3 research outputs found
Kearifan Berbahasa Cerminan Kepada Keperibadian Melayu Berorientasikan Akal Budi Melayu Dalam Peribahasa
Bangsa Melayu sejak dari zaman berzaman adalah masyarakat yang peka dengan alam dan persekitaran. Mereka telah melakukan pelbagai kajian, eksperimen dengan pemerhatian terhadap alam untuk mendapatkan pengalaman dalam hidup. Melalui pemerhatian, maka lahirlah peribahasa yang begitu tinggi nilai estetikanya. Peribahasa merupakan salah satu wahana yang penting dalam merakam pemikiran dan mengungkapkan peradaban bangsa Melayu ketika itu. Sebanyak 25 peribahasa yang dikenal pasti menggunakan elemen sains yang diperoleh melalui hasil janaan daripada laman sesawang http://www.malaycivilization.com.my. Dengan mengaplikasikan pendekatan semantik inkuisitif, iaitu pendekatan yang melibatkan gabungan di antara data korpus, teori, kognitif dan falsafah bagi memahami konteks sebenar peribahasa sehingga mampu mencungkil ke peringkat akal budi penuturnya. Analisis mendapati bahawa orang Melayu dahulu telah mempertalikan hubungan di antara konsep ekonomi dan bahasa dalam peribahasa amat berkait rapat dengan sifat keperibadian yang ada dalam masyarakatnya. Contohnya, Untung sabut timbul, untung batu tenggelam, dalam peribahasa berkenaan telah memberi gambaran tentang konsep timbangan. Dari sudut sains, ia mempunyai perkaitan dengan konsep berat dan ringan yang melibatkan dua jisim yang tidak sama berat yang melibatkan kepada konsep kepadatan (ketumpatan) serta hukum keapungan (prinsip Archimedes) yang boleh dikaitkan dengan elemen ekonomi, iaitu melalui konsep untung (berat) dan rugi (ringan). Menerusi konsep ini orang Melayu telah mempertalikannya dengan ‘nasib’ seseorang yang membawa kepada konsep kesungguhan dalam ‘usaha’ untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Berdasarkan peribahasa ini, menunjukkan apa-apapun kita harus berserah kepada Allah swt. Namun begitu, tidak semestinya Allah swt telah tetapkan nasib dan rezeki setakat itu sahaja. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa elemen ekonomi merupakan suatu bahasa yang diolah ke dalam peribahasa bagi membantu memperjelaskan makna sebenar peribahasa sehingga dapat mencungkil kearifan dan keintelektualan orang Melayu
Herba dalam Peribahasa Melayu : Kajian Akal Budi Melayu
Melayu dahulu kala bijak orangnya. Mereka seniman yang kreatif, mereka pemikir yang tajam, mereka perenung alam sekitar, mereka dekat dengan masyarakat dan alam fauna dan flora Melayunya. Hassan Ahmad (2001), menyatakan bahawa masyarakat Melayu menyampaikan makna melalui pelbagai cara atau “teknik” yang luar biasa, kreatif dan bijaksana. Antaranya disebut teknik metafora, kiasan, ibarat, perlambangan dan melalui bahasa berirama, bersajak, bahasa sindiran, bahasa gurau senda, bahasa metaforik. Kreativiti minda dan seniman bahasa dan naratif Melayu berdasarkan ketahanan kesannya dalam “minda” orang Melayu sepanjang zaman. Kenyataan ini telah memberikan kita gambaran betapa bijaksana orang Melayu dahulu dalam mengasosiasikan alam dan diadun dengan ketajaman akal dan kehalusan perasaan dan budi mereka dalam menginterpretasikan sesuatu ungkapan yang sarat dengan makna, nilai dan falsafah yang tersendiri. Kajian ini dibuat untuk meneliti peribahasa Melayu yang berteraskan herba ‘kunyit’ dan ‘cekur’. Fokus kajian ini untuk menyelami falsafah dan makna di sebalik pembentukan peribahasa Melayu itu yang sarat dengan nilai akal budi Melayunya. Bertitik tolak daripada kenyataan Hassan Ahmad (2001), beliau mengatakan bahawa “akal budi” Melayu dapat dilihat dengan mengkaji karya kesusasteraan “tradisional” Melayu, baik yang bercorak “sastera tulisan” mahupun yang bercorak “sastera lisan”, seperti hikayat, puisi tradisional (misalnya, pantun, dan syair) dan peribahasa Melayu ataupun karya yang bercorak ilmu atau yang bercorak “sastera
Modelling automatic IoT home light system (SmartLi) by NODEMCU ESP8266
Most people are always forgot to switch off the light when going out for holiday and left the light on as long as they are on holiday. This could lead to the waste of the electricity. If the lights turn off, dark condition and environment will attract and expose to the burglar target. Technology in network and communication system allows us to remotely control the light condi-tion either off or on in order to pretend the house is occupied. The aim of this project is to develop an automatic home light system that able to control remotely by using internet of thing (IoT) technology. Mobile application (SmartLi) for home light was developed and integrated with in-tensity and motion sensor. The porch lamp will light up when it’s dark and also it will become brighter when there is a motion detected in dark surrounding