14 research outputs found

    Kaedah timbang tara dalam pertikaian kewangan Islam

    Get PDF
    Sektor kewangan Islam di Malaysia memperlihatkan perkembangan dan pertumbuhan yang pesat sejak beberapa dekad yang lepas. Oleh itu, kewujudan undang-undang dan mekanisme penyelesaian dalam kaedah timbang tara dilihat boleh memberikan penyelesaian terhadap permasalahan berkaitan dengan produk kewangan Islam. Pelaksanaan kaedah timbang tara menekankan tempoh proses penyelesaian pertikaian yang singkat iaitu dalam tempoh masa tiga bulan. Proses penyelesaian pertikaian yang adil, telus dan mengikut persetujuan bersama antara pihak-pihak yang terlibat. Tiada kos dikenakan oleh mahkamah terhadap permohonan pihak-pihak yang terlibat berhubung dengan apa-apa prosiding sepanjang tatacara timbang tara ini dilaksanakan. Akhir sekali, kaedah ini yang khususnya kepada kaedah penyelesaian pertikaian dalam Islam, boleh digunakan oleh pelbagai kaum dan agama tanpa prejudis bagi menyelesaikan kes-kes berkaitan kewangan Islam

    The challenges of alternative dispute resolution for Islamic Finance in Malaysia

    Get PDF
    Malaysia’s authority on Islamic Finance is recognized worldwide. Islamic finance benefits and advantages have helped to develop many countries regardless of religions or communities. However, many countries such as United Kingdom, UEA, Asian countries that are adopting Islamic finance will bound to encounter some disputes through the Islamic finance application. This article provides some insights on the judgment of Malaysian court (Muamalat court) and seek to evaluate the best way for Malaysia to approach the issues. Issues such as whether financial products offered by Islamic banking institutions are Sharia compliant and whether the terms and conditions of the contracts embodied in such products are fair to all parties involved. It is suggested that while a Malaysian court have long solved many disputes through its application, it is still possible for future disputes be resolved using Alternative Dispute Resolution

    Kepentingan tindakan undang-undang terhadap peminjam ingkar pembiayaan mikro dalam memastikan keadilan kepada institusi pembiayaan di Malaysia

    Get PDF
    Pembiayaan mikro memainkan peranan yang penting dalam membantu usahawan kecil dan sederhana meneruskan perniagaan. Peminjam yang ingkar menjelaskan bayaran balik pembiayaan mikro di Malaysia dikenakan tindakan undang-undang oleh institusi pembiayaan yang menawarkan pembiayaan tersebut. Artikel ini bertujuan membincangkan tentang kepentingan tindakan undang-undang terhadap peminjam ingkar dan bagaimana tindakan undang-undang tersebut dilaksanakan di Malaysia. Proses perundangan dan jenis tindakan undang-undang ke atas peminjam ingkar akan dihuraikan. Kajian ini ialah kajian doktrinal undang-undang tulen. Data kajian diperoleh dari statut, buku, artikel yang berkaitan dan temu bual meliputi empat buah institusi pembiayaan mikro utama di Malaysia. Akhir sekali kajian ini menunjukkan hasil pelaksanaan tindakan undang-undang di lima buah institusi pembiayaan yang berasaskan Yayasan, Badan Amanah Persendirian, Agensi Kerajaan, Bank Komuniti dan Bank Koperasi. memberi impak positif di mana dapatan kajian menunjukkan jumlah peratus pembayaran balik meningkat bagi setiap institusi tersebut. Diharap agar kajian ini berupaya membantu negara Malaysia memperkemas sistem perundangan negara dalam usaha mengimbangi keperluan peminjam tanpa menjejaskan kepentingan institusi pembiayaan mikro

    Justice in Malaysian society: Islamic finance and social cohesion / Nur Khalidah Dahlan... [et al.]

