8 research outputs found

    Museums and Agenda of the Civilization Dialogue: A Functional Approach

    Get PDF
    Artikel ini menganalisis peran museum sebagai perantara budaya dalam dialog peradaban. Seperti kita ketahui bahwa ada perjalanan penting dalam sejarah Malaysia pada umumnya setelah berinteraksi dengan pendudukan Inggris. Kajian literature ini menegaskan kembali peran museum sebagai harta karun budaya dalam kehidupan sosial saat ini. Adapun contoh kasus museum sebagai mediator dialog antar peradaban dalam tulisan ini adalah Museum Pahang. Di museum ini ditemukan berbagai obyek atau aktivitas yang mendukung dialog antar peradaban tersebut

    ISLAM DAN CABARAN SEKULARISME DI TANAH MELAYU: ANALISA KITAB JAWI TERPILIH

    Get PDF
    This paper investigates how the response of Malay Islamic intellectualism to the challenges of globalizing secularism. With the library approach, it can be emphasized that researchers have proven the eternal nature of classical Malay books in the face of the challenges of modernization that arise in society. This can be seen from the discussion about the issue of epistemology, world-view and changes in society in these books. In the estimation of the academic world, all of this evidence shows the ability of classical Malay books to solve the problems of the Islamic ummah, even though they were allegedly perceived as an old inheritance

    The Formation of Nationalism-Religious Country in Malaysia

    Get PDF
    After independence, efforts to reconstruct the history of ancient Malaysia recorded by colonial scholars have been made. However, there are still poor explanations. Therefore, the following studies are the study of the history of the Malay community in a new interpretation. The methods used in this study are phenomenological. With this method it was found that the process of independence of Malaya in 1957 did not take place in the short run by the British and its elite, but it took a long time and made little sacrifice. It started in the form of awareness by scholars of Malay nationalism itself which unfortunately has been forgotten or closed their role by chroniclers

    PERBANDINGAN PENDEKATAN PENJAJAHAN BRITISH DAN BELANDA

    Get PDF
    Tulisan ini menyelidiki pola penjajahan Inggris dan Belanda dan impaknya pada negara yang dijajah. Dengan pendekatan kepustakaan, dapat ditegaskan bahawa kedua-dua kuasa penjajah tersebut memang terlibat secara langsung dan tidak langsung menindas masyarakat tanah jajahan. Terdapat lebih banyak persamaan daripada perbezaan apabila menyentuh pendekatan penjajahan yang digunakan. Bahkan tidak keterlaluan dikatakan bahawa pendekatan dominasi (penindasan fizikal) dan hegomoni (penindasan secara muslihat) milik British lebih jahat dan ianya kekal lebih lama di Malaysia. Buktinya, banyak masalah masyarakat Malaysia timbul seperti mana isu polarisasi kaum, tohmahan kelemahan Islam, kelemahan ekonomi orang Melayu dan banyak lagi – berpunca semuanya daripada dasar jahat yang diaplikasikan oleh pihak British

    Artifak muzium sebagai cermin kepada world-view Melayu: kajian di Muzium Abu Bakar Pekan Pahang

    Get PDF
    Terdapat aksiom yang mengatakan artifak muzium adalah gambaran falsafah kehidupan yang dipegang oleh sesuatu masyarakat. Kajian ini menggunakan kaedah analisis perpustakaan dan temu bual yang mengkaji tiga galeri di Muzium Abu Bakar Pekan Pahang iaitu Galeri Islam di Pahang, Galeri Kesultanan Melayu Pahang - Daulat Tuanku dan Galeri Kehambaan. Hasil penelitian ini mendapati tiga perkara utama. Pertama, kesemua galeri menggunakan falsafah pasca kolonial dalam pembinaan asasnya. Kedua, pemilihan artifak galeri menggunakan falsafah Islam iaitu Tauhid, Wasatiyyah, budaya ilmu dan Rationalistik. Ketiga, Galeri kesultanan Melayu Pahang dan galeri kehambaan mencerminkan sifat dominasi intelektual Islam dalam masyarakat Melayu. Kesemuanya menonjolkan elemen tempatan (Islamicate) yang cukup tinggi

    Muzium dan agenda counter islamophobia : satu analisis / Ahmad Farid Abd Jalal ... [et al.]

