7 research outputs found

    Upaya Penanganan Lembaga Alternatif Penyelesaian Sengketa Terhadap Otoritas Jasa Keuangan, Pitriya Nur Habibah dan Devi Siti Hamzah Marpaung

    Get PDF
    The Financial Services Authority (OJK) is an independent institution that is free from interference from other parties or institutions. This institution has the functions, duties, and authorities of regulation, supervision, examination, and investigation. OJK was established under Law No. 21 of 2011 with the function of implementing an integrated regulatory and supervisory system for the entire financial services sector. The establishment of OJK with the need to restructure the institutions that carry out regulatory and supervisory functions in the financial services sector. The supervisory system carried out by the OJK is an integrated supervision system, meaning that all financial service activities carried out by various financial institutions are subject to the OJK regulatory and supervisory system. Alternative Dispute Resolution Institutions (LAPS) in the Financial Services Sector number 1/POJK.07/2014 which regulates Alternative Dispute Resolution Institutions in the Financial Services Sector. Dispute resolution must be carried out at the LJK in the OJK Regulation concerning Consumer Protection in the Financial Services Sector, which stipulates that each LJK must have a work unit and/or function as well as a service mechanism and settlement of complaints for consumers. If the dispute resolution at the LJK does not reach an agreement, the consumer can settle the dispute out of court or through the court. Out of court dispute resolution is carried out through the Alternative Dispute Resolution Institution (LAPS).&nbsp

    Respon penduduk terhadap penganjuran acara : analisis pelancongan acara melalui media sosial Perbadanan Putrajaya

    Get PDF
    Pelancongan acara menjadi sub pelancongan yang popular masa kini dan memberi pulangan modal yang besar dalam meningkatkan ekonomi sesebuah destinasi. Kajian ini bertujuan untuk menilai respon penduduk setempat terhadap penganjuran acara di Pusat Pentadbiran Putrajaya. Satu analisis kandungan terhadap respon penduduk selepas penganjuran acara di dalam laman sosial (Facebook) Perbadanan Putrajaya telah diilakukan. Hasil kajian mendapati penduduk setempat memberikan respon yang negatif terhadap acara-acara yang di anjurkan di Putrajaya, Hanya segelintir sahaja daripada mereka yang memberikan respon positif. Justeru, pihak Perbadanan Putrajaya perlu meningkatkan promosi pelancongan acara yang dapat menarik minat dan penyertaan para penduduk pada masa akan datang

    A Study On Gasoline Engine Fuel Octane Numbers Using Accelerometer Analyzing And Statistical Measurement

    Get PDF
    Octane numbers are considered as one of the most important things element in fuel to ensure the performance of the engine. Octane numbers are also can be the cause of failure to the engine. This study is present about the performance of the engine that relates to the octane numbers and compression ratio. The experimental procedure was performed by using three specimen fuels within the specific range of speed at the engine. Data acquisition involved the vibration signal recorded by the accelerometer sensor. The vibration signal that produced by dynamic response of combustion engine has been analyzed using Fast Fourier Transform (FFT). All the data recorded are filtered using the MATLAB to get the valid data. The data obtained from the experiment were analyzed using statistical analysis method to make the interpretation of the data obtained. Mean absolute percentage error and root mean square error has been showing the suitable fuel for the engine N43B20. Correlation process has been proved that it can be used as a standard for determining the suitable fuel for the engine through statistical analysis which is non-destructive, low cost and efficient method

    Pusat pentadbiran Putrajaya sebagai destinasi pelancongan : satu analisis SWOT produk pelancongan

    Get PDF
    Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk menjadi salah sebuah destinasi pelancongan. Kepelbagaian produk pelancongan sedia ada telah menjadi tulang belakang kepada kejayaan Putrajaya dalam peta pelancongan domestik dan antarabangsa. Kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana Putrajaya mengekalkan aliran kedatangan pelancong yang berterusan melalui tarikan produk pelancongannya. Analisis SWOT terhadap produk pelancongan iaitu Sukan dan Rekreasi, Mesyuarat, Insentif, Persidangan, Pameran (MICE), Persekitaran Semula jadi, Persekitaran Bangunan Buatan Manusia, Kebudayaan dan Warisan, Makanan dan Pusat Membeli-belah serta Perubatan dan Kesihatan telah dilakukan untuk mengenal pasti aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang dihadapi oleh Putrajaya sebagai destinasi pelancongan. Hasil kajian mendapati produk pelancongan Putrajaya mempunyai keunikannya yang tersendiri dalam menarik kedatangan pelancong iaitu dari segi reka bentuk bangunan dan jambatan, keindahan landskap taman dan tasik serta memberi kesan yang memuaskan kepada pelancong. Walau bagaimanapun terdapat juga ancaman dan kelemahan yang perlu diatasi kerana terlalu banyak produk pelancongan diperkenalkan sehingga menyebabkan Putrajaya tidak mempunyai satu produk utama yang khusus untuk memperkenalkan Putrajaya secara keseluruhan atau mutlak

