50 research outputs found

    Pembinaan ujian tahap saiz kosa kata Arab

    Get PDF
    Antara masalah yang dihadapi oleh pelajar bahasa kedua ialah penguasaan tahap saiz kosa kata. Tujuan kajian rintis ini adalah untuk membina dan menentukan penguasaan tahap saiz kosa kata Arab. Ujian tersebut akan digunakan untuk mengenal pasti tahap saiz kosa kata Arab. Metodologi kajian melibatkan proses pembinaan ujian, proses pemurnian item ujian serta proses penyiasatan kebolehpercayaan serta kesahan ujian. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar pra universiti di sebuah sekolah menengah agama di Temerloh, Pahang. Kajian ini memilih untuk melalui proses ujian ketekalan dalaman bagi melihat pekali kebolehpercayaannya iaitu nilai korelasi antara uji dan ulang uji (test retest), nilai alfa Cronbach dan nilai Cohen Kappa. Hasil kajian menunjukkan bahawa nilai korelasi adalah tinggi iaitu 0.84, pekali alfa Cronbach adalah tinggi iaitu 0.89 manakala pekali Cohen Kappa juga tinggi, iaitu 0.95. Bukti kesahan isi kandungan telah didapati daripada penyemakan oleh panel pakar. Implikasi hasil kajian ini adalah ujian tersebut boleh digunakan untuk mengenal pasti penguasaan saiz kosa kata Arab kerana ujian ini memenuhi kriteria ciri psikometri kebolehpercayaan dan kesahan

    Tahap kefahaman bahasa Arab mengikut taksonomi bacaan dalam kalangan pelajar

    Get PDF
    Membaca adalah satu proses kognitif untuk mencari maksud dari bahan teks yang dibaca. Proses Kognitif mempunyai enam tahap kefahaman mengikut Taksonomi Bloom. Kajian ini bertujuan; (1) untuk mengenal pasti tahap kemahiran kefahaman bacaan teks bahasa Arab dalam kalangan pelajar melalui Ujian Kefahaman Bacaan Taksonomi; dan (2) untuk mengenal pasti hubungan antara tahap kefahaman bacaan dengan pencapaian mata pelajaran bahasa Arab. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan dengan menggunakan Ujian Kefahaman Bacaan Taksonomi sebagai alat kajian. Respon kajian ini seramai 60 pelajar tingkatan dua yang dipilih secara rawak. Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan tahap kefahaman bacaan bahasa Arab berada pada tahap Sederhana. Namun, secara terperinci pula, dapatan kajian menunjukkan aras pertama Taksonomi berada pada tahap Sederhana, manakala aras selebihnya adalah pada tahap Lemah. Dari aspek Peringkat Kebolehbacaan pula, dapatan kajian menunjukkan dua aras pertama dan kedua pada Peringkat Bimbingan dan aras selebihnya pada Peringkat Kecewa. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman bacaan dengan pencapaian bahasa Arab

    Amalan kerohanian dan kaitannya dengan kebimbangan bahasa dalam kalangan penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Malaysia

    Get PDF
    Kebimbangan bahasa merupakan salah satu perasaan emosi yang berkaitan dengan psikologi manusia. Perasaan ini muncul sebagai tindak balas terhadap sesuatu keadaan atau sesuatu akibat yang tidak diingini berlaku. Biasanya kebimbangan bahasa dialami oleh pelajar semasa mempelajari bahasa asing sehingga boleh mengganggu prestasi pembelajaran bahasa tersebut. Walaupun perasaan bimbang perlu ada di dalam diri setiap individu, namun perasaan ini perlu dikawal agar kewujudannya tidak akan memudaratkan pelajar itu sendiri. Artikel ini adalah ulasan hasil kajian yang bertujuan mengenalpasti tahap amalan spiritual dan tahap kebimbangan bahasa serta kaitannya dengan amalan kerohanian dan kebimbangan bahasa yang berlaku di dalam kelas pembelajaran bahasa Arab. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik amalan kerohanian dan Foreign Language Classroom Anxiety Scale. Responden kajian terdiri daripada 399 orang pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Malaysia. Analisis deskriptif dan inferensi digunakan untuk menganalisis data dan memperoleh dapatan kajian. Keputusan menunjukkan bahawa tahap amalan kerohanian pelajar adalah tinggi tetapi kebimbangan bahasa berada di tahap sederhana. Selain itu, terdapat hubungan negative yang signifikan antara amalan kerohanian dengan kebimbangan bahasa (r=-0.273; p=0.00). Ini membuktikan bahawa amalan kerohanian mampu membantu dalam menangani masalah kebimbangan bahasa yang dialami pelajar di sekolah dan seterusnya memberi nilai tambah terhadap korpus ilmu pengetahuan semasa

