123 research outputs found

    Pola ruang keliaran pelancongan kembara di Kota Kinabalu, Sabah

    Get PDF
    Kota Kinabalu merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di negeri Sabah. Bandaraya ini turut menjadi destinasi permulaan bagi kebanyakan ruang keliaran pelancongan di negeri ini. Oleh itu, kajian ini adalah berkaitan pola ruang keliaran pelancongan kembara di Kota Kinabalu. Terdapat tiga objektif yang ditetapkan dalam kajian ini iaitu (i) mengenal pasti perancangan perjalanan kembara responden, (ii) meneliti pola ruang keliaran pelancongan kembara di Kota Kinabalu dan (iii) meneliti pola ruang keliaran pelancongan kembara di luar Kota Kinabalu. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah pendekatan tinjauan dengan mengaplikasikan kaedah kuantitatif sebagai kaedah penyelidikan. Seramai 228 orang responden yang merupakan pelancong kembara di Kota Kinabalu telah menjawab soal selidik dalam kajian ini. Analisis data yang digunakan adalah dengan menggunakan perisian GIS. Dapatan kajian mendapati bahawa ruang keliaran pelancong kembara di Kota Kinabalu adalah terhad dan banyak dipengaruhi oleh destinasi popular yang dikunjungi oleh pelancong massa yang datang ke daerah ini. Secara ringkasnya, pelancongan kembara mempunyai potensi yang tinggi untuk berkembang dan menjadi salah satu jenis pelancongan yang menjadi identiti bagi sektor pelancongan di Kota Kinabalu. Oleh itu, kerajaan dan pihak berkaitan haruslah meningkatkan usaha untuk mempromosikan pelancongan kembara di Kota Kinabalu ke peringkat antarabangsa

    Ciri dan pengaruh stereotaip feminin terhadap pengurusan dalam kalangan penjawat awam

    Get PDF
    Artikel ini meneliti tentang ciri dan pengaruh stereotaip feminin terhadap pengurusan dalam kalangan penjawat awam wanita di Pejabat Pendidikan Daerah Keningau, Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sebagai kaedah utama kajian dengan melibatkan temu bual semi-berstuktur, penyelidikan perpustakaan dan kajian kes. Seramai lima orang responden telah dipilih untuk mengenal pasti ciri dan pengaruh stereotaip feminin terhadap pengurusan. Hasil kajian menunjukkan wujudnya ciri stereotaip feminin dalam kalangan penjawat awam wanita di Pejabat Pendidikan Daerah Keningau, Sabah dan pengaruhnya terhadap pengurusan iaitu kerja dan kehidupan. Oleh itu, beberapa cadangan yang bersesuaian seperti memberi latihan dan pembangunan untuk mengatasi kelemahan, meningkatkan kemahiran dalam pengurusan dan kehidupan, memberi bimbingan dan kaunseling perlu dilakukan sebagai langkah untuk mengatasi masalah berkaitan dengan pengurusan dan kehidupan bagi mengubah sterotaip gender oleh masyarakat di Sabah, khususnya dan di Malaysia amnya

    Impak pelancongan gunung terhadap komuniti gunung di Malaysia: satu tinjauan literatur

