121 research outputs found

    Analisis pemilikan bermanfaat dalam kewangan Islam berdasarkan kaedah tarjih bayn al-asl wa al-zahir

    Get PDF
    Pemilikan aset merupakan aspek penting dalam memastikan keabsahan kontrak jual beli. Walau bagaimanapun, dalam konteks kewangan Islam, isu pemilikan bermanfaat menjadi topik yang hangat berikutan operasi kewangan Islam yang berjalan dalam kerangka konvensional perundangan negara. Pemilikan bermanfaat dianggap tidak mengikut piawaian pemilikan dalam syariah. Justeru, kajian ini dilakukan untuk menghuraikan kedudukan dan maksud pemilikan bermanfaat dari perspektif undang-undang dan Syariah. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kandungan bagi menjelaskan konsep pemilikian bermanfaat. Data kajian dianalisis menggunakan kaedah deduktif dan deskriptif untuk melakukan tarjih. Dapatan kajian ini menunjukkan pemilikan bermanfaaat diiktiraf sebagai pemilikan sebenar kerana Syariah membenarkan pemindahan pemilikan sebaik sahaja ijab dan qabul terlaksana. Kajian ini penting untuk menjadi panduan kepada institusi kewangan Islam dalam menstruktur produk yang patuh Syariah

    Deemed Consent in Islamic Banking from Contract Law Perspective: A Sharia Analysis

    Get PDF
    This paper is specifically focusing on the issue of deemed consent as applied in modern Islamic financial contracts. It has been recognized by some scholars and rejected by others. The purpose of this study is to examine the meaning of deemed consent in contract law and its recognition from the Sharia point of view. It begins with examining the meaning of sighah and deemed consent from civil law as well as Islamic law perspective and followed by the analysis of the effect of silence in the validity of acceptance in Islamic law of contract. The approach that is applied in this study is qualitative research in nature, with regards to documentation and secondary sources by reviewing and analyzing the fiqhi perspective of consent and silence in Islamic law; by taking into consideration current practice of financial industry. The findings of the study are that deemed consent in the law can be considered as an acceptance. It is understood by the buyer indicating his consent to the sale by his conduct or silence. Generally, absolute silence in banking transactions is not an acceptance, but that there must be evidences or clues indicating the consent of customers. As such the non-absolute silence can be considered as acceptance in the Islamic law by taking into consideration some Sharia parameters proposed in this study. Interestingly, this idea is also shared by the Common law. Accordingly, based on the analysis conducted in this study, tacit acceptance, or implied acceptance is one of the means of expressing contemporary consent that can be applied. This study develops Sharia parameters consisting of five items as important guidelines in applying deemed consent in the Islamic banking

    Ilmu pengetahuan, atitud dan praktis keluarga dalam komunikasi dan integrasi sosial pesakit strok

    Get PDF
    Kajian ini bermatlamat untuk mengetahui hubungkait antara ilmu pengetahuan, atitud dan praktis keluarga dalam komunikasi dan integrasi sosial pesakit strok. Salah satu aspek penting dalam pengurusan dan pemulihan pesakit strok ialah sokongan daripada keluarga. Kajian literatur barat menunjukkan kebanyakan keluarga mempunyai anggapan yang salah atau tidak tepat mengenai penyakit strok dan secara langsung mempunyai impak yang negatif terhadap proses pemulihan dan terapi pesakit. Dengan adanya pengetahuan mengenai strok, hal ini akan mempengaruhi atitud dan praktis keluarga terhadap komunikasi dan integrasi sosial pesakit serta membantu pemulihan rehabilitasi pesakit. Malangnya, sehingga kini maklumat mengenai kecelekan ilmu pengetahuan, atitud dan praktis keluarga dalam komunikasi dan integrasi sosial pesakit strok masih kabur. Keadaan ini menjadi justifikasi kajian dilakukan. Reka bentuk kajian ini adalah kajian rentas (crosssectional study). Responden dipilih berdasarkan kelayakan kriteria yang telah ditetapkan. Kajian dijalankan dalam bentuk soal selidik. Data dikumpulkan di Hospital Universiti Sains Malaysia. Kaedah analisis data adalah statistik deskriptif dan ordinal regression. Keputusan menunjukkan tahap ilmu pengetahuan ahli keluarga berkaitan strok, atitud dan praktis ahli keluarga terhadap pesakit strok pada tahap yang baik. Namun begitu, dapatan kajian menunjukkan tiada hubungkait antara ilmu pengetahuan, atitud dan praktis ahli keluarga atau penjaga dalam komunikasi dan integrasi sosial pesakit strok. Perbincangan meninjau dapatan kajian dalam konteks Malaysia

    A comparative study on the efficacy of isotonic and hypotonic intranasal corticosteroid spray in allergic rhinitis

