29 research outputs found

    Pengurusan warisan kebudayaan bawah air Sabah: satu pengenalan

    Get PDF
    Pengurusan warisan kebudayaan bawah air Malaysia wujud secara anti-tesis di awal perkembangannya. Kini ianya mula melakar sejarahnya tersendiri sebagai satu sub-bidang akademik dalam pengurusan warisan. Di Malaysia dan Sabah khususnya, perkembangan ini bermula dengan takrifan yang kurang jelas dalam peruntukan perundangan persekutuan iaitu akta Bendapurba 1976 (Akta 168) dan dua di negeri Sabah dengan memujuk Enakmen Barang-Barang Kuno dan Harta Karun 1977 (No.11) serta Enakmen Warisan Budaya (pemuliharaan) 1997.Setelah tiga dekad penubuhan Unit Arkeologi Bawah Air di Jabatan Muzium Sabah (JMS), perkembangan menampakan perubahan yang pesat. Artikel ini memberi latarbelakang perkembangannya sejak tahun 1976 hingga 2007. Disamping cuba membincangkan isu dan masalah yang dihadapi dalam usaha memelindungi, memelihara dan mulihara warisan kebudayaan bawah air di Sabah dan Malaysia umumnya. Artikel ini diharapkan dapat memberi kefahaman mengenai pengurusan warisan kebudayaan bawah air yang kurang difahami atau disalah tafsirkan kerana hubungannya yang rapat dengan bidang arkeologi bawah air

    Perkembangan Persuratkhabaran Bahasa Mandarin di Malaysia dan Peranannya Dalam Masyarakat Cina

    Get PDF
    The establishment of Chinese newspapers in Malaysia began with the migration of overseas Chinese (Huaqiao) to Malaysia. Several of the pioneer Chinese newspapers such as Kwong Wah Yit Poh (1910), Nanyang Siang Pau(1923), Sin Chew Jit Poh (1929), Overseas Chinese Daily News (1932), and China Press (1946) are still in existence today. This article explores the development of the Chinese newspapers by tracing their chronology; analyses the factors that contributed to the emergence of the newspapers, and identifies their challenges. A salient aspect of the contemporary mediascape pertaining to Chinese newspapers is the ownership of the newspapers. In the past, the ownership of newspapers revolved around individual companies, whereas, majority of the newspapers in Malaysia now are owned by two Chinese tycoons, both from Sarawak, through Media Chinese International Limited (MCIL) and Kumpulan KTS. This article will show how the Chinese newspapers played a crucial role in advocating and fighting for Chinese education,culture and identity

    Penemuan Gendang Gangsa Timbang Dayang di Pulau Banggi, Sabah

    Get PDF
    Penemuan gendang gangsa Timbang Dayang (GGTD) telah mewajarkan semula interpretasi sejarah keberadaan gendang gangsa di Malaysia khususnya di Sabah. Sehingga kini, koleksi gendang gangsa di Malaysia adalah sejumlah 22 buah gendang yang masih banyak kelompangan atau ruang kajian untuk dikongsikan dengan umum. Koleksi tersebut melibatkan penemuan secara tidak sengaja, koleksi sedia ada di istana, muzium dan orang perseorangan. Manakala GGTD pula merupakan gendang gangsa tunggal yang ditemui di timur Malaysia dan yang ketiga di Borneo selepas Sambas I dan Sambas II. Artifak GGTD berkondisi 70% lengkap-rapuh dengan kesan patina dan kotoran tanah yang masih belum dibersihkan menyukarkan proses analisis fizikal. Namun demikian, proses pendokumentasian harus dilakukan sebagai usaha menyelamatkan data arkeologi pada gendang sebelum keadaan tahap kemerosotan bertambah serius. Sehubungan dengan itu, fokus perbincangan adalah menjelaskan bagaimana GGTD berada di bukit Timbang Dayang, pulau Banggi, Kudat. Diharapkan dengan adanya kajian ini dapat memberikan interpretasi terkini dan meletakkannya setara dengan kajian gendang gangsa yang lain di Malaysia dan Asia Tenggara umumnya

    Perubahan Tradisi Penempatan Masyarakat Melayu Brunei di Kawasan Pantai Barat Borneo Utara: Impak Terhadap Sosioekonomi (1881-1941)

    Get PDF
    Makalah ini adalah berkaitan dengan perubahan tradisi penempatan masyarakat Melayu Brunei di kawasan pantai barat Borneo Utara (1881-1941) dan impaknya terhadap sosioekonomi masyarakat ini semasa zaman pentadbiran British North Borneo (Charted) Company (BNBC). Tujuan utama makalah ini ialah untuk menjelaskan perubahan serta pengekalan penempatan masyarakat ini selepas tamatnya pemerintahan Kesultanan Brunei. Pengambilalihan BNBC terhadap Borneo Utara menyebabkan wujudnya pemisahan pemerintahan di antara masyarakat Melayu Brunei di Borneo Utara dengan masyarakat Melayu di negara Brunei Darussalam dalam aspek sosial dan ekonomi. Perubahan dan pengekalan penempatan inilah yang akan cuba dibahaskan dalam penulisan ini adalah bagi memahami ajukan masyarakat Melayu Brunei wujud sebagai sebuah entiti masyarakat yang berbeza daripada masyarakat Melayu yang berada di negara Brunei Darussalam

