51 research outputs found

    Praktis dakwah oleh organisasi dakwah kerajaan dan badan dakwah bukan kerajaan terhadap etnik Penan di Bintulu Sarawak

    Get PDF
    Kertas kerja ini adalah berkaitan praktis dakwah organisasi dakwah kerajaan dan badan dakwah bukan kerajaan (NGO) terhadap etnik Penan di Bintulu Sarawak. Tujuan artikel ini pertama, mengkaji pendekatan dakwah oleh badan-badan dakwah yang terlibat secara langsung di Bahagian Bintulu dan Kuching. Kedua, menganalis pendekatan dakwah yang dipraktikkan. Ketiga, mengenalpasti permasalahan, reaksi dan keberkesanan pendekatan dakwah. Keempat, memberi cadangan yang sesuai kepada organisasi dakwah dalam mendekati etnik Penan khususnya dan etnik lain di Serawak. Kajian ini berbentuk kepustakaan dan lapangan. Kajian kepustakaan dijalankan untuk melihat perkembangan Islam di Bintulu dan Sarawak dan organisasi dakwah yang terlibat. Melalui kajian lapangan pengkaji menggunakan borang soal selidik, pemerhatian, kunjungan ke lokasi kajian dan temubual bersama kader-kader dakwah. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengetahuan mereka tentang aspek pendakwahan berada pada tahap yang tinggi, badan-badan dakwah berjaya mendekati saudara baru dengan kaedah dan pendekatan pelbagai. Manakala Dalam aspek metodologi dakwah dapat diklasifikasikan kepada dakwah umum, dakwah alternatif dan dakwah moden berdasarkan kesesuaian sasaran. Kajian juga menunjukkan bahawa para pendakwah dan organisasi dakwah berjaya melaksanakan tugas dakwah dengan baik

    Aplikasi mobil 'ARTitas' dan 'I_DAN' interaktif membina sinergi inovasi dan pemikiran kreatif pengajaran kursus mata pelajaran umum-TITAS

    Get PDF
    Kursus Wajib Universiti atau Kursus Mata Pelajaran Umum adalah kursus yang wajib diambil oleh semua pelajar IPT. Kursus ini telah menjadi salah satu kursus yang paling penting untuk semua pelajar MPU di Malaysia disebabkan kandungan kurikulumnya yang mengutamakan pembinaan peradaban, saling menghormati dan pemerolehan nilai-nilai murni daripada tamadun Islam, Melayu, India dan Cina.Komponen asas yang menjadi keutamaan dalam kursus ini adalah untuk memberi input kefahaman, praktikal dan penilaian adil dalam membina peradaban tinggi dalam kalangan pelajar berbagai budaya dan peradaban. Kursus ini juga melibatkan bilangan pelajar yang agak ramai mencecah 80-100 orang untuk satu-satu kumpulan dan perlukan penilaian yang saksama, aktiviti yang menjana suasana pembelajaran aktif, keseronokan, penglibatan semua pelajar, dan praktis. Justeru, kekurangan dalam program komputer interaktif yang direka khas untuk belajar kursus wajib universiti telah menimbulkan sikap tidak peduli, bosan, kurang bermaya, komunikasi sehala dan hilang fokus dalam bilik kuliah atau menganggap kursus ini sebagai subjek yang boleh dipelajari sendiri. Kesannya graduan yang mempelajari kursus MPU ini tidak bersifat kemenjadian insaniah. Senario yang sedia ada ini menggambarkan perlunya keutamaan dan pergantungan pada program interaktif dan medium dalam kalangan pensyarah dan pelajar. Aplikasi mobil ‘ARTitas’ dan ‘I_DAN’ Interaktif membolehkan pensyarah dan pelajaar untuk mendapat akses kepada pengajaran dan pembelajaran kursus MPU melalui peranti mudah alih dan antara muka mudah alih (Android, iPhone, Windows Mobile) dengan laman web portfolio elektronik Kursus MPU yang ditetapkan. Aplikasi mobil ‘ARTitas’ dan ‘I_DAN’ Interaktif berupaya mengekalkan tumpuan pelajar belajar, terpaku pada skrin dan terpesona oleh keindahan grafik, widget kuiz, aktiviti dan forum interaktif. Dengan satu klik pada butang, aplikasi mobil ‘ARTitas’ dan ‘I_DAN’ Interaktif memaparkan platform untuk memulakan interaksi antara pensyarah dan pelajar secara interaktif, visual, komunikasi dua hala, perbincangan aktif dan pembelajaran sepanjang hayat. Ia juga dilengkapi dengan keupayaan untuk menyampaikan maklumat seperti mengguna suara yang dirakamkan dari seorang pelajar kursus MPU dalam kuliah atau luar kuliah. Terbina dalam Aplikasi mobil ‘ARTitas’ dan ‘I_DAN’ Interaktif ini adalah platform yang direka untuk meningkatkan prestasi maklumat dan prestasi pengguna secara serentak. Aplikasi mobil ‘ARTitas’ dan ‘I_DAN’ Interaktif bersifat komprehensif memudahkan pembelajaran individu dan kumpulan, dan pembelajaran lebih cepat. Aplikasi mobil ‘ARTitas’ dan ‘I_DAN’ Interaktif sesuai sebagai alat pendamping kuliah untuk semua pensyarah yang mengajar kursus-kursus MPU dan pelajar yang mengambil kursus MPU ini

