48 research outputs found

    Faktor yang Mendorong Pertikaian terhadap Boleh Guna Tanah Milik Orang Asli

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor-faktor yang mendorong pertikaian pemilikan tanah Orang Asli dengan agensi pembangunan. Oleh yang demikian adalah menjadi objektif kajian untuk menganalisis faktor yang menyebabkan pertikaian terhadap pemilikan tanah Orang Asli dengan pihak agensi sama ada kerajaan, sektor swasta atau sektor perladangan. Bagi mencapai objektif kajian ini, pengkaji telah memilih pendekatan penyelidikan secara kuantitatif menggunakan kaedah soal selidik. Seramai 60 orang responden yang terdiri daripada Orang Asli di Kg. Bukit Jenuk, Kg. Batu 28 Jenderam Hilir dan Kg. Sungai Buah sekitar Sepang, Selangor telah dipilih secara rawak sebagai subjek kajian. Borang soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dan dipersembahkan secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat pertikaian yang wujud di antara masyarakat Orang Asli dan pihak agensi seperti pihak pemaju dan kerajaan negeri. Pertikaian pemilikan tanah ini yang berpunca daripada enam faktor utama iaitu perbezaan kepentingan ke atas tanah, tanggapan dan interpretasi mengenai pemilikan, peruntukan undang-undang dan regulasi, kesedaran dan pemahaman terhadap pemilikan, pentadbiran serta eksploitasi, diskriminasi dan pelanggaran hak. Namun, tanggapan dan interpretasi mengenai pemilikan didapati menjadi faktor yang paling dominan yang banyak memberi impak kepada masyarakat Orang Asli iaitu dari segi tekanan, kebimbangan, pertimbangan dan pembuatan keputusan. Sehubungan itu, dapat dirumuskan bahawa pertikaian tanah di kawasan kajian banyak didorong oleh isu kekurangan pengetahuan, pemahaman dan kesedaran mengenai pemilikan serta kekurangan penglibatan dalam kalangan Orang Asli. Pandangan responden terhadap kaedah penyelesaian bagi pertikaian tanah adalah melalui rundingan, perbincangan, perundangan dan sokongan padu semua pihak. Bagi meminimumkan pertikaian maka dicadangkan pembaharuan dalam pentadbiran tanah khususnya pemberimilikan tanah yang jelas kepada pemilik tanah diperlukan

    Perspektif rumah mampu milik : kajian kes penjawat awam di Putrajaya

    Get PDF
    Penyediaan perumahan mampu milik menjadi keutamaan di setiap negara dunia, namun perumahan mampu milik sering merujuk kepada dasar berkaitan perumahan yang berbeza di antara kerajaan dan setiap pihak berkuasa serta bergantung kepada demografi masyarakat, masalah perumahan mampu milik yang dihadapi oleh sesebuah negara serta indikator kemampuan dan ciri penentu yang digunakan oleh negara tersebut. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini kemampuan memiliki rumah menjadi istilah yang biasa digunakan untuk meringkaskan masalah kesukaran perumahan di banyak negara. Namun persoalan yang lebih penting, adakah individu atau isi rumah yang juga pengguna akhir memahami makna rumah mampu milik. Ini kerana perumahan mampu milik banyak memfokuskan kepada isu ketidaksepadanan antara permintaan dan penawaran rumah mampu milik. Begitu juga penilaian tahap mampu milik, tetapi terhad kepada nisbah harga dan pendapatan, sedangkan indikator-indikator ini menunjukkan gambaran mengenai kemampuan perumahan yang tidak lengkap, kerana ia hanya menilai kemampuan jangka pendek sambil mengabaikan kemampuan jangka panjang. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pemahaman individu atau isi rumah mengenai makna rumah mampu milik sama ada yang belum dan telah memiliki rumah. Tahap pemahaman dinilai berdasarkan tiga dimensi iaitu dimensi ekonomi, ekologi dan sosial. Pengumpulan data bagi kajian ini menggunakan borang soal selidik dalam bentuk google forms melibatkan seramai 357 orang penjawat awam dalam Kumpulan B40 di Putrajaya. Hasil kajian menunjukkan tahap pemahaman responden bagi dimensi sosial lebih tinggi berbanding dimensi ekologi dan ekonomi. Hasil kajian ini membolehkan pemain industri mengenal pasti elemen yang perlu diberi perhatian semasa menyediakan dasar atau polisi perumahan yang komprehensif supaya dapat memenuhi keperluan individu khususnya kepada bakal pembeli rumah yang berpendapatan rendah

