7 research outputs found

    Mengajar Bahasa Melayu Kepada Penutur Asing dan Cabarannya: Pengalaman di Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia

    Get PDF
    Penulisan ini bertujuan berkongsi pengalaman mengajar bahasa Melayu kepada penutur asing atau orang asing yang berada di Universiti Malaysia Kelantan. Penutur asing yang dimaksudkan terdiri daripada dua kategori iaitu pelajar asing dan pensyarah asing. Mereka mempelajari bahasa Melayu mengikut keperluan masing-masing. Bagi pelajar asing mempelajari bahasa Melayu kerana kursus berkenaan diwajibkan kepada mereka seperti yang terdapat dalam peraturan yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Mereka tidak mempunyai pilihan lain kerana mengikuti Kursus Bahasa Melayu dan mempelajari bahasa Melayu adalah sebagai prasyarat untuk lulus dalam pengajian. Bagi kumpulan pensyarah bangsa asing pula mereka perlu mempelajari bahasa Melayu untuk kegunaan harian iaitu untuk berinteraksi atau berkomunikasi dengan komuniti yang ada di sekeliling mereka sebagai ikhtiar hidup dan bahasa komunikasi. Dengan kata lain, pengajaran bahasa Melayu kepada pensyarah asing ini adalah untuk memenuhi keperluan permintaan semasa.Kertas ini juga membincangkan cabaran yang dihadapi oleh penutur asing dalam menguasai bahasa Melayu

    Loghat Kelantan pemangkin jati diri rakyat Kelantan: kelestarian dan pemerkasaannya

    Get PDF
    Agenda pemerkasaan jati diri rakyat Kelantan berkait langsung dengan usaha melestarikan loghat Kelantan. Kertas ini menelusuri dua isu, iaitu status kelestarian loghat Kelantan; penggunaan dialek Kelantan dari aspek sebutan, pembentukan kata, ayat dan leksikal oleh menutur bukan Melayu, kesantunan berbahasa dalam dialek Kelantan dan seterusnya isu pemerkasaannya bagi agenda melonjakkan loghat Kelantan. Kandungan perbincangan didasarkan kepada beberapa kajian yang pernah dijalankan. Dialek unik ini dituturkan sama oleh penutur pelbagai etnik di Kelantan, dengan sebutan, perkataan dan pelbagai maksud yang berbeza dengan bahasa Melayu standard. Isunya, keunikan loghat Kelantan era kini hanya dilihat sebagai warisan yang perlu dipelihara dan pulihara sahaja. Faktor kemerosotan dan cadangan memartabatkan jati diri berpaksikan loghat klate perlu menjadi agenda semua warga Kelantan

    Pemikiran Hamka tentang cara hidup matrilineal masyarakat Minangkabau

    Get PDF
    Profesor Hamka (Haji Abdul Malik Karim Amrullah) ialah seorang ulama Islam yang terkenal. Beliau telah menerbitkan banyak buku tentang teologi Islam, dan beliau juga menulis novel. Hamka dilahirkan di Sumatera Barat, dan beliau juga mempunyai pandangan tentang keadaan hidup matrilineal di kawasan itu. Persepsi beliau agak penting kerana ia menggabungkan kedua-dua perspektif Islam dan pandangan emik tempatan tentang cara hidup matrilineal. Penyelidikan ini ingin menawarkan sudut pandangan lain yang melangkaui perspektif yang diterbitkan oleh ahli antropologi. Para penyelidik menggunakan pendekatan fenomenologi yang merangkumi konsep dunia kehidupan (life-world) daripada Alfred Schutz dan Thomas Luckmann. Dengan kaedah kajian ini, pengkaji mendapat gambaran bagaimana Hamka menghuraikan dan menggambarkan cara hidup matrilineal di Sumatera Barat dan mengapa beliau melakukannya dengan cara itu. Para penyelidik telah membezakan antara penerbitan Hamka yang berbentuk fiksyen dengan yang bukan fiksyen. Dunia kehidupan dikesan memainkan peranan penting apabila Hamka menulis buku-bukunya. Apabila beliau berpindah dari Sumatera Barat, beliau dapat merenung keadaan masyarakat Minangkabau. Walau bagaimanapun, bukan sahaja perubahan elemen spatial adalah penting dalam pemikiran Hamka, tetapi juga komponen temporal. Hamka menjadi seorang yang berpengaruh baik iaitu sebagai seorang penulis dan juga sebagai seorang ulama Islam. Gagasan pembaharuan Islam dapat dilihat dalam penilaiannya terhadap elemen matrilineal masyarakat Minangkabau