    Amalan beragama dalam kalangan komuniti Penan Bintulu Sarawak

    Get PDF
    Kajian ini dilakukan bertujuan menyingkap aspek penerimaan, kefahaman dan penghayatan Islam masyarakat Penan Bahagian Bintulu Sarawak, mengkaji sejauhmana peranan yang dimainkan oleh badan-badan dakwah kerajaan dan NGO Bahagian Bintulu dalam usaha menarik masyarakat pribumi Sarawak kepada Islam. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam memperolehi data dengan menggunakan kaedah perpustakaan dan lapangan. Kaedah tinjauan turut digunakan di lokasi perkampungan masyarakat Penan Bintulu Sarawak termasuk pemerhatian dan temu bual bersama Timbalan Residen Bahagian Bintulu, dan pihak berkaitan dengan urusan perjalanan dakwah dalam organisasi dakwah kerajaan dan NGO. Untuk tujuan ini seramai 304 orang iaitu 170 lelaki (55.9 %) dan 134 perempuan (44.1 %) telah dijadikan responden Hasil kajian mendapati peningkatan peratusan dalam aspek kefahaman terhadap rukun iman, rukun Islam dan amal ibadah lain, begitu juga dengan persepsi masyarakat Penan Bukan Islam terhadap masyarakat Penan yang memeluk Islam (136 responden) dan proses interaksi yang terjalin sesama masyarakat dan penambahbaikan yang perlu, sesuai dengan perkembangan zaman berkaitan aspek penghayatan ajaran Islam serta peranan badan-badan dakwah. Penemuan ini amat bermanfaat kepada agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam urusan keagamaan seperti badan-badan dakwah kerajaan dan badan NGO, penyelidik dan para pendakwah. Diharapkan pada masa hadapan penyelidikan ini akan diteruskan oleh pengkaji lain untuk mengenalpasti masyarakat pribumi lain di bahagian-bahagian lain di Sarawak yang berminat dengan Islam serta kajian berkaitan misi Kristianisasi yang bergerak aktif di kawasan pedalaman bahagian-bahagian Sarawak

    Elemen Kerohanian dalam Program Kebersihan Sekolah Menengah di Negeri Selangor Darul Ehsan

    Get PDF
    Kebersihan kawasan persekitaran yang baik mendorong pelestarian sebuah tamadun yang stabil. Pada tahun 2004, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (Program 3K). Program ini merupakan penambahbaikan kepada program sedia ada iaitu Program Sekolah Selamat, Program Kesihatan dan Kebersihan serta Program Keceriaan dan Keindahan Sekolah yang dimulakan sejak tahun 1991. Program ini berjaya mengubah pemandangan kawasan sekolah yang lebih ceria dan selamat. Kajian ini berhasrat melihat keberkesanan Program 3K dengan mengenal pasti persepsi, tingkah laku positif dan pembentukan sahsiah pelajar. Hasil kajian mendapati beberapa perkara penting antaranya; secara keseluruhan pengetahuan pelajar terhadap Program 3K berada pada tahap sederhana, secara keseluruhan penerapan elemen-elemen Kerohanian dalam program penjagaan kebersihan dalam Program 3K adalah pada tahap sederhana, persepsi pelajar terhadap keberkesanan Program 3K di sekolah khususnya komponen kebersihan adalah positif, tingkah laku pelajar terhadap penjagaan kebersihan di luar kawasan sekolah adalah positif, persepsi pelajar terhadap tanggungjawab menjaga kebersihan adalah negatif dan perkaitan songsang antara tahap pengetahuan dengan tingkah laku pelajar iaitu semakin tinggi tahap pengetahuan pelajar semakin rendah akhlak pelajar. Data dikumpul melalui pengedaran borang soal selidik. Alat kajian yang digunakan dibina sendiri dengan perbincangan bersama penyelia. Soal selidik diedarkan kepada 300 pelajar di negeri Selangor. Data yang diperoleh diproses menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 20. Teknik analisis deskriptif digunakan untuk menilai tahap pengetahuan dan persepsi, ujian-t untuk melihat perbezaan antara pelajar bandar dengan luar bandar dan korelasi bagi melihat perkaitan tahap pengetahuan pelajar terhadap tingkah laku pelajar. Keputusan boleh disimpulkan bahawa tahap pengetahuan pelajar terhadap Program 3K tidak mendorong perilaku positif pelajar dalam menjaga kebersihan kawasan persekitaran. Hal ini disebabkan pelaksanaan dan penerapan aspek kerohanian begitu lemah dan tidak diberikan perhatian dalam membina perilaku dan jati diri pelajar. Hal ini tidak menepati FPK yang bermatlamatkan pelajar seimbang dan menyeluruh dengan menerapkan empat komponen iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek

    Malaysia halal trust : between reality and challenges

    Get PDF
    Public confidence regarding the permissibility of certain products or whether it is lawful, particularly for Muslims, founded through the display or the label to verify the halal certification issued by an authorized organization or recognized. Accordingly, the Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM) is an organization that has the authority to issue halal certificates, especially in Malaysia. Islam has laid down rules and regulations for driving humanity to adhere to the principles of Islam prescribed in the Quran and Hadith. The research methodology of this paper is to use library research methods. This article describes the rules and regulations mentioned in the Quran and hadith which are the two primary sources of Islam. This article also describes recent developments in the halal industry conducted by the Malaysian government. In fact, it has been a goal of the government to make Malaysia a global halal hub. The purpose of this article is to introduce Malaysia as a halal hub at the international level and to share experience in the challenges and problems when conducting activities related to the halal industry. Finally, some proposals for improving the operations of halal in Malaysia has been proposed by some academics involved, so it provides an opportunity for a broad agenda for future research in the halal industry in Malaysia

    Piagam Madinah dalam Pembentukan Peradaban Multietnik Pasca Malaysia

    Get PDF
    Islam adalah agama kebaikan, keamanan, ketenangan dan kesejahteraan kepada seluruh alam semesta. Dalam teks ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaik memulakan tugas sebagai Perdana Menteri kelapan di Perdana Putra dan setelah mengangkat sumpah di hadapan YDPA, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, beliau ada menyatakan ‘baik saudara orang Melayu, saudara orang Cina, saudara orang India, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun, Murut, orang asal, atau apa jua kaum dan etnik, saya adalah Perdana Menteri saudara’,’kerajaan pimpinan saya akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara dan merapatkan jurang ekonomi dalam komuniti’ dan ‘saya adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah. Kata-kata ini sesuai dalam era pentadbiran Pasca Malaysia serta usaha membentuk peradaban multietnik yang sejahtera. Islam melarang manusia berlaku zalim sesama manusia termasuk haiwan. Hadis riwayat al-Imam al-Hakim, Rasulullah SAW bersabda;“Sesiapa yang dengan sewenang-wenang membunuh burung, atau haiwan lain yang lebih kecil daripadanya, maka Allah SWT akan meminta pertanggungjawaban kepadanya”. Malaysia adalah negara berbilang etnik dan peradaban. Agenda penyatuan dan perpaduan kaum berbilang bangsa, agama, keturunan dan hak sama rata dijaga Perlembagaan dan Perundangan Negara, tanpa mengganggu hak-hak kaum bumiputera. Ia telah dipersetujui dalam kontrak sosial oleh kaum Melayu, Cina dan India semasa pembentukan Perlembagaan Malaysia (1957). Aspek kesepaduan etnik adalah idea kreatif dan inovatif penyatuan etnik dan kehidupan yang baik lagi makmur. Perbincangan isu ini menjadi kontemporari khususnya di era Pasca Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang bangsa dan budaya. Komuniti Malaysia daripada golongan profesional, sokongan, bumiputera dan bukan bumiputera, bersedia menerima agenda penyatuan ini sebagai formula yang menyamaratakan semua etnik tanpa menggadaikan kontrak sosial seperti hak-hak istimewa orang Melayu, kemasukan pelajar bumiputera ke IPT, hak kerakyatan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Islam sebagai agama persekutuan. Piagam Madinah pula adalah perlembagaan bertulis dan dipersetujui bersama oleh semua golongan komuniti Islam Madinah dan komuniti Yahudi yang menjadi warganegara Madinah yang ditadbir urus oleh Rasulullah SAW. Disebut ’Sahifah al Madinah’ kerana ia merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia serta menjadi asas pembentukan negara Islam. Terdapat 10 Bahagian dan 47 fasal. 23 fasal berkaitan peraturan antara komuniti Islam dan 24 fasal lagi berkaitan komuniti Yahudi. Menurut kajian sejarawan, terbentuknya Piagam Madinah melalui perjanjian Aqabah pertama yang dihadiri 12 penduduk Madinah. Antara intipati perjanjian seperti menjauhi syirik, membunuh anak, tidak menipu dan mentaati perintah Rasulullah SAW. Mus’ab ibn Umar diutus ke Madinah mengajar al Quran oleh Rasulullah SAW dan sambutan yang diterima amat menggalakkan oleh etnik Aus dan Khazraj. Ikatan perjanjian Aqabah Kedua juga diadakan, melibatkan 73 lelaki dan 2 wanita Madinah, dibawa oleh Mus’ab bertemu Rasulullah SAW dan berbai’ah menjaga dan mempertahankan perjuangan dakwah Rasulullah SAW. Mereka berikrar untuk tidak berpecah belah, bercakap sombong dan taat setia ketika senang atau susah. Penulisan ini melihat peranan Piagam Madinah dalam melestarikan kehidupan, peradaban dan kesepaduan rakyat Malaysia sesuai dengan agenda pentadbiran PascaMalaysia