    Meneroka Kaedah Pengajaran Guru Cemerlang Pendidikan Seni Visual Selangor (GCPSV): Satu Kajian Kes

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk meneroka kaedah pengajaran guru Pendidikan Seni Visual di Selangor. Kajian kualitatif menggunakan reka bentuk kajian kes. Lima orang guru Pendidikan Seni Visual yang dipilih secara rawak bertujuan sebagai peserta kajian. Data dikumpul melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data dianalisis secara trangulasi iaitu data temu bual akan disokong dengan data pemerhatian dan analisis dokumen. Analisis data kualitatif dirumuskan bahawa terdapat tujuh tema ditemui yang banyak digunakan oleh guru Pendidikan Seni Visual dalam pengajaran dan pemudah cara (PdPc) mereka iaitu persediaan rangcangan pengajaran PdPc, menyediakan set induksi, mengurusan bilik darjah ketika pdpc, mengamalkan pelbagai pedagogi PdPc, membuat penilaian semasa PdPc, membuat kesimpulan PdPc dan menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar. Implikasi kajian ini adalah untuk menjadi guru cemerlang Pendidikan Seni Visual, seseorang guru Pendidikan Seni Visual itu perlu memiliki tujuh ciri PdPc seperti yang dimiliki oleh guru cemerlang Pendidikan Seni Visual dalam kajian ini

    Pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri pelajar aliran pendidikan Universiti Awam

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri dalam kalangan pelajar aliran pendidikan di lima buah Universiti Awam bertaraf Universiti Penyelidikan. Sebanyak tujuh konstruk jati diri diukur, iaitu agama, ilmu, nilai, bahasa, budaya, perpaduan dan semangat nasionalisme. Untuk itu, seramai 1000 orang pelajar, iaitu 200 orang bagi setiap sebuah Universiti Awam dijadikan responden kajian. Responden tersebut dipilih secara rawak mudah yang sedang melanjutkan pengajian dalam pelbagai program pendidikan di Fakulti Pendidikan di UKM, UPM, UM, USM dan UTM tersebut. Instrumen soal selidik digunakan untuk pengumpulan data. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar aliran pendidikan Universiti Awam secara amnya masih mengekalkan jati diri dalam kesemua tujuh konstruk yang dikaji. Dari segi pemahaman, penghayatan dan pengamalan, hanya aspek bahasa sahaja yang berada pada tahap masih kekal jati diri, manakala enam jati diri lain yang dikaji (agama, ilmu, nilai, budaya, perpaduan dan semangat nasionalisme) berada pada tahap kekal (kukuh) jati diri mereka. Pelajar UM merupakan pelajar yang paling kurang pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri bahasa Melayu mereka berbanding pelajar Universiti Awam yang lain . Pelajar USM merupakan pelajar yang paling kekal jati diri mereka dari segi pemahaman, penghayatan dan pengamalan bagi kesemua tujuh konstruk yang dikaji. Implikasi kajian ini adalah bakal guru pelatih di Fakulti Pendidikan, Universiti Awam dan Institut Pendidikan Guru perlu diukur tahap jati diri mereka sebelum diterima masuk dalam progran pendidikan

