupakan komuniti minoriti di Sarawak yang mempunyai adat resam dan budaya yang unik dan menarik. Dari sudut lokasi geografi pilihan raya, majoriti mereka tinggal dan sebagai pengundi di 4 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak iaitu Belaga, Ba’kelalan, Telang Usan dan Batu Danau yang berkedudukan di bahagian tengah, timur dan utara pedalaman Sarawak. Faktor keterpencilan dan tidak terdedah dengan arus pemodenan menyebabkan pandangan politik mereka jarang kedengaran dan terpinggir. Namun demikian, golongan muda Orang Ulu yang berpelajaran serta berhijrah dari perkampungan asal mereka telah mula merubah pemikiran seterusnya cuba beradaptasi dengan majoriti masyarakat luar yang berfikiran terbuka. Justeru, adalah menjadi tujuan artikel ini untuk menganalisis politik Orang Ulu dari sudut partisipasi dan persepsi mereka ketika pilihan raya DUN Sarawak 2011. Berdasarkan soal selidik dan pemerhatian di lapangan menunjukkan bahawa 83.8 peratus menyatakan gagasan “1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” disokong, dihayati dan dimanifestasikan oleh pengundi. Dari aspek governans pula, 68.8 peratus responden menyatakan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) untuk wakil rakyat dan Menteri adalah baik dan mempengaruhi sokongan rakyat terhadap kerajaan dan dasar/pembaharuan yang dilakukan oleh kepimpinan Perdana Menteri dalam memantapkan pembangunan negara terus mendapat sokongan rakyat. Dari sudut tingkahlaku politik, jika dilihat kepada status pendaftaran sebagai pemilih/pengundi, 78.0 peratus menyatakan mereka sudah mendaftar sebagai pemilih. Seterusnya, 5.0 peratus menyatakan mereka menganggotai parti politik PBB, 13.8 peratus menyertai SPDP, 8.8 peratus merupakan ahli PRS, 3.8 peratus menjadi ahli SNAP dan 5.0 peratus merupakan ahli PKR dan 63.8 peratus menyatakan tidak menyertai mana-mana parti politik. Responden menjangkakan BN akan berjaya mengekalkan pemerintahan di Sarawak

    Program Pembasmian Kemiskinan: Penglibatan Komuniti Iban dalam Membuat Keputusan

    Get PDF
    Penglibatan komuniti setempat dalam aktiviti membuat keputusan mempunyai peranan yang penting dalam menentukan setiap keputusan yang akan diambil oleh agensi pelaksana dalam pelaksanaan sesuatu program pembasmian kemiskinan adalah berpaksikan kepada keperluan komuniti setempat. Keterlibatan tersebut diakui penting dalam memastikan program yang diadakan itu telah mendapat “restu” daripada komuniti setempat dan seterusnya memenangi sokongan serta kerjasama daripada mereka dalam menjayakan program yang akan dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti penglibatan komuniti Iban dalam aktiviti membuat keputusan berkaitan dengan program pembasmian kemiskinan (Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat) yang dilaksanakan di Daerah Song, Sarawak. Untuk mencapai matlamat ini, kaedah kaji selidik telah digunakan untuk mendapatkan maklumat kajian. Borang soal selidik ditadbirkan ke atas 260 orang Ketua Isi Rumah (KIR) komuniti Iban di rumah panjang. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan statistik deskriptif menerusi pengatur cara Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 16.0. Secara keseluruhannya, penemuan kajian ini menunjukkan sebilangan besar (90.0%) KIR telah terlibat dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti membuat keputusan berkaitan pelaksanaan program-program di bawah SPKR. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa KIR yang telah terlibat dalam aktiviti membuat keputusan program di bawah SPKR menyatakan mereka sekali sekala terlibat dalam aktiviti menghadiri mesyuarat, mewakili penduduk dalam perbincangan, memberi pendapat dalam perbincangan, mengurus konflik pelaksanaan program dan menanyakan soalan dalam perbincangan program di bawah skim berkenaan. Walaupun demikian, penemuan kajian ini turut mendapati ramai bilangan KIR yang mengakui mereka tidak pernah terlibat dalam membuat perancangan kerja, menilai masalah dalam pelaksanaan, menyelesaikan masalah pelaksanaan dan membuat keputusan pelaksanaan program di bawah SPKR

    Nilai Jaringan Sosial dan Model Kelestarian Perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Melayu

