Penelitian Awal Terhadap Motif dan Pola Hiasan Timpanum Gendang Gangsa Timbang Dayang, Pulau Banggi, Sabah

Abstract

Penemuan Gendang Gangsa Timbang Dayang (GGTD) telah memberi impak yang signifikan kepada kajian Zaman Dongson di Malaysia khususnya di Sabah. Sebelumnya, gendang gangsa hanya ditemui di Semenanjung Malaysia iaitu di Sungai Lang, Selangor; Batu Burok, Kuala Terengganu; Tembeling, Pahang; dan Bukit Kuda, Klang, Selangor. Manakala penemuan lain di Borneo ialah dua buah gendang gangsa yang ditemui di Sambas, Kalimantan Barat. GGTD yang berkondisi 30% sempurna dan rapuh kini dipamerkan di Muzium Sabah. Kondisi fizikal ini telah menyukarkan proses kajian fizikalnya khususnya pengecaman motif yang terdapat pada permukaan timpanum dan mantel gendang. Lantaran itu, proses pendokumentasian fizikal gendang ini perlu dilakukan sebelum sebarang usaha konrservasi atau restorasi dilakukan. Sehubungan dengan itu, makalah ini memfokuskan kepada perbincangan mengenai motif dan pola hiasan yang terdapat pada gendang ini. Kajian seumpama ini sangat penting bagi memberikan data dan nilai terhadap gendang ini. Diharapkan dengan adanya kajian ini dapat memberikan penjelasan terkini mengenai hiasan pada timpanum dan meletakkan GGTD setara dengan kajian gendang gangsa yang lain

    Similar works