3 research outputs found

    Penemuan Gendang Gangsa Timbang Dayang di Pulau Banggi, Sabah

    Get PDF
    Penemuan gendang gangsa Timbang Dayang (GGTD) telah mewajarkan semula interpretasi sejarah keberadaan gendang gangsa di Malaysia khususnya di Sabah. Sehingga kini, koleksi gendang gangsa di Malaysia adalah sejumlah 22 buah gendang yang masih banyak kelompangan atau ruang kajian untuk dikongsikan dengan umum. Koleksi tersebut melibatkan penemuan secara tidak sengaja, koleksi sedia ada di istana, muzium dan orang perseorangan. Manakala GGTD pula merupakan gendang gangsa tunggal yang ditemui di timur Malaysia dan yang ketiga di Borneo selepas Sambas I dan Sambas II. Artifak GGTD berkondisi 70% lengkap-rapuh dengan kesan patina dan kotoran tanah yang masih belum dibersihkan menyukarkan proses analisis fizikal. Namun demikian, proses pendokumentasian harus dilakukan sebagai usaha menyelamatkan data arkeologi pada gendang sebelum keadaan tahap kemerosotan bertambah serius. Sehubungan dengan itu, fokus perbincangan adalah menjelaskan bagaimana GGTD berada di bukit Timbang Dayang, pulau Banggi, Kudat. Diharapkan dengan adanya kajian ini dapat memberikan interpretasi terkini dan meletakkannya setara dengan kajian gendang gangsa yang lain di Malaysia dan Asia Tenggara umumnya

    Penelitian Awal Terhadap Motif dan Pola Hiasan Timpanum Gendang Gangsa Timbang Dayang, Pulau Banggi, Sabah

    Get PDF
    Penemuan Gendang Gangsa Timbang Dayang (GGTD) telah memberi impak yang signifikan kepada kajian Zaman Dongson di Malaysia khususnya di Sabah. Sebelumnya, gendang gangsa hanya ditemui di Semenanjung Malaysia iaitu di Sungai Lang, Selangor; Batu Burok, Kuala Terengganu; Tembeling, Pahang; dan Bukit Kuda, Klang, Selangor. Manakala penemuan lain di Borneo ialah dua buah gendang gangsa yang ditemui di Sambas, Kalimantan Barat. GGTD yang berkondisi 30% sempurna dan rapuh kini dipamerkan di Muzium Sabah. Kondisi fizikal ini telah menyukarkan proses kajian fizikalnya khususnya pengecaman motif yang terdapat pada permukaan timpanum dan mantel gendang. Lantaran itu, proses pendokumentasian fizikal gendang ini perlu dilakukan sebelum sebarang usaha konrservasi atau restorasi dilakukan. Sehubungan dengan itu, makalah ini memfokuskan kepada perbincangan mengenai motif dan pola hiasan yang terdapat pada gendang ini. Kajian seumpama ini sangat penting bagi memberikan data dan nilai terhadap gendang ini. Diharapkan dengan adanya kajian ini dapat memberikan penjelasan terkini mengenai hiasan pada timpanum dan meletakkan GGTD setara dengan kajian gendang gangsa yang lain

    Penelitian awal terhadap motif hiasan timpanum Gendang Gangsa Timbang Dayang, Pulau Banggi, Sabah

    corecore