20 research outputs found
Hubungan Efikasi Kendiri Guru dengan Mindset Guru Sekolah Rendah
Kertas konsep ini bertujuan membincangkan tentang efikasi kendiri dengan mindset guru sekolah rendah di Negeri Sabah. Kecemerlangan akademik tidak akan mampu direalisasikan sekiranya barisan guru hari ini tidak mempunyai efikasi yang merujuk kepada strategi pengajaran, pengurusan bilik darjah dan penglibatan pelajar. Dalam mengejar kecemerlangan ini, guru-guru perlu sedar akan tanggungjawab dan peranan mereka. Apabila guru yakin dan sentiasa bermotivasi dalam pengajaran, maka proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan bagi mencapai matlamat sekolah iaitu melahirkan pelajar yang cemerlang. Sejak lima dekad terdahulu, kajian menunjukkan bahawa efikasi kendiri guru berkait rapat dengan pencapaian pelajar. Semakin tinggi efikasi guru semakin besar kesannya kepada pelajar. Tambahan pula, guru yang mempunyai mindset pertumbuhan (growth mindset) berbanding mindset tetap (fixed mindset) menunjukkan lebih besar impak positifnya kepada pencapaian akademik pelajar. Mindset tetap (fixed mindset) adalah kepercayaan bahawa trait individu adalah sesuatu yang telah ditetapkan. Setiap insan mempunyai kelebihan otak dan bakat yang tertentu dan tidak ada apa yang boleh dilakukan untuk mengubahnya. Mindset pertumbuhan (Growth) ditakrifkan sebagai kepercayaan seseorang individu bahawa trait seseorang seperti kecerdasan dan bakat boleh diperkembangkan melalui usaha dan sifat dedikasi. Justeru tidak hairan bahawa efikasi kendiri berkait rapat dengan mindset guru dalam melahirkan pelajar yang cemerlang
Pengaruh Beban Tugas dan Motivasi Terhadap Keefisienan Kerja Guru Sekolah Menengah di Sabah
Kertas kerja konsep ini membincangkan pengaruh beban tugas dan motivasi terhadap keefisienan kerja guru sekolah menengah di Sabah. Beban tugas guru merujuk kepada tugasan ataupun tanggungjawab rasmi yang telah diberikan oleh pihak sekolah kepada guru untuk dilaksanakan sepanjang masa sama ada di dalam ataupun di luar bilik darjah. Beban tugas guru dibahagikan kepada dua iaitu beban tugas akademik dan beban tugas bukan akademik. Motivasi guru merupakan dorongan dalam diri guru dalam melaksanakan tugas yang diberikan kepadanya. Motivasi guru dibahagikan kepada dua iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Keefisienan kerja guru merujuk kepada cara bagaimana guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi menggunakan kaedah yang pelbagai. Beban tugas akademik dan beban tugas bukan akademik yang diberikan kepada guru akan mempengaruhi motivasi guru. Motivasi guru yang dipengaruhi oleh beban tugas ini seterusnya akan mempengaruhi keefisienan kerja guru
Kepimpinan Pengajaran, Sekolah Berkesan dan Peradaban Organisasi di Pedalaman Sarawak
Kertas konsep ini membincangkan kepimpinan pengajaran pentadbir, sekolah berkesan dan peradaban organisasi di pedalaman Sarawak. Kepimpinan pengajaran merupakan kepimpinan yang paling dekat dalam bidang pendidikan. Pengaruh kepimpinan dalam sesebuah organisasi mampu memberi impak secara langsung kepada prestasi organisasi tersebut. Dalam konteks kajian ini, organisasi adalah sekolah milik kerajaan. Maka keberkesanan sesebuah sekolah adalah dipengaruhi kepimpinan yang diamalkan oleh pentadbir dan peradaban yang berakar umbi di sekolah tersebut. Kepimpinan pengajaran merupakan kepimpinan yang dititikberatkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dalam anjakan lima untuk menempatkan pemimpin yang berimpak tinggi di sekolah. Pendidikan turut tidak ketinggalan dalam tema Transformasi Nasional 2020-2050 iaitu akses kepada pendidikan berkualiti tinggi. Kepimpinan pengajaran adalah merujuk kepada amalan perancangan pentadbir dalam memberi bimbingan kepada guru dan murid untuk menambahbaik dan meningkatkan prestasi kendiri dan sekolah secara keseluruhan sama ada dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Prestasi ini akan membawa kepada penterjemahan sekolah berkesan dari dua bidang utama tersebut dengan aspirasi kemenjadian murid. Walau bagaimanapun, terdapat faktor lain yang turut memainkan peranan dalam peningkatan prestasi, iaitu pengaruh peradaban organisasi yang terbentuk di bawah pimpinan pentadbir
Interaksi Kepimpinan Perkongsian Mentor Melalui Motivasi Kerja Guru
Kertas konsep ini membincangkan interaksi gaya kepimpinan perkongsian ‘mentor’ terhadap tekanan kerja guru melalui motivasi kerja guru sekolah rendah di Sabah. Dalam proses mencapai matlamat untuk meningkatkan pencapaian murid, perkembangan dan pengukuhan kualiti guru perlu diberikan perhatian yang lebih lagi terutamanya motivasi dan pengurusan tekanan kerja di sekolah. Guru-guru juga memerlukan bantuan atau bimbingan daripada ‘mentor’ iaitu pegawai SISC+ untuk menjalankan pengajaran yang berkesan. Melalui bimbingan mentor tersebut, kualiti pendidikan yang lebih baik dapat dipelajari oleh murid-murid di sekolah rendah. Kepimpinan perkongsian terbentuk daripada faktor berorientasikan tugas seperti perancangan dan pengurusan serta penyelesaian masalah, dan faktor berorientasikan hubungan seperti sokongan dan pertimbangan serta pembangunan dan pementoran. Kepimpinan perkongsian semakin berkembang dan digunakan di dalam organisasi sebagai struktur berasaskan pasukan menggantikan struktur hierarki. Maka, motivasi kerja akan merangsang individu untuk mengambil tindakan tertentu untuk mendorong pekerja mencapai hasil yang berkesan. Motivasi bermula daripada keperluan, matlamat yang ingin dicapai dan haruslah mempunyai pertimbangan dan guru yang bermotivasi sentiasa berada dalam suatu ketegangan. Bagi mengurangkan tekanan ini, mereka harus lebih berusaha. Tekanan kerja adalah pengalaman yang berkait rapat dengan emosi guru tersebut terutamanya perasaan negatif dan berkaitan dengan kerja guru. Justeru itu, apabila guru boleh mengawal tekanan mereka, maka proses pengajaran dan pembelajarannya akan berjalan dengan lancar dan berkesan dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
