261 research outputs found
Pengalaman sokongan sosial intergenerasi dalam kalangan warga emas di institusi kebajikan awam
Sokongan sosial intergenerasi antara anak dewasa dan ibu bapa tua merupakan fenomena yang menjadi cabaran keluarga di Malaysia, terutamanya dengan peningkatan populasi warga emas. Tujuan artikel ini ialah untuk meninjau sokongan sosial intergenerasi yang diterima oleh warga emas di institusi kebajikan warga emas yang dibiayai oleh pihak kerajaan. Sampel daripada sepuluh orang warga emas yang dipilih menggunakan teknik pensampelan bertujuan di salah satu daripada Rumah Seri Kenangan RSK yang memberikan perlindungan dan penjagaan asas kepada emas. Analisis tematik telah digunakan untuk mendapatkan data perbincangan. Hasil kajian menunjukkan warga emas di institusi kebajikan kurang menerima sokongan sosial intergenerasi daripada anak atau waris. Majoriti melaporkan hubungan mereka dengan anak-anak dan waris semakin renggang malah ada antaranya yang terputus hubungan setelah mereka berpindah masuk ke institusi kebajikan awam. Artikel ini mencadangkan item-item dimensi keluarga dalam skala Lubben sesuai digunakan untuk mengukur secara kuantitatif penerimaan sokongan sosial intergenerasi bagi warga emas di institusi. Pengukuran secara kuantitatif menggunakan sub skala keluarga membolehkan pengkaji membuat kajian terhadap saiz sampel yang lebih besar. Pada masa yang sama analisis inferensi dapat dilakukan dan keputusan boleh digeneralisasikan kepada semua ahli dalam populasi
Advertising campaign on art as therapy for depressive symptoms / Mohamad Idris Mohd Suhaimi
Depression or also known as Major depressive disorder in medical terms is a significant mental health problem that disrupts a person's mood and affected their psychosocial and occupational functioning. Depression is usually associated with significant morbidity and mortality. Sometimes it being misunderstanding as a simple feelings of grief or unhappiness. Thus it is often for people to resolve it without the medical intervention. Official research from Ministry of Health Malaysia state that untreated depression can last for six months or more. Moreover, the crucial parts happen
when there are several statement from newspaper state that the most people who suffer in this issue is among the youth. Regarding the issue, a fast action need to be takes place to prevent it from effected the society’s development. For those reason, the researcher will makes an ideation for campaign awareness about art as therapy for people who suffered from depression among the people around the UITM Melaka, branch Alor Gajah. In the campaign, the researcher will include the information related with the symptom of depression and how the art therapy works. This research of art therapy helpfully can become one kind of solution to prevent this current mental illness far from becoming worst in our countr
Jenis personaliti dan tahap kesihatan mental dalam kalangan mahasiswa di institusi pengajian tinggi
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis personaliti dan tahap kesihatan mental dalam mahasiswa
universiti. Sebanyak 200 orang mahasiswa direkrut secara teknik persampelan rawak dari Fakulti Sains Sosial
dan Kemanusiaan, UKM. Kesemua responden telah diberikan satu set borang soal selidik yang mengandungi
lima instrumen iaitu General Health Questionnaire (GHQ-12), Mental Health Inventory (MHI), Ujian Personaliti
STIFIN, Beck Depression Inventory (BDI) dan Spielberger State-Trait Anxiety Inventory (STAI). Hasil kajian
menunjukkan bahawa satu per tiga dari jumlah responden mempunyai tahap tekanan psikologikal yang tinggi
berdasarkan skor markah GHQ-12. Tahap tekanan psikologikal di antara mahasiswa lelaki dan mahasiswa
perempuan menunjukkan hubungan yang signifikan. Lima puluh lapan peratus daripada jumlah keseluruhan
responden di dalam kajian ini mempunyai skor MHI yang tinggi yang menunjukkan tahap kesihatan mental yang
baik. Terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kesihatan mental mahasiswa dengan jantina. Berdasarkan
STIFIN, didapati bahawa kebanyakan responden memiliki jenis personaliti ekstrovert sama ada jenis feeling,
thinking, intuiting dan sensing. Keputusan STAI pula menunjukkan bahawa tahap kebimbangan responden
kajian ini adalah sederhana. Berdasarkan Ujian BDI, didapati hampir 14 peratus responden mempunyai skor
tahap kemurungan yang tinggi dan skor ini mempunyai hubungan yang signifikan antara responden lelaki dan
perempuan. Secara umumnya, mahasiswa dalam kajian ini menunjukkan tahap kesihatan mental yang baik tetapi
berpotensi untuk menghadapi tekanan psikologikal yang lebih tinggi sepajang kehidupan di kampus. Oleh itu,
lebih banyak program kaunseling dan kebajikan pelajar perlu dibangunkan bagi pencegahan masalah kesihatan
mental dalam kalangan mahasiswa di institusi pengajian tinggi