    Pandangan Penduduk Terhadap Program Penempatan Semula Penduduk di Perumahan Awam Seri Melaka, Kuala Lumpur

    Get PDF
    Pembangunan semula bandar menyumbang kepada kemajuan ekonomi dan sosial negara. Namun, pembangunan yang melibatkan penempatan semula penduduk asal telah menyumbang kepada impak negatif. Ini kerana proses penempatan semula menimbulkan pelbagai isu yang menjadi kerisauan penduduk asal sehingga mendorong penduduk bertindak membantah usaha penempatan semula tersebut sehingga mengganggu kelancaran projek pembangunan semula bandar. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan tentang pandangan penduduk sebab berlakunya bantahan terhadap cadangan penempatan semula penduduk di Perumahan Awam Seri Melaka, Bandar Tun Razak Kuala Lumpur. Kajian ini telah menemu bual 70 orang responden yang merupakan pemilik rumah di Perumahan Awam Seri Melaka, Kuala Lumpur dan maklum balas yang diperoleh telah dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif dan korelasi Pearson bagi memenuhi objektif kajian ini. Hasil dapatan kajian melalui analisis deskriptif mendapati terdapat tiga aspek utama sebab berlakunya bantahan terhadap cadangan penempatan semula di kawasan kajian iaitu aspek sosiobudaya, sosioekonomi dan sosiopolitik dan undang-undang. Dalam aspek sosiobudaya, hubungan keakraban yang terjalin antara kejiranan telah menjadi penghalang kepada cadangan penempatan semula kerana penduduk tidak mahu hubungan yang sedia terjalin ini terputus akibat pelaksanaan penempatan semula. Dalam aspek sosioekonomi pula, kegagalan pihak berkuasa menyediakan rumah gantian yang lebih luas dan selesa mendorong kepada keputusan penduduk membantah usaha penempatan semula. Manakala dalam aspek sosiopolitik dan undang-undang mendapati penduduk telah menggunakan hak mereka sebagai pemilik yang sah berlandaskan undang-undang untuk mempertahankan hak mereka selagi mana tuntutan yang dikemukakan kepada pihak berkuasa tidak dipersetujui. Selain itu, hasil dapatan kajian melalui analisis korelasi Pearson mendapati ketiga-tiga aspek utama sebab berlakunya bantahan mempunyai hubungan yang signifikan di antara satu sama lain. Ini memberi gambaran bahawa tiada satu aspek pun yang boleh diabaikan oleh pihak berkuasa dalam menangani masalah bantahan daripada penduduk. Hal ini penting kepada pihak berkuasa dalam merangka pelan pembangunan dan polisi berkaitan penempatan semula penduduk sebelum sesuatu projek pembangunan semula bandar dapat dilaksanakan

    Faktor yang mempengaruhi komitmen pekebun kecil kelapa sawit ke arah memperoleh persijilan MSPO

    Get PDF
    Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) diperlukan untuk meningkatkan imej minyak sawit negara dari segi kemampanan. Kejayaan pelaksanaan pensijilan MSPO dianggap memerlukan komitmen daripada pekebun kecil kelapa sawit, yang memainkan peranan penting dalam pengembangan kelapa sawit dan merupakan pemain utama dalam industri kelapa sawit global. Walaupun penyelidikan sedia ada mengenai subjek ini, terdapat jurang yang ketara dalam memahami pengaruh komitmen kesediaan pekebun kecil kelapa sawit untuk pensijilan MSPO. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh komitmen pekebun kecil kelapa sawit terhadap kesediaan mereka untuk mendapatkan pensijilan MSPO. Populasi kajian ini merangkumi semua pekebun kecil kelapa sawit Sarawak. 441 respons lengkap yang dikumpul telah dianalisis menggunakan pemodelan persamaan struktur persegi terkecil separa (PLS-SEM). Dapatan kajian menunjukkan bahawa komitmen pekebun kecil kelapa sawit secara signifikan mempengaruhi kesediaan mereka untuk mendapatkan pensijilan MSPO. Kajian ini memberi beberapa implikasi praktikal kepada pihak berkaitan seperti Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi(MPIC) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam menangani isu pensijilan MSPO dengan lebih berkesan, kerana pelaksanaan MSPO dalam kalangan pekebun kecil memberikan kelebihan daya saing untuk minyak sawit Malaysia dan mempromosikan produk lestari Malaysia di peringkat global

