33 research outputs found

    Penggunaan strategi pembelajaran aturan kendiri kemahiran bertutur bahasa Arab dalam kalangan pelajar Melayu di Pusat Asasi UIAM

    Get PDF
    Kemahiran bertutur bahasa Arab sering dikaitkan dengan penggunaan strategi pembelajaran yang pelbagai dan berkesan. Salah satu strategi pembelajaran bahasa Arab ialah strategi pembelajaran aturan kendiri. Berdasarkan keputusan Ujian Kemahiran Bahasa (APT Skills Test) di Pusat Asasi UIAM, majoriti pelajar tidak berjaya melepasi tahap 6 (band 6) dalam Ujian maharat al-kalam (kemahiran bertutur). Prestasi sebegini mungkin terjadi kerana mereka tidak menggunakan strategi pembelajaran aturan kendiri secara efektif. Oleh itu, kajian ini meninjau penggunaan dan pengetahuan pelajar tentang strategi pembelajaran aturan kendiri kemahiran bertutur bahasa Arab dalam kalangan pelajar Melayu di Pusat Asasi UIAM. Kajian ini melibatkan 163 orang pelajar jurusan Bahasa Arab (BAR) dan Ilmu Wahyu (IRK) yang dipilih melalui kaedah persampelan rawak berkelompok. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif menggunakan median, frekuensi, peratus, dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan strategi yang memperoleh penggunaan tertinggi merupakan strategi-strategi kendiri bersifat keagamaan (metafizik), manakala strategi kendiri yang memperoleh penggunaan terendah pula merupakan strategi kendiri yang melibatkan aktiviti komunikasi bahasa Arab secara aktif. Selain itu, kajian ini juga mendapati lebih daripada 50% pelajar tidak mengetahui strategi-strategi pembelajaran aturan kendiri

    Writing Strategy Use: AFL Learners in Sri Lanka

    Get PDF
    Abstract: Study on writing strategy used in Arabic as a foreign language is a new emerging concept. Few studies have contracted on essay written in Arabic as a final product and illustrated deficiencies that surfaced. This study investigates the writing strategies employed by 6 learners in Fathih Institute of Sri Lanka (FISL). A Qualitative research was conducted using the think aloud protocol; observation and retrospective interview to provide the facts. Results of a pilot study revealed that a proficient learner employ varieties of writing strategies better than an average learner and less proficient learners on their essay writing tasks. The findings also revealed that there is a lot to be done to improve the Arabic writing skills of Sri Lankan learners. The implications of the results are that, teachers need to rethink about the problems that average and less proficient students encounter and figure out ways to help them achieve proficiency. Also, there is the need to help these learners how to make their place and organize their opinions more reasonably in writing activities

    Penggunaan strategi pembelajaran kemahiran bertutur bahasa Arab : kajian di Pusat Asasi UIAM

    Get PDF
    Kemahiran berbahasa ini sering dikaitkan dengan penggunaan strategi pembelajaran. Banyak kajian mendapati penggunaan strategi yang sesuai dan berkesan mampu meningkatkan kemahiran bertutur pelajar. Justeru, kajian ini meneroka penggunaan dan pengetahuan tentang strategi pembelajaran kemahiran bertutur bahasa Arab di kalangan pelajar Melayu Pusat Asasi UIAM, mengetahui hubungan antara pencapaian Ujian Kemahiran Bahasa Arab (APT Skills Test) dengan penggunaan strategi dan mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada penggunaan strategi. Kajian ini membahagikan strategi pembelajaran kemahiran bertutur bahasa Arab kepada strategi di dalam kelas, strategi penggunaan media, strategi penyertaan aktiviti ko-kurikulum, strategi bertutur bersama rakan dan strategi perseorangan (personal). Kajian ini melibatkan 163 orang pelajar jurusan Bahasa Arab (BAR) dan Ilmu Wahyu (IRK) dipilih melalui kaedah persampelan rawak berkelompok. Instrumen soal selidik telah digunakan untuk mengutip data kajian dan disahkan kandungannya oleh tiga orang pakar. Tahap nilai kebolehpercayaan alpha cronbach yang diperolehi daripada soal-selidik adalah tinggi ( >0.7). Data kajian telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan median, sisihan piawai, peratus, Ujian Khi Kuasa Dua dan Analisa Regresi Berganda. Dapatan utama kajian menunjukkan tahap penggunaan strategi di kalangan pelajar adalah sederhana, strategi yang tidak dikenali pelajar ialah dalam kumpulan Strategi Pembelajaran Perseorangan (Personal). Analisis data inferensi pula mendapati terdapat hubungan yang positif di antara pencapaian Ujian Kemahiran Bahasa Arab (APT Skills Test) dengan Strategi Penggunaan Media dan Strategi Pembelajaran Perseorangan (Personal). Selain itu, kesemua faktor demografi yang dikaji iaitu jantina, pencapaian Ujian Kemahiran Bahasa Arab (APT Skills Test), latar belakang pembelajaran bahasa dan tempoh pembelajaran bukanlah faktor yang menyumbang terhadap penggunaan strategi pembelajaran kemahiran bertutur bahasa Arab