Hubungan stres psikologikal dengan kesihatan mental dalam kalangan pensyarah muda
Kesihatan mental merupakan elemen penting dalam menjamin kesejahteraan hidup setiap individu. Kerjaya sebagai
pensyarah muda di dalam sesebuah universiti tidak terkecuali daripada berhadapan dengan stres kerja terutamanya di
dalam sebuah universiti penyelidikan. Stres kerja ini memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada tahap kesihatan
mental mereka. Kajian ini bertujuan mengukur sejauh mana tahap stres psikologikal dalam kalangan pensyarah muda
dan apakah hubungannya dengan tahap kesihatan mental mereka. Seramai 100 orang pensyarah muda telah terlibat
dalam kajian berbentuk kuantitatif ini dengan menggunakan kaedah tinjauan soal selidik. Hasil kajian mendapati dua
per tiga responden kajian ini mempunyai tahap stres psikologikal yang tinggi. Hampir separuh responden mempunyai
tahap kesihatan mental yang rendah. Bagi sub-skala kesihatan mental, sebanyak 51 peratus responden mempunyai
tahap kebimbangan (anxiety) yang tinggi; 23 peratus responden berada pada tahap kemurungan (depression) yang
tinggi; 44 peratus responden mempunyai kawalan tingkah laku yang rendah dan 58 peratus responden mempunyai
perasaan positif yang rendah. Terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap stres psikologikal dengan tahap
kesihatan mental keseluruhannya tetapi stres psikologikal hanya mempunyai hubungan yang signifikan dengan sub
skala kebimbangan, kawalan tingkah laku dan positif afektif pada nilai p<0.05. Kesimpulannya, dapatan kajian ini
diharap dapat membantu pihak pengurusan untuk memastikan wujudnya program-program intervensi di universiti
penyelidikan. Program intervensi dapat mengurangkan stres psikologikal dan meningkatkan tahap kesihatan mental
dalam kalangan pensyarah muda
Perbezaan gender tekanan psikologikal dan kesihatan mental dalam kalangan pelajar prasiswazah
Individu yang sihat mental mampu mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain dan berupaya
mengambil bahagian serta menyumbang kepada masyarakat. Kesihatan mental seseorang sangat berkait rapat
dengan tekanan psikologikal yang dihadapi dan kebolehan individu berkenaan menanganinya. Kertas ini
membincangkan hasil kajian mengenai tekanan psikologikal dan kesihatan mental pelajar prasiswazah di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), dengan memfokuskan kepada perbandingan di antara pelajar-pelajar lelaki dan
perempuan. Kajian tinjauan ini mengambil pendekatan kuantitatif dengan menggunakan instrumen kajian yang
digunakan adalah General Health Questionnaire (GHQ-12) dan Mental Health Inventory (MHI). Seramai 200 orang
pelajar lelaki dan perempuan dari pelbagai fakulti dan kolej kediaman telah mengambil bahagian dalam kajian ini.
Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden adalah rendah tekanan psikologikalnya. Namun demikian,
pelajar lelaki didapati lebih tertekan berbanding pelajar perempuan. Demikian juga dapatan MHI menunjukkan
hampir kesemua responden mempunyai tahap kesihatan mental yang tinggi dan sederhana. Namun begitu,
kesihatan mental responden perempuan didapati lebih baik berbanding lelaki. Hasil kajian yang memperincikan
perbandingan antara pelajar lelaki dengan perempuan amat relevan pada masa kini yang didominasi pelajar
perempuan dan pengurangan pelajar lelaki di universiti-universiti seluruh negara
Development of Car Tyre Air Pressure System (CTAPMS) Using Node MCU ESP8266 Board
CTAPMS is an electronic system designed in this work to monitor the air pressure inside pneumatic tyres on various types of vehicles. A crucial issue in monitoring air pressures of a tyre was most users are too lazy and do not check their car tyre condition daily or before starting a journey. As an assist device for the user to monitor their car air tyre pressure daily, this project has developed the CTAPMS using a BMP180 sensor and Node MCU 8266 microcontroller board. Based on the system, the measured car air tyre pressure can be visualized from the ThingSpeak IoT platform through a smartphone. The performance of the developed system has been validated through a series of experimental works. The result indicates a reliable measurement with an error of less than 10% as compare to the existing system. Further, this product will be commercialized for future use
Development of Car Tyre Air Pressure System (CTAPMS) Using Node MCU ESP8266 Board
CTAPMS is an electronic system designed in this work to monitor the air pressure inside pneumatic tyres on various types of vehicles. A crucial issue in monitoring air pressures of a tyre was most users are too lazy and do not check their car tyre condition daily or before starting a journey. As an assist device for the user to monitor their car air tyre pressure daily, this project has developed the CTAPMS using a BMP180 sensor and Node MCU 8266 microcontroller board. Based on the system, the measured car air tyre pressure can be visualized from the ThingSpeak IoT platform through a smartphone. The performance of the developed system has been validated through a series of experimental works. The result indicates a reliable measurement with an error of less than 10% as compare to the existing system. Further, this product will be commercialized for future use
