research

Respon penduduk terhadap penganjuran acara : analisis pelancongan acara melalui media sosial Perbadanan Putrajaya

Abstract

Pelancongan acara menjadi sub pelancongan yang popular masa kini dan memberi pulangan modal yang besar dalam meningkatkan ekonomi sesebuah destinasi. Kajian ini bertujuan untuk menilai respon penduduk setempat terhadap penganjuran acara di Pusat Pentadbiran Putrajaya. Satu analisis kandungan terhadap respon penduduk selepas penganjuran acara di dalam laman sosial (Facebook) Perbadanan Putrajaya telah diilakukan. Hasil kajian mendapati penduduk setempat memberikan respon yang negatif terhadap acara-acara yang di anjurkan di Putrajaya, Hanya segelintir sahaja daripada mereka yang memberikan respon positif. Justeru, pihak Perbadanan Putrajaya perlu meningkatkan promosi pelancongan acara yang dapat menarik minat dan penyertaan para penduduk pada masa akan datang

    Similar works