Menzahirkan Sisi Ghaib Perbuatan Jenayah (فعل جنائي) Dan Niat Jenayah (قصد جنائي) Dalam Kesalahan Membunuh Menggunakan Sihir: Satu Analisa Dengan Merujuk Seksyen 152 Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah Brunei Darussalam

Abstract

Antara cabaran paling besar dalam usaha untuk membanteras jenayah sihir ialah kesulitan untuk menentukan kewujudan perbuatan jenayah dan niat jenayah pengamal sihir. Perbuatan pengamal sihir bukan sahaja tidak kelihatan pada pandangan kasar, bahkan kaitannya dengan kesan yang terhasil terhadap mangsa juga sukar untuk ditunjukkan. Kertas kerja ini bertujuan menghuraikan kaedah-kaedah praktikal untuk menzahirkan aspek metafizik amalan sihir melalui penganalisaan bahan-bahan dan kaedah-kaedah penyihiran yang digunakan. Konsep ‘kesan yang terhasil dari suatu perbuatan’ akan turut diketengahkan bagi membantu kita untuk mengenalpasti kaitan antara perbuatan jenayah dan niat jenayah pengamal sihir. Pendekatan ini mampu membuka dimensi baru kepada sistem perundangan berhubung pelaksanaan seksyen 152 Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah Negara Brunei

    Similar works