    Persepsi perkhidmatan pengembangan dan amalan pertanian baik pekebun kecil sawit persendirian

    Get PDF
    Perkhidmatan pengembangan merupakan salah satu khidmat yang disediakan dalam sektor pertanian. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) merupakan salah satu agensi yang menyediakan perkhidmatan pendidikan pengembangan kepada pekebun kecil sawit persendirian di bawah Unit Pengembangan dan Latihan. Kumpulan Pusat Tunjuk Ajar Sawit (TUNAS) yang terletak di bawah unit ini bertanggungjawab memberikan khidmat pendidikan pengembangan seperti ceramah teknikal, tunjuk kaedah, nasihat dan bimbingan di tapak melalui pegawai TUNAS yang dilantik. Mereka bertanggungjawab memberi perkhidmatan seperti menyampaikan maklumat dan teknologi terkini berkaitan tanaman sawit selain menyalurkan skim bantuan kerajaan kepada pekebun kecil yang terlibat. Kualiti perkhidmatan pegawai TUNAS memberi impak kepada amalan pertanian baik pekebun kecil sawit. Walau bagaimanapun, pekebun kecil sawit persendirian masih menghadapi pelbagai kekangan yang menyebabkan mereka sukar untuk maju sekiranya tiada sokongan dan bantuan. Juga faktor kesedaran yang terhad terhadap teknologi baru dan amalan pertanian baik menyukarkan pekebun kecil untuk memenuhi keperluan Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO). Justeru, objektif artikel ini adalah untuk menilai persepsi perkhidmatan pengembangan pegawai TUNAS dan amalan pertanian baik pekebun kecil yang berada di Saratok, Sarawak. Seramai 173 orang pekebun kecil menilai pegawai TUNAS yang memberi perkhidmatan pengembangan kepada mereka menerusi borang soal selidik. Kajian mendapati majoriti pekebun kecil memberikan nilai tinggi kepada pegawai TUNAS dalam komponen komunikasi, sikap dan keperibadian, dan kepimpinan. Selain itu, pekebun kecil memberikan nilai sederhana kepada pegawai TUNAS bagi komponen pengetahuan dan tunjuk cara teknik pertanian. Manakala impak kepada amalan pertanian baik pula, didapati pekebun kecil yang mengikut pematuhan adalah amalan pembajaan sawit dan amalan penuaian sawit. Manakala amalan sistem perparitan, rekod dan integrasi serta amalan bebas penyakit dan parasit masih berada pada tahap sederhana selepas menerima pemindahan teknologi. Oleh itu, unit pengembangan MPOB perlu memperbanyakkan latihan dan kursus kepada pegawai TUNAS sejajar dengan keperluan pekebun kecil dalam meningkatkan produktiviti sawit

    Ekologi dan corak pemilikan tanah adat etnik Bidayuh

    Get PDF
    Pertikaian dalam pemilikan tanah adat telah mencetuskan persoalan terhadap motif sebenar komuniti Bidayuh mempertahankan hak mereka terhadap tanah. Oleh yang demikian kajian ini bertujuan untuk memahami motif pemilikan tanah dalam kalangan komuniti Bidayuh di Sarawak. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah dengan menggunakan metod kualitatif yang bersifat naratif dengan mengambilkira world-view dan pengalaman sosial komuniti Bidayuh mengenai motif pemilikan tanah adat dalam kalangan mereka. Oleh yang demikian indetph interview dengan pemilik tanah adat dalam kalangan pemilik tanah adat di daerah Serian telah dilakukan. Hasil dapatan kajian menjelaskan bahawa motif pemilikan komuniti Bidayuh terhadap tanah lebih tertumpu kepada usaha untuk mengekalkan identiti dan keperluan ekonomi saradiri mereka. Dapatan temubual mendalam dengan pemilik tanah mendapati motif sosial pemilikan tanah sangat diperlukan atas beberapa sebab seperti keperluan menjaga identiti kelompok, tanah sebagai nilai kekayaan komuniti, tanah sebagai asset ekonomi masyarakat dan melalui tanah ikatan solidary akan dapat diwujudkan. Manakala dapatan dalam konteks ekonomi pula menjelaskan bahawa tanah sebagai sumber pencarian suku kaum, bimbang berlakunya peningkatan dalam pasaran tanah, wujud persaingan dalam pemilikan serta bimbang wujudnya perlucutan pemilikan. Justeru beberapa usaha yang menyentuh keperluan pemerkasaan tanah mereka dalam konteks geran tanah inidividu sangat diperlukan bagi mengelakkan pelbagai perselisihan faham dan dalam masa yang sama dapat mempertahankan keselamatan pemilikan tanah adat

