7 research outputs found

    Skala psikometrik: perspektif kawalan sosial tidak formal dan pengukuhan nilai integriti golongan muda

    Get PDF
    Kawalan sosial tidak formal merupakan kaedah pengukuhan nilai integriti yang berkesan mengekang salah laku golongan muda. Kajian empirikal kawalan sosial tidak formal kurang diberi perhatian pengkaji sains sosial dan kemanusiaan kerana kaedah ini dilaporkan mengambil masa yang lama bagi mengukuhkan nilai integriti berbanding kawalan sosial formal. Namun, pelaksanaan kawalan sosial tidak formal disahkan bukan sahaja mengurangkan kos sistem keselamatan sosial malah membentuk peribadi golongan muda yang berintegriti. Justeru, kajian ini memberi tumpuan dalam menilai skala psikometrik kawalan sosial dan pengukuhan nilai integriti golongan muda. Bagi menguji nilai integriti, Teori Kawalan Sosial Tidak Formal diuji ke atas 400 mahasiswa negeri Melaka dari empat Institusi Pengajian Tinggi iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknikal Malaysia, Melaka, Universiti Multimedia, (MMU) Melaka dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Instrumen Skala Kawalan Sosial Tidak Formal dibentuk daripada Teori Ikatan Sosial dan Skala Keagamaan untuk menguji nilai integriti golongan muda melalui Analisis Faktor Pengesahan (CFA) dan pembentukan Model CFA Skala Kawalan Sosial Tidak Formal. Dapatan menunjukkan model multi-dimensi skala kawalan sosial telah mencapai ketepatan padanan yang baik dan mencapai kesahan konvergen berdasarkan hubungan yang signifikan pemboleh ubah. Skala ini turut mencapai kesahan diskriminan dan kesahan prediktif yang menyokong ciri-ciri psikometrik versi Bahasa Melayu. Kajian ini secara langsung menyumbang kepada pembentukan Skala Kawalan Sosial Tidak Formal yang kurang diberi perhatian oleh penyelidik sebelumnya

    Media literacy and young people’s integrity in political participation: a structural equation modelling approach

    Get PDF
    The unethical activities related to weak political participation integrity on social media have influenced negative behaviours among supporters, particularly the young people. Social media transmits information on demonstration activities by enabling the creation, collection, and dissemination of false information or seditious libel, which exposes the country to external attacks and threats. Furthermore, young people’s negative political participation activities on social media, such as creating and disseminating false information, making harsh remarks, generating turmoil to acquire popularity or go viral, can potentially lead to cybercrimes. This research identified the impacts of media literacy competencies, namely access, analysis and evaluation, creation, reflection, and action, on political participation integrity among young people. This study distributed a survey to targeted university students in Melaka, Malaysia using the simple random sampling method. The students’ participation was purely voluntary. A total of 388 responses were successfully collected. The structural equation authenticated that four competencies significantly influenced the participants’ political participation integrity: access, analysis and evaluation, reflection, and action. In addition, young people who have media literacy skills showed a stronger preference to engage in political activities with higher moral conduct. The findings provided valuable insights about young people's political participation integrity on social media in Malaysia

    Analisis psikometrik literasi media baharu dan pemantapan integriti penyertaan politik golongan muda

    Get PDF
    Literasi media baharu merupakan literasi teras yang membimbing pengguna media supaya menggunakan media secara berintegriti. Selain itu literasi media baharu juga merupakan keupayaan untuk memahami secara kritikal dan menghasilkan kandungan dalam media. Bagi memacu transformasi nasional seiring nilai agama dan budaya, penerapan nilai integriti golongan muda secara langsung melahirkan pemimpin beretika dan mengurangkan kecenderungan tindakan tidak bermoral dalam sistem politik negara. Bagi menguji nilai integriti, model literasi media baharu diuji ke atas 388 mahasiswa negeri Melaka dari empat Institusi Pengajian Tinggi iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Melaka, Universiti Teknikal Malaysia, Melaka, Universiti Multimedia, (MMU) Melaka dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Instrumen skala literasi media baharu dibentuk daripada model kecekapan utama digital dan literasi media untuk menguji nilai integriti golongan muda melalui Analisis Faktor Pengesahan (CFA) dan pembentukan Model CFA Skala Literasi Media Baharu. Dapatan menunjukkan model Skala Literasi Media Baharu telah mencapai ketepatan padanan yang baik dan mencapai kesahan konvergen berdasarkan hubungan pemboleh ubah yang signifikan. Skala ini turut mencapai kesahan diskriminan dan kesahan prediktif yang menyokong ciriciri psikometrik versi Bahasa Melayu. Kajian ini secara langsung menyumbang kepada pembentukan skala literasi media dan pemahaman terhadap literasi media baharu kepada masyarakat, pihak kerajaan dan pengamal media dalam memberikan tafsiran dan kefahaman sesuatu mesej