    Get PDF
    Background: Intranasal corticosteroid spray is one of the most effective treatment in allergic rhinitis. There are various types of intranasal corticosteroid spray available in Malaysia. Although the main ingredient in nasal spray is steroid-based products, the difference of tonicity could show different effect in controlling the symptoms of allergic rhinitis. Tonicity is an important consideration for drug formulation and can affect its uptake, retention and consequent efficacy and safety. Objective: This comparison study is to determine the efficacy of different type of nasal spray in treatment of allergic rhinitis by comparing the efficacy using several clinical parameters that are Total Nasal Symptom Score (TNSS), Sinonasal Outcome Test Score-22 (SNOT-22) and Modified Lund-Kennedy (MLK) nasoendoscopic examination. Efficacy is also determined with allergy inflammatory markers such as serum Interleukin-4 and blood eosinophilic count. Methods: Comparative interventional study, open label involving 2 groups (hypotonic nasal spray group and isotonic nasal spray group) was carried out in Otorhinolaryngology Clinic of Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu and Otorhinolaryngology Clinic of Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian Kelantan commencing from June 2015 till May 2016. Study involves walk-in patient aged from 18-70 years old, who are seen in clinic from this two centres that are diagnosed with allergic rhinitis based on symptom and sign and had consented for skin prick test.Results: ANOVA test was applied to study the efficacy of isotonic and hypotonic nasal spray which includes TNSS, SNOT-22 and Modified Lund-Kennedy nasoendoscopic examination score. Only Modified Lund-Kennedy nasoendoscopic score showed significant difference between the two groups, F = -2.23, p = 0.026. Mann Whitney test was applied, median (IQR) for hypotonic spray =3.00(4.00) and isotonic spray 2.00(4.00). For inflammatory markers, effects of both method were analysed by using t-test. For IL-4, the difference between the mean isotonic and hypotonic nasal spray was not statistically significant (p = 0.337, 95% CI-0.91, 0.32). Same findings were demonstrated in eosinophil counts which showed no statistically different (p = 0.190, 95%CI -0.38, 0.08). Conclusions: There is not much difference on the efficacy between isotonic and hypotonic using clinical parameters and allergic inflammatory markers. The only significant findings in this study is by using the Modified Lund-Kennedy nasoendoscopic score which shows improvement with isotonic nasal spray. As a conclusion, isotonic INSs has a slightly superior efficacy than hypotonic INSs for treatment of AR in reducing the signs and symptoms

    Correlation between volumetric oxygen transfer coefficient and power requirement in citric acid fermentation by aspergillus niger

    Get PDF
    A batch culture system for the production of citric acid by Aspergillus niger TISTR 3089 was studied to determine the effect of aeration and mixing on the volumetric oxygen transfer coefficient (kLa) and power requirement. A 2-l batch stirred-tank was used with impeller speeds of500-900 -rpm at an aeration rate of 0.65 vvm with glucose as the carbon source. kLa and power consumption varied with duration offermentation. The data obtained were fitted to mathematical correlations between kLa and power requirement during gassing per unit volume of liquid (Pg/V) and superficial gas velocity reported by previous researchers. By including the agitator speed, better correlations were obtained, indicating the importance of stirrer speed in such correlations. The proposed relationship is: kLa = k (Pg/V)0.95 U0.67 N0.5, where U is the superficial gas velocity and N is the stirrer speed

    A new breed of Islamic accountants and their role in Islamic institutions

    Get PDF
    Accountants and accounting have played a very crucial role in Muslim societies. Accountants who were known as al-Katib or al-Muhasib, held very prestigious positions in Islamic institutions. The purpose of this paper is to discuss accountability of accountants from Islamic perspective. Then, this paper attempts to explain the role of Islamic accountants as a new demanded profession in Islamic institutions in order to meet the objective of Shariah

    Kepentingan faktor fasād al-zamān dalam penetapan hukum ijtihādī

    Get PDF
    Penetapan sesuatu hukum syarak boleh dipengaruhi oleh faktor fasād al-zamān sehinggakan banyak hukum yang berubah disebabkannya. Namun begitu, kesamaran tentang rangkuman makna di sebalik istilah dan kepentingannya menimbulkan persoalan tentang akhlak bagaimakah yang disifatkan sebagai fasād al-zamān dan kedudukannya dalam usul fiqh. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membincangkan konsep fasād al-zamān dan kepentingan mengambil kiranya dari perspektif usul fiqh. Kajian ini berasaskan kaedah kualitatif dengan mengambil pendekatan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa fasād al-ẓamān merujuk kepada kesemua keadaan kerosakan akhlak, kehakisan sifat warak serta kerapuhan pegangan agama masyarakat secara menyeluruh dan umum tanpa mengkhususkan akhlak-akhlak tertentu. Selain itu, kajian juga mendapati kepentingan fasād al-zamān sebagai satu faktor kepada dalil istiṣlāh (maṣlahah mursalah) khususnya dalam mengubah dan mentarjih hukum syarak tertentu iaitu hukum-hukum furuk yang berasaskan kepada qiyās dan maṣlahah

