9 research outputs found

    Pandangan Penduduk Terhadap Program Penempatan Semula Penduduk di Perumahan Awam Seri Melaka, Kuala Lumpur

    Get PDF
    Pembangunan semula bandar menyumbang kepada kemajuan ekonomi dan sosial negara. Namun, pembangunan yang melibatkan penempatan semula penduduk asal telah menyumbang kepada impak negatif. Ini kerana proses penempatan semula menimbulkan pelbagai isu yang menjadi kerisauan penduduk asal sehingga mendorong penduduk bertindak membantah usaha penempatan semula tersebut sehingga mengganggu kelancaran projek pembangunan semula bandar. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan tentang pandangan penduduk sebab berlakunya bantahan terhadap cadangan penempatan semula penduduk di Perumahan Awam Seri Melaka, Bandar Tun Razak Kuala Lumpur. Kajian ini telah menemu bual 70 orang responden yang merupakan pemilik rumah di Perumahan Awam Seri Melaka, Kuala Lumpur dan maklum balas yang diperoleh telah dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif dan korelasi Pearson bagi memenuhi objektif kajian ini. Hasil dapatan kajian melalui analisis deskriptif mendapati terdapat tiga aspek utama sebab berlakunya bantahan terhadap cadangan penempatan semula di kawasan kajian iaitu aspek sosiobudaya, sosioekonomi dan sosiopolitik dan undang-undang. Dalam aspek sosiobudaya, hubungan keakraban yang terjalin antara kejiranan telah menjadi penghalang kepada cadangan penempatan semula kerana penduduk tidak mahu hubungan yang sedia terjalin ini terputus akibat pelaksanaan penempatan semula. Dalam aspek sosioekonomi pula, kegagalan pihak berkuasa menyediakan rumah gantian yang lebih luas dan selesa mendorong kepada keputusan penduduk membantah usaha penempatan semula. Manakala dalam aspek sosiopolitik dan undang-undang mendapati penduduk telah menggunakan hak mereka sebagai pemilik yang sah berlandaskan undang-undang untuk mempertahankan hak mereka selagi mana tuntutan yang dikemukakan kepada pihak berkuasa tidak dipersetujui. Selain itu, hasil dapatan kajian melalui analisis korelasi Pearson mendapati ketiga-tiga aspek utama sebab berlakunya bantahan mempunyai hubungan yang signifikan di antara satu sama lain. Ini memberi gambaran bahawa tiada satu aspek pun yang boleh diabaikan oleh pihak berkuasa dalam menangani masalah bantahan daripada penduduk. Hal ini penting kepada pihak berkuasa dalam merangka pelan pembangunan dan polisi berkaitan penempatan semula penduduk sebelum sesuatu projek pembangunan semula bandar dapat dilaksanakan

    Persepsi perkhidmatan pengembangan dan amalan pertanian baik pekebun kecil sawit persendirian