Teachers’ Perception on their Knowledge and Literacy Facilitation in the Interior Sarawak Elementary School
Although the course of study is often the same, the ways teachers instruct and facilitate are distinctive. Despite having obtained specialized instruction in their particular subject matters, educators must always remain attentive to any alterations that take place in the field of education concerning both administration and the syllabus. Administrators, particularly headmasters, are the pivotal figures in charge of the student maturation process, in terms of academic material, extracurricular activities, or personal growth. They play a pivotal role in being a role model to teachers and guiding teachers through the process of educational transformation. Geographically, the schools in interior areas are scattered. However, the government policy did not marginalize children in the interior and ensured they received a proper education. Therefore, this research was conducted to analyse the ‘learning and facilitation’ stages implemented by teachers in interior areas precisely in Sarawak, Malaysia. This research employed a quantitative method with a sample of 417 individuals. Set of ‘learning and facilitation’ questionnaire adapted from SKPMg2 (Malaysia Education Quality Standard Wave 2) is used in this research. IBM SPSS Statistic 21 was utilized to process the scoring analysis to estimate the level of the practices. The data collected showed that the lowest value of learning and facilitation proficiency among interior teachers is particularly high in mean score (M = 4.238). The results show high mean score values, but further exploration is necessary to uncover what teachers do during teaching sessions. Nevertheless, focusing on certain components is necessary to ensure constant quality improvement in teaching and facilitation
Kepimpinan Servan: Satu Alternatif Pengurusan Sekolah Abad Ke-21
Perubahan pendidikan semasa memerlukan kepimpinan berkesan pengetua. Pelbagai teori dan model mengenai kepimpinan disajikan menerusi literatur, namun jarang menyentuh aspek Kepimpinan Servan. Kajian ini dilakukan bertujuan mengenal pasti amalan kepimpinan servan pengetua dari persepsi guru sekolah menengah di Sabah, Malaysia. Kajian berbentuk bukan eksperimental ini menggunakan kaedah tinjauan dan mengabungkan beberapa teknik pensampelan kebarangkalian dalam mendapatkan sampel. Data dikumpul menggunakan satu set borang soal selidik adaptasi dari Servant Organizational Leadership Assessment (SOLA) Laub (1999), dan ditadbir ke atas 439 orang guru. Data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 21.0. Berdasarkan analisis deskriptif, didapati kepimpinan servan pengetua diamalkan pada tahap tinggi. Seramai 377 orang guru (85.9%) mempersepsikan pengetua mempunyai amalan yang tinggi dalam pengurusan sekolah. Keputusan analisis Ujian-t yang diperoleh adalah tidak signifikan (t=-0.472, df=437, p>0.05), yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan amalan kepimpinan servan pengetua berdasarkan jantina. Melalui ujian ANOVA sehala, kepimpinan servan pengetua berdasarkan pengalaman mengajar guru juga didapati tidak signifikan [F (df=2, 436) =0.061, p>0.05]. Kajian menyimpulkan bahawa tiada perbezaan dalam kepimpinan servan pengetua berdasarkan pengalaman mengajar guru. Kajian mencadangkan agar amalan kepimpinan servan diterapkan dalam pengurusan pengetua memandangkan guru terbukti dapat menerimanya. Guru dan komuniti sekolah lebih dihargai, dibangun, dan dipimpin ke arah mencapai matlamat organisasi yang disasarkan
Exploring the Natural Attributes of Principals as Educational Leaders
This study sought to explore the leadership of principals as educational administrators based on their natural attributes. The excellence in the actions of principals as educational administrators will serve as the determining factor for the success of a school across nine fields listed in the Malaysian School Principals Competency Standards. This success is mainly driven by the natural attributes of principals’ leadership in influencing the processes and behaviour of teachers in the delivery of education. This study also explores leadership issues and problems that are still of current interest. Principals’ competency levels in executing leadership still show that teachers are constrained by numerous flaws particularly in the teaching and learning in schools. Such conditions are often mirrored in schools with poor leadership display by Principals who are bent on putting off planned educational programmes. This qualitative study was done as a single case study. Qualitative data obtained via interviews with 10 informants in school formed the research case. The interviews were semi-structured and were analysed manually using category classification. The interviews explained the natural attributes reflected via Principals’ leadership orientation to answer the issues in this study. The findings of this study shall serve as additional elements in the process of selecting and placing Principals, as well as be developed as a guide for educational administrators desiring effective and quality leadership orientation for managing and administrating schools in Sabah. This study is of importance as it contributes additional knowledge in the fields of education and human resource for the benefit of other researchers