    Ciri-ciri linguistik dalam buku teks berbahasa Arab dan hubungannya dengan tahap kebolehbacaan teks di Malaysia

    Get PDF
    Kajian kebolehbacaan teks bahasa Arab sedang berkembang di negara Arab, tetapi masih lagi pada peringkat awal di Malaysia. Kekurangan panduan untuk menilai kesesuaian buku teks dengan pembaca sasaran menjadi kekangan yang mendorong kajian ini dijalankan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan ciri-ciri linguistik dalam buku teks mengikut tingkatan dan hubungan antara ciri-ciri linguistik dengan tahap kebolehbacaan teks berbahasa Arab sebagai langkah awal pembangunan kaedah pengukuran kebolehbacaan teks. 315 sampel teks yang mengandungi 100 patah perkataan dipilih secara rawak daripada 105 buah buku teks tingkatan satu hingga tingkatan lima dalam Kurikulum Dini dianalisis. Kekerapan perkataan biasa dan kerap, perkataan abstrak, ayat mudah, ayat kompleks, ayat kata nama, purata panjang ayat serta kata hubung dan penanda wacana dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan korelasi Pearson. Kajian ini menunjukkan ayat mudah berada pada tahap rendah. Ayat kompleks dan ayat kata nama berada pada tahap sederhana. Namun, tahap ayat kompleks lebih tinggi daripada ayat mudah dan mengikut urutan tingkatan melainkan ayat kata nama tidak mengikut urutan tingkatan. Perkataan biasa dan kerap berada pada tahap yang tinggi dalam semua tingkatan satu hingga lima dan mengikut urutan tingkatan, sebaliknya perkataan abstrak berada pada tahap rendah dan tidak mengikut urutan. Kata hubung dan penanda wacana pula berada pada tahap tinggi dalam teks tingkatan satu dan berada pada tahap sederhana dalam teks tingkatan dua, tiga, empat dan lima. Purata panjang ayat berada pada tahap tinggi dalam semua tingkatan. Ujian korelasi menunjukkan perkaitan negatif yang signifikan antara ayat kompleks, perkataan biasa dan kerap serta kata hubung dan penanda wacana dengan tahap kebolehbacaan teks. Purata panjang ayat menunjukkan perkaitan positif yang signifikan dengan tahap kebolehbacaan teks. Dapatan kajian ini boleh dimanfaatkan oleh kajian selanjutnya bagi mengkaji kaedah menentukan tahap kebolehbacaan teks berbahasa Arab Kurikulum Dini, berdasarkan ciri-ciri linguistik

    Konsep pemilikan dalam pembiayaan perumahan dan kenderaan berasaskan akad ijarah di Perbankan Islam serta kesannya kepada akad hibah

    Get PDF
    Pemilikan merupakan aspek penting untuk menentukan keupayaan melakukan kepelbagaian urusniaga terhadap aset yang dimiliki oleh sesuatu entiti. Perkembangan insitusi kewangan Islam yang semakin rancak telah menyaksikan berlakunya kepelbagaian akad pendasar dalam sesuatu kontrak pembiayaan yang memberi kesan kepada aspek pemilikan terhadap pelanggan dan juga insitusi kewangan Islam. Majoriti fuqaha’ berpandangan seseorang individu tersebut perlu memiliki pemilikan secara sempurna terhadap aset bagi memastikan kesahan sebarang urusan muamalat seperti jual beli dan hibah mengikut persepektif syarak. Pada masa kini, sebahagian besar umat Islam di Malaysia memiliki aset perumahan dan kenderaan melalui pembiayaan yang diperolehi daripada insitusi kewangan Islam yang memakan masa berpuluh tahun untuk melunaskan baki pembayaran. Melalui kontrak pembiayaan tersebut, timbulnya isu sekiranya pemilik berhajat untuk menghibahkan aset yang masih dalam tempoh pembiayaan. Justeru, kertas kerja ini bertujuan merungkai sejauhmana akad hibah tersebut sah untuk dilakukan berdasarkan konsep pemilikan yang terdapat dalam produk pembiayaan perumahan dan kenderaan berasaskan akad ijarah yang ditawarkan oleh insitusi kewangan Islam. Kajian ini dilakukan melalui metode kualitatif yang menggunakan analisis kandungan untuk menjelaskan impak konsep pemilikan dalam produk pembiayaan perumahan dan kenderaan terhadap akad hibah. Hasil kajian mendapati bahawa insitusi kewangan Islam merupakan pemilik sebenar terhadap aset yang dibiayai melalui akad sewaan dan implikasinya menyebabkan penghibahan aset yang dilakukan dalam tempoh pembiayaan tersebut adalah tidak harus di sisi syarak
    corecore