    Get PDF
    Perkhidmatan pengembangan merupakan salah satu khidmat yang disediakan dalam sektor pertanian. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) merupakan salah satu agensi yang menyediakan perkhidmatan pendidikan pengembangan kepada pekebun kecil sawit persendirian di bawah Unit Pengembangan dan Latihan. Kumpulan Pusat Tunjuk Ajar Sawit (TUNAS) yang terletak di bawah unit ini bertanggungjawab memberikan khidmat pendidikan pengembangan seperti ceramah teknikal, tunjuk kaedah, nasihat dan bimbingan di tapak melalui pegawai TUNAS yang dilantik. Mereka bertanggungjawab memberi perkhidmatan seperti menyampaikan maklumat dan teknologi terkini berkaitan tanaman sawit selain menyalurkan skim bantuan kerajaan kepada pekebun kecil yang terlibat. Kualiti perkhidmatan pegawai TUNAS memberi impak kepada amalan pertanian baik pekebun kecil sawit. Walau bagaimanapun, pekebun kecil sawit persendirian masih menghadapi pelbagai kekangan yang menyebabkan mereka sukar untuk maju sekiranya tiada sokongan dan bantuan. Juga faktor kesedaran yang terhad terhadap teknologi baru dan amalan pertanian baik menyukarkan pekebun kecil untuk memenuhi keperluan Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO). Justeru, objektif artikel ini adalah untuk menilai persepsi perkhidmatan pengembangan pegawai TUNAS dan amalan pertanian baik pekebun kecil yang berada di Saratok, Sarawak. Seramai 173 orang pekebun kecil menilai pegawai TUNAS yang memberi perkhidmatan pengembangan kepada mereka menerusi borang soal selidik. Kajian mendapati majoriti pekebun kecil memberikan nilai tinggi kepada pegawai TUNAS dalam komponen komunikasi, sikap dan keperibadian, dan kepimpinan. Selain itu, pekebun kecil memberikan nilai sederhana kepada pegawai TUNAS bagi komponen pengetahuan dan tunjuk cara teknik pertanian. Manakala impak kepada amalan pertanian baik pula, didapati pekebun kecil yang mengikut pematuhan adalah amalan pembajaan sawit dan amalan penuaian sawit. Manakala amalan sistem perparitan, rekod dan integrasi serta amalan bebas penyakit dan parasit masih berada pada tahap sederhana selepas menerima pemindahan teknologi. Oleh itu, unit pengembangan MPOB perlu memperbanyakkan latihan dan kursus kepada pegawai TUNAS sejajar dengan keperluan pekebun kecil dalam meningkatkan produktiviti sawit

    Land tenure security for low-income residents’ urban livelihoods : A human development approach review of temporary occupation license

    Get PDF
    Existing studies on the human development approach discuss how eliminating capability deprivation and enlarging people’s choice led to improvement on their overall wellbeing. However, land tenure security, the precondition to safeguard secure livelihood for poor and low-income urban residents is rarely discussed. This study examines the potential of the human development approach to the land tenure security debate by using a desk review of literature on both concepts. It employs the usage of a land policy instrument, known as the Temporary Occupation License (TOL), which aims to provide urban low-income residents with tenure security despite their lack of formal ownership over the land. In this context, land tenure security is understood from the subjective perspective, rather than from its traditional economic objectives. Findings show that the pursuit of human development through TOL results in an enhanced security of tenure amongst urban low-income residents in two forms. Firstly, protecting them against the threat of eviction through the principle of equity in which TOL provides opportunity for nonlandowners with legal access to state land for housing. Secondly, allowing households to gain the benefits of labour and capital invested in the land. For instance, the principle of efficiency embedded within TOL allows households to utilise land according to their priorities and needs; empowerment allows them to make decisions pertaining to housing and tenure upgrading, whereas sustainability allows citizens and authority to achieve developmental results that benefit both parties. The study concludes that the pursuit of the human development approach in land management, through administrative decisions and conducted in a participatory manner, can indeed enhance land tenure security for urban low-income residents

    Pemakaian Lesen Pendudukan Sementara dalam memperuntukkan keselamatan pegangan tanah : satu keperluan terhadap pendekatan pembangunan manusia