    Penggunaan strategi pembelajaran aturan kendiri Kemahiran bertutur bahasa arab dalam kalangan pelajar Melayu di Pusat Asasi UIAM (Practise of self regulated learning strategies in Arabic speaking skill: a study on Malay Students at Centre for Foundation Studies (CFS), IIUM)

    Get PDF
    Abstrak: Kemahiran bertutur bahasa Arab sering dikaitkan dengan penggunaan strategi pembelajaran yang pelbagai dan berkesan. Salah satu strategi pembelajaran bahasa Arab ialah strategi pembelajaran aturan kendiri. Berdasarkan keputusan Ujian Kemahiran Bahasa (APT Skills Test) di Pusat Asasi UIAM dapati majoriti pelajar tidak berjaya melepasi tahap 6 (band 6) dalam Ujian maharat al-kalam (kemahiran bertutur). Prestasi sebegini mungkin terjadi kerana mereka tidak menggunakan strategi pembelajaran aturan kendiri secara efektif. Oleh itu, kajian ini meninjau penggunaan dan pengetahuan pelajar tentang strategi pembelajaran aturan kendiri kemahiran bertutur bahasa Arab dalam kalangan pelajar Melayu di Pusat Asasi UIAM. Kajian ini melibatkan 163 orang pelajar jurusan Bahasa Arab (BAR) dan Ilmu Wahyu (IRK) yang dipilih melalui kaedah persampelan rawak berkelompok. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif menggunakan median, frekuensi, peratus, dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan strategi yang memperoleh penggunaan tertinggi merupakan strategi-strategi kendiri bersifat keagamaan (metafizik) manakala strategi kendiri yang memperoleh penggunaan terendah pula merupakan strategi kendiri yang melibatkan aktiviti komunikasi bahasa Arab secara aktif. Selain itu, kajian ini juga mendapati, lebih daripada 50% pelajar tidak mengetahui strategi pembelajaran aturan kendiri. Kata kunci: strategi pembelajaran aturan kendiri, kemahiran bertutur bahasa Arab Abstract: Foreign language speaking skill is often associated with the use of variety and effective learning strategies. One of the strategies is Self-regulated learning strategies. Based on the result of Speaking Test in APT Skills Test, majority of students failed to achieve band 6 for Arabic Speaking Test. Such performance may occur due to the lack of practicing the self-regulated learning strategies in Arabic speaking skill learning strategies. Therefore, this research surveyed the practice and knowledge of Self-regulated learning strategies in Arabic Speaking Skill among Malay students at the Centre for Foundation Studies (CFS) IIUM. This research involved 163 respondents taking B.A.R. and I.R.K. courses, using the Cluster Sampling Method. A Questionnaire was used to collect data for this study. The data were analyzed through descriptive analysis using median, frequencies, percent and standard deviation. The findings showed that the most practiced strategies was religious strategies (Metaphysics), while the lowest score was strategies that involves actively communication in Arabic. In addition to that, the study also found that more than 50% of the students were not aware of self-regulated learning strategies in Arabic speaking skill. Keywords: Self-regulated learning strategies, Arabic speaking skill

