106 research outputs found

    Cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran al-Qur’an Braille di Kompleks Malaysian Association for the Blind (MAB)

    Get PDF
    Pengajaran dan pembelajaran (PdP) ialah satu proses menyampai dan menerima ilmu dengan melibatkan guru dan pelajar yang saling membantu antara satu sama lainnya. Di Malaysia, terdapat beberapa negeri yang menyediakan kelas al-Qur’an Braille bagi golongan orang kelainan upaya (OKU) cacat penglihatan. Kelas ini dianjurkan oleh Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS). Namun begitu, proses PdP ini sudah tentu berhadapan dengan pelbagai cabaran dan permasalahan, begitu juga dengan PdP al-Qur’an Braille. Kajian ini bertujuan untuk mengamati isu dan cabaran yang dihadapi dalam PdP al-Qur’an Braille dengan menjalankan satu kajian kes di Kompleks Malaysian Association for the Blind (MAB), Brickfields, Kuala Lumpur. Kajian ini berbentuk kualitatif dan melibatkan analisis dokumen, temu bual mendalam separa berstruktur, temu bual mendalam kelompok sasaran dan pemerhatian sebagai kaedah pengumpulan data dan maklumat kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat cabaran dalam pengajaran dan juga pembelajaran. Cabaran dalam pengajaran ialah apabila berhadapan dengan pelajar yang tidak menguasai kod al-Qur’an Braille, masa pengajaran terhad, kekurangan tenaga pengajar serta bilangan dan keadaan kelas yang tidak sesuai. Manakala cabaran dalam pembelajaran pula ialah kekurangan daya sensitiviti jari dan masa pembelajaran yang terhad. Beberapa saranan dan cadangan penambahbaikan diutarakan dalam kajian ini bagi meningkatkan lagi kualiti proses PdP al-Qur’an Braille

    SCIENTIFIC EXEGESIS REAPPRAISED: A CRITICAL STUDY OF THE AL-JAWĀHIR FĪ TAFSĪR AL-QUR’ĀN AL-KARĪM

    Get PDF
    This research aims to explore and examine the discipline of ‘scientific exegeses’ by providing a critical study of one of the first major works in that field, the al-Jawāhir fī Tafsīr al-Qur’ān al-Karīm of Ṭanṭāwī Jawharī (1862-1940) a contemporary prominent Muslim theologian and exegete of Egypt. Since the aim of this thesis is critically examine and explore the al-Jawāhir fī Tafsīr al-Qur’ān al-Karīm as a founding document of scientific exegesis in contemporary Muslims world, historical development of scientific exegesis from the traditionalists up to contemporary scholars’ arguments, rational and textual, are examined to provide context for the research. Comparative discursive analysis method is used in order to differentiate between the traditionalists and modern time with regard to their methodology in dealing with the scientific exegesis. Ṭanṭāwī Jawharī is chosen due to his seminal contributions in pioneering some important intellectuals in the study of scientific exegesis. Besides providing a biographical sketch of Ṭanṭāwī Jawharī, this research examines some of the significant matters and assesses the methodology of Ṭanṭāwī in dealing with his magnum opus incorporated into discussions of the al-Jawāhir in the eyes of other prominent scholars. This research concludes that classifying the al-Jawāhir as an encyclopedic scientific exegesis is fairly justified and that it significantly contributed to the rich of Islamic scientific exegesis in contemporary Muslims world. Ṭanṭāwī and the al-Jawāhir’s main contribution, as suggested by this study, is in the integration of two branches of knowledge; the Qur’ān and science. In this, the al-Jawāhir represents a trend parallel to a new school of thought, the pioneers of which were philosophers who attempted to reconcile philosophy and religion

    Pengajaran dan pembelajaran hadith di Darul 'Ulūm Iḥyā’ 'Ulūmuddīn Alor Setar Kedah: keberkesanan, metodologi dan persepsi pelajar

