24 research outputs found

    Keusangan bahasa Orang Asli dan peribumi Malaysia: impak terhadap bahasa melayu.

    Get PDF
    Dari segi etnolinguistik, penduduk Malaysia dikategorikan kepada kaum Bumiputera yang terdiri daripada suku-suku kaum Melayu di Semenanjung Malaysia, kaum Peribumi yang terdiri daripada suku-suku kaum Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan puluhan suku kaum di Sabah dan Sarawak, serta kaum Cina dan India. Selain itu terdapat juga sebilangan kecil kaum berketurunan Siam di bahagian utara Semenanjung Malaysia, dan kaum peranakan Cina, India dan Portugis, juga di Semenanjung Malaysia. Kesemua kaum ini boleh dicirikan melalui bahasa ibunda atau bahasa pertuturan mereka dalam mandala keluarga dan mandala sosial seperti kejiranan, keagamaan, dan kemasyarakatan. Makalah ini akan mengupas lebih lanjut tentang krisis keyakinan yang melanda bahasa Melayu dengan membuat rujukan khusus kepada usaha pengemblengan dan pendinamikan bahasa Orang Asli dan Peribumi Malaysia sebagai sumber penyelamat bahasa Melayu. Data dan maklumat diperoleh menerusi tinjauan literatur dan kajian lapangan yang dilakukan mulai 2000 dan berlangsung sehingga Disember 2009. Pemakalah memberi tumpuan kepada pencarian dan pengemblengan leksikal dan usaha pemasyarakatan yang dilakukan. Dalam memperjelaskan hal itu, makalah ini turut menyorot beberapa variabel yang menggugah bahasa Orang Asli dan Peribumi Malaysia sehingga membawa kepada status obsolesensi dan impak langsungnya terhadap bahasa Melayu

    REVIEWING LEXICOLOGY OF THE NUSANTARA LANGUAGE

    Get PDF
    The strength of a language is its ability to reveal all human behaviour and progress of civilization. Language should be ready for use at all times and in any human activity and must be able to grow together with all forms of discipline and knowledge. Languages that are not dynamic over time will become obsolete, archaic and finally extinct. Accordingly, the effort to develop and create a civilisation needs to take into account also the effort to expand its language as the medium of instruction. The most basic language development in this regard was to look for vocabulary that could potentially be taken to develope a dynamic language. This paper shows the potential and the wealth of lexical resources in building the Nusantara language to become a world language

    Sikap kanak-kanak orang asli di Bandar Raya Kuala Lumpur terhadap penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua

    Get PDF
    Sikap merupakan salah satu unsur yang mempengaruhi penguasaan bahasa. Di negara kita, salah satu objektif penguasaan bahasa adalah untuk membentuk sikap supaya membanggakan Bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa kebangsaan. Sikap mempunyai hubungan erat dengan motivasi untuk belajar bahasa. Bagi penutur yang menjadikan BM sebagai bahasa kedua (B2), kelemahan penguasaan bahasa mereka amat ketara. Situasi ini tidak terkecuali kepada kanak-kanak masyarakat minoriti Orang Asli (OA). Jati diri kanak-kanak OA untuk menguasai BM boleh direalisasikan dengan bersikap positif terhadap BM. Hasil tinjauan awal, kanak-kanak OA menghadapi masalah dalam penguasaan BM. Memandangkan BM adalah bahasa kebangsaan, mereka mestilah menguasai BM dengan baik. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap kanak-kanak OA yang berumur 8 hingga 11 tahun di Bandaraya Kuala Lumpur terhadap penguasaan BM sebagai B2. Di samping itu, kajian ini juga dapat menghuraikan sikap kanak-kanak OA lelaki dan kanak-kanak OA perempuan terhadap penguasaan BM. Melalui data yang diperoleh daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kuala Lumpur (JPNKL), terdapat 18 orang kanak-kanak OA yang berumur 10 hingga 11 tahun. Selain itu, kajian ini dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Kemajuan Hal Ehwal Orang Asli (JAKOA) untuk menyusun strategi dalam usaha membentuk sikap positif kanak-kanak OA terhadap BM. Kesimpulannya, kajian mendapati status sikap kanak-kanak OA terhadap penguasaan BM sangat berkaitan serta memberi kesan terhadap pencapaian mereka dalam penguasaan BM

