23 research outputs found

    Penilaian terhadap pelaksanaan pembelajaran kolaboratif dalam pengajaran pendidikan Islam

    Get PDF
    Kertas kerja ini bertujuan menilai pelaksanaan pendekatan pembelajaran kolaboratif dalam pengajaran Pendidikan Islam di sekolah menengah kebangsaan. Perbincangan juga akan menyentuh tentang pandangan guru terhadap pendekatan ini dalam bilik darjah serta masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pengajaran menggunakan pendekatan tersebut. Kajian berbentuk tinjauan ini melibatkan guru Pendidikan Islam di sebuah daerah di negeri Kedah.Dapatan kajian menunjukkan pendekatan kolaboratif ini sentiasa diamalkan oleh guru semasa mengajar dalam bilik darjah. Di samping itu terdapat juga beberapa masalah yang dihadapi oleh guru semasa mengajar menggunakan pendekatan ini

    The learning environment as a predictor of higher order thinking skills

    Get PDF
    The learning environment is one of the elements that will influence higher-order thinking skills (HOTS). The purpose of this study was to test the influence of the learning environment on HOTS. The researcher selected 82 forms two students from two secondary schools in Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia, as the study sample. The researcher has adopted a set of questionnaires that have been developed by previous researchers and a questionnaire developed by the researcher himself. Multiple regression analysis has found that material environment and cooperation between students’ constructs are predictors of HOTS. Therefore, the Ministry of Education Malaysia as a stakeholder in the education sector in the country is expected to: i) Allocate ample expenditure to purchase and maintain all laboratory equipment and materials and ii) Organize workshops on the maintenance of laboratory equipment and materials for laboratory assistants in high school to ensure they are always in the best possible condition. The researcher suggested that future studies focus on producing maintenance modules for the materials and science equipment for laboratory assistants’ use. It is hoped that with this module, the focus on improving Malaysian students’ HOTS will be easily achieved by 2025

    Aspek pengurusan program latihan dan kesannya terhadap kepuasan atlet sekolah sukan

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan aspek Pengurusan Program Latihan terhadap kepuasan atlet sekolah sukan.Seramai 206 orang atlet dari dua buah sekolah sukan di Malaysia telah dipilih menggunakan persampelan rawak sebagai responden kajian. Kajian ini ialah satu kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan untuk menjawab objektif kajian.Satu set soal selidik telah digunakan dalam kajian ini berdasarkan Athlete Satisfaction Questionnaire (ASQ) oleh Reimer dan Chelladurai (1998) sementara bagi Pengurusan Program Latihan Jurulatih (PPLJ) oleh Anuar (2010).Analisis statistic inferens seperti ujian t, Korelasi Pearson dan Regresi Pelbagai digunakan untuk menguji lima hipotesis nol pada aras signifi kan p < 0.05. Program yang digunakan untuk menganalisis data ialah program SPSS versi 20. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifi kan (r = 0.548, p < 0.05) antara Pengurusan Program Latihan Jurulatih dengan kepuasan atlet.Selain daripada itu, aspek pengetahuan jurulatih, aspek kemudahan dan fasiliti serta aspek program latihan merupakan pengaruh Pengurusan Program Latihan jurulatih yang utama terhadap kepuasan atlet.Para jurulatih perlu merangka program latihan selaras dengan perkembangan Sains Sukan moden tanpa melupakan aspek fasiliti dan kemudahan.Teknologi moden dalam fasiliti dan kemudahan harus digunakan oleh jurulatih dan atlet dengan mengurangkan pendekatan secara tradisional

    Teacher readiness in applying ATL skills in the International Baccalaureate Middle Years Programme Schools

    Get PDF
    This article aims to understand the challenges faced by teachers in implementing the Approaches to Learning Skills (ATL Skills) for the teaching of Bahasa Melayu (Malay Language) in the International Baccalaureate Middle Years Programme Schools (MYPIB) in Malaysia. This qualitative case study employed purposive sampling that involved six resilient teachers who were directly involved in the implementations of ATL Skills consisting of four Bahasa Melayu teachers, a MYPIB coordinator and ATL skills coordinator. Triangulation was used to compare data from different sources using semi-structured interviews, story completion tasks, and document analysis. Using the ATLAS.ti software as an aiding tool, thematic analysis was carried out to identify the themes that emerged from the codes. Findings showed that teacher readiness is a challenge that needs to be addressed in the process of applying ATL skills in the MYPIB implemented by the Malaysian Ministry of Education. Teachers still need courses and training to improve their mastery in the ATL skills application. This study provided implications to teaching and learning, and recommendations to teachers as well as the Ministry to make improvements in the effort to apply ATL skills in the teaching-learning processes at the MYPIB schools