    Get PDF
    Hubungan jaringan sosial merupakan satu strategi perniagaan yang tersulamnya proses sosial melalui hubungan interaksi dalam aktiviti perniagaan. Justeru, isu utama kajian ini ialah sejauh mana hubungan jaringan sosial menghasilkan nilai jaringan yang membantu kelangsungan hidup dan daya saing perusahaan kecil dan sederhana milik orang Melayu. Kajian ini bertujuan mengenal pasti nilai jaringan sosial dalam membantu kelangsungan hidup dan daya saing perusahaan kecil dan sederhana milik orang Melayu melalui aktiviti pertukaran nilai jaringan bersama aktor jaringan sosial yang membentuk sebuah model kelestarian perniagaan. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif melibatkan temu bual mendalam dengan 20 orang informan yang merupakan usahawan kecil dan sederhana Melayu yang menjalankan perniagaan di Kuala Terengganu. Pemilihan informan kajian menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Ciri-ciri utama pemilihan informan ialah usahawan kecil dan sederhana yang mempunyai jumlah jualan tahunan melebihi RM300 ribu atau sekurang-kurangnya memiliki lima orang pekerja. Penganalisisan data kualitatif adalah secara bertema menggunakan perisian ATLAS.ti. Hasil kajian mendapati hubungan jaringan sosial menghasilkan nilai material dan nilai bukan material kepada usahawan Melayu. Aktiviti pertukaran nilai antara aktor jaringan sosial melibatkan perkongsian maklumat, tunjuk ajar, bantuan, perkhidmatan sokongan perniagaan, nasihat dan menyelesaikan masalah perniagaan. Impak dari pertukaran nilai jaringan sosial menghasilkan pelbagai manfaat kepada usahawan bermula dari proses penghasilan produk dan perkhidmatan yang berkualiti, strategi pemasaran, menepati kehendak pelanggan, kelangsungan perniagaan dan mampu bersaing dalam pasaran yang semakin mencabar. Kesimpulannya, membina hubungan bersama aktor jaringan sosial merupakan strategi perniagaan dan merupakan alat bagi usahawan Melayu untuk memiliki manfaat dalam perniagaan melalui peranan setiap aktor jaringan yang pelbagai, menghasilkan nilai jaringan yang berbeza, saling melengkapi dan saling diperlukan dalam membina sebuah perniagaan lestari yang bermatlamatkan nilai ekonomi, sosial dan persekitaran. Implikasi kajian menunjukkan bahawa usahawan Melayu perlu membina hubungan jaringan sosial di peringkat mikro dan makro termasuk institusi sosial

    Women Muslim hardship after Al-Anbar Province War of Iraq

    Get PDF
    This article discusses the situation and experiences of women during a civil war between Sunni and Shiite Muslims in the region of Al Anbar, Iraq in 2013. The impact of the war had caused disruptions in terms of public order, properties and many people were killed. Although the women did not participate directly in the war, they suffered the consequences of the war. The present study was undertaken to investigate on how women attempted to cope with the situation during the war. The study was conducted based on qualitative approach using an in-depth interview method to obtain both primary and secondary data. A total of 25 informants were selected for the study. All informants had become widows as their husbands were killed during the war which resulted in destruction, murder, displacement, social circumstances and unstable political situations. The findings showed that the civil war had rendered women in Al-Anbar as widows. Women lost their honor, children and relatives as a result of immigration diseases in their attempts to escape the war. In conclusion, there was a need for the Sunni and Shiite Muslims to seriously consider the impact of war on women that required the Sunni and Shiite Muslims to put aside their respective ideological differences and to find a compromising and lasting peace in the province of Al-Anbar. In the final analysis, nobody accepts humiliation caused to women who suffered more than just killings, migration and random bombin

    ANALISIS TINGKAT KEUNTUNGAN USAHA RUMAH TANGGA KUE LUMPIA DI KELURAHAN BUMI NYIUR KECAMATAN WANEA

    Get PDF
    The objective of this research is to to determine the level of profit from the Cake Lumpia households business in the Bumi Nyiur Village Wanea districts. The method used in this study is the case study method. The data used in this study are primary data and secondary data. Primary data were collected in the field directly from the source in this research is the owner of household enterprises cakes spring rolls, for the purpose of research and the data has not been published before. This data was obtained through interviews based on questionnaires that are relevant and have been prepared. As for the secondary data includes vil-lage profiles will be obtained from government agencies associated with this research. To determine the amount of benefit artisans will use a rat stamp benefit analysis followed by analysis of R / C to determine the feasibility of this venture. These results indicate that the average total revenue in this business is Rp. 1,000,000 / day, with a total production cost of Rp. 283,896.7. Then the total profit earned in spring roll pastry business in Bumi Nyiur Village, District of Wanea is Rp. 716,103.3 / day. Analysis of R / C who do show that the average household businesses spring rolls baking in the Village Earth Nyiur District of Wanea experiencing gains, where the R / C ratio of 3.52 and it can be concluded that the business is feasible to run
    corecore