43 research outputs found

    Penggunaan Kaedah Permainan, Buku Nombor dan Lembaran Kerja dalam Pembelajaran Matematik Awal Kanak-kanak

    Get PDF
    Menyediakan kanak-kanak untuk pendidikan matematik awal adalah penting. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pencapaian matematik awal, mengenal pasti dan membandingkan kesan tiga kaedah mengajar (permainan, buku nombor dan lembaran kerja) terhadap pencapaian matematik awal dalam kalangan kanak-kanak prasekolah di daerah Tuaran, Sabah. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Ujian Pencapaian Matematik awal (UPMA) yang telah diadaptasi daripada Ginsburg dan Baroody (2003) mengikut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Seramai 1108 orang kanak-kanak prasekolah kebangsaan di daerah Tuaran, Sabah terlibat dalam kajian yang menggunakan kaedah kuasi eksperimen multi lokasi. Responden kajian terdiri daripada kanak-kanak prasekolah yang berumur 4+ dan 5+. 382 orang kanak-kanak mengikuti kaedah permainan, 349 orang kanak-kanak mengikuti kaedah buku nombor dan 377 orang kanak-kanak mengikuti kaedah lembaran kerja. Kanak-kanak prasekolah menduduki ujian pra, seterusnya adalah program intervensi selama 13 minggu dan diakhiri dengan ujian pasca. Statistik deskriptif dan statistik inferen (ujian-t bebas, ANOVA satu hala dan ANCOVA) menggunakan SPSS versi-21 dengan mengambil kira markah ujian pra sebagai kovariat digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan min markah yang signifikan dalam pencapaian matematik awal mengikut kaedah mengajar yang berbeza. Kaedah permainan menyumbang secara signifikan terhadap pencapaian matematik awal berbanding dengan kaedah buku nombor dan lembaran kerja

    Pencapaian Awal Matematik Kanak-kanak mengikut Tempoh Berada di Prasekolah dan Jantina

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pencapaian awal Matematik kanak-kanak, mengenal pasti kesan tempoh di prasekolah dan jantina terhadap pencapaian awal Matematik dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Instrumen kajian ini merupakan Pencapaian Awal Matematik (Ginsburg & Baroody, 2003) berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Seramai 1108 orang kanak-kanak prasekolah yang berumur 4+ dan 5+ terlibat dalam kajian ini. Statistik deskriptif, ujian-t bebas dan ujian Ancova menggunakan SPSS versi-21 dengan markah ujian pra sebagai kovariat digunakan. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian awal Matematik kanak-kanak berada pada tahap purata dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian awal Matematik kanak-kanak mengikut jantina. Terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian awal Matematik kanak-kanak mengikut tempoh di prasekolah. Kajian lanjutan tentang tempoh berada di prasekolah terhadap pencapaian awal Matematik diperlukan untuk menjelaskan dapatan ini

    Permainan Matematik Untuk Kanak-Kanak Prasekolah

    Get PDF
    Awal Matematik perlu diajar kepada kanak-kanak dalam persekitaran pembelajaran yang lebih interaktif dan menyeronokkan. Adalah penting untuk membangunkan kanak-kanak dengan asas yang kuat dalam pembelajaran awal Matematik. Kanak-kanak secara semula jadi ingin tahu dalam lima tahun pertama mereka, dan ini adalah masa terbaik untuk memperkenalkan awal Matematik. Penggunaan permainan berfungsi sebagai kaedah untuk meningkatkan prestasi awal Matematik serta untuk menyemai minat kanak-kanak. Artikel ini membincangkan bagaimana menyokong pembelajaran kanak-kanak dalam awal Matematik melalui permainan

    Perceived Organizational Support and Teacher Motivation

    Get PDF
    Rural schools that lack of basic facilities and infrastructure is the focus of the study. With this ruralism conditions, teachers in rural primary school face many obstacles and challenges that could hinder their motivation. These might affect their teaching effectiveness. This study was intended to determine perceived organisational support on teacher motivation. The research sample consisted of 138 teachers in Sabah that directly become the respondents of the study. Data was obtained via questionnaire which was consisted of perceived organisational support: 17 items; and teacher motivation: 5 items). With success rate of 74% returned questionnaire and 102 fit to be evaluated, the data revealed that there was a strong correlation between perceived organisational support on teacher motivation. Teachers should be given support in order to enhance or maintain their motivation especially in rural condition

