42 research outputs found

    Interweaving Conceptual and Substantial Problems of Writing Instruction: Socio Reflective on Exploring Hortatory and Analytical Exposition

    Get PDF
    This paper explores interweaving conceptual and substantial problems of teaching writing skills for analytical and hortatory exposition texts. Under the narrative inquiry, five English teachers’ personal life experiences were analyzed. Having been analyzed, the findings reveal: (1) students were still weak in understanding the concept of the two texts (social function, generic structure, and lexicogrammatical features of the text). (2) Students’ confusion to distinguish the two genres is supported by the condition that they do not learn the genres in their primary language. (3) The students are not accustomed to expressing their arguments whereas in analytical and hortatory texts the main points are presenting sequences of arguments in the body of the text. (4) Students have low motivation to read therefore it is hard for them to propose the suggestion and make reiteration in the end of hortatory and analytical exposition texts, and (5) lexicogrammatical features or the grammar that are commonly used in those texts are complex for the students in that level

    PEMIKIRAN FUNDAMENTAL MELAYU DALAM SIMPULAN BAHASA “BESAR KEPALA”

    Get PDF
    Masyarakat kini kurang menggunakan simpulan bahasa dalam komunikasi seharian. Simpulan bahasa dianggap melambatkan proses komunikasi dua hala kerana masyarakat berpegang\ud pada prinsip “telus kata” tanpa kias yang tersirat. Keadaan ini menjadikan simpulan bahasa jarang kedengaran di bibir masyarakat terutamanya remaja. Simpulan bahasa hanya digunakan dalam acara tertentu oleh orang tertentu pada masa tertentu. Kebimbangan mula terasa kerana penggunaan simpulan bahasa yang kian dilupakan menyebabkannya terhakis dan luntur sedangkan kebijaksanaan orang Melayu yang mencipta simpulan bahasa sepatutnya dihargai. Rentetan masalah, maka kajian ini cuba mengupas pemikiran fundamental Melayu dalam simpulan bahasa “besar kepala”. Pemikiran fundamental Melayu menurut Za’ba (2002) terbentuk daripada pengalaman, akliah dan renungan serta intuisi atau rasa hati. Bagi membentuk simpulan bahasa “besar kepala”, masyarakat Melayu membayangkan kejadian yang pernah dilihat dan dialami dalam kehidupan seharian. Bayangan atau skema imej menurut Lakoff dan Johnson (2003) diperoleh berdasarkan pengalaman orientasi, ontologi dan struktural. Simpulan bahasa dicipta dengan cermat bagi menghasilkan leksis yang harmoni dan serasi. Keserasian konseptual di dalam ruang-ruang mental manusia menurut Fauconnier dan Turner (2002) dilihat sebagai satu penyatuan konsep dalam pembentukan simpulan bahasa yang dijelmakan melalui huraian dalam Teori Blending. Sebanyak 100 data simpulan bahasa “besar kepala” yang berlaku dalam pemikiran Melayu dianalisis mengikut pemahaman Teori Blending. Data ini diperoleh melalui korpus digital Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan menggunakan kaedah kualitatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa simpulan bahasa “besar kepala” terbentuk dalam pemikiran jenis orientasi disebabkan pengalaman manusia dengan ruang dan tempat. Pengalaman fizikal masyarakat Melayu dahulu menggunakan kebijaksanaan akal yang tinggi dibandingkan masyarakat kini yang kurang peka menghayati elemen sekitaran semasa berkias. Oleh itu, masyarakat kini harus diberi kesedaran untuk terus menghargai dan memelihara simpulan bahasa sebagai warisan yang penting

    Leksis bagaton dalam korpus Bahasa Melayu sebagai simbol keintelektualan masyarakat peribumi Sabah

    Get PDF
    Penyelidikan ini dilaksanakan untuk mengkaji fungsi leksis bahasa sukuan bagaton peribumi Sabah dalam korpus bahasa Melayu. Pengekalan penggunaan leksis bahasa sukuan bagaton berjaya memanifestasikan adat tradisi masyarakat peribumi Sabah, khususnya masyarakat Kadazan-Dusun. Sumber data yang dimanfaatkan adalah daripada data korpus bahasa Melayu yang dibangunkan sendiri oleh penyelidik. Teks yang digunakan ialah Bagaton dan Mariga oleh Amil Jaya, Dukanya Abadi, Kukui, Dari dalam Cermin, dan Debur Menerpa oleh Azmah Nordin. Sebanyak 145 leksis bahasa sukuan telah dikenal pasti digunakan secara bersama-sama dengan bahasa Melayu dalam data korpus. Bagaimanapun, dalam artikel ini salah satu leksis yang hadir, iaitu leksis bagaton dipilih untuk dianalisis dengan menggunakan teori semantik ranah (frame semantics) yang dipelopori oleh Charles Fillmore (1982). Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan berteori linguistik, khususnya semantik ranah dapat memerihalkan gelagat semantik leksis bahasa sukuan dalam korpus bahasa Melayu. Leksis bagaton hadir membawa tiga makna, iaitu bekas penyimpanan, khas dan unsur kepercayaan. Leksis bagaton telah bertindak sebagai lambang kekuatan ikatan kekeluargaan, kasih sayang, status kedudukan, dan nilai kepercayaan masyarakat peribumi Kadazan-Dusun. Leksis bagaton yang digunakan dilihat dapat menyerlahkan keintelektualan masyarakat peribumi Sabah. Menerusi leksis bagaton, pemikiran masyarakat Kadazan-Dusun yang berpegang teguh pada adat tradisi telah menyerlahkan lagi jati diri mereka. Dapatan juga membuktikan bahawa hujahan dalam ilmu linguistik dapat menjelaskan fungsi kewujudan dan kewajaran leksis bagaton dalam korpus adalah disebabkan motivasi, potensi dan reputasi leksis tersebut