    Get PDF
    The uniqueness of Malaysia is reflected towards its multi ethnicity society and how the society co-exists and accepting each other differences. History has shown that, harmonisation in Malaysian society is essential and should not be taken for granted. As a result, the government will always prioritize on the economy and social aspect in order to achieve peace and harmony among Malaysian. Therefore, by comparing the pertinent literature on Islamic finance and social cohesion theory, this paper seeks to illustrate the link between economy aspect pertaining to the Islamic finance and the social aspect on how its reflect justice to the whole society

    Mediation: Practice in the corporate world

    Get PDF
    The relationship between parties in the corporate world is essential in order to address business disagreements which focus on the language of business contract per se. Despite solutions to various disputes and legal provisions on corporate, company and shareholder rights, all the parties concerned are still facing some challenges. The mediation method is one of the alternative dispute resolutions for those who seek justice without undergoing court proceedings. It is a swift and inexpensive form of dispute resolution. A mediator’s role is to facilitate the disputing parties and utilize both joint and private sessions to assist them to achieve consensus. In view of the economic interest and with a vision to maintain their business relationships , a private settlement is preferred between them. This study used the doctrinal and the comparative research methods through which, this study compared the pertinent literature on the jurisdiction of the court and the mediation bodies in terms of corporate/company shareholders. The findings of this study are vital in describing the pros and cons of mediation practices and how they reflect justice among the Malaysian society

    KAEDAH PENYELESAIAN PERTIKAIAN ALTERNATIF DARI SUDUT SYARIAH DI MALAYSIA ALTERNATIVE DISPUTE RESOLUTION METHODS FROM THE SYARIAH PERSPECTIVE IN MALAYSIA

    Get PDF
    Family and marital disputes are commonly heard cases in our daily lives. The trial courts and the alternative resolution methods may be used for the parties involved in the disputes to settle their problems. This paper reviews the aspects of the legal provisions concerning the jurisdiction of courts (civil and Syariah) and also the alternative dispute resolution methods. Some of the proposed alternative methods are arbitration, mediation, and sulh. These alternative resolution methods may be used to avoid the tedious court processes and to reduce the cost of settling the disputes. The alternative methods are strongly encouraged in Islam and there are clear guidelines in Malaysia regarding the ways to employ the alternative methods. The use of the alternative methods is effective as reflected in the number of cases which have been succesfully solved using the methods. This paper concludes that Muslim community in Malaysia has the convincing options to resolve their family / marital disputes either in courts or through the alternative resolution methods.  Keywords: Syariah Court, Alternative Dispute Resolution, Sulh Council, Arbitration, Mediation.Cite as: Dahlan, N.K., Palil, M.R., Abdul Hamid, M., & Yaakub, N.I. (2017). Kaedah penyelesaian pertikaian alternatif dari sudut syariah di Malaysia [Alternative dispute resolution methods from the syariah perspective in Malaysia]. Journal of Nusantara Studies, 2(1), 86-98.  http://dx.doi.org/10.24200/jonus.vol2iss1pp86-98

    Peguam syarie di Malaysia: analisis perkembangan pelaksanaannya di mahkamah syariah

    Get PDF
    Peguam syarie mewakili pihak-pihak bertikai dalam menyelesaikan masalah mereka di mahkamah. Konsep perwakilan ini telah wujud sejak zaman Rasulullah sehingga kini. Kajian ini berhasrat untuk mencapai tiga objektif. Pertama, ianya menganalisis tadbir urus perwakilan peguam syarie pada zaman Rasulullah, sahabat serta pelaksanaannya di mahkamah syariah di Malaysia pada masa kini. Kedua, ianya mengenal pasti permasalahan semasa berkaitan tadbir urus tersebut di mahkamah syariah. Ketiga, ianya mencadangkan penyelesaian ke atas permasalahan yang dikenal pasti. Kajian ini mengguna pakai kerangka perundangan tulin yang dianalisis secara kualitatif. Data telah dikumpul melalui kaedah kajian perpustakaan serta kaedah temu bual separa struktur. Data perpustakaan kemudiannya dianalisis melalui kaedah-kaedah analisis kandungan dan analisis kritis. Data dari temubual pula dirakam, dilakukan transkripsi serta kemudiannya dimasukkan ke dalam penulisan sebagai hujah sokongan. Kajian mendapati tadbir urus perwakilan peguam syarie berkembang dari dari semasa ke semasa. Kajian turut mendapati ketidakseragaman dalam tadbir urus peguam syarie di mahkamah syariah pada masa kini. Kajian akhirnya mencadangkan agar diwujudkan tadbir urus peguam syarie yang seragam, teratur serta terperinci