    Jenis prasekolah dan pencapaian awal Matematik

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan jenis prasekolahterhadap pencapaian awal Matematik.Kajian ini merupakan sebahagian daripada kajian kuasi eksperimen multi lokasi yang melibatkan seramai 1108 orang kanak-kanak prasekolah kebangsaan di daerah Tuaran, Sabah. Responden kajian melibatkan kanak-kanak prasekolah yang berumur 4+ dan 5+. Bagi tujuan analisis data, statistik deskriptif dan statistik inferen (ujian-t bebasdanANCOVA)menggunakan SPSSversi-21 dengan mengambil kira markah ujian pra sebagai kovariat digunakan. Dapatan kajian menunjukkanbahawa jenis prasekolahtidakmemberi kesan terhadap pencapaian awal Matematik. Kajian masa depan yang lebih mendalam tentang peranan jenis prasekolahterhadap pencapaian awal Matematikadalah diperlukan

    Kesan penggunaan kaedah permainan, buku nombor dan lembaran kerja terhadap pencapaian awal Matematik dalam kalangan kanak-kanak prasekolah kebangsaan

    Get PDF
    Menyediakan kanak-kanak untuk pendidikan awal Matematik mendapat banyak perhatian dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Banyak faktor yang telah dikenal pasti dalam usaha untuk menentukan apa yang memberi kesan kepada pencapaian awal Matematik. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pencapaian awal Matematik dalam kalangan kanak-kanak prasekolah kebangsaan di daerah Tuaran, Sabah, mengenal pasti dan membandingkan kesan tiga kaedah mengajar (permainan, buku nombor dan lembaran kerja), kesan pembolehubah-pembolehubah tidak bersandar (jenis prasekolah, tempoh di prasekolah dan jantina) dan kesan interaksi antara kaedah mengajar dan pembolehubah tidak bersandar terhadap pencapaian awal Matematik dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada kaedah mengajar merupakan faktor pencapaian awal Matematik dalam aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Ujian Pencapaian Awal Matematik (UPAM) yang telah diadaptasi daripada Ginsburg dan Baroody (2003) berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi eksperimen multi lokasi yang melibatkan seramai 1108 orang kanak-kanak prasekolah kebangsaan di daerah Tuaran, Sabah. Responden kajian melibatkan kanak-kanak prasekolah yang berumur 4+ dan 5+. Seramai 382 orang kanak-kanak mengikuti kaedah permainan, 349 orang kanak-kanak mengikuti kaedah buku nombor dan 377 orang kanak-kanak mengikuti kaedah lembaran kerja. Kanak-kanak prasekolah menduduki ujian pra, diikuti dengan program intervensi selama 13 minggu dan diakhiri dengan ujian pasca. Bagi tujuan analisis data, statistik deskriptif dan statistik inferen (ujian-t bebas, ANOVA satu hala, ANOVA dua hala pengukuran berulangan, ANCOVA dan MANCOVA) menggunakan SPSS versi-21 dengan mengambil kira markah ujian pra sebagai kovariat digunakan. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian awal Matematik berada pada tahap purata dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian awal Matematik kanak-kanak mengikut jantina dan jenis prasekolah. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian awal Matematik kanak-kanak berdasarkan tempoh di prasekolah. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan min markah yang signifikan dalam pencapaian awal Matematik mengikut kaedah mengajar yang berbeza. Keputusan daripada ANOVA dua hala pengukuran berulangan menunjukkan bahawa perbezaan min markah mengikut kaedah mengajar bergantung kepada tempoh di prasekolah. Tempoh di prasekolah adalah faktor yang boleh memberi kesan terhadap pencapaian awal Matematik. Kajian masa depan yang lebih mendalam tentang peranan jantina dan jenis prasekolah terhadap pencapaian awal Matematik diperlukan untuk menjelaskan dapatan yang tidak meyakinkan daripada kajian-kajian lepas. Dengan menggunakan analisis MANCOVA, kajian ini juga mendapati bahawa kaedah mengajar yang digunakan merupakan faktor dalam mengubah pencapaian awal Matematik pad a aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Secara keseluruhannya, penggunaan kaedah permainan menyumbang secara signifikan terhadap pencapaian awal Matematik berbanding dengan kaedah buku nombor dan lembaran kerja

    The impact of parenting styles on child-parent relationships among Chinese mothers of preschoolers in Sabah, Malaysia

