7 research outputs found

    Keusahawanan tani menurut perspektif Islam / Noorfazreen Mohd Aris … [et al.]

    Get PDF
    Keusahawanan Islam merupakan proses pencarian, pengembelingan dan pemanfaatan kurniaan Allah SWT untuk faedah sendiri, ummah dan makhluk Allah yg lain sebagaimana yang digariskan di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keusahawanan tani menurut perspektif islam. Aspek-aspek yang dikaji meliputi konsep, etika dan bidang keusahawanan tani.Bagi mencapai objektif kajian ini, penyelidik menggunakan metode pengumpulan data yang terdiri dari kajian perpustakaan.Hasil daripada kajian mendapati bahawa keusahawanan merupakan salah satu bidang yang dapat menjana ekonomi umat Islam.Di samping itu, dapat memberikan garis panduan yang betul kepada umat Islam dalam menjalankan aktiviti keusahawanan.Keusahawanan adalah kerjaya yg dituntut oleh Islam kerana ia menyumbang kepada sumber rezeki individu & keluarga bagi menunaikan kewajipan menyara kehidupan seharian,selain turut membincangkan beberapa etika sebagai seorang usahawan Muslim.Hasil kajian mendapati melalui aktiviti keusahawanan tani ini dapat memberi dan menyediakan sumber makanan untuk manfaat masyarakat dan disamping usahawan juga dapat memenuhi tuntutan fardhu kifayah iaitu kewajipan dan tanggungjawab pada masyarakat.Dengan niat dan cara yang diredhai Allah, keusahawanan menjadi satu cabang ibadat dan akan mendapat ganjaran dari Allah SWT

    Sejarah dan implementasi dekorasi cina dalam pembinaan masjid terawal di Melaka / Nor Adina Abdul Kadir … [et al.]

    Get PDF
    Pengaruh seni bina cina ke atas senibina masjid bermula apabila petukang-petukang cina ikut datang membina bangunan-bangunan di Melaka pada zaman dahulu. Sejak awal bandar Melaka didirikan terjalin hubungan erat di antara Parameswara dengan Dinasti Ming di negara China. Pada tahun 1411, Parameswara telah pergi ke Peking sebagai kunjungan balas Laksamana Cheng Ho ke Melaka pada tahun 1409 dan jalinan kedua-dua negara ini telah memberi ilham dalam pembangunan Melaka. Masjid-masjid awal di Melaka berbentuk piramid bertingkat dan menara berbentuk pagoda yang melambangkan pengaruh cina. Antaranya, Masjid Kampung Keling Melaka telah berusia lebih 200 tahun dan permulaan masjid itu dibina atas kemurahan hati seorang hartawan Cina bernama Shamsudin yang baru memeluk Islam. Masjid yang dibina itu bukan sahaja mempunyai ukiran-ukiran cina tetapi turut memiliki komponen-komponen luar dan dalam masjid seperti menara dan pintu gerbang cina yang turut diimplimentasikan dalam seni bina masjid tersebut. Ini jelas memperlihatkan gabungan kebudayaan cina dan Islam dapat dihubungkan dengan mesra dan harmoni

    KEPENTINGAN MAKANAN DALAM MENJAMIN HIFZ AL-NAFS (The Important of Food To Ensure Hifz Al-Nafs)

    Get PDF
    Abstrak: Kekurangan makanan akan mengundang kepada pelbagai penyakit dan boleh membawa kepada kematian. Makanan yang mencukupi sangat penting bagi memenuhi keperluan daruriyyah. Kajian ini menjelaskan kepentingan makanan dalam memenuhi maqasid syariah iaitu hifz al-nafs. Metodologi yang digunakan adalah melalui pendekatan kajian perpustakaan untuk mengumpul data. Beberapa bahan perpustakaan telah digunakan sebagai rujukan termasuk dokumen, buku, jurnal dan laporan ekonomi. Kaedah analisis kandungan telah digunakan untuk menganalisis data. Hasil kajian mendapati bagi memenuhi hifz al-nafs dalam Islam, makanan halal dan berkhasiat amat diperlukan oleh manusia. Setiap negara perlu memastikan makanan tersebut dikeluarkan dengan cukup kepada seluruh rakyat. Bagi kelangsungan hidup, dalam keadaan darurat dibenarkan untuk makan makanan yang haram sekadar untuk menyelamatkan nyawa. Kata kunci: Makanan, Hifz Al-Nafs, Halal, Maqasid Syariah  Abstract: Lack of food can lead to many illnesses, which can result in death. Adequate food is very important to meet our needs. This study explains the importance of food in fulfilling the maqasid al-shariah, the hifz al-nafs. The methodology used is the collection of data through a library research approach. Some library resources including documents, books , journals and economic reports were used for references. Content analysis methods have been used to analyze data. The results show that in order to meet hifz al-nafs in Islam, halal and nutritious foods are much needed by humans. Every country needs to ensure that the food is adequately supplied to the people. In an emergency situation which will bring negative effects to human lives, we are permitted to eat prohibited food for survival. Keywords: Food, Hifz Al-Nafs, Halal, Maqasid Al-Shariah