    Get PDF
    Perumahan yang selamat merupakan salah satu komponen penting kepada jaminan penghidupan. Namun bagi golongan isi rumah berpendapatan rendah di bandar, ia menjadi satu cabaran kerana kekangan yang dihadapi dari segi akses bagi mendapatkan tanah yang selamat, sesuai serta mampu milik. Artikel ini membincangkan isu keselamatan pegangan tanah dalam kalangan isi rumah yang tidak memiliki hak pemunyaan ke atas tanah. Ia dianalisis dengan menggunakan instrumen pegangan tanah yang dikenali sebagai Lesen Pendudukan Sementara (LPS) yang mengandungi prinsip-prinsip asas Pendekatan Pembangunan Manusia. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan data sekunder yang diperoleh daripada dokumen rasmi dari institusiinstitusi pembangunan dunia dan kajian lepas. Hasil kajian mendapati, penerapan prinsip-prinsip asas Pendekatan Pembangunan Manusia menerusi pemakaian LPS mampu memperuntukkan keselamatan pegangan tanah kepada isi rumah melalui dua cara. Pertama, membekalkan jaminan perlindungan kepada isi rumah dari tindakan pengusiran oleh pihak berkuasa atau pihak ketiga menerusi pemakaian prinsip ekuiti yang memberi peluang kepada isi rumah mendapatkan akses kepada tanah milik kerajaan secara sah. Kedua, membekalkan keyakinan kepada isi rumah untuk menggunakan tanah secara aman dan mengaut faedah daripada pelaburan yang dilakukan ke atas tanah tersebut. Di sini, prinsip kecekapan memberi peluang isi rumah menggunakan tanah berdasarkan keupayaan sumber manusia dan kewangan yang dimiliki, pemerkasaan membolehkan isi rumah membuat keputusan berhubung isu perumahan dan penaiktarafan pegangan manakala kemampanan pula membolehkan rakyat dan pihak berkuasa mencapai objektif pembangunan yang memberi faedah kepada semua. Kajian ini menyimpulkan bahawa penerapan prinsip-prinsip Pendekatan Pembangunan Manusia menerusi pemakaian LPS mampu membekalkan keselamatan pegangan tanah kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah di bandar

    Pembuatan keputusan kewangan: Kajian kes keluarga dwikerjaya di Malaysia

    Get PDF
    Makalah ini bertujuan mengenal pasti pola pembuatan keputusan kewangan keluarga dwi-kerjaya di Malaysia. Kajian dilakukan dalam kalangan pekerja sektor awam yang berkahwin dalam kumpulan pengurusan dan profesional, serta mempunyai pasangan yang juga berkerjaya dalam kumpulan profesional. Sejumlah 84 orang responden dilibatkan dalam analisis ini. Analisis statistik diskriptif digunakan dalam perbincangan. Tiga pola utama pembuatan keputusan kewangan ditonjolkan dalam dapatan ini, iaitu pembuatan keputusan oleh suami, pembuatan keputusan oleh isteri, dan pembuatan keputusan kewangan oleh suami-isteri. Hasil kajian mendapati pembuatan keputusan kewangan oleh suami adalah melibatkan perbelanjaan tinggi dan komitmen tinggi. Pembuatan keputusan oleh isteri pula lebih menjurus kepada perbelanjaan keperluan keluarga. Sementara pembuatan keputusan oleh suami-isteri adalah cenderung kepada keputusan yang berkaitan dengan keperluan anak-anak

    Perkembangan pengangkutan marin sekitar Pantai Timur Tanah Melayu Zaman Tradisional dan Zaman Pentadbiran British (The development of marine transport around the east coast of Malaya from the early age to the period of the British administration)

    Get PDF
    Pantai Timur Tanah Melayu merupakan laluan penting bagi kegiatan Marin semenjak abad pertama Masehi lagi yang menghubungkan bahagian dunia di sebelah Timur dan Barat. Malahan tidak ramai yang menyedari bahawa kawasan pantai timur Tanah Melayu ini adalah merupakan laluan penting bagi kapal-kapal laut yang menghubungkan empayar-empayar ternama di Kemboja, Vietnam dan Cina dengan Alam Melayu. Apabila kedatangan penjajah British di negeri-negeri Melayu, laluan ini terus digunakan sebagai laluan penting yang menghubungkan negeri-negeri pantai Barat dengan pantai Timur. Langkah pihak British memperhebatkan eksploitasi ekonomi di pantai barat semenanjung ia turut mendatangkan kesan peningkatan jumlah penduduk, mereka juga memerlukan kawasan pantai timur untuk menyediakan bekalan makanan dan juga aktiviti sokongan kepada kawasan pantai Barat. Keadaan ini ditambah pula dengan pengenalan kapalwap (steamships) yang telah memberi kesan kerancakan kegiatan pengangkutan marin terutamanya sekitar abad ke 18. Sehubungan dengan itu, artikel ini akan menghuraikan bentuk dan perkembangan pengangkutan marin di sekitar pantai timur Tanah Melayu semenjak dari awal lagi. Ianya bertujuan membuktikan bahawa kawasan perairan pantai timur Tanah Melayu adalah merupakan kawasan kegiatan marin yang penting semenjak dahulu lagi