    Get PDF
    Isu Pendidikan Islam (hadith) sentiasa mendapat perhatian dikaji penyelidik bidang pendidikan ekoran terdapat kelemahan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Metod pengajaran tradisional sering mendapat kritikan daripada metod konstruktivisme disebabkan faktor gaya pembelajaran yang tidak kondusif dengan kemajuan semasa. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pengajaran hadith menggunakan kaedah syarah dan meninjau persepsi perlajar terhadap metodologi yang diimplementasikan dalam pengajaran hadith terhadap pelajar Thanawi dan Aliyyah di Darul cUlūm Iḥyā’ cUlūmuddīn Alor Setar. Metod kajian berbentuk kajian tinjauan jenis rentas silang (cross-sectional) dengan reka bentuk kajian kuantatif menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama pengumpulan data. Teknik persampelan bertujuan (purposive) digunakan setelah mengenal pasti ciri-ciri sampel berdasarkan objektif kajian. Saiz sampel yang terlibat adalah seramai 5 orang guru hadith dan 60 orang pelajar Thanawi dan Aliyyah. Dapatan kajian mendapati guru menggunakan metod syarahan disamping kepelbagaian kaedah pengajaran guru hadith bagi menarik minat dan konsentrasi pelajar semasa dalam bilik darjah. Nilai min persepsi pelajaran terhadap metod pengajaran yang diimplementasikan oleh guru juga sangat tinggi menunjukkan sikap positif pelajar terhadap guru, malah membuktikan bahawa guru berjaya menarik minat pelajar dalam pembelajaran hadith. Kajian ini memberi implikasi kepada guru dan pelajar hadith Darul cUlūm Iḥyā’ cUlūmuddīn untuk mempertingkatkan kualiti dan inovasi P&P hadith

    Hermeneutics and the Qur’anic Texts in the intellectual linguistic Context

    Get PDF
    Hermeneutical approach in dealing with the Qur’an as the holy book of Islam is wanted to be adopted by Muslims. Indeed, the issue of Qur’anic hermeneutics can illustrate this dimension of the meaning of hermeneia. The Qur’an was revealed in Arabic language onto the Prophet (PBWH), who was an inhabitant of a specific spacio-temporal world constituting its own social, cultural and historical horizon. The language of the Qur’an probably is the most important of its miraculous aspects and its distinct language in many verses. When scholars studied the Qur’an as a miracle however, its language and the style occupied the highest position in their studies. In early stages of Islam, scholars who dealt with the Qur’an and its interpretation considered it as a supernatural phenomenon and dealt with it from this perspective. Thus, this article attempts to discuss its definition, concept and principle from the views of prominent Muslim and Western Scholars such as Hamidu’l-Din Farahi, Amin Ahsan Islahi, Muhammad Arkoun, Schleiermacher, Dilthey, Heidegger, Gadamer, and F. A. Wolf in order to comprehend further about their philosophy of thought on the issues. Hermeneutics in global context seems a theory or philosophy of the interpretation of meaning. In this sense, there are threefold meaning might be used to display hermeneutics like ‘Hermeneutic as saying’, ‘Hermeneutic as explanation’ and ‘Hermeneutic as translation’ that describe the intellectual linguistic context of Qur’anic hermeneutics

    Covid-19 in Islamic perspective: overview of its impacts on students in the Faculty of Islamic Studies (FPI), National University of Malaysia (UKM)

    Get PDF
    Covid-19 pandemic have been directly and indirectly given several impacts on the universities in Malaysia. The Ministry of Higher Education has announced that online learning will be replacing the face-to-face learning, to ensure education continuity. This study attempts to examine the impacts of Covid-19 on the daily life of students, and to observe the ways taken by students in the Faculty of Islamic Studies, National University of Malaysia (UKM) to overcome the effects of Covid-19. This research uses an online survey method and it has been conducted toward 30 students by using Google Forms through WhatsApp and Telegram. The findings show that majority of 30 students agree that the Covid-19 influences and impacts towards their daily life because they no longer eager to learn, miss a lot in their learning, and most of them had difficulty to find reference materials. Besides, most students also feel depress when the Covid-19 happen, their academic performance declining, and they have to bear the cost of loss when they have to return to their residence in regards with the government’s hasty decision for not to allow them to return to the campus. In addition, the research found that majority of students spend their times with family to overcome the effects of Covid-19. Data collection shows that they also think positively and prepare a study schedule. Hence, they could spend time to do revision and complete assignments