    KEPELBAGAIAN DIALEK DALAM KELUARGA DUSUNIK: ANALISIS CIRI LEKSIKAL

    Get PDF
    Makalah ini bertujuan untuk meneliti variasi fonem dalam leksikal dialek-dialek keluarga Dusunik, iaitu Bunduliwan, Tangara, Tatana, Mangkaak, Dumpas dan Rungus. Data diteliti menggunakan kaedah dialektologi generatif khususnya teori fonologi generatif. Data kajian diperoleh melalui kajian lapangan dan analisis dokumen menggunakan kamus. Sejumlah 207 senarai kata Swadesh terjemahan bahasa Melayu telah digunakan sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan data. Hasil kajian mendapati fonologi dialek-dialek Dusunik mengalami proses perubahan dan pengguguran segmen dalam kata leksikal. Proses perubahan bunyi melibatkan 7 pasangan variasi fonem konsonan, iaitu fonem /l/ dan /h/, fonem /r/ dan /l/, fonem /l/ dan /d/, fonem /h/ dan /s/, fonem /w/ dan /v/, fonem /y/ dan /z/ serta fonem /Ɂ/ dan /k/. Proses pengguguran fonem konsonan pula melibatkan fonem /t/, /h/, /r/, /l/ dan /y/. Perubahan dan pengguguran fonem konsonan itu tersebar di awal kata, tengah kata dan akhir kata. Perubahan dan pengguguran boleh mempengaruhi bunyi kata sebutan asal dan memberi impak kepada darjah saling faham-memahami antara penutur dialek yang berasal dari satu bahasa yang sama. Semakin banyak perubahan dan pengguguran fonem, maka semakin besarlah perbezaan suatu dialek. Akibatnya darjah saling faham makin menurun dan kemungkinan dialek-dialek itu akan terpisah menjadi suatu bahasa sendiri.    This paper aims to identify the variation of phoneme in the Dusunik family lexical of Bunduliwan, Tangara, Tatana, Mangkaak, Dumpas and Rungus. Data was observed by using the generative dialectology method focusing on generative phonology theory. Studied data was gathered from the field study and document analysis through the dictionary search. An amount of 207 Swadesh wordlist was translated into Malay language which is used for the purpose of instrumental study in gathering the required data. Based on study, it was found that the phonology in Dusunik family was undergoing a process of change and segmental dismissal in lexical word. The sound process change involves with 7 pair of consonant phoneme, which are the phoneme between /l/ and /h/, /r/ and /l/, /l/ and /d/, /h/ and /s/, /w/ and /v/, /y/ and /z/ and /Ɂ/ and /k/. On the other hand, the process which involves with the dismissal of consonant phoneme is the phoneme with /t/, /h/, /r/, /l/ and /y/. The changes and consonant phoneme dismissal are found to be spread on the early, middle and last word. Changes and dismissal in words may affect the pronunciation deviation from the original pronunciation and give impact to the degree of understanding between the speakers of the same one language. Increase in tendency for changes and phoneme dismissal will gives a big difference in a dialect. Hence, the resulting degree of understanding between one another will decrease and may result into the possibility of the dialects to be separated and form into a new language itself

    Cerita rakyat Melayu: suatu analisis pancaran jati diri masyarakat Melayu sebagai cerminan kebudayaan Melayu