    Daripada ‘alam darjat’ kepada ‘alam fizikal’: analisis semantik kognitif (From ‘supreme world’ to ‘physical world’: a cognitive semantic analysis)

    Get PDF
    Artikel ini membicarakan perubahan makna pada kata serapan asing dalam bahasa Melayu, misalnya, leksikal alam (berasal daripada bahasa Arab) yang telah sebati dalam kosa kata Melayu. Sumber utama perbicaraan ini adalah data korpus klasik dalam Malay Concordance Project (MCP) dan data korpus moden dalam pangkalan data Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Didapati peredaran masa telah menyebabkan kata alam mengalami perubahan makna terasnya. Perbicaraan ini akan memberi fokus terhadap motivasi kognitif yang berlaku dalam domain ‘darjat’ pada era klasik dan domain ‘alam fizikal’ dalam era semasa melalui pendekatan teori semantik kognitif. Motivasi kognitif dalam konteks ini adalah didasari oleh mekanisme kognitif yang mengikat makna-makna yang terhasil itu. Analisis daripada data korpus tersebut menunjukkan makna teras alam dalam era klasik boleh dirujuk sebagai ‘darjat.’ Namun begitu pada era semasa, makna teras alam boleh difahami sebagai ‘alam fizikal.’ Setiap perubahan makna ini bukanlah berlaku dengan wewenang tetapi bermotivasi

    Perbandinagan nilai kerajinan dalam peribahasa Melayu dan peribahasa tamil : analisis teori hibrid

    Get PDF
    Nilai moral memberi gambaran untuk membentuk sikap positif dan pemikiran yang tinggi dalam kalangan pelajar. Kertas ini mengetengahkan konsep nilai kerajinan yang dilihat dalam peribahasa Melayu dan peribahasa Tamil. Peribahasa secara umumnya dapat merakamkan keadaan, sifat, kejadian, peristiwa dan nilai dalam kehidupan; termasuklah nilai kerajinan yang menjadi elemen penting dalam memupuk peradaban masyarakat. Nilai kerajinan dalam peribahasa Melayu meliputi daya usaha, ketekunan, menepati masa dan cermat dalam melaksanakan tugas. Begitu juga dalam peribahasa Tamil yang memiliki nilai dan falsafah tersendiri. Namun begitu, budaya dan konteks kehidupan masyarakat yang berbeza menjadi faktor dalam mewujudkan persamaan dan perbezaan dari sudut nilai dan falsafah peribahasa. Permasalahan ini membuka ruang kepada penyelidik dalam usaha mengkaji susur-galur perbandingan nilai dan falsafah kerajinan antara peribahasa Melayu dan peribahasa Tamil menerusi analisis Teori Hibrid yang dipelopori oleh Markus Tendahl (2009). Kajian ini berbentuk kajian kualitatif, iaitu melibatkan analisis kandungan. Instrumen senarai semak digunakan bagi mengenal pasti pencirian elemen kerajinan dalam kedua-dua peribahasa. Fokus diberikan kepada enam data peribahasa pada aras sekolah rendah iaitu tiga data peribahasa Melayu dan tiga data peribahasa Tamil. Dapatan kajian menunjukkan terdapat pelbagai slot kosong dalam rantau konsepsi ruang mental masyarakat Melayu dan India berdasarkan peribahasa yang dikaji. Pengisian slot-slot kosong ini juga diteguhkan dengan beberapa konsep ad-hoc yang dapat memperjelas konteks peribahasa dalam kedua-dua budaya, sekaligus menyerlahkan dimensi nilai kerajinan dalam peribahasa Melayu dan Tamil. Penggunaan Teori Hibrid menunjukkan satu corak baharu dalam literatur kajian perbandingan antara falsafah peribahasa Melayu dan Tamil. Analisis kajian juga mendapati konsep ad-hoc yang digunakan dalam peribahasa Melayu dan Tamil berbeza mengikut akal budi masyarakat Melayu dan India