    Get PDF
    Studies exploring the influence of parenting styles on the child-parent relationship have been widely undertaken among parents of early childhood. However, there has been limited focus on investigating this correlation within the unique context of Sabah, Malaysia. This study seeks to bridge this gap by analyzing the impact of parenting styles on the child-parent relationship among Chinese mothers with preschool-aged children in Sabah, Malaysia. Additionally, it explored the relationship between maternal education level and parenting styles within this unique context. Utilizing a quantitative approach, an online questionnaire was administered to 165 Chinese mothers of preschoolers in Sabah. After collecting the data, Pearson's correlation and multiple regression analyses were conducted to investigate the relationships between parenting styles and the parent-child relationship. The results revealed a positive correlation between maternal education level and authoritative parenting styles, whereas an inverse correlation was found with authoritarian styles. Furthermore, authoritative parenting demonstrated a strong association with a closer parent-child relationship and moderate negative correlation with conflict levels. Conversely, authoritarian parenting exhibited a moderate negative correlation with closeness and a moderate positive correlation with conflict. However, regression analyses did not reveal significant effects of parenting styles on the child-parent relationship. These results offer insights for parents and policymakers to develop strategies aimed at enhancing or adjusting early childhood education and care within the specific context of Sabah, Malaysia

    The influence of social support on child-parent relationship among Chinese mothers of preschoolers in Penampang, Sabah

    Get PDF
    In the early years, deep contact with parents builds a solid attachment and serves as the foundation for the child's future social relationships. Several studies indicated that social support influences the child-parent relationship. However, there are no published studies that investigated the influence of social support on child-parent relationship among Chinese mothers with preschool children in Sabah. This study aims to examine the status of social support and child-parent relationship among Chinese mothers of preschoolers in Penampang, Sabah. As well, to examine the influence of social support on child-parent relationships. In this study, 165 Chinese mothers of preschool-aged children were involved. The result indicated that Chinese mothers perceived moderate social support and closeness child-parent relationship. Moreover, social support is weak positively correlated to closeness relationship, whereas not related to conflict relationship. There is no significant influence of social support on child-parent relationship. This study would like to provides parents, educators, and the government with a preliminary picture of social support and child-parent relationship to develop a strategy to improve or adjust early childhood education

    Hubungan Kelayakan Akademik dan Pengalaman Mengajar dengan Tahap Efikasi Kendiri Guru Prasekolah Menjalankan PDPC Pasca Pandemik Covid-19

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti hubungan kelayakan akademik dan pengalaman mengajar dengan tahap efikasi kendiri guru prasekolah menjalankan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di kelas prasekolah pada pasca pandemik Covid-19. Saiz sampel (n=74) ditentukan melalui formula penentuan saiz sampel Krejcie-Morgan (1970), dan dipilih secara rawak di kalangan guru prasekolah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Ranau. Data dikutip melalui kaedah soal selidik dengan menggunakan instrumen Teacher鈥檚 Sense of Efficacy (TSES) yang dibangunkan oleh Tschannen-Moran & Hoy (2001), dan kemudiannya dianalisis menggunakan SPSS v20.0. Analisis deskriptif menunjukkan efikasi kendiri guru berada pada tahap sederhana tinggi dengan catatan M=3.69, SD=0.59. Korelasi Pearson mendapati adanya hubungan tidak signifikan di antara kelayakan akademik dan pengalaman mengajar dengan efikasi guru kerana dapatan K>.05 bagi kedua-dua pemboleh ubah. Dapatan ini menunjukkan, efikasi kendiri guru menjalankan PdPc pasca pandemik Covid-19 tidak ditentukan oleh kelayakan akademik dan pengalaman mengajar. Namun begitu, jika dilihat daripada domain efikasi didapati bahawa pengalaman mengajar mempunyai korelasi dengan efikasi pengurusan kelas dengan dapatan kajian r=.236, k<.05

    Patterns of Young Children鈥檚 Number Sense Development as Assessed by How Many Hidden Game

    Get PDF
    Using games as a context for assessing children鈥檚 mathematical abilities is not unusual, but this study investigated the potential of games designed specifically for the purpose of assessment. Children in prior-to-school settings in Sabah, Malaysian Borneo, were exposed to a range of such games, including the how many hidden game, which focuses on number sense, which is the subject of this paper. Children鈥檚 responses while playing the game were recorded, and we report the range of successful responses to the game, as well as the age of the children involved
    corecore