    Get PDF
    Sejak zaman dahulu kala lagi, cerita rakyat Melayu merupakan salah satu genre sastera yang popular dan diminati oleh segenap lapisan masyarakat. Kini, cerita rakyat Melayu kian luntur dalam kalangan masyarakat Melayu kerana adanya pengaruh teknologi moden. Namun begitu, menyedari akan betapa pentingnya cerita rakyat Melayu ini kepada masyarakat Melayu, maka kajian ini dilakukan untuk mengembalikan semula nilai jati diri yang selama ini menjadi tunjang kepada ketamadunan unggul dalam kalangan masyarakat Melayu. Lantaran itu, dapat dilihat bahawa setiap cerita rakyat Melayu yang disampaikan itu banyak memberi pedoman yang berguna kepada masyarakat Melayu. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan mengenal pasti dan membincangkan nilai jati diri yang terkandung didalam cerita rakyat Melayu. Seterusnya, kajian ini juga akan menggunakan landasan teori ekologi budaya atau adaptasi alam untuk memantapkan lagi analisis perbincangan. Dalam konteks ini, maka jelaslah membuktikan bahawa terdapat cerita rakyat dapat membina semangat jati diri yang unggul dan mantap dalam kalangan masyarakat Melayu hingga ke hari ini

    Analisis interpretasi lirik dabus yang diamalkan oleh masyarakat di Bagan Serai Perak

    Get PDF
    Dabus is a game that show the immunity to try to injure themselves. The objective of this study is to analyze aspects of the message in the Dabus performances song with the community at Bagan Serai Perak. This study was conducted to analyze aspects of the message that contained in the songs that were performed during the course of this Dabus Dance implemented. Young Dabus players and dancers at Bagan Serai Perak act as informants in this study. Informants were selected based on the participation in Dabus performances, as an appreciation of their culture in depth about the message that were contained in the song. The study’s method was a combination of interview, recording, observation and writing the manuscript. Informants were interviewed by means of open-ended questions about the meaning of a song and implicit messages that contained in the song. The data that received at the end of study was analyzed by linking with Social Theory of Literature. Sociological literature came from the sociology and literature which is the orientation approach by the author. The results show the existence of the message in the lyrics that dismantling of human relationships with God, society and culture, natural beauty, heroism, education and cultural acculturation. This study is expected to infuse back magnificence of Malay art. The study of these Malay art should be enhanced to lift back the glory of the Malay race

    Kegemilangan bahasa Melayu sebagai lingua franca

    Get PDF
    Pada alaf ke-21 ini, masyarakat Malaysia lebih terdedah dan cenderung menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perhubungan mereka. Hal ini demikian kerana penggunaan bahasa Inggeris dilihat sebagai salah satu bahasa yang sangat berpengaruh dan sering digunakan oleh semua masyarakat di seluruh dunia dalam proses komunikasi mereka. Namun begitu, masyarakat perlu didedahkan dengan hakikat bahawa bahasa Melayu juga pernah diiktiraf sebagai bahasa lingua franca suatu ketika dahulu. Pendedahan terhadap penggunaan bahasa Inggeris menyebabkan penggunaan bahasa Melayu dan sejarah yang pernah dilaluinya semakin jauh ditinggalkan oleh penuturnya terutama bangsa Melayu. Oleh itu, artikel konseptual ini memberikan tumpuan kepada fungsi bahasa Melayu sebagai lingua franca

    Pemilihan bahasa dalam masyarakat Semai di Hulu Selangor

    Get PDF
    Masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia dapat dibahagiakan kepada tiga kelompok besar, iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli yang juga disebut sebagai Melayu-Proto. Makalah ini membincangkan pemilihan dan penggunaan bahasa dalam masyarakat Semai di kawasan Hulu Selangor, iaitu di Kampung Serigala dan Kampung Changkat Bintang. Kajian lapangan telah dimanfaatkan dalam memperoleh data primer di kedua-dua kawasan kajian. Informan terdiri daripada penutur natif bahasa Semai yang menetap di kedua-dua buah perkampungan Orang Asli tersebut dan juga mereka yang mempunyai hubungan erat dengan masyarakat tersebut. Pendekatan kualitatif dan kuantitatif dimanfaatkan bagi mengungkapkan tingkah laku bahasa masyarakat bahasa Semai dengan menggunakan kaedah soal selidik, rakaman dan pemerhatian turut serta. Seramai 175 orang responden dipilih secara rawak bagi mewakili Kampung Orang Asli Serigala dan Kampung Orang Asli Changkat Bintang bagi menjawab borang soal selidik. Penerapan Teori Domain Fishman (1972) dijadikan kayu ukur dalam menganalisis pemilihan dan penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat Semai. Hasil dapatan menunjukkan penduduk Orang Asli masih lagi meletakkan bahasa Semai sebagai wahana utama ketika berkomunikasi di sesaka mereka khususnya dalam mandala kekeluargaan