    Skala amalan integriti penyertaan politik : kesahan dan psikometrik

    Get PDF
    Integriti penyertaan politik merupakan amalan yang sepatutnya wujud dalam persekitaran demokrasi seperti Malaysia. Kajian empirikal integriti penyertaan politik kurang diberi perhatian pengkaji sains sosial dan kemanusiaan. Justeru itu, kajian ini fokus menilai skala psikometrik integriti penyertaan politik golongan muda. Bagi menguji nilai integriti, skala integriti penyertaan politik yang diadaptasi diuji ke atas 388 mahasiswa negeri Melaka dari empat Institusi Pengajian Tinggi iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknikal Malaysia, Melaka, Universiti Multimedia, (MMU) Melaka dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) secara persampelan rawak mudah. Instrumen Skala Integriti Penyertaan Politik dibentuk daripada gabungan Skala Penggunaan Media Sosial dan Penyertaan Politik Dalam Talian dan Skala Integriti untuk menguji nilai integriti golongan muda melalui Analisis Faktor Pengesahan (CFA) dan pembentukan Model CFA Skala Integriti Penyertaan Politik. Dapatan menunjukkan model multi-dimensi skala integriti penyertaan politik telah mencapai ketepatan padanan yang baik dan mencapai kesahan konvergen berdasarkan hubungan yang signifikan pemboleh ubah. Skala ini turut mencapai kesahan diskriminan dan kesahan prediktif yang menyokong ciri-ciri psikometrik versi Bahasa Melayu. Kajian ini secara langsung menyumbang kepada pembentukan Skala integriti penyertaan politik yang kurang diberi perhatian oleh penyelidik sebelumnya

    Kepentingan Kecerdasan Emosi: Suatu Pemerhatian Awal

    No full text
    Dewasa ini kita ditegaskan untuk lebih memahami diri kita dan lebih memahami emosi agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini terjadi. Ditambah pula dengan keadaan negara kita yang kini dilanda wabak COVID-19 yang telah menjadikan semua kita hidup dalam keadaan yang serba ketakutan dan terpaksa menerima norma baharu. Pelajar juga terutamanya terpaksa menghadapi dan menerima kenyataan bahawa mereka kini terpaksa belajar secara atas talian dan ini amat sukar. Oleh itu, pelajar digesa untuk memahami emosi mereka dan cuba mengawal emosi di waktu pandemik ini. Kertas konseptual ini membincangkan kecerdasan emosi pelajar dari pelbagai sudut yang harus diambilkira demi untuk memastikan emosi mereka stabil. Perbincangan model Goleman juga diselitkan bagi memudahkan pelajar membuat penilaian terhadap diri mereka. Pengkaji menggunakan kaedah sekunder yang menggunakan data sedia ada daripada pelbagai kajian lepas. Tuntasnya, dalam meningkatkan emosi seseorang pelajar tersebut, mereka haruslah mengamalkan lima domain Goleman iaitu, pengurusan emosi, kesedaran kendiri, motivasi diri, empati dan kemahiran sosial

    Factors influencing tabayyun in political information among Gen Z: a preliminary study

    No full text
    In Malaysia, internet usage increase every year and is largely dominated by Gen Z. The youth group has easy access to the internet and they use new media most often. New media is also more independent, offering more extensive and open discussion when compared to traditional media. However, if the dissemination of information is not well controlled, then it will lead to negative conduct. In Islam, those who receive any news or information should analyze and verify the accuracy of the information first which is tabayyun. Therefore, this preliminary study was carried out to analyses the factors that influence Generation Z in Malaysia ages from 12 to 30 to practice tabayyun when they receive political information and news through social media. This study involved 190 students from Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) using a quantitative method by distributing questionnaires online. Factor analysis has been conducted for independent variables and produced four constructs namely responsibility, authority, self-awareness, and understanding. Then, correlation and multiple regression analyses were conducted to examine the relationship between Tabayyun practice and various potential predictors (independent variables). It was found that these variables statistically significantly predicted Tabayyun practice, F (4,185) = 98.324, p < 0.005, R2 = 0.68. All four variables added statistically significantly to the prediction, p < 0.05. This finding shows that the responsibility, authority, self-awareness, and understanding factors are the main predictor that causes Generation Z to practice Tabayyun when they receive political information through social media. It is recommended that future studies can be conducted to identify other demographic factors that might influence Tabayyun practice

    Kempen Penyalahgunaan Dadah: Satu Kajian Rintis Berkenaan Impak Penggunaan Papan Tanda Sebagai Medium Komunikasi

    No full text
    Penggunaan papan tanda sebagai medium penyampaian maklumat sudah tidak asing lagi di negara ini. Kempen-kempen kesihatan di negara ini turut tidak ketinggalan menggunakan platform ini sebagai salah satu agen penyebarluasan informasi kepada masyarakat. Tujuan kajian rintis ini dijalankan adalah untuk menilai impak penggunaan papan tanda sebagai medium promosi Kempen Penyalahgunaan Dadah. Reka bentuk kajian keratan rentas kuantitatif digunakan bagi kajian ini. Sejumlah 50 orang responden yang terdiri daripada belia berusia 18 hingga 29 tahun telah direkrut sebagai sampel kajian dari kawasan negeri Pulau Pinang. Hasil kajian rintis ini menunjukkan bahawa penggunaan papan tanda sebagai medium promosi bahaya penyalahgunaan dadah mempunyai keberkesanan kepada golongan belia. Penambahbaikan dari segi kreativiti persembahan kandungan dalam papan tanda boleh terus dijalankan bagi meningkatkan impak medium ini kepada masyarakat
    corecore