    Pembangunan wakaf kesihatan: Model operasi dan pengurusan Hospital Waqaf An-Nur (HWAN) / Norizah Mohamed @ Daud … [et al.]

    Get PDF
    Waqf is a unique form of welfare in Islam because it is worship that combines both spiritual and material aspects. Waqf plays a major role in helping the government to provide services such as health and education to the society. This could be clearly seen during the golden age of Islam at the time of the Ottoman Empire. This article discusses the model of operation and management of Waqaf An-Nur Hospital (HWAN) and contribution played by the Waqf at Waqaf An-Nur Hospital (HWAN) in providing healthcare services to the local community. Health is a necessity for all, but for the poor and low-income people, health becomes a very expensive thing. The implementation of this hospital is seen as an alternative for low-income people, especially for the poor and the needy to receive medical treatment, regardless of race and religion. Data were collected by interviewing the Operations Manager and Senior Executive of WANCorp. Data from the interviews were analysed using content analysis based on themes. The results from this study show that Waqaf An-Nur Hospital is an alternative to help ease the financial burden of society in terms of health and medical care because the cost of treatment is increasing from year to year

    Peranan Sultan Abu al-Hasan ‘Ali al-Marini dalam kerajaan Banu Marin di Fas, al-Maghrib (1331-1351M) / Mariam Farhana Md Nasir … [et al.]

    Get PDF
    Pencapaian tamadun dalam Kerajaan Banu Marin era Sultan Abu Sa’id ‘Uthman II menyaksikan perkembangan yang berlaku secara perlahan dan mendatar. Namun begitu, pemerintahan Sultan Abu al-Hasan ‘Ali pada 731H/1331M telah menyaksikan beberapa perubahan yang berlaku dalam pemerintahan, sekaligus menjadikan era kegemilangan Kerajaan Banu Marin di al-Maghrib. Kerajaan Islam yang pernah bertapak sekitar tahun 1215M hingga 1465M di wilayah al-Maghrib, telah diperintah oleh 26 orang sultan yang mempunyai sejarah kecemerlangan dan kehebatan yang tersendiri. Oleh itu, kajian ini membincangkan mengenai ketokohan Sultan Abu al-Hasan ‘Ali (731-751H/1331-1351M) sebagai sultan teragung dalam Kerajaan Banu Marin sehingga kerajaan tersebut mencapai era kegemilangan dan kemasyhurannya di al-Maghrib al-Aqsa pada abad pertengahan. Di samping itu, kajian ini dilakukan untuk mengkaji latar belakang Sultan Abu al-Hasan ‘Ali daripada pelbagai aspek, selain peranan yang dimainkan oleh beliau dalam mengangkat Kerajaan Banu Marin sebagai sebuah kerajaan yang gemilang. Metode kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, iaitu penyelidikan perpustakaan sepenuhnya melalui sumber bertulis sama ada sumber primer atau sekunder. Hasil kajian ini dapat mendedahkan kepada masyarakat usaha Sultan Abu al-Hasan ‘Ali dalam memastikan kerajaan yang dipimpin menjadi sebuah kerajaan yang berjaya dan cemerlang. Beliau merupakan pemerintah yang paling cemerlang dalam pemerintahan Kerajaan Banu Marin sehingga kerajaan tersebut mencapai ketamadunan yang tinggi dalam aspek politik, ekonomi, seni bina dan juga perkembangan ilmu pengetahuan

    Modul usahawan tani Islam / Noorfazreen Mohd Aris...[et.al]

