36 research outputs found

    Kenaikan harga rumah sekunder

    Get PDF
    Hartanah kediaman merupakan aset penting yang dijadikan sebagai tempat tinggal yang boleh juga menjana pendapatan melalui sewaan, pajakan dan sebagai jaminan. Kenaikan harga harta tanah kediaman yang semakin meningkat, memberi berita gembira kepada para pelabur tetapi menjadi mimpi ngeri kepada individu yang ingin memiliki kediaman sendiri. Walau bagaimanapun, pembeli masih mempunyai pilihan sama ada membeli rumah yang baru dilancarkan dengan harga yang tinggi atau mencari rumah terpakai sedia ada di pasaran yang boleh dibeli dengan harga yang lebih rendah. Penyelidikan yang dilaksan adalah untuk melihat trend harga rumah sekunder seterusnya menyedi satu teori kerangka kenaikan harga rumah sekunder

    Computer based analysis in the design process for the second year design studio Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

    Get PDF
    The emergence of technology and its entry to various fields, especially into education systems has its own pros and cons. but the important issue, here, should to acquiring the impact of this presence in order to enhance benefits and reduce drawbacks on educational systems. Digital software has opened a new era into designers and students of art and architecture. Understanding and learning the rules of this new era not only can help designers to keep up abreast to the newest knowledge and technology but also it can help novice designers to rescue from trap of this new world. Main goal of this paper is to study the impacts of using digital technology in design studios in second year architecture student in Universiti Kebangsaan Malaysia by analyzing and comparing student’s process and progress during one year

    A Model of Housing Quality Determinants (HQD) for Affordable Housing

    Get PDF
    This research identifies the design quality determinants and parameters for affordable housing in a developing metropolis, Karachi, Pakistan. The absence of quality housing in Karachi has resulted in a variety of factors including policy failure, violation of bylaws, housing scarcity and more low quality housing. The combination of these factors has resulted in poor housing design and construction and has lowered the overall quality of housing. Homeowners (end-users) experience unplanned maintenance and repairs. This study provides a design quality model for use as a survey tool among professionals and end-users. This study resulted in a table of 24 quality determinants marked as Housing Quality Determinants (HQD) grouped into eight sections. This research concludes that the existing design quality of affordable housing in Karachi could be enhanced by resolving problems related to design, construction, services, site development, neighbourhood and sustainability. The HQD model provides a platform for developing quality indicators of housing design and an opportunity for local and international design and construction professionals to rethink design in the context of housing quality. This article provides the development of the HQD framework (model)

    Aset pelancongan luar bandar daripada lensa komuniti Lembah Beriah

    Get PDF
    Sektor pelancongan telah mengalami pertumbuhan yang berterusan dan menjadi salah satu sektor ekonomi yang paling berkembang pesat di dunia sekaligus menjadi pemacu utama dalam kemajuan sosioekonomi. Aset pelancongan merupakan elemen penting dalam industri pelancongan. Terdapat beberapa elemen aset pelancongan di sesebuah destinasi seperti (1) tarikan (attractions), (2) ketersampaian (accessibility), (3) kemudahan (amenities), (4) pakej pelancongan (available packages), (5) aktiviti pelancongan (activities) dan (6) perkhidmatan sampingan (ancillary services). Lembah Beriah merupakan salah satu kawasan di dalam Daerah Kerian, Perak dan memiliki taburan bentuk muka bumi yang menarik dan boleh dibangunkan untuk menjadi salah satu pusat pelancongan di Malaysia. Kajian ini bertujuan mengenalpasti aset pelancongan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai produk pelancongan di Lembah Beriah. Berdasarkan kaedah kuantitatif menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada 300 orang komuniti di Lembah Beriah mendapati bahawa terdapat kepelbagaian aset pelancongan di Lembah Beriah yang menarik dan berpotensi dibangunkan sebagai produk pelancongan, terdiri daripada produk alam semula jadi dan buatan manusia. Aset pelancongan alam semulajadi meliputi sawah padi dan tasik sementara aset pelancongan budaya dan warisan merangkumi seni silat, kraftangan dan gastronomi setempat