    Tahap Kefahaman Bacaan Kloz dan hubungannya dengan pencapaian bahasa Arab

    Get PDF
    Membaca ialah satu proses mental yang aktif dan pembaca mentafsir aksara huruf dan perkataan menjadi makna. Membaca menjadi sedikit mencabar kepada pelajar bahasa kedua, termasuk pelajar bahasa Arab, memandangkan pembaca bahasa kedua memerlukan daya tafsiran yang lebih sedikit berbanding kemahiran membaca bahasa ibunda. Pada kebanyakan masa pula, pelajar perlu menterjemahkan dahulu perkataan Arab ke bahasa ibunda untuk memahami bahasa Arab. Kelajuan membaca bahasa kedua tidak selaju membaca bahasa ibunda. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti tahap kemahiran kefahaman bacaan teks bahasa Arab dalam kalangan murid melalui Ujian Kefahaman Bacaan Kloz, di samping mengamati hubungan antara tahap kefahaman bacaan dengan pencapaian mata pelajaran bahasa Arab. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan dengan menggunakan Ujian Kefahaman Bacaan Kloz sebagai alat kajian. Respon kajian ialah seramai 60 pelajar yang dipilih secara rawak. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap kefahaman bacaan bahasa Arab berada pada tahap Sederhana. Tahap ini menunjukkan pelajar memerlukan bimibingan untuk membaca petikan teks bahasa Arab. Mereka tidak mampu untuk membaca dan memahami secara bersendirian. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kefahaman bacaan dengan pencapaian bahasa Arab. Ini sekaligus menunjukkan tahap kefahaman bacaan memberi sumbangan kepada pencapaian bahasa Arab

    Tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri bahasa Melayu dalam kalangan pelajar aliran pendidikan Universiti Awam

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap jati diri Bahasa Melayu dalam kalangan 1000 orang pelajar aliran pendidikan di lima buah Universiti Awam bertaraf Universiti Penyelidikan. Secara khsusus, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri bahasa Melayu pelajar aliran pendidikan tersebut. Setiap Universiti Awam diambil 200 orang sebagai responden kajian. Responden tersebut dipilih secara rawak mudah yang sedang melanjutkan pengajian dalam pelbagai program pendidikan di UKM, UPM, UM, USM dan UTM. Instrumen soal selidik digunakan untuk pengumpulan data. Instrumen dibangunkan oleh pengkaji yang mempunyai tahap kesahan dan kebolehpecayaan yang tinggi, iaitu 0.75. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar aliran pendidikan Universiti Awam secara amnya tetap kekalkan jati diri bahasa Melayu mereka. Tahap penghayatan dan pengamalan Bahasa Melayu berada pada tahap masih kekal jati diri. Pelajar UM paling kurang tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan Bahasa Melayu berbanding pelajar Universiti awam yang lain. Pelajar USM pula merupakan pelajar yang paling tinggi tahap jati diri Bahasa Melayu dalam ketiga-tiga aspek yang dikaji. Implikasi kajian ini adalah penekanan kepada penguasaan lisan dan tulisan bahasa Inggeris sedikit oleh pihak universiti sedikit sebanyak mempengaruhi tahap jati diri Bahasa Melayu dari segi pemahaman, penghayatan dan pengamalan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar aliran pendidikan Universiti Awam ini

    Word selection in teaching Arabic vocabulary for lower secondary level

    Get PDF
    Selecting words for teaching vocabulary is an important part of the teaching and learning of a language. The study aims to explore teacher approach and practice in choosing words for teaching Arabic language at the Lower Secondary Level. A qualitative single case study is used to investigate a phenomenon in the context of the actual situation. Data collection process involve s interviews, classroom observation, video recording and analysis of relevant documents. A purposive sampling method is carried out for selection of participants. The findings indicate that the approach used in selecting vocabulary can be divided into five categories: i) priority ; ii) frequency; iii) teaching ability ; iv) coverage; and v) familiarity. In other words, it is suggested that in facilitating student comprehension and retention of target words, various criteria are considered by a teacher before choosing the teaching approach. The study also provides guidelines for choosing words to teach especially for Arabic teachers in the Lower Secondary Level

    Hubungan gender dengan strategi pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar sekolah menengah agama di Terengganu

    Get PDF
    Female students have reported that they use Language Learning Strategies (LLS) more often than male students in many studies across different cultures (Ehrman & Oxford, 1989; Green & Oxford, 1995). However, some studies have demonstrated no statistically significant difference between gender in the use of LLS(Chang, 1990; Chou, 2002). Yet others have shown that male students use more LLS than female students in certain strategy categories(Oxford, 1994; Wharton, 2000). Linguistics differences are also known to influence strategy use (Douglas, 1992; Grabe, 1986). This paper describes the LLS employed by students of Arabic language based on gender. The subjects comprised 460 Form 4 students from 13 religious secondary schools in Terengganu. Data were collected using an Arabic language learning strategy questionnaire adapted and modified from SILL (Oxford, 1990). The results of the study indicate that overall, female students of Arabic language tended to use LLS more frequently than male students. The result also showed that female students use more LLS than male students in the following three categories: memory, affective and metaphysical. However, no statistically significant differences were found in the use of cognitive, metacognitive, compensation and social strategies
    corecore