3 research outputs found
Kemurungan dan Keamatan Sokongan Sosial dengan Kepuasan Hidup dalam kalangan Pelajar Universiti di Malaysia
Kajian ini bertujuan untuk menentukan perkaitan antara kemurungan dan keamatan sokongan sosial (keluarga, kawan, orang yang penting) dengan kepuasan hidup dalam kalangan pelajar universiti awam di Selangor, Malaysia. Terdapat 368 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini yang telah dipilih melalui teknik persampelan rawak mudah. Tiga alat pengukuran telah digunakan iaitu Beck Depression Inventory oleh Beck et al. (1961) untuk mengukur kemurungan, Multidimensional Scale of Perceived Social Support oleh Zimet et al. (1988) mengukur keamatan sokongan sosial (keluarga, kawan, orang yang penting) dan kepuasan hidup diukur dengan Satisfaction With Life Scale yang dibangunkan oleh Diener et al. (1985). Hasil kajian menunjukkan bahawa kemurungan mempunyai perkaitan signifikan negatif dengan kepuasan hidup (r = -0.598, p=0.000). Selain itu, ketiga-tiga jenis keamatan sokongan sosial iaitu sokongan keluarga, sokongan kawan dan sokongan orang yang penting mempunyai perkaitan signifikan dengan kepuasan hidup (r = 0.534, p = 0.000), (r = 0.399, p = 0.000) dan (r= 0.421, p = 0.000) masing- masing. Tambahan lagi, hasil kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan signifikan antara faktor jantina dengan kepuasan hidup. Kesimpulannya, hasil kajian ini menjelaskan bahawa pentingnya hubungan sosial antara keluarga dan orang sekeliling supaya tidak cenderung ke arah kemurungan seterusnya meningkatkan kepuasan hidup
Perkaitan Antara Sokongan Sosial Keluarga dengan Kemurungan dalam kalangan Anggota Polis Jabatan Siasatan Jenayah, Selangor
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perkaitan antara sokongan sosial keluarga dengan kemurungan dalam kalangan anggota Polis Jabatan Siasatan Jenayah di Selangor. Kajian ini melibatkan 336 anggota polis yang telah dipilih secara rawak sebagai responden dalam kajian ini. Borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden telah digunakan untuk mengumpul data kajian. Skala The Depression Anxiety Stress Scale (DASS-21) oleh Lovibond, &, Lovibond (1995) telah digunakan untuk mengukur tahap kemurungan. Sokongan sosial keluarga (emosi dan instrumental) pula telah diukur dengan menggunakan Family Support Inventory for Workers oleh King, Mattimore, King dan Adams (1995). Hasil kajian menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan antara sokongan emosi (r = 0.296**, p ≤ 0.05) dan sokongan instrumental (r = 0.343**, p ≤ 0.05) dengan kemurungan responden. Kajian ini juga mendapati sokongan instrumental (β = 0.363) merupakan faktor peramal yang paling mempengaruhi kemurungan responden. Sehubungan itu, sebarang program intervensi berkaitan kemurungan dalam kalangan anggota polis haruslah memberi penekanan kepada aspek sokongan sosial keluarga kerana kajian ini telah membuktikan bahawa sokongan sosial keluarga adalah peramal kepada kemurungan
Relationship Between Financial Well-Being, Self-Esteem and Readiness for Marriage Among Final Year Students in Universiti Putra Malaysia (UPM)
The main purpose of this study was to determine the relationship between financial well-being, self-esteem, and readiness for marriage among final year students in University Putra Malaysia. There were a total of 148 final year students participated in this study where they were choosen by purposive sampling. The data were collected through a set of self-administered questionnaire. Incharge Financial Distress/Financial Well-Being was used to determine financial well-being. Rosernberg Self-Esteem Scale was used to measure self-esteem. Criteria for Marriage Readiness Questionnaire was used to measure readiness for marriage. The finding demonstrated that financial well-being and readiness for marriage was negatively correlated (r = -.187, p = .023) while gender, parents‟ marital status, and self-esteem did not have any correlation with readiness for marriage. Findings of this study suggest that strong financial well-being is important for someone is ready to get married. It is recommended for future research to take account of the other predictive factors for readiness for marriage among emerging adulthoods. Furthermore, future research could be expanded in various universities in Malaysia with increased sample size in order to provide greater generalization and yield a more reliable data