    Fenomena jerebu antara perspektif Quran dan sains moden

    Get PDF
    Jerebu merupakan fenomena pencemaran udara yang memberi impak negatif kepada kesihatan dan kegiatan sosial masyarakat serta negara. Isu jerebu dibincangkan dalam al-Quran iaitu sura al-Dukhan secara menyeluruh. Kertas ini bertujuan menganalisis perbahasan berkaitan masalah jerebu yang disebutkan oleh al-Quran dan tafsiran para sarjana Islam dalam konteks dan sudut pandang Islam. Kertas ini turut membincangkan punca dan kesan berlakunya masalah jerebu daripada perspektif sains. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan merujuk kepada kaedah transdisiplin daripada perspektif Quran dan sains. Keputusan kajian mendapati terdapat tafsiran para sarjana Islam yang mentafsirkan surah al-Dukhan dan fenomena jerebu yang berlaku pada zaman Rasullullah SAW. Ia merupakan azab dan seksaan kepada kaum Musyrikin disebabkan oleh perbuatan mereka yang enggan menerima ajaran Islam. Fenomena jerebu merupakan peringatan Allah dan pengajaran kepada umat manusia supaya sentiasa taat kepada perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya di samping bersama-sama menjaga keharmonian dan kesejahteraan alam semesta ini. Manakala para saintis pula mendapati fenomena jerebu yang berlaku adalah berpunca daripada asap dan habuk kesan daripada aktiviti antropogen dan semula jadi serta kesannya terhadap kesihatan tubuh badan manusia yang mengakibatkan hidung berair, masalah kulit, mata terasa pedih dan berair, batuk, sakit kerongkong, kesukaran untuk bernafas dan kesakitan di bahagian dada

    Falsafah Fatalisme dan Takdir Qur’ānī Menurut Abū Ḥāmid Muḥammad b. Muḥammad al-Ghazālī (W. 505 H)

    Get PDF
    Perbincangan yang berkaitan dengan takdir bukan suatu isu yang baharu. Sejak zaman rasulullah s.a.w, perkara berkaitan dengan takdir telah menjadi topik perbincangan. Namun, falsafah takdir dalam dunia hari ini telah dicampuri dengan nilai-nilai dan idea-idea yang berbentuk sekular dan liberal yang merupakan cabaran pemikiran yang lahir daripada peradaban barat. Kefahaman berkenaan dengan konsep takdir telah dipengaruhi oleh pelbagai ideologi, budaya dan pemikiran terutamanya dari sudut pandangan falsafah barat. Salah satunya adalah falsafah fatalisme yang membicarakan soal takdir dan nasib diri individu. Kefahaman takdir bagi umat Islam amat penting memandangkan takdir adalah unsur yang berkait dengan pegangan aqidah dan termasuk dalam rukun iman. Takdir manusia yang bersifat ghaib sangat berkait dengan perkara seperti ikhtiar, doa, tawakal dan kekuasaan Tuhan. Cara berfikir dan bertingkah laku manusia akan dipengaruhi dengan kefahaman dan pegangan takdir. Oleh hal yang demikian, objektif artikel ini adalah bagi menganalisis perbezaan falsafah fatalisme dan takdir menurut pandangan tokoh Abū Ḥāmid Muḥammad b. Muḥammad al-Ghazālī (w. 505 H). Artikel ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan menganalisis kandungan al-Qur’ān secara tematik berdasarkan tema, serta dokumen-dokumen dan penulisan kajian barat yang berkaitan. Walau bagaimanapun, hasil kajian mendapati bahawa al-Qur’ān mengandungi perbincangan tentang ideologi fatalisme dan terdapat perbezaan jelas antara kefahaman Islam tentang takdir dan ideologi fatalisme. Implikasi artikel ini adalah memberikan kefahaman yang mendalam ke atas kedua-dua falsafah agar kesalahfahaman dapat dielakkan

