research

Keusangan bahasa Orang Asli dan peribumi Malaysia: impak terhadap bahasa melayu.

Abstract

Dari segi etnolinguistik, penduduk Malaysia dikategorikan kepada kaum Bumiputera yang terdiri daripada suku-suku kaum Melayu di Semenanjung Malaysia, kaum Peribumi yang terdiri daripada suku-suku kaum Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan puluhan suku kaum di Sabah dan Sarawak, serta kaum Cina dan India. Selain itu terdapat juga sebilangan kecil kaum berketurunan Siam di bahagian utara Semenanjung Malaysia, dan kaum peranakan Cina, India dan Portugis, juga di Semenanjung Malaysia. Kesemua kaum ini boleh dicirikan melalui bahasa ibunda atau bahasa pertuturan mereka dalam mandala keluarga dan mandala sosial seperti kejiranan, keagamaan, dan kemasyarakatan. Makalah ini akan mengupas lebih lanjut tentang krisis keyakinan yang melanda bahasa Melayu dengan membuat rujukan khusus kepada usaha pengemblengan dan pendinamikan bahasa Orang Asli dan Peribumi Malaysia sebagai sumber penyelamat bahasa Melayu. Data dan maklumat diperoleh menerusi tinjauan literatur dan kajian lapangan yang dilakukan mulai 2000 dan berlangsung sehingga Disember 2009. Pemakalah memberi tumpuan kepada pencarian dan pengemblengan leksikal dan usaha pemasyarakatan yang dilakukan. Dalam memperjelaskan hal itu, makalah ini turut menyorot beberapa variabel yang menggugah bahasa Orang Asli dan Peribumi Malaysia sehingga membawa kepada status obsolesensi dan impak langsungnya terhadap bahasa Melayu

    Similar works