    Kesediaan masyarakat sivil mengadaptasi platform untuk peluang sharing economy: sorotan literatur

    Get PDF
    Konsep sharing economy telah berkembang pesat dalam pelbagai sektor di negara-negara maju berbanding di negara Asia termasuk di Malaysia. Terminologi sharing economy berkaitan penggunaan platform digital secara kolaboratif dikatakan mencabar dan mengubah semula model perniagaan secara tradisional. Kajian ini tertumpu kepada dua objektif iaitu menganalisa tren dapatan penyelidikan berkaitan sharing economy dan mengenalpasti perbezaan ketersediaan masyarakat terhadap platform sharing economy di peringkat global. Berdasarkan 200 artikel yang dianalisa, sembilan (9) tema telah dikenaplasi iaitu: (i) aktiviti platform digital; (ii) model perniagaan; (iii) pelancongan; (iv) kelestarian; (v) pengurusan; (vi) konflik; (vii) konsep dan kerangka (viii) kepentingan dan peluang; dan (ix) impak sosial. Tahap kesediaan di kalangan masyarakat dunia dikatakan berbeza di setiap negara dengan dipengaruhi pelbagai faktor khususnya kemajuan teknologi dan kesedaran masyarakat. Usaha yang berterusan wajar dilakukan oleh pihak berkepentingan dalam memastikan penggunaan konsep sharing economy yang diadaptasi dapat menyumbang kepada kemampanan ekonomi dan sosial. Kajian ini mencadangkan agar penyelidikan tentang airbnb diluaskan di Malaysia kerana ekonomi perkongsian menawarkan peluang dalam memajukan semua sektor

    Developing Conducive Sustainable Outdoor Learning (CSOL) : The Impact Of Natural Environment On Student's Ability

    Get PDF
    Natural environments have a potential for encouraging students' physical health and psychological well being in schools. The green area are recognize to promote physical activity, which include a better designing the feature of landscaping for positive youth development. This paper explores how outdoor learning access to nature has two aims to sustainable this programs school gardens which improves the factors of psychological health and effective functioning between positive and negative behaviors and also to provide natural environment to enhance physical health, reduce health inequalities by supporting physical activities, directly advantage to growing body and also opportunities to encourage better nutrition for students

    Penentuan amaun pukal tabung dana pengurusan perumahan bertingkat di Malaysia / Norngainy Mohd Tawil