    Get PDF
    Masalah terbesar umat Islam semasa adalah membabitkan isu ekstremisme dalam beragama. Sejarahnya bermula apabila berlaku pertembungan nilai antara peradaban Islam dan barat. Barat melihat dunia Islam sebagai pencetus kepada agenda keganasan yang perlu ditentang secara habis-habisan. Tindak balas yang timbul terhadap isu ini menyebabkan lahirnya fenomena Islamofobia. Diakui bahawa masyarakat Islam, khususnya kalangan akadem ataupun memperbetulkan citra negatif ini. Hal ini dilakukan melalui medium pendidikan dan penyelidikan ilmiah. Artikel ini akan cuba melihat peranan muzium dalam usaha memperbetulkan citra negatif yang dibawa oleh Islamofobia tajaan barat. Fokus utama kajian akan diberikan kepada peranan yang dimainkan oleh Muzium Masjid Sultan Abdullah di Pekan Pahang. Dengan memberikan penekanan terhadap isu-isu berkaitan identiti, agama dan global, uzium ini dilihat mampu menjadi pemangkin dalam menangani persoalan berkaitan salah faham terhadap Islam. Jelaslah bahawa, muzium mampu dalam membersihkan citra negatif Islamofobia melalui pameran yang dijalanka

    Muzium Pahang dan isu penjajahan British di Tanah Melayu

    Get PDF
    Klas Grinell menegaskan dalam carta UNESCO (1945) bahawa trauma kemusnahan manusia akibat Perang Dunia Kedua boleh diubati dengan warisan tamadun ilmu, sejarah, budaya dan seni. Oleh itu, UNESCO dan ICOM (Majlis Muzium Antarabangsa) menekankan peranan besar yang perlu dimainkan oleh muzium untuk tujuan menjaga dan mempelajari warisan sejarah dan budaya ini. Namun begitu, terdapat tiga paradigma yang dipegang khususnya dalam kalangan penganut Islam membabitkan peranan muzium ini. Pertama, golongan yang memusuhi muzium secara mutlak. Kedua, golongan yang menerima konsep muzium baharu secara mutlak dan ketiga, golongan reformis yang mengambil sikap selektif terhadap institusi muzium. Hal ini demikian kerana idea penubuhan muzium itu sendiri pada awalnya dicetuskan oleh penjajah khususnya British bagi tujuan mengumpulkan hasil-hasil alam semula jadi dan koleksi-koleksi berharga di Tanah Melayu. Dalam masa yang sama, mereka mengasaskan ilmu kolonial bagi mengkaji masyarakat tanah jajahan secara tuntas demi kepentingan penjajahan. Setelah Tanah Melayu merdeka, muzium dilihat menyumbang kepada pembangunan negara, menjadi agen penyebar ilmu pengetahuan, serta memupuk identiti bangsa. Objektif utama makalah ini adalah untuk mendedahkan peranan Muzium Pahang dalam menghadapi isu-isu penjajahan British di Tanah Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah pensejarahan dengan menganalisis sumber-sumber penyelidikan, bahan-bahan penerbitan, koleksi-koleksi serta galeri-galeri Muzium Pahang khususnya Galeri Kesultanan Melayu Pahang dan Islam di Pahang. Hasilnya, kajian ini mendapati Muzium Pahang telah mendedahkan isu-isu penjajahan British di Tanah Melayu melalui siri-siri penyelidikan, kolokium, penerbitan serta pameran yang diadakan. Penubuhan Pusat Kajian Sejarah dan Tamadun Al-Sultan Abdullah – Muzium Pahang (AL-ASAR) telah menggiatkan lagi kajian ilmiah berkaitan ilmu kolonial di alam Melayu dengan menjawab teori-teori orientalis Barat, kesannya terhadap Islam dan pembentukan institusi muzium di Malaysia. Isu-isu penjajahan ini perlu dipelajari bagi memastikan agar penjajahan kuasa asing tidak lagi berulang di Malaysia
    corecore