    Get PDF
    Sejak kebelakangan ini, pembangunan pelancongan di kawasan pergunungan berkembang dengan pesat di seluruh dunia termasuk negara Malaysia. Malaysia berpotensi besar untuk membangunkan pelancongan gunung di peringkat antarabangsa kerana mempunyai bentuk muka bumi bergunung-ganang yang unik di kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Pelbagai aktiviti dan produk pelancongan ditawarkan bagi memenuhi kepelbagaian minat dan permintaan pelancong di kawasan pergunungan. Pembangunan pelancongan di kawasan pergunungan juga diiktiraf sebagai salah satu strategi paling efisien dalam usaha meningkatkan taraf hidup komuniti di kawasan pedalaman dan terpencil. Pembangunan pelancongan gunung sangat penting kerana kebanyakan komuniti gunung dikenal pasti sebagai golongan masyarakat yang miskin dan paling terpinggir di dunia. Oleh itu, pelancongan gunung tentulah memberi impak yang besar kepada komuniti gunung kerana kawasan pergunungan adalah sangat sensitif kepada sebarang bentuk gangguan. Impak terhadap komuniti gunung terbahagi kepada dua perspektif iaitu positif dan negatif bergantung pada hasil dan manfaat yang diperoleh mereka. Ringkasnya, tujuan penulisan tinjauan literatur ini adalah untuk mengenal pasti impak pelancongan gunung ke atas ekonomi, sosial dan budaya komuniti yang tinggal di kawasan pergunungan di Malaysia. Artikel ini turut membincangkan tentang takrifan pelancongan gunung dan komuniti gunung. Selain itu, pola dan lokasi pelancongan gunung di Malaysia juga dibincangkan secara ringkas. Perbincangan ini penting kerana dalam konteks pelancongan di Malaysia, istilah pelancongan gunung masih terlalu asing digunakan oleh penyelidik tempatan. Penulisan tinjauan literatur ini menggunakan kaedah meninjau bahan literatur secara sistematik. Tinjauan literatur ini diharap dapat meningkatkan lagi pemahaman tentang ruang lingkup pelancongan gunung di Malaysia

    Kesesuaian Langkah Memperkasakan Domain Bandar Berdaya Huni di Zon Black Spot Jenayah di Sabah

    Get PDF
    Persoalan pangkal terhadap penyelesaian konflik ruangan perlu dilaksanakan segera antaranya untuk mewujudkan sebuah ruangan bandar yang berdaya huni untuk komuniti. Bagi mencapai matlamat keruangan tersebut, penekanan perlu diambil perhatian terhadap aspek keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan ruangan fizikal. Justeru, dalam menyediakan ruangan fizikal seimbang, penelitian pemerkasaan berfokuskan kepada tiga domain bandar berdaya huni perlu dilakukan iaitu domain perumahan, domain ruang awam dan bangunan dan domain pengangkutan dan jalan raya. Makalah ini menjelaskan kesesuaian langkah memperkasakan domain bandar berdaya huni di zon black spot jenayah di Sabah merangkumi lima belas (15) zon black spot jenayah di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. Soal selidik diedarkan kepada 1,152 responden dan data dianalisis melalui SPSS menggunakan kaedah skor min. Penemuan mendapati langkah sesuai yang menjadi pilihan dominan responden bagi domain perumahan adalah melaksanakan aktiviti rondaan dan kawalan keselamatan tidak kira siang atau malam di kawasan perumahan (4.59). Manakala, domain ruang awam dan bangunan pula dengan memastikan pengurusan sisa pepejal adalah sistematik dengan nilai skor min (4.57). Sementara itu, domain pengangkutan dan jalan raya menekankan kekerapan menyelenggarakan jalan raya untuk kegunaan komuniti (4.62). Walau bagaimanapun, hasil analisis mengikut zon adalah berbeza mengikut ruangan dan lokasi. Oleh itu, adalah perlu pihak berwajib mengambil kira dan meneliti maklum balas komuniti dalam ruangan dalam memastikan usaha memperkasakan ruangan bandar berjalan baik

    Landslides disaster in Malaysia: an overview

    Get PDF
    Landslide is the movement of mass of rock, debris or earth (soil) down a slope under the influence of gravity. Although Malaysia is not a precipitous country (mountains and hills are less than 25% of the terrain), slope failures/landslides are a frequently happened. From 1993-2011, around 28 major landslides were reported in Malaysia with a total loss of more than 100 lives. Moreover, from 1973-2007, the total economic loss due to landslides in Malaysia was estimated about US $1 billion. Collapsed of the 14-storey block A of the Highland Tower in Ulu Klang, Selangor was the most tragic landslide in Malaysia with 48 deaths.The main factor that caused slopes failure/landslides at numbers site in hillside development in Malaysia are rainfall, storm water activities and poor slope management. Another cause of landslides can be due to the abuse prescriptive methods, inadequate study of past failures, design errors including insufficient site specific ground investigation. Besides, the development of highland or hilly terrain has increased developed and many hills project are in the pipe line. All this factors together contribute to landslide disaster in this country. An impact of landslides in Malaysia has given rise to some environmental and socioeconomic issues such as loss of lives, damaged of properties and infrastructures, psychological pressures among the victims, disputes on land boundaries and also land degradation. Therefore, planning, design, construction and maintenance are very critical to achieve a safe and cost-effective hill-site development