    The Empowerment of Postgraduate Students in Arabic

    Get PDF
    AbstractThe Arabic language is very critical in the study of Islamic Sciences. This paper reports i) the initiative taken by the Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia to enhance the competency of postgraduate students to research in Arabic; and ii) postgraduate students’ perception of a remedial Arabic course. Two remedial Arabic courses were designed based on the paradigms of learner empowerment, student-centeredness and educative assessment. In order to evaluate the effectiveness of Remedial Arabic 1 course, students enrolled in the course for semester 1/2010-2011 were asked to respond to a questionnaire. Data were analyzed using descriptive statistics. Results showed that the students perceived the course as having achieved its objectives, that they had shown improvement in their Arabic reading comprehension, use of Arabic dictionaries, as well as theoretical understanding and practical application of Arabic morphology and grammar. On top of that, they also reported higher motivation, confidence and independence in reading Arabic texts and learning Arabic. The study concludes that the way the Arabic course is designed and implemented has enriched learners with a different, more effective, motivating, enabling and empowering learning experience. The researchers suggest that such approach should be expanded to the curriculum of other Arabic courses

    [The Early Unsung Scholars in Arabic Grammar (69-183h)] Sarjana Tatabahasa Arab Terawal yang Tidak Didendang (69-183h)

    Get PDF
    This article discusses the biographies of the earliest ancient Arabic grammar figures. Books related to the history of Arabic grammar often feature the earliest scholars of Arabic grammar such as Abu al-Aswad al-Du'ali (69-129H), 'Abdullah ibn Abi Ishaq (149-183H), al-Khalil ibn Ahmad al-Farahidi ( 100-170H) and Sibawayh (148-180H). While there are some of the names of the earliest scholars of Arabic grammar of the time that are almost unknown about their biographies, but their service to the development of Arabic grammar is great. This study focuses on the biographies of the earliest Arabic grammar scholars who lived between the years 69H to 183H. Data collection was done using al-Maktabah al-Shamilah software which involves digitally filtering 1,066 books. All data collected will be critically analyzed and analyzed. The procedure for analyzing content data is to identify the source of reference, secondly, critical research on information literacy; third, analysis and classification of information by category and fourth writing of study data. This study produces two research findings to coincide with the research problem. The findings of the study show that the isolation of information about some of these past figures is based on the scenario of writing past historical sources. The writing style of these sources focuses more on well-known figures than other figures. In addition, the findings of the study also show the lack of information for some of the Arabic grammar figures of the past. Based on the data and findings of the study shows the lack of information on this unspoken figure. It is hoped that more research on this isolated figure is done by other researchers. Differences in study results may be compared and used as a guide for future researchers Artikel ini membincangkan biografi tokoh tatabahasa Arab silam terawal yang kurang didendangkan. Buku-buku berkaitan sejarah tatabahasa Arab sering menonjolkan tokoh sarjana tatabahasa Arab terawal seperti Abu al-Aswad al-Du’ali (69-129H), ‘Abdullah ibn Abi Ishaq (149-183H), al-Khalil ibn Ahmad al-Farahidi (100-170H) dan Sibawayh (148-180H). Sedangkan di sana terdapat beberapa nama tokoh sarjana tatabahasa Arab terawal sezaman yang hampir tidak diketahui mengenai biografi mereka, namun jasa mereka terhadap perkembangan tatabahasa Arab adalah besar. Kajian ini memfokuskan biografi tokoh sarjana tatabahasa Arab terawal yang hidup di antara tahun 69H hingga 183H. Pengumpulan data dibuat dengan menggunakan software al-Maktabah al-Shamilah yang melibatkan penyaringan 1,066 buah buku secara digital. Kesemua data yang dikumpul akan diteliti dan dianalisis secara kritis. Tatacara menganalisis data kandungan adalah dengan mengenal pasti sumber rujukan, kedua, penelitian terhadap literasi maklumat secara kritis; ketiga, penganalisisan dan pengelasan maklumat mengikut kategori dan keempat penulisan data kajian. Kajian ini menghasilkan dua dapatan kajian bertepatan dengan permasalahan kajian. Dapatan kajian menunjukkan keterpencilan maklumat mengenai beberapa tokoh silam ini adalah berdasarkan senario penulisan sumber sejarah lepas. Corak penulisan sumber-sumber ini lebih banyak memfokuskan tokoh yang sedia terkenal berbanding tokoh-tokoh lain. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan ketidakwujudan maklumat untuk beberapa tokoh tatabahasa Arab silam ini. Berdasarkan data dan dapatan kajian menunjukkan kepincangan maklumat terhadap tokoh yang tidak didendangkan ini. Diharapkan lebih banyak kajian mengenai tokoh terpencil ini dilakukan oleh pengkaji lain. Perbezaan hasil kajian mungkin dapat dibandingkan dan digunakan sebagai panduan untuk pengkaji akan datan