Pengaruh Motivasi Kerja Intrinsik dan Ekstrinsik Terhadap Keefisienan Kerja Guru Sekolah Menengah di Negeri Sabah
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat pengaruh antara motivasi kerja intrinsik dan motivasi kerja ekstrinsik terhadap tahap keefisienan kerja guru sekolah menengah di negeri Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan reka bentuk bukan eksperimen. Kaedah kajian yang digunakan merupakan kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 375 orang guru sekolah menengah yang dijadikan sampel kajian. Sampel kajian ini dipilih menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Instrumen soal selidik digunakan untuk mengukur variabel kajian. Ujian Regresi Pelbagai menerusi Perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) pula digunakan untuk menganalisis data mentah daripada responden. Dapatan kajian menunjukkan motivasi kerja intrinsik guru (Beta = 0.31), (t = 6.76, P<0.05) merupakan peramal yang lebih signifikan berbanding motivasi kerja ekstrinsik guru (Beta = 0.29), (t = 8.41, P<0.05) terhadap keefisienan kerja guru sekolah menengah di negeri Sabah. Pengaruh keseluruhan pula menunjukkan motivasi kerja boleh menerangkan secara signifikan sebanyak 60 peratus daripada varians dalam variabel bersandar iaitu keefisienan kerja guru [F (2, 372) = 104.25, P<0.05)]. Kesemua variabel berhubung secara positif. Kajian ini diharap dapat memberikan input baharu berkaitan dengan aspek-aspek kajian yang seterusnya bermanfaat untuk memperkasa profesion keguruan dan sistem pendidikan negara secara holistik
Psychosocial barriers to promoting self-directed and autonomous learning: The perception of students and lecturers in Malaysia
It can be difficult to align with the present theoretical change in education from teacher-centered to student-centered learning especially in high-power distance cultures like Malaysia that are communal. This study aims to investigate the perceptions of students and lecturers regarding the psychosocial barriers to promoting self-directed and autonomous learning in the Malaysian context. The qualitative research method was chosen based on the research questions. Qualitative research allows the researcher to understand people's beliefs, attitudes, perceptions and behaviors. This study used purposive sampling and semi-structured interviews were conducted with thirteen students and four lecturers at a Malaysian public university. The study found two types of challenges: personal (within the student) and environmental (surrounding the student). Personal obstacles include ideas about the value of education such as an emphasis on grades and diplomas as well as attitudes towards life, such as a propensity for hedonism and a need for spoon-feeding. Environmental barriers include a lack of encouragement for critical thinking, the development of student dependency, issues with university regulations, family and lecturers' attitudes and teaching methods. These challenges were explained using Hofstede's, self-determination and ARCS theories. The study highlights how important it is for teachers to modify their pedagogical approaches and attitudes in order to encourage student-centered learning as well as how important it is for students to get more assistance and support
Pengaruh pengurusan kokurikulum dan keterlibatan pelajar dalam kokurikulum terhadap kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan
Kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengurusan kokurikulum pelajar, keterlibatan pelajar dalam kokurikulum dan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan. Kajian kuantitatif berbentuk deskriptif ini dijalankan secara tinjauan menggunakan instrumen soal selidik melibatkan responden seramai 320 orang pelajar tingkatan empat yang terlibat dalam kegiatan kokurikulum di 9 buah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan. Pemilihan sampel kajian menggunakan pensampelan rawak berstrata berkadar. Data kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26.0. Berdasarkan analisis deskriptif, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengurusan kokurikulum pelajar berada pada tahap yang tinggi (M=3.77). Manakala tahap keterlibatan pelajar dalam kokurikulum (M=3.47) dan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar (M=3.64) masing- masing berada pada tahap sederhana. Analisis Korelasi Pearson pula mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengurusan kokurikulum pelajar dan keterlibatan pelajar dalam kokurikulum dengan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan (r=0.39)