    Criminal profiling then and now: prospect and challenges in Malaysia

    Get PDF
    The purpose of this article was to ascertain the concept of criminal profiling by taking into consideration the evolution of its definition, function, methodology and also the background of profiling officers from the beginning up to the present time. Using the critical and literature review approach, references from journals, books, statutes and international cases were analyzed to pinpoint the most recent developments to the criminal profiling method. While researches and literature reviews regarding criminal profiling were undoubtedly significant overseas, it was not the same case back in our homeland. Discussions were few and even then, not entirely focusing nor mentioning the procedures and practice of criminal profiling during investigation. It was also found that there seem to yet exist a clarity in regards to the definition and methodology of criminal profiling nor the background of profiler involved despite it being carried out during investigative process for a long period of time. This article also highlighted the challenges discovered in the practice of criminal profiling such as the vagueness of its method in our law, the existence of race-based profiling practice and the credibility of criminal profiling as an expert evidence in courts which was debatable due to the absence of any yardstick to determine the capability of a profiler

    Pengendalian bedah siasat mayat semasa penularan wabak penyakit berjangkit di Malaysia : kajian kes tentang COVID-19

    Get PDF
    Kematian pemeriksa perubatan di Thailand akibat jangkitan koronavirus daripada mayat telah mengejutkan dan membimbangkan semua pihak. Kes ini menunjukkan bahawa semua pihak mempunyai risiko untuk mendapat jangkitan virus, seperti COVID-19. Dalam aspek ini, ahli patologi turut mempunyai risiko untuk mendapat jangkitan kerana mereka terlibat secara langsung dalam pengendalian bedah siasat pada setiap masa, termasuklah semasa penularan wabak penyakit berjangkit seperti, COVID-19. Bagi tujuan pengendalian bedah siasat semasa COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membangunkan Guidelines for Handling Dead Bodies of Suspected/Probable/Confirmed COVID-19. Walaupun Garis Panduan ini dapat menjadi panduan kepada semua pihak yang terlibat secara amnya, namun Garis panduan ini dilihat tidak komprehensif dan mempunyai kekurangan. Antaranya, Garis Panduan ini tidak selari dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh Institut Perubatan Forensik Negara. Tambahan pula, definisi kes COVID-19 yang diberikan juga tidak merangkumi semua jenis kes. Hanya kes-kes yang tergolong dalam definisi kes COVID-19 yang boleh dijalankan ujian. Jika tidak tergolong dalam definisi tersebut, maka ujian tidak boleh dijalankan. Malahan, Garis Panduan tersebut juga tidak menjelaskan pemakaian autopsi maya. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menilai kerangka undang-undang yang sedia ada di Malaysia berkaitan dengan pengendalian bedah siasat dalam menangani isu-isu yang berbangkit tentang pengendalian bedah siasat semasa penularan wabak penyakit berjangkit, seperti COVID-19. Artikel ini mendapati bahawa undang-undang dan garis panduan tentang pengendalian bedah siasat mayat semasa penularan wabak penyakit berjangkit di Malaysia, khususnya COVID-19 tidak menyeluruh. Sesungguhnya, undang-undang dan garis panduan berhubung dengan pengendalian bedah siasat semasa penularan wabak penyakit berjangkit seperti COVID-19 di Malaysia haruslah ditambah baik di samping penggubalan tatacara pengendalian piawai dari segi amalan untuk membantu semua pihak yang terlibat
    corecore