    Tahap penerimaan masyarakat Orang Asli terhadap pemilikan tanah berstatus geran

    Get PDF
    Orang Asli merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat Malaysia. Masyarakat Orang Asli mempunyai hak dan keistimewaan tersendiri seperti yang terkandung di dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134), dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Di samping itu, pemilikan tanah dirujuk secara meluas iaitu meliputi hak dan kepentingan pemilik tanah, penerima pajakan tanah rizab atau pemegang lesen untuk menduduki tanah kerajaan. Mereka dianggap sebagai pemilik tanah dan mempunyai hak penggunaan sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 44 dan seksyen 45 Kanun Tanah Negara. Namun isu yang berkait dengan pencerobahan dan pembangunan tanah orang Asli telah menyebabkan tanah rayau untuk orang Asli semakin merosot. Keadaan ini mengambarkan wujud kelemahan dalam peruntukan undang-undang tanah yang sedia bagi masyarakat orang Asli. Hal ini kemudiannya telah mendorong kepada cadangan keperluan pemilikan bagi tujuan menjaga keselamatan pemilikan tanah orang Asli. Sehubungan itu kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap penerimaan Orang Asli terhadap pemilikan tanah bergeran. Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah kuantitatif telah digunakan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 60 orang responden utama iaitu masyarakat Orang Asli Kg. Sg. Buah dan Kg. Jenderam Hilir, Sepang Selangor. Hasil kajian mendapati tahap penerimaan orang Asli terhadap tanah bergeran adalah yang tinggi. Hal ini jelas apabila tahap penerimaan masyarakat orang Asli terhadap tanah bergeran didapati dipengaruhi oleh faktor dalam sosiobudaya, persekitaran, ekonomi dan identiti. Namun demikian Orang Asli memerlukan pemahaman dan penelitian yang lebih terperinci berkenaan pemberi milikan tanah bergeran tanpa sebarang unsur yang dimanipulasi sebelum ianya diterima secara sebulat suara

    Land tenure security for low-income residents’ urban livelihoods : A human development approach review of temporary occupation license

    Get PDF
    Existing studies on the human development approach discuss how eliminating capability deprivation and enlarging people’s choice led to improvement on their overall wellbeing. However, land tenure security, the precondition to safeguard secure livelihood for poor and low-income urban residents is rarely discussed. This study examines the potential of the human development approach to the land tenure security debate by using a desk review of literature on both concepts. It employs the usage of a land policy instrument, known as the Temporary Occupation License (TOL), which aims to provide urban low-income residents with tenure security despite their lack of formal ownership over the land. In this context, land tenure security is understood from the subjective perspective, rather than from its traditional economic objectives. Findings show that the pursuit of human development through TOL results in an enhanced security of tenure amongst urban low-income residents in two forms. Firstly, protecting them against the threat of eviction through the principle of equity in which TOL provides opportunity for nonlandowners with legal access to state land for housing. Secondly, allowing households to gain the benefits of labour and capital invested in the land. For instance, the principle of efficiency embedded within TOL allows households to utilise land according to their priorities and needs; empowerment allows them to make decisions pertaining to housing and tenure upgrading, whereas sustainability allows citizens and authority to achieve developmental results that benefit both parties. The study concludes that the pursuit of the human development approach in land management, through administrative decisions and conducted in a participatory manner, can indeed enhance land tenure security for urban low-income residents

