29 research outputs found

    Teachers' perceptions about task-based language teaching: a case study of secondary schools at a district in Pakistan

    Get PDF
    Task-based language teaching is an acceptable method of teaching learning process proposed by Prhabu in 1987 and has been effectively used since then. However, in order to see the applicability of this method in English learning in the Pakistani context, research is needed to know the perceptions of teachers’ teaching at secondary school level in the government schools of District Mardan, Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan. The objectives of this research paper are to explore the general perceptions of the English teachers, the effectiveness of TBLT and their suggestions. In order to achieve the objectives of this study mixed questionnaire was administered to 16 English teachers at secondary schools in the urban area of district Mardan. Data were analyzed using mean, mode, standard deviation and frequency. It was found that TBLT is more effective than a traditional language teaching methodology. The study highly recommended the use of TBLT for English teachers teaching at secondary school in Pakistan students for English language learning skills

    Preserving Native Culture Through Traditional Costumes And Textiles: The Case Of The Rungus Community In Sabah, Malaysia

    Get PDF
    A significant effect of the advent of the post-modern era is the waning interest among indigenous communities in many aspects of their own culture and traditions. The Rungus in Sabah, a sub-ethnic of the Kadazandusun or the Momogun community, is no exception to such phenomenon. For this reason, many, in particular the government and the Rungus of Sabah themselves should undertake efforts to preserve their traditions and ensure the richness and intricacies of the community’s heritage and culture remain relevant, known and promoted. The Rungus culture arguably could be sustained through the promotion of knowledge, awareness and appreciation of its traditional costumes and textiles. The issue however is to ascertain how this approach could be best effected. This qualitative study is aimed at determining how the Rungus culture in Sabah couldbe preserved and promoted through its traditional costumes and textiles. The findings of the study indicate visibility and consistent promotion as key to this preservation effort

    Kekerapan pemilihan dan penggunaan bahasa ibunda etnik India dalam kalangan anak-anak perkahwinan campur etnik India-etnik tempatan Sabah

    Get PDF
    Kertas kerja kajian ini ingin melihat kepada kekerapan pemilihan dan penggunaan bahasa ibunda etnik India dalam kalangan anak-anak perkahwinan campur etnik India-etnik tempatan Sabah. Berpandukan kaedah kualitatif dengan bersandarkan disiplin ilmu sosiolinguistik, kajian ini cuba melihat kekerapan pemilihan dan penggunaan bahasa ibunda etnik India dalam kalangan anak-anak perkahwinan campur etnik India-etnik tempatan Sabah berdasarkan beberapa domain tertentu. Antara domain tersebut ialah domain di rumah, domain di kampung halaman, domain persahabatan dan jiran, domain di sekolah dan tempat kerja, domain di tempat awam dan domain di tempat beribadah. Bukan itu sahaja, melalui domain-domain yang telah ditetapkan, analisis dapatan kajian akan meneliti pemilihan dan penggunaan bahasa etnik India dalam kalangan anak-anak perkahwinan campur etnik Indiaetnik tempatan Sabah dengan dibahagikan kepada tiga kekerapan iaitu kerap, kadang-kadang dan tidak pernah. Penelitian secara mendalam terhadap kekerapan pemilihan dan penggunaaan bahasa ibunda etnik India dalam kalangan anak-anak perkahwinan campur etnik India-etnik tempatan Sabah adalah penting kerana berhubung kait dengan jati diri serta identiti semasa masyarakat India di Sabah

    Kosa kata arkaik dari uyu’ naso anak di Long Pasia: Satu kajian keterancaman bahasa Lundayeh

    Get PDF
    Uyu’ atau lagu mendodoi anak merupakan salah satu jenis tradisi lisan rakyat bagi masyarakat etnik Lundayeh. Isi kandungan uyu’ penuh dengan unsur nasihat, lambang sosiobudaya, nilai kepahlawanan dan falsafah. Namun, uyu’ mula dilupakan khasnya dalam kalangan generasi muda. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menghidupkan semula tradisi lisan dengan membuat penelitian kepada kandunganya. Untuk kajian ini, pengkaji akan memfokuskan kepada kosa kata arkaik golongan kata kerja dari uyu’ naso anak di Long Pasia. Pengkaji telah menggunakan pendekatan dengan kajian kualitatif melalui kaedah kajian lapangan dan temu bual bagi menghasilkan dokumentasi kosa kata arkaik golongan kata kerja dari uyu’ naso anak melalui kajian kepada tiga generasi (datuk nenek, ibu bapa dan kanak-kanak). Seterusnya, data akan dianalisis menggunakan skala keterancaman bahasa UNESCO (2009), edisi yang menetapkan tahap bahaya sedikit berbeza daripada edisi sebelumnya. Terminologi baharu ini adalah berdasarkan rangka kerja Vitality dan Endangerment Bahasa UNESCO yang menetapkan enam darjah daya hidup atau bahaya berdasarkan sembilan faktor. Dapatan kajian mendapati bahawa generasi kanak-kanak kehilangan kosa kata paling tinggi, apabila menyatakan 10 daripada 27 kosa kata kerja adalah arkaik. Hal ini menunjukkan bahawa kanak-kanak sudah tidak menuturkan bahasa warisan di rumah. Seharusnya, uyu’ etnik Lundayeh mesti dipergiatkan kerana mengandungi pelbagai unsur bahasa, selain melambangkan sosiobudaya, falsafah dan nilai masyarakat. Langkah mengaplikasikannya adalah salah satu usaha untuk memperkasa dan melestarikan kosa kata bahasa yang hampir pupus agar terus diwarisi generasi ke generasi