    Pentaksiran dalam kelas melalui pendekatan Outcome Based Education (OBE): Satu analisis terhadap pengetahuan dan amalan pensyarah

    Get PDF
    Pelaksanaan pendekatan OBE telah mula diperkenalkan di Institut Pendidikan Guru (IPG) sejak tahun 2015.Kurikulum ditambah baik melalui dokumen Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) merangkumi aspek Objektif Pendidikan Program (PEO) dan Hasil Pembelajaran Program (PLO),pengiraan Jam Pembelajaran Pelajar (SLT),Pengetahuan Kandungan Pedagogi Teknologi (TPCK) dan kemahiran insaniah. Namun, sejauh mana pensyarah mengetahui dan mempraktik pelaksanaan OBE melalui RMK masih menjadi tanda tanya.Kajian ini merupakan satu tinjauan awal untuk melihat sejauh mana pensyarah IPG Kampus A mengetahui dan mengamalkan pendekatan OBE bagi pentaksiran dalam kelas. Rekabentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif di mana kaedah yang dipilih ialah kaedah tinjauan menggunakan soal selidik berskala Likert 5 mata. Soal selidik Matriks Jajaran Konstruktif diadaptasi dari Instrumen Addington & Johnson (1999) dan ditadbir ke atas 85 orang pensyarah IPG Kampus A.Data dianalisis secara deskriptif iaitu peratus dan min dengan menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS) versi 20.0. Secara keseluruhan, data menunjukkan pengetahuan pensyarah dalam membina dokumen Jadual Spesifikasi Ujian (JSU),entrancesurvey dan entry survey serta perancangan strategi dalam kelas dengan mengambil kira jajaran konstruktif yang terkandung dalam RMK berada pada tahap tinggi (min=3.96).Apabila dipetakan pengetahuan dengan amalan pensyarah dalam setiap jajaran yang dikaji, data yang diperolehi menunjukkan pensyarah mengamalkan konsep OBE pada tahap sederhana (min= 3.45) .Dapatan ini memberi satu sumber maklumat untuk Unit Akademik merancang PLC yang tepat untuk pensyarah menambah baik amalan

    Aplikasi pembelajaran Jigsaw II dalam pengajaran penulisan Bahasa Melayu

    Get PDF
    Penulisan karangan adalah komponen utama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sama ada pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) mahupun Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Penguasaan kemahiran yang kurang memberangsangkan boleh menyebabkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu secara khususnya akan turut terjejas.Pelaksanaan pembelajaran Jigsaw II mampu untuk membantu pelajar menguasai kemahiran penulisan karangan.Kajian ini bertujuan untuk meninjau sikap murid terhadap pembelajaran Jigsaw II dan kesannya terhadap penguasaan kemahiran menulis karangan.Kajian berbentuk kuasi eksperimen ini melibatkan seramai 60 orang responden yakni, 30 orang dalam kumpulan kawalan dan 30 orang kumpulan eksperimen.Soal selidik tentang sikap dan dua siri ujian penulisan karangan sebelum dan selepas pelaksanaan pembelajaran Jigsaw II digunakan.Kajian mendapati murid menunjukkan sikap yang positif terhadap pelaksanaan pembelajaran menggunakan Jigsaw II dan ujian-t yang dijalankan menunjukkan perbezaan yang signifikan antara pencapaian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.Keadaan ini menunjukkan keberkesanan pembelajaran tersebut terhadap penguasaan kemahiran menulis karangan responden.Pembelajaran Jigsaw II juga mampu meningkatkan kemahiran kognitif dan kemahiran interpersonal responden

    Education Management in the Development of Contextual Problems Using Mobile Augmented Reality to Support Mechanical Engineering Students Creativity in Learning Mathematics

    Get PDF
    There are still many mechanical engineering students who are passive in learning activities. The aim of this research is to create Mobile Augmented Reality to provide contextual problems to mechanical engineering students. So, students can imagine and be active in learning. The method used is 4D development (Define, Design, Develop, and Disseminate). Apart from that, it uses quantitative research to influence the use of mobile augmented reality. Next is qualitative research to analyze the use of mobile augmented reality. The conclusion of this research states that there is a significant influence on the activeness and creativity of mechanical engineering students after developing and using mobile augmented reality in mathematics learning activities

    Hubungan di antrara iklim sekolah dan kepuasan kerja guru sekolah menengah di daerah Kuala Nerus, Terengganu