    Pengglotisan geseran /s/ dalam bahasa Kerinci

    Get PDF
    Makalah ini bertujuan untuk menjelaskan proses perubahan bunyi frikatif alveolar /s/ kepada bunyi frikatif glotis [h] dalam bahasa Kerinci. Wujudnya penutur bahasa Kerinci di Malaysia disebabkan mobiliti dan perpindahan penuturnya yang berasal dari Sumatera Barat, Indonesia. Bahasa Kerinci yang dituturkan dikedua-dua buah negara mempunyai sistem sebutan yang berbeza antara satu sama lain. Namun, sistem fonologi bahasa Kerinci yang digunakan di Malaysia masih belum dibincangkan secara teoritikal. Sampel kajian dipilih dalam kalangan masyarakat Melayu Kerinci di Kampung Sungai Lui, Hulu Langat Selangor yang berusia dalam lingkungan 50 tahun dan ke atas. Maklumat dan data diperoleh melalui teknik pemerhatian, temu bual dan rakaman yang bertujuan merekod pertuturan responden untuk ditranskripsi serta dianalisis untuk menjelaskan perubahan bunyi yang berlaku. Kajian ini menerapkan kerangka fonologi generatif untuk menjelaskan proses pengglotisan /s/ kepada [h]. Proses fonologi yang berlaku bukan sahaja melibatkan perubahan pada segmen /s/ tetapi turut mengubah bunyi-bunyi vokal yang mendahului segmen tersebut, iaitu vokal /a, i, u/. Hasil kajian menunjukkan vokal /a, i, u/ yang mendahului segmen /s/ dalam bahasa Kerinci akan mengalami proses fonologi dan menghasilkan bentuk permukaan yang berbeza antara satu sama lain. Proses fonologi yang terlibat adalah rumus peninggian vokal yang mengubah bunyi /as/ kepada [h] dan rumus perendahan vokal yang mengubah bunyi /is/ kepada [h] dan /us/ kepada [awh]. Namun, setiap perubahan yang berlaku memerlukan huraian atur rumus untuk menjelaskan proses mana yang berlaku terlebih dahulu. Dapatan menunjukkan bahawa rumus pengglotisan geseran yang mengubah segmen /s/ kepada [h] hanya berlaku selepas pelaksanaan rumus-rumus yang menyebabkan perubahan pada vokal-vokal tersebut. Hal ini bagi memenuhi syarat lingkungan yang telah ditetapkan terhadap rumus-rumus yang telah dinyatakan

    Pelestarian dialek Kelantan di Besut dan kaitannya dengan pembentukan jati diri

    Get PDF
    Masyarakat Besut ialah masyarakat di negeri Terengganu yang menuturkan dialek Kelantan sebagai dialek asas mereka. Oleh sebab bahasa (dialek) memainkan peranan penting untuk menggambarkan keperibadian dan jati diri sesebuah masyarakat penutur, maka kajian ini bertujuan menghubungkaitkan dialek dengan jati diri masyarakat Besut. Bagi mencapai objektif tersebut, kerangka teori pembentukan jati diri yang diubah suai daripada Abdullah Hassan, Hipotesis Sapir-Whorf dan teori gelombang telah digunakan dalam kajian ini. Sebanyak 120 orang responden Melayu di Besut telah dipilih untuk mendapatkan data melalui soalan soal selidik. Kemudian, data tersebut dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan dialek adalah tidak muktamad dalam penetapan jati diri mereka. Selain bahasa, terdapat beberapa faktor lain yang boleh membentuk jati diri sesebuah masyarakat, termasuklah budaya, geografi, leluhur, dan agama. Kajian ini memberikan gambaran sebenar tentang perihal jati diri masyarakat penutur dialek Kelantan di Besut
    corecore