    Bentuk Bantuan Modal Agihan Zakat Asnaf dan Pencapaian Usahawan Asnaf di Malaysia: Kajian Empirikal

    Get PDF
    Bantuan modal zakat merupakan salah satu bentuk bantuan yang disalurkan oleh agensi zakat di Malaysia bagi membantu golongan asnaf melibatkan diri dalam dunia perniagaan seterusnya merubah kehidupan mereka lebih baik dari sebelumnya. Oleh itu, terdapat beberapa isu yang timbul seperti berlaku penipuan ke atas bantuan yang diberikan, kegagalan usahawan asnaf dalam perniagaan, serta modal yang tidak mencukupi. Oleh yang demikian, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti bentuk-bentuk bantuan modal yang disediakan oleh Institusi zakat serta mengenal pasti sejauhmanakah pencapaian bantuan modal membantu asnaf dalam perniagaan. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif iaitu menemu bual seramai 12 orang informan asnaf dan 5 orang pegawai zakat. Tema yang terhasil daripada persoalan pertama berkaitan dengan bentuk bantuan modal perniagaan ialah bantuan kemahiran, bantuan peralatan dan bantuan kewangan. Manakala tema yang terhasil daripada persoalan yang kedua iaitu pencapaian bantuan agihan zakat, adalah keluar dari kelompok asnaf dan berjaya menjadi pembayar zakat. Secara keseluruhannya hasil dapatan menunjukkan kajian yang dijalankan memuaskan tetapi perlu dipertingkatkan dari segi bantuan modal perniagaan dan pengurusan. Penyelidik berharap agar kajian yang dijalankan dapat membantu institusi zakat dalam mempertingkatkan agihan zakat kepada golongan asnaf serta mempertingkatkan kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Bantuan modal zakat merupakan salah satu bentuk bantuan yang disalurkan oleh agensi zakat di Malaysia bagi membantu golongan asnaf melibatkan diri dalam dunia perniagaan seterusnya merubah kehidupan mereka lebih baik dari sebelumnya. Oleh itu, terdapat beberapa isu yang timbul seperti berlaku penipuan ke atas bantuan yang diberikan, kegagalan usahawan asnaf dalam perniagaan, serta modal yang tidak mencukupi. Oleh yang demikian, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti bentuk-bentuk bantuan modal yang disediakan oleh Institusi zakat serta mengenal pasti sejauhmanakah pencapaian bantuan modal membantu asnaf dalam perniagaan. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif iaitu menemu bual seramai 12 orang informan asnaf dan 5 orang pegawai zakat. Tema yang terhasil daripada persoalan pertama berkaitan dengan bentuk bantuan modal perniagaan ialah bantuan kemahiran, bantuan peralatan dan bantuan kewangan. Manakala tema yang terhasil daripada persoalan yang kedua iaitu pencapaian bantuan agihan zakat, adalah keluar dari kelompok asnaf dan berjaya menjadi pembayar zakat. Secara keseluruhannya hasil dapatan menunjukkan kajian yang dijalankan memuaskan tetapi perlu dipertingkatkan dari segi bantuan modal perniagaan dan pengurusan. Penyelidik berharap agar kajian yang dijalankan dapat membantu institusi zakat dalam mempertingkatkan agihan zakat kepada golongan asnaf serta mempertingkatkan kehidupan mereka ke arah yang lebih baik
    corecore