    Faktor penentu penglibatan komuniti dalam pembangunan chalet di pinggir pantai daerah Marang, Terengganu

    Get PDF
    Zon pinggir pantai dan pulau peranginan merupakan salah satu tumpuan utama industri pelancongan terutamanya dalam sektor kemudahan penginapan seperti resort pantai, chalet dan homestay. Pembangunan chalet atau resort pelancongan seiring dengan peredaran masa, bilangan resort ini bertambah apabila berlakunya permintaan percutian yang tinggi daripada pelancong. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor penentu penglibatan komuniti dalam perusahaan chalet di pinggir pantai daerah Marang. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan iaitu kaedah temu bual terhadap peungusaha chalet yang merupakan komuniti tempatan. Selain itu, kaedah pemerhatian terhadap lokasi juga dilakukan dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati setiap pengusaha chalet mempunyai faktor penentu yang tersendiri dalam melibatkan diri dalam perusahaan chalet di Marang. Faktor yang paling dominan adalah warisan keluarga. Pembangunan chalet pinggir pantai ini memberikan impak dan membawa perubahan terhadap sosioekonomi serta taraf hidup komuniti tempatan. Dengan itu, penglibatan komuniti yang aktif dan dinamik bukan sahaja sebagai pengusaha malah mereka turut berperanan dalam menggalakkan penglibatan penduduk lain untuk turut serta memajukan pembangunan chalet pinggir pantai di daerah ini

    The impact of covid-19 pandemic on micro & small scale tourism entrepreneurs: A literature review

    Get PDF
    The tourism sector is the single largest contributor to the total Gross Domestic Product (GDP) in Malaysia. Small and Medium Enterprises (SMEs) are divided into three levels: micro, small and medium-sized - enterprises, in a programme initiated by the government to reduce poverty and cut the income gap between rural and urban residents. The involvement of SMEs in the tourism industry has contributed to the development of a competitive advantage for the tourism industry in Malaysia. SMEs are an important component of the Malaysian economy, accounting for more than a third of the total GDP and providing employment to more than seven million people. However, when the World Health Organization (WHO) declared the COVID-19 outbreak as a worldwide pandemic, it has radically changed the direction of the tourism sector in Malaysia, especially among the micro and small scale enterprises (SMEs). In an effort to slow the spread of the virus, numerous countries introduced and mandated the use of Standard Operating Procedures (SOPs) including hand washing and sanitisation, social distancing and social isolation. Furthermore, the government has introduced several policies, improved public health systems and closed borders. These developments have restricted and even banned international travel and domestic travel, resulting in severe negative effects on the tourism sector. This unforeseen shock, to the tourism and other sectors, has dragged on for more than 12 months. It has severely curtailed the growth of micro and small scale enterprises (SMEs), leaving many such enterprises on the brink of closure. This study examines the literature and critically reviews the extent to which the COVID-19 pandemic has impacted SMEs. The methodology of this study uses the method of highlighting literature material systematically. A conceptual research method using secondary data was used in this study