    Faktor mempengaruhi pendapatan sawit : perspektif pekebun kecil

    Get PDF
    Pekebun kecil sering terdedah kepada isu kemiskinan disebabkan perolehan pendapatan yang kecil. Makalah ini bertujuan menjejaki dan mengenal pasti faktor berpotensi mempengaruhi pendapatan pekebun kecil sawit berdasarkan pengalaman mereka yang terlibat dalam rantaian pengeluaran skala kecil. Kajian ini menggunakan teknik temubual berstruktur bagi mendapatkan maklumat daripada responden berdasarkan soalan temubual yang telah dibina. Data temubual dianalisis menggunakan kaedah analisa tematik bagi mengesan trend tema faktor yang dijangka mempengaruhi pendapatan pekebun kecil. Seramai empat (4) orang informan yang terdiri daripada pekebun kecil telah terlibat dalam sesi temubual dan dipilih menerusi kaedah persampelan bola salji. Hasil menunjukkan terdapat 4 tema faktor mempengaruhi pendapatan pekebun kecil sawit iaitu kos penyelenggaraan kebun dan pokok yang tinggi, masalah dan kos pekerja, peraturan yang menganggu dan harga pasaran buah sawit. Keaslian kajian ini terletak pada usahanya mengesan faktor-faktor mempengaruhi pendapatan sawit berdasarkan perspektif pekebun kecil dan menjelaskan faktor berkenaan menurut pengalaman sebenar pekebun kecil dalam pendekatan yang sistematik. Penentuan model khusus faktor mempengaruhi pendapatan sawit pekebun kecil mampu memberi implikasi ilmu dalam bentuk model peramalan yang berguna bagi meramal potensi pendapatan hasil sawit pekebun kecil dalam bidang Pengurusan khususnya berkaitan pendapatan pertanian mampan. Polisi bersesuaian bagi meredakan halangan yang telah dikenal pasti sebagai menganggu kelancaran rantaian penciptaan nilai pendapatan hasil pekebun kecil adalah melibatkan langkah meredakan ketidakpastian harga komoditi, tekanan upah buruh asing dan fleksibiliti peraturan berkaitan kenderaan pengangkut buah sawit

    Pemakaian Lesen Pendudukan Sementara dalam memperuntukkan keselamatan pegangan tanah : satu keperluan terhadap pendekatan pembangunan manusia

    Get PDF
    Perumahan yang selamat merupakan salah satu komponen penting kepada jaminan penghidupan. Namun bagi golongan isi rumah berpendapatan rendah di bandar, ia menjadi satu cabaran kerana kekangan yang dihadapi dari segi akses bagi mendapatkan tanah yang selamat, sesuai serta mampu milik. Artikel ini membincangkan isu keselamatan pegangan tanah dalam kalangan isi rumah yang tidak memiliki hak pemunyaan ke atas tanah. Ia dianalisis dengan menggunakan instrumen pegangan tanah yang dikenali sebagai Lesen Pendudukan Sementara (LPS) yang mengandungi prinsip-prinsip asas Pendekatan Pembangunan Manusia. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan data sekunder yang diperoleh daripada dokumen rasmi dari institusiinstitusi pembangunan dunia dan kajian lepas. Hasil kajian mendapati, penerapan prinsip-prinsip asas Pendekatan Pembangunan Manusia menerusi pemakaian LPS mampu memperuntukkan keselamatan pegangan tanah kepada isi rumah melalui dua cara. Pertama, membekalkan jaminan perlindungan kepada isi rumah dari tindakan pengusiran oleh pihak berkuasa atau pihak ketiga menerusi pemakaian prinsip ekuiti yang memberi peluang kepada isi rumah mendapatkan akses kepada tanah milik kerajaan secara sah. Kedua, membekalkan keyakinan kepada isi rumah untuk menggunakan tanah secara aman dan mengaut faedah daripada pelaburan yang dilakukan ke atas tanah tersebut. Di sini, prinsip kecekapan memberi peluang isi rumah menggunakan tanah berdasarkan keupayaan sumber manusia dan kewangan yang dimiliki, pemerkasaan membolehkan isi rumah membuat keputusan berhubung isu perumahan dan penaiktarafan pegangan manakala kemampanan pula membolehkan rakyat dan pihak berkuasa mencapai objektif pembangunan yang memberi faedah kepada semua. Kajian ini menyimpulkan bahawa penerapan prinsip-prinsip Pendekatan Pembangunan Manusia menerusi pemakaian LPS mampu membekalkan keselamatan pegangan tanah kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah di bandar
    corecore