536 research outputs found

    Diagnosis Using Bayesian Networks To Enable Value-Added Troubleshooting To Manufacturing Process Problem.

    Get PDF
    Di dalam proses perkilangan, juruteknik selalunya melakukan pembaikpulihan mesin-mesin pembuatan menggunakan piawaian Panduan Pembaikpulihan yang sedia ada. In current manufacturing process, technicians normally perform equipment troubleshooting using standard Troubleshooting Guides

    Penyeliaan pengajaran dalam latihan mengajar dari perspektif kepimpinan situasi

    Get PDF
    Latihan mengajar merupakan tulang belakang kepada program perguruan pra-perkhidmatan kerana ia memberi pengalaman secara praktikal tentang pengajaran dalam situasi sebenar. Pelaksanaannya oleh institusi pengajian tinggi dan institut perguruan dilaksanakan dalam pelbagai bentuk dan tempoh yang berbeza. Beberapa model penyeliaan digunakan sebagai panduan dan rujukan dalam menghasilkan guru pelatih berkualiti. Satu daripadanya ialah model penyeliaan klinikal yang dianggap sebagai model ideal. Namun begitu terdapat laporan yang menyatakan guru-guru pelatih masih lagi tidak mencapai tahap seperti mana yang diharapkan dalam latihan mengajar mereka (Zakaria et al., 2001 ; Abu Hassan Kassim et al., 1994; Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia ,2005). Setelah sekian lama program latihan mengajar dijalankan dan banyak kajian dilakukan, mengapa kelemahan ini berterusan? Dunia pendidikan bersifat dinamik, begitu jugalah seharusnya dengan amalan penyeliaan pengajaran. Stigma yang begitu menebal bahawa penyeliaan klinikal adalah pilihan terbaik menyebabkan penyelia berasa selesa dan serasi. Kelaziman penggunaannya tidak lagi mencerminkan ia sebagai model penyeliaan tetapi lebih kepada prosedur rutin yang perlu dipatuhi oleh para penyelia. Oleh itu, suatu pendekatan lebih realistik wajar difikirkan semula. Kertas kerja ini membincangkan beberapa kelemahan amalan penyeliaan pengajaran dalam latihan mengajar serta kesesuaian beberapa model penyeliaan pengajaran bersifat developmental yang diadaptasi daripada teori kepimpinan situasi (Situational Leadership) Hersey dan Blanchard (1998) .Dengan merujuk kepada model-model perkembangan guru pelatih dalam latihan mengajar, beberapa stail penyeliaan dicadangkan untuk disesuaikan dengan tahap perkembangan guru pelatih bagi melihat kongruensinya. Kertas kerja ini merupakan suatu analisis terhadap tinjauan literatur tentang amalan penyeliaan pengajaran berdasarkan teori kepimpinan situasi dalam praktikum latihan mengajar

    Amalan perkongsian ilmu di institusi pendidikan teknikal mara

    Get PDF
    Setiap organisasi memerlukan pelbagai strategi pengurusan untuk terus berfungsi dan beroperasi dengan sempurna. Salah satu pengurusan yang perlu diberi perhatian adalah perkongsian ilmu dalam organisasi. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan perkongsian ilmu di institusi pendidikan teknikal MARA. Kajian ini bermatlamat untuk mengenalpasti kepimpinan pengarah dan perlaksanaan perkongsian ilmu di institusi kemahiran pendidikan MARA. Selain itu, kajian juga turut bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi perlaksanaan perkongsian ilmu serta langkah-langkah penambahbaikan terhadap perlaksanaan perkongsian ilmu. Data kuantitatif diperolehi dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 212 responden pengajar. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap pelaksanaan dan penerapan perkongsian ilmu di institusi kemahiran didapati amat positif dan pada tahap yang tinggi. Di samping itu, faktor sistem pengurusan dan faktor kepimpinan dikenalpasti sebagai dua faktor menyumbang kepada perlaksanaan perkongsian ilmu di institusi pendidikan teknikal MARA. Bagaimanapun, penglibatan secara menyeluruh, pertambahan kursus dalaman dan aktiviti tidak formal serta penggunaan kemudahan teknologi secara optimum dikenalpasti sebagai langkah penambahbaikan ke arah perlaksanaan pe rkongsian ilmu yang lebih berkesan

    Womens as transformational leaders: a case study in Sabah

    Get PDF
    The study was conducted by researchers to identify women in leadership practices of teachers and principals from selected schools in Sabah. The study is based on the theory of transformational leadership by Kouzes and Posner (2003). The four components of transformational leadership are studied by researchers that the job performance, job satisfaction, job commitment, and job effectiveness. A total of 500 respondents from the five (5) Government Department and five (5) NGOs Non-governmental organizations involved the study in Sabah. The instrument used was a questionnaire and raw data collected were analysed using the software “Statistical Package of Social Science” (SPSS), version for windows 16.0. For each test, a prior significant level was set at p <. 05. Analysis generated descriptive statistics of frequency, percentage, mean and variance of uses in qualitative and quantitative methods

    Pendidikan Teknik Dan Vokasional Untuk Pelajar Berkeperluan Khas (Vocational Dan Technical Education For Special Needs Students)