    Pelancongan gunung di Malaysia: Konsep dan isu pembangunan

    Get PDF
    Pelancongan merupakan salah satu industri yang besar, pantas berkembang dan menyediakan peluang pekerjaan yang banyak di serata dunia. Kini, banyak negara telah memajukan industri pelancongan sebagai sektor utama penjana pendapatan negara. Di Malaysia, industri pelancongan muncul pada akhir tahun 1960. Kerajaan Malaysia telah membangunkan industri pelancongan untuk memenuhi beberapa objektif seperti meningkatkan pendapatan dalam pertukaran mata wang asing, meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat, menggalakkan pembangunan kawasan, mempelbagaikan ekonomi dan meningkatkan hasil kerajaan. Sehingga kini, sektor ini terus menjadi sumber utama tukaran mata wang asing negara. Pelancongan gunung ialah semua aktiviti pelancongan di kawasan pergunungan. Bentuk muka bumi tanah tinggi di kawasan pedalaman Malaysia menjadi faktor utama pembangunan pelancongan gunung negara. Aktiviti pelancongan gunung dapat meningkatkan status ekonomi dan sosial penduduk melalui penyediaan peluang pekerjaan dan pendapatan dalam sektor perkhidmatan, pengukuhan tradisi dan budaya pribumi serta menyediakan aktiviti rekreasi sepanjang tahun. Dalam konteks pelancongan gunung di Malaysia, isu pembangunan kawasan tanah tinggi sebagai kawasan pelancongan telah banyak dikaji. Walau bagaimanapun, istilah pelancongan gunung masih terlalu asing digunakan oleh mana-mana penyelidik tempatan. Sorotan konsep dan teoritikal ini diharap menjadi asas dan rujukan berguna untuk pengkajian lanjutan tentang pelbagai isu berkaitan pelancongan gunung di Malaysia

    Memperkasakan usahawan van dalam pengangkutan awam luar bandar di Hulu Terengganu

    Get PDF
    Di kawasan luar bandar, pengangkutan awam merupakan keperluan penting kepada penduduk khususnya kepada golongan yang tidak mempunyai pengangkutan persendirian. Namun begitu, setelah hampir 60 tahun kemerdekaan, perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan luar bandar masih kurang memuaskan. Pihak berwajib pula seolah-olah lepas tangan kepada pengusaha individu untuk menjalankan perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan ini. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan cadangan bagi memperkasakan lagi usahawan van sebagai perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan luar bandar. Kajian dilakukan di Hulu Terengganu iaitu salah sebuah daerah di Negeri Terengganu. Seramai 146 orang responden yang terdiri daripada pengguna di kawasan luar bandar di Hulu Terengganu terlibat dalam penyelidikan ini. Persepsi pengguna berkaitan dengan kualiti pengangkutan van yang beroperasi di kawasan ini dinilai berdasarkan operasi perkhidmatan, kecekapan, pemanduan, ketersampaian, keselesaan, keboleharapan, keselamatan, kos dan kemudahan di terminal. Melalui hasil kajian beberapa cadangan dikemukakan untuk memperkasakan perkhidmatan pengangkutan van di kawasan kajian

    Had-had perubahan boleh diterima dalam pelancongan: Satu tinjauan teori dan konseptual

    Get PDF
    Had perubahan boleh diterima (Limits of acceptable change - LAC) dalam pelancongan adalah satu metod dalam menentukan tahap perubahan yang mampu ditampung di sesebuah destinasi pelancongan. Pada Januari 1985, LAC diterbitkan oleh Forest Service dan dilaksanakan buat kali pertama pada 1 April 1987 terhadap kompleks hutan belantara Bob Marshall. Pada mulanya, konsep ini direka untuk diaplikasikan dalam sistem hutan belantara Amerika Syarikat bagi pengurusan yang lebih baik berikutan peningkatan permintaan serta kesan daripada pendaki dan backpacker. Proses ini menilai kesan yang berlaku semasa aktiviti, mengukur perubahan yang akan diterima, memantau apa yang berlaku secara sistematik dan teratur dan menentukan tindakan yang sesuai dan dipersetujui oleh beberapa pihak berkepentingan selepas perbincangan. LAC berbeza dengan kapasiti daya tampung (caryying capacity) kerana konsep kapasiti daya tampung itu sendiri hanya memfokuskan kepada perspektif biofizikal manakala LAC lebih menggalakkan perbincangan, menimbulkan pendapat dan cadangan daripada orang awam dan pihak pengurusan. Ia dianggap sistem yang terbaik dalam menyelesaikan sesuatu isu di lokasi pelancongan. Justeru, artikel ini akan meneliti konsep dan langkah-langkah dalam menyelesaikan isu berdasarkan sistem LAC ini
    corecore