    Aplikasi Model Rasch bagi kesahan item kosa kata kerja Quranic Vocabulary Test (QVT)

    Get PDF
    al-Quran diturunkan untuk difahami isi kandungannya. Pemahaman al-Quran di peringkat asas melibatkan pengetahuan makna kosa katanya. Justeru, satu ujian bagi mengukur tahap penguasaan makna kosa kata al-Quran wajar dibina. Kajian rintis ini bertujuan membina instrumen Quranic Vocabulary Test (QVT) dan menilai kesahan dan kebolehpercayaannya. Artikel ini melaporkan penilaian kesahan dan kebolehpercayaan sebahagian daripada instrumen tersebut. Melalui pendekatan kuantitatif, 130 item kata kerja dalam al-Quran dipilih secara persampelan sistematik dari 500 kosa kata kekerapan tertinggi yang disenaraikan dalam The Quranic Arabic Corpus. Item-item ini dibahagikan kepada 3 set ujian, setiap set mengandungi 40 item berbeza dan 10 item sepunya. Set ujian ini ditadbir menggunakan Google Form kepada 69 orang mahasiswa mewakili pelbagai jurusan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Data dianalisis menggunakan Model Rasch melalui perisian Winsteps versi 4.5.4. Nilai kebolehpercayaan kesemua set ini sama ada dengan indeks Cronbach Alpha (α) mahupun person reliability melebihi 0.8. Secara keseluruhannya, nilai infit sebagai indikator kualiti item ujian menunjukkan hampir kesemua item adalah produktif untuk mengukur pengetahuan makna kata kerja al-Quran dalam kalangan responden. Kajian ini menunjukkan kebolehukuran pengetahuan kosa kata al-Quran. Ia perlu dilanjutkan dan diperluaskan sampelnya bagi meningkatkan nilai kesahan QVT sehingga dapat mengukur saiz kosa kata al-Quran yang tepat dalam kalangan mereka yang mempelajari jurusan al-Quran atau Pengajian Islam mahupun orang awam

    Penguasaan penerapan kosa kata nilai dalam pembelajaran bahasa Arab j-QAF sekolah rendah

