10 research outputs found

    Pembinaan modul kaedah rawatan refleksologi spiritual islam (RSI) dan penilaian keberkesanannya di pusat rawatan islam manarah

    Get PDF
    Amalan pengubatan Islam mempunyai pelbagai dimensi yang unik. Ada sebahagiannya yang sudah dipelopori dan diamalkan dengan meluas. Ada juga yang masih belum dikaji sepenuhnya dan difahami dengan mendalam. Antara yang dapat dikenalpasti ialah rawatan menggunakan kaedah tepukan dan pukulan secara perlahan atau sederhana kuat yang dikombinasikan dengan bacaan ruqyah, zikrullah, muroqabah, selawat Nabi dan doa pada titik tertentu pada tubuh pesakit. Disebabkan tiada kajian secara mendalam dalam bidang ini, maka pelbagai persoalan timbul khususnya berkaitan dalil penggunaannya dan aplikasinya kepada pesakit. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membina sebuah modul kaedah rawatan yang dikenali sebagai rawatan Refleksologi Spiritual Islam (RSI). Kajian ini merupakan kajian penerokaan (exploratory research) dengan mengaplikasikan pendekatan major-kualitatif dan minor-kuantitatif. Melalui pendekatan kualitatif, kebanyakan data diperolehi melalui kajian perpustakaan dan pemerhatian yang telah dilakukan oleh pengkaji selama 25 tahun terhadap kesan dan respon pesakit yang dirawat. Proses pembinaan modul ini mengaplikasikan model ADDIE (Analysis, Design, Develop, Implement & Evaluate) sebagai kerangka kerja. Melalui model tersebut, modul rawatan RSI melalui fasa Analisis (analysis) dokumen dan diikuti dengan reka bentuk (design) dan pembangunan (develop) draf modul. Draf modul RSI ini dibentang dan diulas oleh 5 orang pakar bidang. Pelaksanaan (implement) modul telah dilakukan terhadap 70 orang responden untuk dinilai (evaluate) keberkesanannya. Pada fasa tersebut, proses pengumpulan data menggunakan kaedah kuantitatif digunakan iaitu dengan mengadakan pemerhatian terhadap perbezaan sebelum dan selepas rawatan terhadap 70 responden yang mendapatkan rawatan bermula 1 Januari 2019 sehingga 31 Mac 2019 di Pusat Rawatan Islam Manarah, Kuang, Selangor. Dapatan kajian ini adalah: (i) kaedah rawatan Refleksologi Spiritual Islam (RSI) mempunyai asas dalam Al-Quran dan sunnah; (ii) Modul kaedah rawatan RSI yang lengkap dan komprehensif telah dibangunkan; (iii) maklumbalas dari responden yang mendapatkan rawatan menggunakan kaedah RSI menunjukkan kesan yang positif. Hasil kajian ini menjadi asas untuk mengetengahkan rawatan Refleksologi Spiritual Islam sebagai salah satu cabang dari cabang-cabang amalan pengubatan Islam untuk membantu manusia menikmati kehidupan yang sihat dan sejahtera

    Bergembira dan bersukaria di Hari Raya menurut islam

    No full text

    Pawang selalu dakwa ilmunya paling tinggi

    No full text

    Modul 2: Rawatan Spiritual Islam

    Get PDF
    Model di atas terbahagi kepada dua bahagian iaitu model untuk melahirkan perawat Spiritual Islam dan model untuk melaksanakan aktiviti saringan dan Rawatan Spiritual Islam (RSI). Kedua-dua model ini saling berkaitan dan amat penting dilaksanakan kedua-duanya sekali supaya pelatih dapat mengikuti Rawatan Spiritual Islam oleh perawat yang berkemahiran dan disahkan kemahirannya mengikut akidah, syariah dan tasawuf Islam

    Pembangunan Instrumen Pengukuran Pematuhan Syariah Bagi Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari

    Get PDF
    Bidang Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) semakin berkembang dan mendapat sambutan dari masyarakat di Malaysia. Sebahagian dari pengamal PT&K ini menggunakan jenama perubatan dan pengubatan Islam sebagai modal untuk menarik kepercayaan pesakit. Fenomena ini mencetuskan isu sama ada pengamal tersebut benar-benar menggunakan kaedah yang dibenarkan Syara’ atau tidak. Tujuan utama kajian ini adalah untuk membina satu instrumen pengukuran patuh syariah bertujuan mengukur dan menilai tahap pematuhan syariah dalam kalangan pengamal PT&K khususnya pengamal pengubatan Islam. Pembangunan instrumen ini berasaskan model ADDIE (Analysis, Design, Development, Implementation & Evaluation) sebagai kerangka gerak kerja. Sebanyak 8 domain telah dikenal pasti iaitu bacaan ruqyah, amalan perawat, kaedah rawatan, kaedah mengesan penyakit, bahan rawatan, tingkah laku dan etika perawat, latar belakang pendidikan perawat dan pengalaman perawat dengan indikator masing-masing. Kajian ini turut menetapkan tahap ujian dan kaedah pengiraan skor. Instrumen ini menjalani proses validasi bersama 6 orang pakar dalam bidang pengubatan Islam sebelum diuji pakai ke atas 16 responden yang merupakan pengamal pengubatan Islam yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia

    Human sacrifice in witchcraft ritual: a need for the anti witchcraft law

    Get PDF
    Witchcraft or black magic is among the ancient mystical ritual in the world. It involves the engagement of jinn and demons with specific purposes. Based on literature, there were cases of human sacrifice in witchcraft ritual. This study specifically seeks to explore the rituals of demonic worship and human sacrifice in witchcraft. This study applies library research particularly by analyzing history and legal background of the issue. In some court cases, it was proven that these practices of detestable witchcraft require certain organs of a human body, especially of a child, to be one of the devil's objects of worship. This study will also discuss illustration (a) of the section 364 of the Penal Code which specifically mentioned about crime of kidnapping or abducting any person to be murdered and presented to idolatry. The results of this study justify a proactive action need to be taken by the authorities specifically by enacting the law to fight against witchcraft

    Menzahirkan Sisi Ghaib Perbuatan Jenayah (فعل جنائي) Dan Niat Jenayah (قصد جنائي) Dalam Kesalahan Membunuh Menggunakan Sihir: Satu Analisa Dengan Merujuk Seksyen 152 Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah Brunei Darussalam

    Get PDF
    Antara cabaran paling besar dalam usaha untuk membanteras jenayah sihir ialah kesulitan untuk menentukan kewujudan perbuatan jenayah dan niat jenayah pengamal sihir. Perbuatan pengamal sihir bukan sahaja tidak kelihatan pada pandangan kasar, bahkan kaitannya dengan kesan yang terhasil terhadap mangsa juga sukar untuk ditunjukkan. Kertas kerja ini bertujuan menghuraikan kaedah-kaedah praktikal untuk menzahirkan aspek metafizik amalan sihir melalui penganalisaan bahan-bahan dan kaedah-kaedah penyihiran yang digunakan. Konsep ‘kesan yang terhasil dari suatu perbuatan’ akan turut diketengahkan bagi membantu kita untuk mengenalpasti kaitan antara perbuatan jenayah dan niat jenayah pengamal sihir. Pendekatan ini mampu membuka dimensi baru kepada sistem perundangan berhubung pelaksanaan seksyen 152 Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah Negara Brunei

    Subconscious Mind: A Perspective from Aqidah, Sharica, and Tasawwuf

    Get PDF
    Subconcious mind has become a phenomenon in the society especially for those who are keen to make self-changes as well as to those surrounding them. For parents who are dealing with challenging children, or teachers who have to tackle indifferent students, or employers who face problematic employees, such approach is said to be effective in educating a child or a student or an employee to obey the intended instructions. In fact, this approach has been explicitly applied in business today. Various testimonies from those who have undergone the said training are shared to show dramatic increase to the sales when they successfully learnt the way to control the subconscious mind of the customers. The technique is claimed to be effective and it is made a testimonial to attract more individuals to learn this method

    Menjustifikasikan ilmu dan amalah sihir sebagai satu jenayah berdasarkan peruntukan dalam Kanun Keseksaan

    Get PDF
    Sejarah membuktikan bahawa ilmu sihir boleh digunakan untuk melakukan perbuatan jenayah dan ianya terus menimbulkan ancaman terhadap keamanan dalam kehidupan masyarakat semenjak dahulu hingga ke hari ini. Kesukaran untuk menemukan titik persamaan antara perlakuan jenayah dalam ilmu sihir dengan perlakuan jenayah secara fizikal menyebabkan kezaliman ini dibiarkan tanpa apa-apa sekatan. Jika dilihat dari segi zahir, undang-undang jenayah di Malaysia khususnya Kanun Keseksaan tidak mempunyai peruntukan yang khusus tentang jenayah ini. Ironinya, penelitian terhadap peruntukan-peruntukan dalam Kanun Keseksaan boleh membuktikan bahawa terdapat persamaan antara jenayah sihir dan jenayah biasa terutama dari segi kesan dan matlamat yang hendak dicapai. Dalam sesetengah keadaan, jenayah sihir mempunyai kesan yang lebih kejam dan melampaui peruntukan yang terdapat dalam Kanun Keseksaan. Artkel ini bertujuan menjustifikasikan fakta bahawa ilmu dan amalan sihir merupakan satu jenayah yang perlu dibanteras melalui mekanisma perundangan. Melalui perbandingan dengan peruntukan-peruntukan dalam Kanun Keseksaan, maka kajian ini diharap dapat menjadi titik permulaan dalam usaha membela individu-individu yang menjadi mangsa kepada jenayah yang dilakukan secara halus in
    corecore