3 research outputs found
Kajian persepsi ke atas kemudahan ameniti di kawasan perumahan kos rendah : Kajian kes di Negeri Pulau Pinang
Community amenities are the important element in a residential area which provides an opportunity for local residents to interact and communicate. Provision of community amenities in low cost housing areas often overlooked by some developers in Malaysia. This study was conducted to get an overview of the perceptions of residents on community amenities in Pangsapuri Pelangi and Flat Teluk Indah, Pulau Pinang. A total of 720 respondents were randomly selected. Primary information was obtained through questionnaires, while secondary information through books, thesis,Carticles and research reports. The results showed that most of the respondents were satisfied with the community amenities provided and they frequently use the facilities. Study also found that the facilities such as community hall, religion facilities, kindergarten, school and children playground have been operated and maintained in both study areas. Significantly, majority of the residents in both study areas Pangsapuri Pelangi and Flat Teluk Indah agreed that the facilities has influenced social interaction and enable them to interact and communicate among the community members besides creating patriotism among the residents who were active in the programme. As conclusion, the study proposed an appropriate facilities design guideline has to be properly outlined so that the provision of community amenities can be provided efficiently
Kesepaduan Nasional Penduduk Kawasan Rukun Tetangga di Malaysia
Malaysia adalah negara yang dibina berasaskan integrasi. Usaha untuk memupuk dan mengukuhkan hubungan antara etnik ke arah perpaduan yang diidamkan sentiasa ditekankan dalam agenda pembangunan negara bangsa Malaysia. Untuk itu, program Rukun Tetangga telah dilancarkan pada tahun 1975 sebagai satu usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan di peringkat akar umbi masyarakat. Setelah lebih empat dekad dibentuk, sejauh mana terbinanya kesepaduan nasional dalam kalangan penduduk Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara? Satu kajian kuantitatif yang diadaptasikan daripada model Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 2018 telah dijalankan ke atas 585 orang penduduk KRT di seluruh negara melalui kaedah purposive sampling. Ujian ANOVA sehala digunakan untuk menentukan perbezaan di antara etnik bagi konstruk kesepaduan sosial dan etos bangsa yang berhubungan dalam membentuk kesepaduan nasional. Ujian regresi linear mudah diaplikasikan untuk menentukan hubungan di antara etos bangsa dan kesepaduan sosial. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan antara etnik dalam beberapa dimensi kesepaduan sosial dan etos bangsa. Manakala etos bangsa dan kesepaduan sosial mempunyai hubungan yang signifikan dalam membentuk kesepaduan nasional dalam kalangan penduduk KRT. Dapat dirumuskan bahawa kedua-dua aspek kesepaduan sosial dan etos bangsa perlu digerakkan sederap dalam setiap langkah pihak kerajaan untuk memupuk perpaduan di peringkat akar umbi masyarakat, termasuklah menerusi program KRT yang meraikan kepelbagaian masyarakat multietnik Malaysia
Kawasan Rukun Tetangga : pemangkin perpaduan peringkat akar umbi masyarakat Malaysia
Isu menguruskan perbedaan sosial mengikut garis etnik masih kekal menjadi satu isu yang sensitif dan kritikal dalam masyarakat multietnik di Malaysia hari ini walaupun setelah tercapainya kemerdekaan lebih daripada enam dekad yang lalu. Signifikasi faktor etnik dalam kehidupan seharian menyebabkan kerajaan giat melakukan usaha-usaha proaktif untuk memupuk perpaduan yang dikatakan masih belum tercapai. Melalui penubuhan dan pelaksanaan program Rukun Tetangga, para sarjana umumnya bersetuju bahawa program tersebut memberi kesan positif ke atas pemupukan perpaduan di peringkat akar-umbi masyarakat. Namun, adakah konsensus ini turut relevan di peringkat kebangsaan? Artikel ini bertujuan untuk mengupas pengukuran tahap kesepaduan sosial penduduk Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dari setiap negeri dan Wilayah Persekutuan dengan menggunakan analisis deskriptif dan statistik inferensi ke atas data kuantitatif yang dikumpul menggunakan borang soal-selidik. Responden kajian adalah seramai 585 orang penduduk yang menetap di 60 buah KRT dari seluruh negara. Pendekatan purposive sampling digunakan untuk memastikan komposisi etnik responden kajian ini adalah selaras dengan komposisi etnik populasi Malaysia. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap kesepaduan sosial yang dicapai adalah tinggi di mana penduduk daripada pelbagai latar belakang etnik dan agama telahpun berkongsi nilai hidup dan pandangan hidup yang sama. Pengukuran kesepaduan sosial daripada enam dimensi iaitu kekitaan, keterangkuman, penyertaan, pengiktirafan, legitimasi dan kesamarataan mendapati walaupun mereka mempunyai bentuk perhubungan yang merentasi batas etnik, signifikasi faktor etnik belum terhapus sepenuhnya dalam masyarakat Malaysia. Oleh itu, walaupun kesepaduan sosial dalam masyarakat adalah kuat biarpun dalam keadaan politik dan sosioekonomi masa kini yang tidak stabil, usaha proaktif untuk memperkukuhkan perpaduan masih diperlukan