    Perkembangan bahasa Kadazandusun di sekolah menengah (2005 – 2011)

    Get PDF
    Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun(BKD) secara formal di sekolah bermula setelah permohonan yang telah dikemukakan pada tahun 1994 diluluskan oleh Parlimen. Satu memorandum perisytiharan persetujuan ketetapan keseragaman BKD telah ditandatangani oleh dua pertubuhan utama masyarakat Kadazan Dusun iaitu Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) dan United Sabah Dusun Association (USDA) pada 25 Januari 1995. Mata pelajaran BKD telah dimulakan pengajarannya di sekolah rendah pada 17 Februari 1997 dan dilaksanakan sepenuhnya di tahun 4 pada tahun 2003. Pelaksanaan pengajaran BKD di sekolah menengah pula bermula pada tahun 2006 secara percubaan di tingkatan 1 dan dilaksanakan sepenuhnya di peringkat menengah rendah pada tahun 2007. Peperiksaan PMR BKD yang pertama adalah pada tahun 2009 manakala peperiksaan SPM pertama adalah pada tahun 2011. Objektif kajian ini adalah untuk menelusuri kronologi pelaksanaan dan perkembangan pendidikan BKD di sekolah menengah. Juga menjelaskan bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan serta mengenal pasti cabaran yang dihadapi. Kajian ini dilakukan dengan pendekatan kualitatif sejarah berasaskan penyelidikan dokumen di arkib, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) serta kaedah temu bual. Kajian mendapati beberapa bahan sokongan yang digunakan dan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran BKD di sekolah menengah. Kajian ini sangat penting kepada sejarah pendidikan BKD dari segi warisan bahasa dan budaya tempatan yang telah diiktiraf dalam kurikulum pendidikan kebangsaan

    A Historical Overview Of Poverty Eradication Through Agricultural In Sabah, Malaysia

    Get PDF
    This paper presents a comprehensive overview of the rural poverty eradication efforts undertaken by the Sabah state government by way of various agricultural- based solutions. The discussion examines local attitudes, behaviour and acceptance towards the contract farming system as a tool for agricultural commercialisation and the improvement efforts targeted at effecting changes in rural society structures and uplifting the rural standard of living. Sabah’s administrative history, its rural and agricultural sector economic development, and the social structures of rural society are deliberated upon extensively since these elements are found to be intricately interwoven in the incidence of rural poverty and the acceptance or willingness by rural communities to participate in poverty eradication programmes such as contract farming. Based on document reviews, participation in contract farming programmes is found to be static (neither increasing or declining) with the exception of rubber planting and paddy production which showed significant increase

    Environmental challenges and traditional food practices: The indigenous lundayeh of long pasia, sabah, borneo

    Get PDF
    In this paper we focus on the Lundayeh indigenous minority in Long Pasia, Sabah by examining how their traditional food practices help them navigate environmental challenges. Deforestation and logging threaten the very core of the Lundayeh identity because the community’s livelihood as subsistence farmers depends on hunting as well as gathering forest resources. This paper argues that, despite the continuous challenges, Lundayeh food practices, albeit exercised in modified forms, provide an avenue to revisit past traditions in order for the community’s indigeneity and sovereignty to survive and be safeguarded. The findings of this research project suggest that through hunting techniques, foraging, paddy cultivation, agricultural cooperative work, as well as religiously sensitive food adaptation practices, the Lundayeh’s relationship with the land endures, which in turn, secures the community’s indigenous identity

    Kesan pandemik covid19 terhadap kesejahteraan sosial dan lonjatan teknologi di Foh Sang, Kota Kinabalu

    Get PDF
    Wabak Covid-19 telah mewujudkan situasi yang penuh dengan cabaran, ketidakstabilan dan perubahan konsep asal sosioekonomi. Makalah ini membincangkan perubahan budaya dan perniagaan makanan yang terkesan daripada pandemik sedemikian rupa dengan menyelurusi kesejahteraan sosial dan lonjatan teknologi di sekitar Foh Sang ketika pada masa yang sama mereka cuba mematuhi amalan norma baharu yang ditetapkan oleh kerajaan