    Warisan budaya kampung air berhadapan arus pembangunan di Sabah

    Get PDF
    Dari sudut sejarah awal, kumpulan masyarakat Melayu Brunei merupakan pengasas jenis petempatan kampung air di Sabah. Pada tahun 1970-an, kampung air menjadi satu fenomena petempatan dalam kalangan masyarakat peribumi dan imigran di Sabah. Kesannya telah menyebabkan wujud dua pola petempatan kampung air; iaitu di sekitar bandar dan di luar bandar. Kampung air di luar bandar masih mengekalkan warisan penduduk asal. Kampung air di sekitar bandar menjadi petempatan bagi campuran pelbagai kaum peribumi dan imigran, dan dengan sifat setinggan. Populasi penduduk kaum peribumi di kampung air mula merosot pada awal dekad 1990-an disebabkan faktor pembangunan wilayah dan faktor perpindahan. Pertambahan pesat rumah di kampung air telah menimbulkan berbagai-bagai masalah sosial dan alam persekitaran. Hal ini telah menjadikan kampung air umumnya satu petempatan masyarakat terpinggir. Bahkan, ia menimbulkan tanggapan serong daripada masyarakat luar terhadap cara dan taraf hidup di kampung air. Artikel ini menjelaskan status kampung air sebagai satu warisan bangsa dan budaya yang menghadapi cabaran arus pembangunan

    Arkeologi Maritim: Kapal Karam di Semenanjung Malaysia

    Get PDF
    Makalah ini mengupas tentang penyelidikan arkeologi kapal karam sebagai bentuk tinggalan warisan kebudayaan bawah air (WKBA) yang berfokus kepada struktur rangka kapal kuno dan muatannya yang ditemui di Semenanjung Malaysia dari tahun 1907 sehingga 2019. Turut diketengahkan adalah kajian k e atas proses formasi WKBA khususnya jumpaan tapak kapal karam dan artifaknya yang mempunyai kaitan dan implikasi hubungan perdagangan, budaya dan politik dengan kerajaan awal maritim di Asia Tenggara. Akhir sekali, perbincangan makalah ini tentang kepentingan tapak kapal karam terhadap perkembangan arkeologi kapal karam di Semenanjung Malaysia dalam konteks penyelidikan dan pendidikan sejarah negara. Kepentingan ini merupakan rentetan kepada potensi perkembangan awal arkeologi maritim khususnya tentang kapal karam dari tahun 1990an sehingga awal dekad pertama abad ke-21

    Transisi kegiatan ekonomi masyarakat Melayu Brunei di pantai barat Borneo Utara, 1881-1963

    Get PDF
    Makalah ini membincangkan perubahan kegiatan ekonomi yang dialami oleh masyarakat Melayu Brunei dengan tamatnya pemerintahan Kesultanan Brunei di kawasan pantai barat Borneo Utara dari tahun 1881 sehinggalah tahun 1963. Dalam konteks kajian ini, perubahan penglibatan masyarakat Melayu Brunei dalam kegiatan ekonomi khususnya daripada berorientasikan tradisional kepada bentuk ekonomi kapitalisme akan menjadi fokus utama perbincangan di bawah pentadbiran British North Borneo (Chartered) Company (BNBC), Jepun dan Kolonial British. Perubahan dari sudut ekonomi dibahaskan bagi memahami ajukan masyarakat Melayu Brunei yang wujud sebagai sebuah entiti masyarakat berbeza daripada masyarakat Melayu di negara Brunei Darussalam

    Tapak kilang Borneo fishing company di Pulau Banggi: satu survei awal arkeologi industri

    Get PDF
    Penyelidikan arkeologi berdasarkan pendekatan arkeologi industri masih kurang dilakukan di Malaysia. Apatah di negeri Sabah jauh sekali untuk direncanakan. Lantaran itu,satu survei awal telah dilakukan ke atas tapak industri terawal di Sabah berdasarkan bidang ini. Survei yang telah mengwujudkan satu medium khusus dalam mengkaji apa juga bentuk tinggalan budaya yang ditinggalkan oleh pembangunan industri di negeri ini. Survei ke atas bekas tapak kilang memproses dan mengetin ikan tuna milik Borneo Fishing Company (BFC) di Pulau Banggi telah menghasilkan penemuan dan pendokumentasian maklumat awal bagi membantu kajian arkeologi selanjutnya. Artikal ini cuba untuk memberi gambaran bentuk tinggalan yang dimaksudkan dan menyedarkan kepada pihak pentadbir tempatan bahawa tapak sedemikian wajar dipulihara dan dilindungi sebagai sebahagian dari warisan kebudayaan Sabah dan Malaysia umumnya

    Melestarikan Pengurusan dan Institusi Pemuziuman Borneo: Pengalaman Sarawak

    Get PDF
    Cultural heritage management play an important role in preservation, protection, and conservation of the cultural heritage. The management of Sarawak's cultural heritage has been well organized since 1947, particularly on cultural heritage sites damaged during the Second World War. The existence of ministries and museum department brought a positive impact in preserving every planned and practiced management practice. Museum department plays a role in research, education, documentation, and collection. Hence, then just a museum created in 1891, Sarawak now has about 10 museums. This paper attempts to share the experience of success achieved by the Sarawak Museum Department as one of the oldest museums in Malaysia and Borneo
    corecore