    Get PDF
    Kosa kata Arab merupakan elemen penting bagi menguasai bahasa Arab dan kemahiran asas bahasanya, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Menerusi program j-QAF, secara keseluruhannya kosa kata Arab yang perlu dikuasai oleh murid di sekolah rendah ialah sebanyak 600 patah perkataan. Namun begitu, berdasarkan pengalaman pengkaji sebagai guru bahasa Arab di sekolah rendah, murid masih melakukan kesalahan terutamanya dalam aspek mengeja perkataan Arab, mengetahui makna perkataan Arab dan menggunakannya dalam ayat. Kajian ini bertujuan mendedahkan sejauh mana penguasaan murid sekolah rendah terhadap penerapan kosa kata nilai yang dipelajari menerusi program j-QAF dalam aspek ejaan, pengetahuan makna perkataan dan penggunaannya dalam ayat dalam pembelajaran bahasa Arab. Pengkaji telah menjalankan ujian penguasaan kosa kata Arab yang merangkumi tiga aspek yang perlu dikuasai ke atas 120 orang murid tahun tiga sekolah rendah kebangsaan di daerah Klang Selangor, dan sebanyak 360 skrip jawapan telah diperolehi dan dianalisis. Hasil kajian menunjukkan bahawa pencapaian peratus lulus gred A, B, dan C bagi aspek ejaan perkataan Arab ialah 100 peratus, aspek pengetahuan makna sebanyak 84 peratus dan aspek penggunaan perkataan dalam ayat sebanyak 63 peratus. Manakala dapatan berkaitan penerapan kosa kata nilai dalam pembelajaran bahasa Arab mengandungi lima klasifikasi penerapan, iaitu kata hikmah dan perumpamaan (al-Hikam wa al-‘Amthal), ilmu pengetahuan (al-‘Ulum wa Ma’rifah), nilai mulia (al-Qiyam al-Nabilah), nilai patriotisme (al-Qiyam al-Wataniah) dan nilai sosiobudaya (al-Nizam al-‘Ijtima’iyyah wa al-Thaqafah). Implikasi kajian menyumbang kepada penemuan baru dalam kajian bahasa bahawa pembelajaran kosa kata turut boleh diterapkan unsur nilai dan akhlak yang mulia dalam pembelajaran bahasa di peringkat sekolah rendah

    Improvement in Sarf (morphology) competency through gamification at Miri national religious secondary school (SMKAMi)

    Get PDF
    Learning through the gamification method can bring the students directly closer to real experience. Students have the opportunity to improve their ability to remember, increase sensitivity to interaction process and possess the capability to objectively analyse a situation. The purpose of this article is to introduce a type of gamification to strengthen Sarf (morphology), in addition to tracking improvement in Sarf competency after implementing the gamification method at Miri National Religious Secondary School (SMKAMi) in the 2017 Malaysian Certificate of Examination (SPM). This research uses a qualitative method and data was taken mainly from the Arabic Morphology Diagnostic Test (UDMA) and through the instrument of interview using WhatsApp application (voice message or voice recording). Two teachers were involved in the interview session: Head of Arabic Language Committee and an Arabic language teacher who teaches Form 5. The data obtained were transcribed in writing and descriptively analysed. Research findings show an improved achievement in Arabic language subject of the 2017 SPM by 1.09 with Average Grade of Subjects (GPMP) of 3.64 compared to 4.73 of the previous year. Research results show that the gamification method can resolve student weakness in Sarf, especially in remembering the verb and noun patterns and their derivatives, besides increasing student engagement, creating fun and fostering a positive attitude through game activity. The implications of this research will open the space for research on gamification designs appropriate for strengthening Nahu and Sarf with a high prospect for their application in the context of Arabic language education

    Sumbangan guru pendidikan islam dalam amalan bimbingan dan kaunseling terhadap pelajar dan rakan guru di sekolah

    Get PDF
    Guru Pendidikan Islam (GPI) memainkan peranan yang penting dalam penglibatan setiap aktiviti yang dirancang oleh pengurusan sekolah. Guru bukan hanya memberikan fokus kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, tetapi perlu bergiat aktif dalam membantu pelajar dan rakan guru. Oleh itu, makalah ini membincangkan sumbangan GPI dalam amalan bimbingan dan kaunseling terhadap pelajar dan guru di sekolah. Kajian dilaksanakan secara tinjauan (survey) dan data dikumpulkan menerusi soal selidik dari 60 orang dari keseluruhan 200 GPI di daerah Petaling Utama Selangor. Kajian menunjukkan GPI memberi lima sumbangan yang paling tinggi kepada pelajar dan guru iaitu dari segi minat, sentiasa berjumpa, turut membantu, bekerjasama dan berbincang dengan pelajar dan guru. Justeru, penglibatan GPI dalam amalan bimbingan kaunseling di sekolah perlu diketengahkan dalam membantu kaunselor dan rakan-rakan guru untuk memudahkan pengurusan sekolah. Akhir sekali, implikasi kajian diperincikan agar GPI juga mampu memberikan sumbangan kepada bidang kaunseling sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada organisasi sekolah dan bukan sematamata mengharapkan peranan dari pihak kaunselor sahaja dalam pembentukan sahsiah pelajar
    corecore