    Sejarah masyarakat Lundayeh: kajian mengenai asal usul, migrasi dan petempatan di daerah Sipitang, 1945-2000

    Get PDF
    Lundayeh adalah salah satu kumpulan etnik kecil di Sabah dan kurang dikenali dalam bidang akademik dan pengetahuan umum yang disebabkan oleh penduduk mereka telah dimasukkan sebagai kumpulan sub-etnik di bawah klasifikasi 'Murut' secara umum. Dalam perangkaan rasmi, penduduk Lundayeh telah diklasifikasikan sebagai 'Murut Lundayeh' di bawah kategori 'Bumiputra Lain-lain'. Setakat ini terdapat kajian dilakukan oleh Jay Bouton Crain mengenai beberapa aspek antropologi budaya, seperti rumah panjang (1970); perkahwinan dan (1970); organisasi bertani (1963); ritual bertani (1976); sistem bertani padi sawah (1993) dan; permasalahan konstruksi pengetahuan masa lampau dan kini terhadap pengkajian tentang Lundayeh (2000). Sebuah kajian mengenai aspek sosio­budaya masyarakat Lundayeh secara umum berasaskan penelitian perpustakaan telah diterbitkan oleh Bilcher Bala (2007). Kajian Crain pada tahun 1970, ada mengesahkan bahawa terdapat 11 petempatan masyarakat Lundayeh di seluruh Sabah. Kini, di Daerah Sipitang sahaja, jumlah petempatan mereka meningkat kepada 16 buah (daripada 29 buah di seluruh Sabah). Aktiviti penyelidikan mengenai masyarakat Lundayeh di Sabah masih amat kurang dilakukan. Mereka dikatakan amat mundur pada tahun 1970, tetapi kini, mereka merupakan sebuah contoh masyarakat pribumi yang progresif sehingga mencapai kesejahteraan hidup (dalam pendidikan dan pekerjaan berkolar putih) dan juga dinamik menyesuaikan diri dalam hubungan dengan pelbagai kumpulan etnik lain di Sabah. Perkahwinan campur dan migrasi keluar meninggalkan petempatan tradisional (kampung) adalah satu fenomena yang dominan. Masyarakat Lundayeh telah berubah menjadi sebuah masyarakat moden. Sebagai kesannya, warisan budaya tradisi mereka kian pupus. Hal ini menjadi satu cabaran masa depan terhadap identiti mereka. Asal usul dan sejarah budaya tradisional mereka sedang mengalami proses kepupusan akibat pengaruh budaya dominan, pemodenan dan globalisasi. Kini telah timbul kesedaran untuk menghidupkan semula elemen ekstrinsik dalam budaya tradisional mereka semata­mata untuk 'pameran hidup' dalam Pesta Kebudayaan Sabah. Hakikatnya, masyarakat Lundayeh memerlukan usaha penyelidikan yang segera untuk mendokumentasikan warisan mereka sebelum semuanya pupus

    Design and baseline characteristics of the finerenone in reducing cardiovascular mortality and morbidity in diabetic kidney disease trial

    Get PDF
    Background: Among people with diabetes, those with kidney disease have exceptionally high rates of cardiovascular (CV) morbidity and mortality and progression of their underlying kidney disease. Finerenone is a novel, nonsteroidal, selective mineralocorticoid receptor antagonist that has shown to reduce albuminuria in type 2 diabetes (T2D) patients with chronic kidney disease (CKD) while revealing only a low risk of hyperkalemia. However, the effect of finerenone on CV and renal outcomes has not yet been investigated in long-term trials. Patients and Methods: The Finerenone in Reducing CV Mortality and Morbidity in Diabetic Kidney Disease (FIGARO-DKD) trial aims to assess the efficacy and safety of finerenone compared to placebo at reducing clinically important CV and renal outcomes in T2D patients with CKD. FIGARO-DKD is a randomized, double-blind, placebo-controlled, parallel-group, event-driven trial running in 47 countries with an expected duration of approximately 6 years. FIGARO-DKD randomized 7,437 patients with an estimated glomerular filtration rate >= 25 mL/min/1.73 m(2) and albuminuria (urinary albumin-to-creatinine ratio >= 30 to <= 5,000 mg/g). The study has at least 90% power to detect a 20% reduction in the risk of the primary outcome (overall two-sided significance level alpha = 0.05), the composite of time to first occurrence of CV death, nonfatal myocardial infarction, nonfatal stroke, or hospitalization for heart failure. Conclusions: FIGARO-DKD will determine whether an optimally treated cohort of T2D patients with CKD at high risk of CV and renal events will experience cardiorenal benefits with the addition of finerenone to their treatment regimen. Trial Registration: EudraCT number: 2015-000950-39; ClinicalTrials.gov identifier: NCT02545049
    corecore