    Get PDF
    Kajian yang menganalisis pengajaran dan pembelajaran untuk golongan berkeperluan khas dalam bidang teknik dan vokasional yang masih kurang diteliti dalam bidang pendidikan khas. Secara khusus, kajian ini cuba meneliti faktor-faktor yang dijangka dapat mempengaruhi sistem pendidikan teknik dan vokasional untuk pelajar berkeperluan khas di politeknik. Untuk itu, empat dimensi utama telah dijadikan asas kepada kajian ini iaitu penerimaan politeknik terhadap pelajar berkeperluan khas, kemahiran tenaga pengajar dalam menyampaikan pengajaran kepada golongan berkeperluan khas, kesesuaian silibus dan sistem prasarana dalam inisiatif untuk meningkatkan keberkesanan program pendidikan khas teknik dan vokasional. Responden kajian ini terdiri daripada golongan pensyarah politeknik yang mengajar pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar khas cacat pendengaran di tiga buah politeknik yang melaksanakan program untuk pelajar berkeperluan khas. Secara keseluruhannya, penerimaan pihak pentadbiran dan pensyarah politeknik terhadap pelajar berkeperluan khas adalah memberangsangkan manakala kemampuan dan ilmu yang dimiliki oleh pensyarah untuk mengajar golongan ini adalah pada tahap yang tinggi. Di samping itu, silibus untuk pelajar khas juga dinilai pada tahap yang tinggi manakala, prasarana atau kemudahan yang disediakan di politeknik juga pada tahap yang memuaskan dan kini sedang dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan golongan pelajar pendidikan khas

    Proposal For 6LoWPAN Wireless Network Protocol-Based Street-Light-As-A-Service (SLaaS) Framework To Power Campus Parking Services

    Get PDF
    A novel IPv6 Over Low Power Wireless Personal Area Network (6LoWPAN) protocol-based Street-Light-As-A-Service (SLaaS) research framework for an integrated cloud-based smart university campus parking platform is being proposed. The Intelligent Connected Street Light infrastructure currently in existence at University Sains Malaysia (USM) is being redesigned. As part of overall parking proposal, approaching object image and video data are being acquired using a range of sensors, including the&nbsp; passive infrared (PIR) and 3-D Light Detection and Ranging (LIDAR) motion sensors. To acquire and transmit vehicle instrumentation data, ELM327 Onboard Diagnostics 2 (OBD-II) Wi-Fi adapter is being used. For edge computing-based intelligent object detection model processing to synchronize license plate and facial recognition data with USM databases, Nvidia® Jetson Nano is being used. The framework is developed to effect multiple services, including to track and manage university vehicles, to detect and secure pedestrian movement, to trigger lighting commands based on approaching vehicle movement for on-demand parking illumination, to partition digital bounding box perimeter to predict potential vehicle collisions, to detect unregistered and excessive parking time to monitor unattended and illegal vehicles, to enable street-light-located parking-related kiosk services, and consolidate cloud-based human and vehicle data analytics into mobile form-factor dashboards. The proposed design will be evaluated and validated for end-to-end average data propagation rate, data integrity, object-to-human and object-to-vehicle synchronization success rate, electrical power consumption reduction and potential surface attack mitigation and avoidance throughout the network

    Tahap kepercayaan guru besar terhadap guru: Satu penilaian

    Get PDF
    Malaysia adalah salah sebuah negara yang memberi perhatian utama dalam pembangunan pendidikan dengan memberi kepekaan kepada pengurusan pendidikan yang berkesan serta kualiti dan profesionalisme guru. Bertitik tolak daripada aspirasi tersebut, kepercayaan pemimpin sekolah terhadap guru perlu dikenal pasti dalam usaha melihat sekolah mencapai kecemerlangan hasil jalinan yang positif antara pemimpin pendidikan dengan guru. Secara umum, kajian dilaksanakan adalah untuk menentukan tahap kepercayaan guru besar di sekolah kebangsaan terhadap guru berdasarkan Model Kepercayaan multi-dimensi oleh Tschannen-Moran (2004). Sampel guru besar untuk kajian ini telah dipilih melalui kaedah persampelan rawak iaitu 155 orang guru besar yang mewakili sekolah kebangsaan di seluruh negara. Kajian berbentuk tinjauan ini juga telah menggunakan soal selidik utama iaitu Principals Trust Inventory yang turut dibina oleh Tschannen-Moran yang telah diterjemahkan, dinilai ketekalan dalaman serta diubah suai untuk tujuan kajian ini. Secara keseluruhan, kajian mendapati bahawa tahap kepercayaan guru besar terhadap guru adalah pada tahap yang tinggi hasil maklum balas 154 orang guru besar. Penilaian tahap kepercayaan ini turut didapati tidak berbeza serta tidak mempunyai perkaitan dengan faktor latar belakang mereka

    Grain-size distribution of sediment in the vicinity of Setiu Lagoon-estuary system

    Get PDF
    The sediments in the Setiu Lagoon-estuary system on the east coast of Malaysia consist mostly of coarse to very fine panicles. The major portions of the sediment are negatively skewed. The estuary area is under the influence of transportative and erosive forces. The lack of silt and clay in the estuary is attributable to less depositional factor under the influence of stronger current than in the lagoon area. The beach sediment ranges from coarse to fine sand. Generally, the mean grain-size decreases towards the north-west sector. The skewness value of the beach sand area is mostly negative, indicating that the study area is under the influence of rather strong wave and current action

    Peranan etika dalam kepimpinan pendidikan

    Get PDF
    Penulisan ini membincangkan konsep dan kepentingan etika dalam bidang Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan yang agak kurang diberikan penekanan sebelum ini. Etika merupakan teras utama di dalam kita membentuk pemimpin pendidikan yang berakauntibiliti. Penulisan ini juga cuba mengkaji faktor, masalah, definisi serta persoalan etika terutamanya yang menyentuh atau berkait dengan aspek pendidikan berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahukan konsep jasmani, emosi, rohani dan intelek ditekankan bukan hanya untuk pelajar tetapi di kalangan pemimpin pendidikan dan pendidik. Saranan juga diberikan untuk mewujudkan sekolah dan organisasi yang mementingkan etika di dalam perkhidmatannya
    corecore