Hubungan di antara kesihatan mental dengan minat kerjaya dalam kalangan gelandangan di Kem Desa Bina Diri, Malaysia
Isu gelandangan dan kesihatan mental menjadi popular apabila disensasi oleh media walhal isu tersebut sudah lama wujud dalam masyarakat bandar. Namun, disebabkan kekurangan kajian-kajian tempatan menyebabkan wujudnya kekeliruan dari segi peranan dan keberkesanan perkhidmatan yang sedia ada. Kajian ini bertujuan meneroka isu kesihatan dalam kalangan gelandangan dan minat mereka terhadap kerjaya. Borang soal selidik yang mengandungi dua instrumen iaitu Mental Health Inventory dan Holland Occupational Types dibangunkan untuk mengupas isu gelandangan. Seramai seratus sebelas orang responden telah berjaya direkrut dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan kebanyakkan gelandangan yang ditempatkan di institusi pemulihan mengalami tahap kebimbangan dan tahap kemurungan yang tinggi. Terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap kebimbangan dan tahap kemurungan dengan minat kerjaya berbentuk realistik, penyiasat dan artistik. Manakala terdapat juga hubungan di antara kawalan tingkahlaku dengan minat kerjaya berbentuk sosial dan keusahawanan. Dapatan kajian ini diharap dapat digunakan dalam merangka program intervensi yang lebih bersesuaian kepada gelandangan di institusi pemulihan. Kajian lain yang berbentuk klinikal juga perlu dilakukan bagi mengenalpasti isu kesihatan mental dalam kalangan gelandangan supaya mereka boleh mendapat rawatan kesihatan mental yang lebih baik
Work attitude, organizational commitment and emotional intelligence of Malaysian vocational college teachers
Emotional intelligence plays an important role in motivating a person to commit to a job. A person’s
attitude while carrying out work makes emotional intelligence directed towards good productivity in the
organization. This situation is also a major issue among vocational college teachers in Malaysia. There are issues
where these teachers are unable to give a firm commitment to their organization due to their work attitude and
emotional intelligence. This quantitative study was conducted to explore the relationship between work attitudes,
organizational commitment and emotional intelligence among vocational college teachers in Malaysia. This study
involved 263 respondents consisting of vocational college teachers throughout Malaysia. Analysis with Structural
Equation Modelling (SEM) approach using Analysis of Moment Structures (AMOS) software was conducted. The
results of the analysis show that, there is a significant positive relationship between work attitudes, organizational
commitment and emotional intelligence. Therefore, this study can be used as a guide to stakeholders in managing
vocational colleges, teachers and organizations properly
Keberkesanan kaunseling kelompok tingkah laku kognitif terhadap kemarahan dan agresif dalam kalangan banduan penjara lelaki
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan kaunseling kelompok tingkah laku kognitif terhadap kemarahan dan agresif dalam kalangan banduan penjara lelaki di penjara Malaysia. Seramai 40 orang banduan penjara lelaki terlibat dalam kajian ini. Subjek diagihkan kepada kelompok rawatan (N=20) dan kelompok kawalan (N=20) melalui kaedah persampelan bertujuan. Subjek kemudian dibahagikan kepada kelompok kecil (dua kelompok rawatan) dan (dua kelompok kawalan) yang mana setiap kelompok terdiri daripada 10 orang banduan penjara. Kelompok rawatan telah menjalani proses kaunseling kelompok sebanyak lapan sesi. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada StateÂTrait Anger Expression InventoryÂ2 (STAXIÂ2) dan Aggression Questionnaire (AQ) yang digunakan untuk mengukur emosi kemarahan dan tingkah laku agresif. Data telah dianalisis dengan menggunakan analysis of covariance(ANCOVA) pada nilai aras kesignifikanan 0.05. Keputusan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam min ujian pra dan min ujian pos pada skala STAXI-2 iaitu keadaan kemarahan, tret kemarahan dan peluahan kemarahan luaran di antara kelompok rawatan dan kelompok kawalan. Walaubagaimanapun keputusan menunjukkan tidak terdapat perbezaan pada skala peluahan kemarahan dalaman, kawalan kemarahan luaran dan kawalan kemarahan dalaman di antara kedua-dua kelompok tersebut. Keputusan kajian ini juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam min ujian pra dan min ujian pos pada agresif di antara kelompok rawatan dan kelompok kawalan. Beberapa implikasi kajian dan cadangan untuk kajian lanjutan turut dikemukakan
- …