    Pendekatan kemahiran berfikir aras tinggi menerusi pemetaan metafora konsepsi dalam penulisan bahagian pendahuluan karangan Bahasa Melayu

    Get PDF
    Kemahiran berfikir merupakan salah satu aspirasi murid yang sangat penting untuk melahirkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21. Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu amat dititikberatkan, terutamanya dalam penulisan karangan. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) menerusi pendekatan Metafora Konsepsi diperkenalkan bagi meneliti idea dalam penulisan bahagian pendahuluan karangan bahasa Melayu oleh pelajar-pelajar tingkatan lima. Kajian ini menggunakan pendekatan Metafora Konsepsi menerusi teori Semantik Kognitif yang diperkenalkan oleh George Lakoff & Mark Johnson (1980). Teori ini menggagaskan proses pemetaan yang abstrak kepada konkrit menerusi Metafora Konsepsi di samping mewajarkan proses metonimi yang terhasil menerusi pemetaan Metafora Konsepsi tersebut. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis dokumen. Seramai tiga orang pelajar yang dipilih secara persampelan bertujuan untuk terlibat dalam kajian ini bagi menilai bahagian pendahuluan hasil karangan mereka berdasarkan kepada analisis elemen KBAT menerusi pendekatan Metafora Konsepsi. Instrumen senarai semak diaplikasikan sebagai metode analisis. Hasil kajian menunjukkan bahawa pemetaan idea dalam penulisan pendahuluan karangan pelajar melibatkan pelbagai jenis Metafora Konsepsi. Dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar telah membina idea pendahuluan dalam karangan jenis perbincangan dengan mengaitkan latar pengetahuan yang berhubung kait dengan pengalaman badaniah. Menerusi kajian ini, elemen KBAT yang menjadi inti pati penting dalam kurikulum negara dapat dihayati dari perspektif interdisiplin, iaitu dalam bidang Pendidikan dan bidang Semantik secara tidak langsung. Kajian berasaskan pendekatan Metafora Konsepsi bukan sahaja dapat membantu guru-guru dalam meneliti hubungan antara elemen KBAT dengan konteks kognitif pelajar, malahan dapat menjadi garis panduan bagi mengesan idea kreatif dan kritis dalam penulisan bahagian pendahuluan karangan bahasa Melayu

    REPRESENTASI ‘PROSES’ DALAM WACANA UNIT PENDAHULUAN PENULISAN KARANGAN

    Get PDF
    Dalam usaha mewacanakan unit pendahuluan penulisan karangan yang menarik perhatian pembaca melibatkan kaedah yang mampu membangkitkan dan mempersembahkan konteks atau idea melalui ayat yang diaturkan. Unit pendahuluan dalam penulisan karangan merupakan komponen penting kerana terkandungnya arah tuju dan objektif sesebuah penulisan. Oleh itu, analisis dalam makalah ini dibataskan kepada unit pendahuluan sahaja yang melibatkan 342 ayat daripada 91 buah karangan murid bahasa kedua. Analisis dokumen ini dilakukan dengan meneliti Tema Ideasional yang melibatkan enam jenis Proses, iaitu Perihal, Lakuan, Minda, Petingkah laku, Verbal dan Maujud berlandaskan Teori Linguistik Fungsional. Daripada analisis didapati bahawa murid lebih memanfaatkan proses Lakuan, Perihal dan Mental dalam usaha mempersembahkan unit pendahuluan yang berarah tuju dan memberi makna. Penggemblengan unsur ini, membuktikan murid memiliki keupayaan dalam mengatur klausa unit Pendahuluan yang meyakinkan pembaca dan menyerlah konteks atau idea yang diutarakan. Perungkaian dan penjelasan Proses ini memberikan impak kepada guru dan murid terhadap kepentingan pemilihan Proses yang tepat bagi menyampaikan unit pendahuluan yang memiliki potensi untuk dipertingkatkan maknanya justeru memenuhi kriteria pembinaan unit penulisan yang berkesan

    Analisis Kata Kunci Dalam Soalan Karangan Bahasa Melayu Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Dengan Menggunakan Perisian Atlas.Ti 9