    Penelitian tingkah laku inovasi firma makanan halal kecil di Malaysia: satu analisis tentatif

    Get PDF
    Inovasi memainkan peranan penting untuk mengekalkan kelangsungan dan pertumbuhan entiti perniagaan. Peranan inovasi semakin penting dalam konteks pasaran yang memiliki ciri tahap ketepuan yang tinggi, matang, bergelora dan mempunyai halangan kemasukkan yang rendah Sehubungan itu, pasaran produk makanan halal dijangka terdedah kepada sebahagian atau kesemua ciri pasaran yang dinyatakan dan menjustifikasi keperluan melakukan inovasi. Isu ini semakin kritikal apabila melibatkan konteks firma berskala kecil-sederhana. Kajian ini merupakan kesinambungan penelitian mengenai amalan inovasi dalam konteks entiti perniagaan bersaiz kecil dengan tumpuan khusus kepada pengusaha kecil dalam sektor pembuatan makanan halal di Malaysia. Pengumpulan data dilakukan melalui temubual mendalam dengan 6 orang responden dengan berpandu kepada soalan berstruktur yang telah dibangunkan. Rakaman perbualan telah ditranskrip dan dianalisa mengikut tema yang muncul. Hasil kajian menunjukkan pengusaha makanan halal tersebut ada mengamalkan inovasi tertentu khususnya dalam kategori Kuadran 3, 4 dan 7. Ia merujuk kepada inovasi bentuk menokok, dipelajari (Kuadran 3 & 4), penciptaan sendiri (Kuadran 7) dan dikenakan samada terhadap produk atau servis atau pasaran (Kuadran 3 & 7) mahupun proses atau pentadbiran atau aktviti pemasaran (Kuadran 4 & 7). Justeru disimpulkan aktiviti inovasi di kalangan firma pembuat makanan halal bersaiz kecil-sederhana masih di peringkat permulaan dengan momentum gerakan yang relatifnya perlahan

    Taburan semasa pusat membeli-belah di Lembah Klang: satu tinjauan awal (Current distribution of shopping centres in the Klang Valley: a preliminary survey

    Get PDF
    Proses pembangunan pusat membeli-belah di Lembah Klang telah bermula sejak awal tahun 1960-an. Namun, sehingga penghujung tahun 1970-an, pola perletakan pusat ini hanya tertumpu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja. Kepadatan penduduk Kuala Lumpur telah menjadi salah satu faktor penting yang mempengaruhi penumpuan tersebut. Menggunakan data sekunder dan data primer yang diperoleh secara pemerhatian dan kiraan luar, artikel ini bertujuan untuk membincangkan corak taburan pusat membeli-belah di Lembah Klang. Sejak tahun 1980-an, penduduk wilayah di luar Kuala Lumpur mulai meningkat dengan mendadak ekoran proses pembandaran yang pesat. Keadaan ini telah mempengaruhi, seterusnya mengubah pola perletakan pusat membeli-belah di Lembah Klang, iaitu daripada bertumpu di dalam kawasan bandar raya Kuala Lumpur kepada perletakan berselerak di sekitar pusat-pusat pertumbuhan baru di luar bandar raya berkenaan, selaras dengan pola taburan penduduknya
    corecore