    Religious Values in The Funeral Procession on The Datuk Wisdom

    Get PDF
    In Minangkabau may not be the only custom that occurs Salingka Nagari, but each country has its unique features. This article describes the religious value of the Datuk burial process in Minangkabau. This study investigates the religious values in the traditional ceremony of the death of a Datuk called Osong Kapali. This study uses qualitative research with data collection using interviews and documentation methods. The first ceremony of Osong Kapali begins with baretong, mangkaji adaik, mancabiakan shroud, Osong Kapali, installation of adaik cloth, maroncak, natural speech, Manigo Ari. In the procession of Adat Osong Kapali there are religious values such as the value of worship, generosity, the value of trust and the value of gratitude for abun and sustenance

    Perbahasan isu Isra’iliyyat dalam corpus al-Isra’iliyyat wa al-Mawdu’at fi Kutub al-Tafsir oleh Shaykh Abu Shahbah (1914-1983)

    Get PDF
    Kitab al-Isra’iliyyat wa al-Mawdu’at fi Kutub al-Tafsir merupakan sebuah karya agung Shaykh Abu Shahbah. Karya ini merupakan salah satu usaha dalam membersihkan karya-karya tafsir daripada penyelewengan unsur luaran yang menempel al-Quran (al-dakhil) dengan fokus utama perbahasannya ialah penelitian semula riwayat cerita-cerita israiliyyat dan hadith palsu (Mawdu’) yang terdapat di dalam tafsir al-Quran. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis kaedah perbahasan israiliyyat yang digunakan oleh Shaykh Abu Shahbah dalam karya ini. Kajian ini juga akan melihat secara ringkas latarbelakang ketokohan Shaykh Abu Shahbah sebagai seorang ahli hadith yang disegani. Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif berasaskan analisis kandungan. Karya al-Isra’iliyyat wa al-Mawdu’at fi Kutub al-Tafsir oleh Shaykh Abu Shahbah dijadikan sebagai sumber primer manakala data-data sumber sekunder yang releven berkaitan kajian dikumpul menggunakan instrumen analisis dokumen. Hasil kajian menunjukkan Shaykh Abu Shahbah fokus pada penelitian riwayat israiliyyat dari segi sanad dan matan dengan memasukkan dalam penulisannya sebilangan besar kisah-kisah israiliyyat dan riwayat-riwayat hadith palsu yang terkandung di dalam karya-karya tafsir dengan perbahasan secara teliti dan mendalam. Kaedah yang digunakan oleh Shaykh Abu Shahbah ini bersifat ilmiah dan akademik sesuai dengan sasaran pembaca dari golongan ilmuwan dan penuntut ilmu

    The intellect of Abū Hāmid Al-Ghazālī in dealing with the Qur’anic scientific exegesis

    Get PDF
    Abū Hāmid al-Ghazālī is considered one of the prominent Muslim thinkers and scholars in the traditional Muslim world. He has produced numerous intellectual sources comprehensively. This paper aims to analyze Abū Hāmid al-Ghazālī’s views on dealing with the scientific exegesis. This was investigated from his thoughtful and broad understanding of its principle and underlying purpose. The essential understanding of the principle of scientific exegesis was analytically discussed in his magnum opus; Jewels of the Qur’ān. To reach a representative conclusion, this study undertakes an analysis of the al-Ghazālī view, promotes intellectual discourse, and venerated exegesis as the main sources of reference by adopting the document analysis method. The finding shows that Abū Hāmid al-Ghazālī’s discussion on scientific exegesis emphasized on relevance to contemporary practice and the modern context of Islam. It set forth an important framework and methodology for the integration of the Quran and science. This leads to the collaboration between two branches of knowledge and has come to be known as ‘scientific exegesis’ that the Qur’ān contains verses that point to scientific discoveries such as the roundness of the earth; the orbit of the earth around the sun; and the uniqueness of human fingerprints. It will provide students, educators, researchers, and scholars with a resource for understanding and responding to faithful Islamic sciences issues that are of concern to contemporary Islam and to society
    corecore