    Get PDF
    Keusahawanan merupakan proses pencarian, pengembelingan dan pemanfaatan kurniaan Allah SWT untuk faedah sendiri, ummah dan makhluk yang lain sebagaimana yang digariskan di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji bidang keusahawanan tani menurut perspektif Islam. Aspek-aspek yang dikaji meliputi konsep, etika dan bidang keusahawanan tani. Bagi mencapai objektif kajian ini, penyelidik menggunakan metode pengumpulan data yang terdiri dari kajian perpustakaan. Hasil daripada kajian mendapati bahawa keusahawanan merupakan salah satu bidang yang dapat menjana ekonomi umat Islam. Modul yang dihasilkan dapat memberikan garis panduan yang betul kepada umat Islam dalam menjalankan aktiviti keusahawanan tani. Keusahawanan adalah kerjaya yg dituntut oleh Islam kerana menyumbang kepada sumber rezeki individu & keluarga bagi menunaikan kewajipan menyara kehidupan seharian. Hasil kajian mendapati melalui aktiviti keusahawanan tani ini dapat memberi dan menyediakan sumber makanan untuk manfaat masyarakat dan disamping usahawan juga dapat memenuhi tuntutan fardhu kifayah iaitu kewajipan dan tanggungjawab pada masyarakat. Dengan niat dan cara yang diredhai Allah, keusahawanan menjadi satu cabang ibadat dan akan mendapat ganjaran dari Allah SWT

    Dasar sekuriti makanan di Malaysia dari tahun 1984-2008 : kajian dari perspektif ekonomi Islam / Noorfazreen binti Mohd Aris

    Get PDF
    Makanan merupakan keperluan asas utama bagi setiap manusia. Tanpa makanan manusia tidak dapat meneruskan hidup kerana makanan membekalkan nutrien dan tenaga. Manusia perlu mengambil makanan yang mencukupi, berkhasiat serta halal seperti mana yang dianjurkan oleh Islam bagi menjalani kehidupan. Isu kekurangan bekalan makanan yang berlaku di negara-negara Islam memberi cabaran yang besar dalam menjamin bekalan makanan yang mencukupi kepada sesebuah negara. Isu tersebut telah menyedarkan tentang pentingnya sekuriti makanan kepada sesebuah negara. Sekuriti makanan bermakna semua orang pada setiap masa boleh memperoleh makanan yang mencukupi untuk meneruskan hidup yang sihat dan aktif. Malaysia telah mengambil langkah dengan menggubal dasar-dasar yang berkaitan pertanian negara bagi meningkatkan pengeluaran bekalan makanan. Terdapat tiga dimensi sekuriti makanan iaitu pengeluaran, penawaran dan penggunaan. Malaysia telah mengambil inisiatif untuk memastikan keselamatan makanan dengan menggubal dasar dan polisi yang khusus berkenaan sektor pertanian sebagai sumber bekalan makanan. Dasar-dasar tersebut adalah Dasar Pertanian Negara Pertama (DPN1), Dasar Pertanian Negara Kedua (DPN2), Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) dan Dasar Jaminan Bekalan Makanan (DJBM). Dasar-dasar ini telah bermula sejak dari tahun 1984 hingga 2010. Kajian ini telah menumpukan kepada pelaksanaan dasar-dasar tersebut dan membincangkannya dari perspektif ekonomi Islam. Bagi mencapai objektif kajian ini, penulis menggunakan metode pengumpulan data yang terdiri dari kajian perpustakaan dan temu bual. Seterusnya, data tersebut dianalisis menggunakan metod induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian mendapati dasar sekuriti makanan yang telah dijalankan menepati kehendak Islam kerana Malaysia telah menjadi Pusat Hub Halal Makanan Dunia bagi meningkatkan pengeluaran makanan halal. Dasar Sekuriti Makanan yang dilaksanakan adalah untuk menjaga lima perkara maqasid al-syari‘ah yang ada dalam Islam. Bagi prestasi pengeluaran makanan sepanjang tempoh DPN1 sehingga DPN3, menunjukkan jumlah pengeluaran padi telah meningkat sebanyak 1,953 tan pada tahun 1985 kepada 2,464 tan pada tahun 2010. Tetapi walau bagaimanapun, kadar sara diri beras adalah berada pada tahap penurunan iaitu dalam lingkungan dari 85% hingga 70% berikutan pertambahan pengeluaran yang tidak selari dengan pertambahan penduduk. Manakala, buah-buahan dan sayur-sayuran pula telah meningkat pada kadar yang sederhana dan kadangkala ia rendah kerana sektor kecil ini sangat berisiko dengan cuaca yang menyebabkan pengeluarannya berkurangan. Oleh itu, tahap sara diri sayur-sayuran dan buah-buahan dari 1985 hingga 2005 adalah antara 85% hingga 98%. Jumlah peratusan ini menunjukkan tahap sara diri untuk kedua-dua tanaman ini adalah sangat baik bagi memenuhi keperluan penggunaan tempatan dalam tempoh tersebut. Di akhir kajian ini, penulis turut mengutarakan saranan dan cadangan untuk dimanfaatkan oleh organisasi-organisasi yang terlibat
    corecore