    Impak pelancongan terhadap kualiti hidup bandar: perspektif penduduk Putrajaya

    Get PDF
    Pelancongan memainkan peranan penting dalam menentukan tahap kualiti hidup atau kesejahteraan penduduk di sesebuah bandar. Kajian menunjukkan bahawa pelancongan boleh diterima secara positif oleh penduduk apabila mereka mendapat faedah daripada aktiviti pelancongan yang dijalankan. Artikel ini bertujuan menilai persepsi penduduk di Putrajaya terhadap pembangunan pelancongan sama ada mereka telah mendapat manfaat atau sebaliknya, dan seterusnya mempengaruhi tahap kualiti hidup mereka. Satu kajian dijalankan ke atas 200 responden penduduk yang menetap di Putrajaya. Lima petunjuk kualiti hidup telah digunakan dalam mengenal pasti tahap kesejahteraan penduduk - kebendaan/ekonomi, emosi, sosial dan budaya, komuniti dan alam sekitar, kesihatan dan keselamatan. Kajian ini mendapati bahawa kesejahteraan emosi memperoleh purata min tertinggi iaitu 3.62 dan antara faktor tersebut ialah penerimaan kedatangan pelancong tanpa menjejaskan keselesaan dan kebahagiaan penduduk tempatan. Sementara itu, kesejahteraan kebendaan/ekonomi memperoleh purata min sebanyak 2.67, bermakna pelancongan hanya memberikan impak minimum daripada segi kesejahteraan penduduk. Ini kerana, majoriti penduduk merasakan bahawa mereka tidak terlibat secara aktif dalam perniagaan dan aktiviti pelancongan keusahawanan. Kesimpulannya, kajian ini telah membuktikan pelancongan sememangnya mempengaruhi kualiti hidup penduduk yang tinggal di Putrajaya. Dengan usaha yang lebih bersepadu dan inklusif, Putrajaya akan menjadi salah satu contoh untuk mempromosi penyertaan penduduk bandar dalam aktiviti pelancongan

    Pemerkasaan asset semula jadi untuk kelestarian pelancongan di Negeri Pahang

    Get PDF
    Aset semula jadi sama ada berasaskan alam sekitar ataupun budaya sudah menjadi sebahagian daripada prasyarat dalam memajukan sektor pelancongan. Apabila ia menjadi motif utama kunjungan pelancong ke sesebuah destinasi, ini menunjukkan faktor tersebut berterusan menjadi penting dalam pelancongan, terutama bagi negeri-negeri yang kaya dengan tarikan dan sumber semula jadi. Dalam konteks ini, negeri Pahang merupakan salah sebuah negeri yang mempunyai kepelbagaian aset semula jadi yang mampu menjadi tarikan pelancongan.Persoalannya, bagaimanakah memperkasakan aset semula jadi yang pada umumnya ‘kaku’ dan ‘keras’ kepada suatu perwatakan yang ‘lembut’ dan ‘bermakna’, yang berupaya menjanakan pengalaman, penceritaan dan keunikan kepada pelancong. Selain itu, ia masih belum difahami secara mendalam, terutama oleh pihak-pihak berkepentingan. Meskipun ekopelancongan dan pelancongan alam semula jadi sudah berdekad lamanya berada dalam dimensi pelancongan, namun masih ada ruang dan kewajaran untuk memperkasakannya sekiranya aset ini dilihat secara lebih berkarakter, menawarkan pengalaman, penceritaan dan ilmu lokal yang dicari-cari oleh para pelancong masa kini. Makalah ini cuba memberikan senario aset semula jadi di negeri Pahang dan kawasan ekobudaya Tasik Chini-Pekan dalam usaha untuk mengenal pasti pendekatan dalam memperkasakan lagi aset semula jadi tersebut. Melalui penelitian ini, aset semula jadi tersebut mempunyai ragam dan dimensi yang perlu diangkat sama ada menjadi ikon pelancongan negeri Pahang, dibentuk semula sebagai produk cenderahati dan perhiasan diri ataupun menjadi landskap panorama yang menjana percutian kembara jelajah negeri atau laluan luar bandar yang lebih menarik. Makalah ini turut mengemukakan cadangan bagaimana memperkasakan aset semula jadi ini bagi membolehkan pihak berkepentingan melakukan inisiatif secara kolaborasi iteratif antara komuniti dan Universiti. Ini akan memastikan aset semula jadi ini terus menjadi prasyarat utama perkembangan dan kelestarian pelancongan Negeri Pahang

    A Study On Gasoline Engine Fuel Octane Numbers Using Accelerometer Analyzing With Multi Statistical Techniques

    No full text
    Octane numbers are considered as one of the most important things element in fuel to ensure the performance of the engine. Octane numbers are also can be the cause of failure to the engine. This study is present about the performance of the engine that relates to the octane numbers and compression ratio. The experimental procedure was performed by using three specimen fuels within the specific range of speed at the engine. Data acquisition involved the vibration signal recorded by the accelerometer sensor. The vibration signal that produced by dynamic response of combustion engine has been analyzed using Fast Fourier Transform (FFT). All the data recorded are filtered using the MATLAB to get the valid data. The data obtained from the experiment were analyzed using statistical analysis method to make the interpretation of the data obtained. Mean absolute percentage error and root mean square error has been showing the suitable fuel for the engine N43B20. Correlation process has been proved that it can be used as a standard for determining the suitable fuel for the engine through statistical analysis which is non-destructive, low cost and efficient method
    corecore