Kepimpinan Pengajaran, Sekolah Berkesan dan Peradaban Organisasi di Pedalaman Sarawak

Abstract

Kertas konsep ini membincangkan kepimpinan pengajaran pentadbir, sekolah berkesan dan peradaban organisasi di pedalaman Sarawak. Kepimpinan pengajaran merupakan kepimpinan yang paling dekat dalam bidang pendidikan. Pengaruh kepimpinan dalam sesebuah organisasi mampu memberi impak secara langsung kepada prestasi organisasi tersebut. Dalam konteks kajian ini, organisasi adalah sekolah milik kerajaan. Maka keberkesanan sesebuah sekolah adalah dipengaruhi kepimpinan yang diamalkan oleh pentadbir dan peradaban yang berakar umbi di sekolah tersebut. Kepimpinan pengajaran merupakan kepimpinan yang dititikberatkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dalam anjakan lima untuk menempatkan pemimpin yang berimpak tinggi di sekolah. Pendidikan turut tidak ketinggalan dalam tema Transformasi Nasional 2020-2050 iaitu akses kepada pendidikan berkualiti tinggi. Kepimpinan pengajaran adalah merujuk kepada amalan perancangan pentadbir dalam memberi bimbingan kepada guru dan murid untuk menambahbaik dan meningkatkan prestasi kendiri dan sekolah secara keseluruhan sama ada dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Prestasi ini akan membawa kepada penterjemahan sekolah berkesan dari dua bidang utama tersebut dengan aspirasi kemenjadian murid. Walau bagaimanapun, terdapat faktor lain yang turut memainkan peranan dalam peningkatan prestasi, iaitu pengaruh peradaban organisasi yang terbentuk di bawah pimpinan pentadbir

    Similar works