    Get PDF
    Perisian ATLAS.ti 9 telah banyak digunakan dalam bidang penyelidikan. Perisian ini mampu diaplikasikan bagi menganalisis koleksi data secara sistematik terutama dalam bentuk teks. Berdasarkan perkembangan ini, penggunaan perisian ATLAS.ti 9 bagi menganalisis soalan karangan wajar dipraktikkan bagi mewujudkan proses analisis yang bersistematik. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk menganalisis kata kunci yang sering digunakan dalam soalan karangan bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membentuk kata kunci utama. Data kajian menggunakan soalan karangan SPM percubaan, soalan karangan SPM ulangan dan soalan karangan SPM sebenar dari tahun 2010 hingga tahun 2020. Alat Pembinaan Soalan Kajian (RQDT), iaitu PICo yang mewakili Populasi, Fokus atau Minat dan Konteks diadaptasi bagi membolehkan aspek utama soalan karangan dapat dikategorikan untuk dianalisis. Kaedah analisis tematik Braun & Clarke dipraktikkan dengan bantuan perisian ATLAS.ti 9 bagi menghasilkan tema tertentu pada setiap kod yang dibina. Tema-tema yang mewakili keseluruhan kata kunci seterusnya dirujuk kepada dua pakar dalam bidang penulisan karangan SPM bagi mendapatkan kesahan. Berdasarkan penyelidikan ini, didapati soalan karangan SPM dapat dikategorikan kepada tiga aspek utama berdasarkan PICo. Selain itu, wujud enam kata kunci utama yang mewakili aspek Populasi, tiga kata kunci utama yang mewakili aspek Fokus dan 12 kata kunci utama yang mewakili Konteks. Perkongsian proses penyelidikan ini penting bagi menjana inovasi guru-guru dalam proses menganalisis sesuatu bahan serta memberi pendedahan berkaitan perisian serta kaedah analisis terkini dalam penyelidikan. Selain itu, hasil kajian ini juga membolehkan penulisan karangan murid mampu difokuskan pada kehendak soalan berdasarkan tiga aspek utama serta tiga kata kunci utama yang sekali gus membuka peluang untuk perkembangan kajian lanjutan berkaitan inovasi dalam penulisan karangan

    Interpretasi partikel wacana ‘Lah’ berdasarkan ilmu Balaghah: Interpretation of discourse particle ‘Lah’ based on knowledge of Balāghah

    Get PDF
    The development of studies in Malay and Arabic has prompted researchers to construct an interpretation of the discourse particle ‘lah’ based on the Arabic linguistic perspective. This research adapted methods used by Sidnell in detailing aspects of interpretation choice with regard to discourse type, informants, and data transcription procedures. Recordings of the discourse on Wacana Sinar with the title “Plan for National Young Leaders/Pelan Pemimpin Muda Untuk Negara” is used. The interview involved a moderator and three-panel members from the government and from the opposition parties. In the process of developing interpretation for the discourse particles ‘lah’, knowledge of Arabic Balāghah is adapted to its use in Malay. Based on this knowledge, specifically on knowledge of al-ma’ānī, analysis to build the discourse interpretation of the particle ‘lah’ is focused on the form of spoken speech (khabarī), aspects of the structure of speech (isnād) and aspects of language style (uslūb). The result of this study indicated two interpretations of the discourse particles ‘lah’. One is indicative of the speech structure used (isnād). Apart from that, twelve other interpretations of discourse particles ‘lah’ are based on aspects of language style (uslūb). This cross-language study is expected to increase the knowledge of the elements of Arabic which in turn enables it to re-dignify the Malay language

    IMPAK PENGGUNAAN BAHASA DALAM IKLAN KHIDMAT MASYARAKAT PETRONAS BERDASARKAN TEORI LINGUISTIK SISTEMIK FUNGSIONAL (TLSF)

    Get PDF
    Iklan Khidmat Masyarakat (IKM) adalah suatu pengumuman atau pemberitahuan yang bersifat non komersial yang mempromosikan program-program, kegiatan, perkhidmatan kerajaan, perkhidmatan  organisasi bukan perniagaan dan pemberitahuan-pemberitahuan lainnya tentang keperluan perkhidmatan masyarakat dan pemberitahuan yang bersifat komersial (Crompton dan Lamb, 1986).  Iklan Khidmat Masyarakat merupakan projek video multimedia yang merangkumi kepelbagaian modaliti seperti elemen grafik, teks, audio dan video. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti mod linguistik yang digunakan dalam menghasilkan IKM selain keberkesanan paparan visual. Data diperoleh daripada rakaman video iklan raya Petronas kerana iklan ini merupakan iklan tahunan yang disiarkan di televisyen. Kerangka konsepsi kajian ini didirikan berdasarkan gabungan Teori Linguistik Sistemik Fungsional (TLSF) dan Teori Multimodaliti (TM). Gabungan kedua teori ini dipercayai dapat membantu menghasilkan IKM yang menepati tema yang dihasratkan oleh pengiklan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa teks bahasa merupakan mod linguistik yang bertindak sebagai elemen multimodal yang berkesan dan menjadi pelengkap kepada mod visual. Dengan kata lain, fungsi teks bahasa adalah untuk  menyediakan konteks dalam iklan dengan menambah maklumat supaya penonton dapat memahami mesej yang ditonjolkan
    corecore