    Get PDF
    Menurut Akta Hak Milik Strata 1985, pemilik unit kediaman bertingkat tinggi atau strata diperlukan membayar caruman kepada kos pengurusan fasiliti. Namun, kajian telah mendapati pengutipan caruman tersebut sebagai bermasalah (i) penduduk gagal membayar secara tetap atau (ii) langsung tidak membayar caruman tersebut. Ini memberikan kesan yang negatif terhadap keberkesanan pengurusan penyenggaraan bangunan. Justeru, satu mekanisme perlu dicari untuk mengatasi masalah pengurusan perumahan bertingkat yang berpunca daripada kesukaran pengutipan tersebut. Tujuan utama penyelidikan ini adalah (i) untuk mengenal pasti punca kepada kesukaran mengutip caruman tersebut dan (ii) untuk membina formula Penentuan Amaun Pukal Tabung Dana Pengurusan yang terpakai bagi unit kediaman berstrata. Di fasa pertama, soal selidik secara temubual telah dijalankan untuk mengenal pasti keengganan penduduk untuk membayar caruman. Dengan mengambil 132 perumahan bertingkat yang telah mengadakan mesyuarat agung tahunan sebagai rangka sampel, sebanyak 660 responden telah dipilih secara rawak berstrata. Kemudian, teknik Konjoin Kabur telah digunakan untuk menghasilkan keputusan dalam nilai Linguistik Kabur. Hasilan mendapati bahawa keengganan penduduk membayar adalah berkaitan dengan ketidakpuasan mereka terhadap mutu penyenggaran yang ditawarkan serta beban membayar secara bulanan. Penduduk juga didapati kurang bersosial dan agak sukar bekerjasama. Bebanan membayar sepanjang pemilikan turut dirasai penduduk malahan cadangan mensekalikan dana pengurusan di dalam harga rumah telah dipersetujui oleh responden. Seterusnya di fasa kedua, penyelidikan ini membangunkan formula bagi Model Tabung Dana Pengurusan perumahan bertingkat. Model ini dibina berasaskan formula anuiti berterusan. Untuk membangunkan model ini, nilai inflasi bagi "bakul-bakul" tertentu diambil kira sebagai kadar kenaikan tahunan Dana Pengurusan. Analisis terhadap KWSP, ASB dan unit amanah telah digunakan sebagai komponen peningkatan tabung. Pekali regresi bagi hubungan dana pengurusan setahun dan harga rumah digunakan sebagai pekali bagi model ini. Penyelidikan ini mendapati bahawa nilai pukal Tabung Dana Pengurusan yang perlu disekalikan adalah di antara 7% sehingga 20% daripada harga rumah bergantung kepada nilai pulangan pelaburan. Model Tabung Dana Pengurusan tersebut boleh diguna pakai oleh pemaju untuk menentukan amaun pukal dana pengurusan yang harus disekalikan di dalam harga rumah bagi tujuan mengatasi masalah kutipan Dana Pengurusan

    Cabaran pemilikan rumah untuk generasi milenium di lembah Klang, Malaysia

    Get PDF
    Generasi Milenium merupakan kohort generasi yang diklasifikasikan sebagai golongan yang berumur antara 23 tahun hingga 38 tahun pada tahun 2019, ia boleh menjadi titik rujukan untuk menggambarkan ciri dan demografi generasi ini. Pada era baharu 2020 ini, generasi Milenium telah menghadapi cabaran besar dalam isu pemilikan rumah, untuk memahami isu ini penyelidikan ini akan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilikan rumah dan cabarannya bagi generasi Milenium dalam pemilikan rumah di Kawasan Lembah Klang. Metodologi kajian ini dijalankan adalah secara kuantitatif melalui kajian soal selidik dijalankan kepada 500 orang responden dan seramai 467 orang responden yang telah memberikan maklumbalas iaitu 94.3%. Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilikan serta cabaranya dikenalpasti dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 22.0. Nilai min digunakan untuk mengenalpasti tahap kesetujuan responden terhadap instrumen faktor. Hasil daripada analisis faktor-faktor yang mempengaruhi pemilikan rumah adalah faktor umur, status perkahwinan, taraf pendidikan, status majikan, tempoh masa bekerja, bilangan isi rumah, faktor pendapatan isi rumah dan perbelanjaan merupakan faktor yang mempengaruhi pemilikan kediaman. Seterusnya kajian ini mendapati cabaran yang menyebabkan genarasi Milenium ini masih tidak memiliki kediaman sendiri adalah disebabkan oleh kos sara hidup yang tinggi, harga rumah yang terlalu tinggi dan kurangnya penawaran rumah pada harga mampu milik, bayaran ansuran yang tinggi, kadar faedah pinjaman yang tinggi, tiada wang simpanan, komitmen sedia ada yang tinggi, tidak layak membeli rumah skim kos rendah, pekerjaan masih belum stabil, ingin membeli rumah selepas berkahwin. Faktor-faktor kajian ini adalah penting untuk mengkaji punca permasalahan ini berlaku dan kaedah mengatasi masalah ketidakmampuan pemilikan rumah untuk generasi Milenium ini dapat ditangani
    corecore