    Get PDF
    Keperluan untuk mewujudkan iklim sekolah yang positif semakin mendapat perhatian serius daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sehinggalah kepada pengetua sekolah.Iklim sekolah yang positif akan melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi dan memartabatkan sistem pendidikan di negara kita.Hubungan di antara iklim sekolah dan kepuasan kerja guru adalah positif (Muhammad Arifin, 2015).Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kepuasan kerja guru dan tahap iklim di sekolah menengah di daerah Kuala Nerus, Terengganu.Di samping itu, kajian ini berhasrat untuk mendapatkan hubungan di antara iklim sekolah dan kepuasan kerja guru di sekolah-sekolah tersebut.Seterusnya, kajian ini juga adalah untuk mengkaji sama ada wujud perbezaan yang signifikan di antara iklim sekolah dan kepuasan kerja guru bagi sekolah berlainan gred.Data yang diperoleh melalui kaedah soal selidik ke atas 105 orang guru akan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi menerusi program Statistical Package For The Social Science (SPSS) 21.0 Window 7. Dapatan kajian menunjukkan tahap iklim sekolah dan kepuasan kerja guru di sekolah menengah Kuala Nerus adalah sederhana.Di samping itu, terdapatnya perbezaan yang signifikan antara tahap kepuasan kerja guru di kedua-dua kategori sekolah tersebut iaitu sekolah menengah gred A menunjukkan tahap kepuasan guru lebih rendah dan di sekolah menengah gred B menunjukkan tahap kepuasan guru lebih tinggi.Sebaliknya tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi iklim sekolah di kedua-dua kategori sekolah tersebut, walau bagaimanapun dapatan kajian menunjukkan tahap iklim di sekolah menengah gred A adalah lebih rendah berbanding sekolah menengah gred B.Seterusnya kajian ini juga menunjukkan terdapatnya hubungan signifikan positif yang kuat di antara iklim sekolah dan kepuasan kerja guru.Bagi domain kepuasan kerja guru pula, domain tanggungjawab menunjukkan min tertinggi, manakala domain keselamatan menujukkan min terendah.Akhir sekali, implikasi dapatan kajian ini dibahagikan kepada tiga bidang utama, iaitu bidang ilmu, teoritikal dan juga praktika

    Teacher readiness issues in implementing school-based assessment

    Get PDF
    School-based assessment (SBA) now viewed from a broader perspective.To ensure a quality education that leads to the development of human capital 'first class mentality', the examination system has now been reinforced by expanding the concept to pentaksiran. PBS is a form of assessment practices that are designed, built, managed, checked, recorded and reported systematically by teachers and school authorities. These assessments should follow the procedures established by the Examination Board. Accordingly, the practice assessment conducted by teachers expected to provide accurate and shows the real situation on the level of student learning. This article is a concept paper discussed issues relating to teachers willing to implement practices PBS. This article also highlighted the issue of readiness of teachers as well as its impact on the practice of PBS. Matters discussed in line with the Malaysian Education Blueprint (2013-2025), in the first wave (2013-2025), the Ministry of Education will focus on improving the quality of teaching by improving the quality of teachers and school leaders. The study also put forward some suggestions for the improvement of quality in the implementation of PBS

    Amalan pedagogi berpusatkan pelajar dan masalah yang dihadapi guru-guru pelatih program pensiswazahan guru untuk mengamalkan pedagogi berpusatkan pelajar semasa praktikum

    Get PDF
    Pembelajaran abad ke-21 memberi penekanan kepada komunikasi, kolaborasi, kritikal dan kreativiti namun sehingga kini, masih ramai guru pelatih masih mengamalkan pembelajaran berpusatkan guru.Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah amalan pedagogi berpusatkan pelajar oleh guru pelatih program pensiswazahan guru (PPG) yang mengikuti program latihan mengajarmanakala secara khususnya kajian ini bertujuan untuk menjelaskan (a) kaedah, pendekatan dan teknik pengajaran berpusatkan pelajar yang sering digunakan semasa praktikum, (b) respons pelajar terhadap aktiviti berpusatkan pelajar yang digunakan semasa praktikum dan (c) meneroka masalah-masalah utama guru pelatih dalam pelaksanaan pembelajaran berpusatkan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Kajian ini menggunakan kajian kualitatif yang melibatkan empat guru pelatih mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah di Kedah yang sedang mengikuti PPG di Universiti Utara Malaysia. Data kajian dikumpul melalui temu bual, pemerhatian pengajaran dan analisis refleksi guru pelatih
    corecore