    Bahasa Melayu 1

    No full text

    The Concept of Budi in the Malay-speaking World: A Structuralist View of Sitti Nurbaya

    Full text link
    The word Budi is a well-known term in the Malay-speaking world and has numerous meanings. In this article, the authors describe the term Budi and its use. The authors argue that Budi stands for a whole concept and is closely related to the Malay worldview. A structuralist research method was used to detect specific patterns. In their analysis, the researchers considered the ideas of Claude Levi-Strauss and Ferdinand Saussure. The researchers analyzed an ‘ideal' personality that is mentioned in the literature. The authors looked into the novel ‘Sitti Nurbaya' and illustrated the concept of Budi. It was detected that Sitti Nurbaya personifies in many ways the element of Budi and is a kind of ideal. On the other side, many despicable character traits could be found in the character of Datuk Meringgih. The authors concluded that Budi is an idea that includes a lot of praiseworthy character traits of the people in the Malay-speaking world

    Mengapa pelajar takut bertanya dalam kuliah?: sebuah kajian di Universiti Malaysia Kelantan

    No full text
    Interaksi dalam bilik kuliah antara pensyarah dan pelajar merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran (PNP). Aktiviti ini dipengaruhi oleh faktor motivasi, keadaan persekitaran bilik kuliah, dorongan daripada pensyarah dan rakan-rakan kuliah. Dalam konteks ini, budaya pelajar di Asia sangat berbeza dengan budaya pelajar di barat seperti Eropah dan Amerika. Pelajar Barat lebih berani bercakap dan bertanya semasa perkuliahan dibandingkan pelajar di Asia. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor pelajar berasa malu atau "takut" untuk bertanya semasa perkuliahan. Data kajian diperolehi menerusi survei ke atas seramai 270 orang pelajar dani Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia dengan menggunakan borang soal selidik. Soalan dalam soal selidik dibahagikan kepada DUA (2) iaitu Bahagian A tentang faktor dalaman dan bahagian B tentang faktor luaran. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan program SPSS dan teknik analisis yang digunakan adalah teknik deskriptif dan korelasi. Kajian mendapati bahawa pelajar sedar akan pentingnya bertanya soalan di dalam bilik kuliah, tetapi mereka merasa malu walaupun pensyarah menggalaldcan mereka untuk bertanya semasa kuliah. Mahasiswa tersebut mahu bertanya, tetapi mereka tidak tahu apa yang harus ditanyakan, dan mereka bimbang jika rakan-rakan mereka berfikir bahawa mereka cuba menunjuk-nunjuk. Kajian ini juga menunjukkan bahawa mahasiswa sedar bertanya dalam bilik kuliah akan membantu mereka lulus dengan lebih mudah. Selain menyedari bahawa mereka lebih mudah mendapat kedudukan dalam kelab atau persatuan mahasiswa di peringkat universiti. Pelajar didapati cenderung bertanya semasa berada dalam bilik kuliah apabila topik perkuliahan dirasakan sangat menarik. Mereka terdorong untuk memahami dan menguasainya. Akhirnya, kajian ini menunjukkan ibu bapa memainkan peranan penting dalam memberi galakan dan dorongan kepada mahasiswa untuk aktif bertanya semasa dalam perkuliahan
    corecore