15 research outputs found

    Lakuan pernyataan dalam wacana wawancara

    Get PDF
    Dalam analisis ini, wacana wawancara dikaji dari sudut lakuan pertuturan. Lakuan pertuturan merupakan satu kerangka yang memperlihatkan penggunaan bahasa yang mempersembahkan lakuan. Wawancara sebagai satu peristiwa bahasa yang memaparkan tanya jawab antara pemeran, nampak sangat mudah tetapi sarat dengan lakuan pertuturan. Sesuatu peristiwa bahasa dicirikan oleh sekurang-kurangnya satu lakuan pertuturan. Justeru, kajian ini bertujuan memaparkan dan menjelaskan salah satu jenis lakuan pertuturan yang terdapat dalam peristiwa bahasa wawancara iaitu lakuan pernyataan. Kajian ini menggunakan data daripada teks wawancara yang dipilih berdasarkan kerelevanannya dalam objektif kajian. Wawancara dipilih secara rawak daripada sembilan buah majalah terbitan Kumpulan Karangkraf, iaitu penerbit majalah terbesar di Malaysia. Aspek lakuan pertuturan dirincikan mengikut kerangka Asmah (1997) dengan mengambil kira teori lakuan pertuturan yang dibangunkan oleh pengkaji terdahulu. Lakuan pernyataan didapati sangat menonjol dalam wawancara. Melaluinya, audiens (pembaca atau pendengar) mendapat sebanyak mungkin maklumat dan penjelasan daripada orang yang diwawancara (ODW). Hasil kajian menunjukkan terdapat enam subkategori dalam lakuan pernyataan, iaitu pernyataan biasa, pernyataan retorik, pengakuan, pengesahan, penolakan dan penerimaan. Selain daripada memperoleh maklumat dan penjelasan, kita dapat mengenal pasti emosi dan perasaan orang yang diwawancara (ODW) dengan jelas melalui subkategori lakuan pernyataan yang dipersembahkan

    Turutan perbualan dalam rancangan bual bicara

    Get PDF
    TURUTAN PERBUALAN DALAM RANCANGAN BUAL BICARA Azean Idruwani Idrus [email protected] International Islamic University Malaysia, Malaysia Ahmad Mahmood Musanif [email protected] Universiti Putra Malaysia ABSTRAK Rancangan bual bicara Wanita Hari Ini merupakan rancangan interaktif. Rancangan ini membincangkan topik yang berkaitan kewanitaan khususnya dalam isu rumah tangga. Pakar motivasi, perunding perkahwinan dan tokoh agama diundang bagi mengupas topik dan mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan dalam rumah tangga selain memelihara kesejahteraan dalam hubungan kekeluargaan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membincangkan turutan perbualan dalam segmen Asam Garam Rumah Tangga. Data dianalisis melalui kaedah analisis kandungan teks dengan mengaplikasikan Model Struktur Interaksi. Dapatan kajian memperlihatkan turutan perbualan terdiri daripada pembuka perbualan, pengenalan pemeran, pernyataan tujuan, tanya jawab dan penutup perbualan memberikan kesan terhadap kelancaran dalam ujaran seterusnya menimbulkan keberkesanan dalam mencapai tujuan sebenar suatu rancangan bual bicara. Ini secara tidak langsung dapat menzahirkan turutan perbualan kepada pengguna bahasa yang terlibat dalam sesebuah rancangan bual bicara. Kata kunci: turutan; perbualan; analisis perbualan; analisis wacana; rancangan bual bicara ABSTRACT Wanita Hari Ini talk show is an interactive show. The show discusses topics related to special femininity in household issues Motivational experts, marriage consultants and religious figures are invited to discuss topics and find solutions to problems in the household as well as maintain well -being in family relationships. This study is to identify and discuss the sequence of conversations in the Asam Garam Rumah Tangga segment. Data were analyzed through text content analysis method by applying the Interaction Structure Model. Findings of the study showed that the sequence of conversations consisting of the opening of the conversation, the introduction of the actors, each statement of purpose, question and answer, and closing of the conversation affect the fluency in the next utterance the effectiveness in achieving the real purpose of a talk show. This can indirectly reveal the sequence of conversations to the language users involved in a talk show. Keywords: sequence; conversation; conversation analysis; discourse analysis; talk sho

    Turutan ujaran pasangan berdampingan dalam program pengacaraan Wanita Hari Ini

    Get PDF
    Program pengacaraan Wanita Hari Ini merupakan program bual bicara antara pengacara dan orang yang diwawancara yang berlangsung secara spontan dan tidak mempunyai skrip. Kebijaksanaan dan kecekapan pengacara serta orang yang diwawancara sepanjang program tersebut bersiaran dapat menarik perhatian khalayak untuk terus mengikuti program tersebut. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis turutan ujaran pasangan berdampingan antara pemeran dalam program pengacaraan Wanita Hari Ini. Tumpuan kajian adalah terhadap skrip pengacaraan, iaitu tujuh topik daripada segmen Asam Garam Rumah Tangga.Data dianalisis melalui kaedah analisis kandungan teks dengan mengaplikasikan teori analisis perbualan oleh Heritage (1992). Hasil kajian menunjukkan terdapat 15 polaturutan ujaranpasangan berdampingan diadaptasikan dalam program pengacaraan Wanita Hari Ini. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat kepelbagaian dalam bentuk tanya-jawab struktur isi program pengacaraan. Kepelbagaian pasangan berdampingan ini amat signifikan dalam mencapai tujuan sebenar sesebuah program pengacaraan seterusnya mewujudkan perbualan yang berkesan. Kajian ini penting dijalankan bagi memberi panduan dan pendedahan bukan sahaja kepada pengacara dan orang yang diwawancara tetapi juga kepada khalayak yang meminati bidang penyiaran, khususnya dalam program pengacaraan

    Makna penutur bagi ujaran tak langsung dalam skrip drama bahasa Melayu

    Get PDF
    Ujaran yang terdapat dalam skrip drama Bahasa Melayu seringkali sukar untuk difahami maknanya secara jelas dan tepat. Pembaca dan pendengar berusaha untuk memahami keseluruhan ujaran yang terdapat dalam skrip drama, terutamanya ujaran yang mempunyai makna implisit, adakalanya usaha mereka tersebut gagal kerana tidak mengetahui kaedah yang betul bagi menginterpretasi makna penutur yang terdapat pada ujaran-ujaran tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi menjelaskan makna penutur bagi ujaran tak langsung yang terdapat dalam skrip drama. Kajian ini menggunakan pendekatan pragmatik. Data kajian merupakan enam ujaran terpilih yang terdapat dalam skrip drama hasil tulisan Usman Awang (1988), iaitu Bulan Tetap Bersinar dan Serunai Malam, juga skrip drama hasil tulisan Mustapha Kamil Yassin (1990), iaitu Bujur Lalu Melintang Patah, Atap Genting Atap Rumbia dan Jalan yang Benar. Teknik analisis dokumen digunakan untuk meneliti setiap ujaran yang terpilih. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa makna penutur bagi ujaran tak langsung yang terdapat dalam skrip drama dapat ditafsirkan berdasarkan konteks dan niat penutur. Konteks tersebut ialah konteks fizikal dan persekitaran, konteks sosial dan budaya serta konteks linguistik. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa pentafsiran makna penutur bagi ujaran tak langsung dapat dibahagikan kepada dua cara, iaitu pertama; tafsiran berdasarkan konteks dan niat penutur. Kedua; tafsiran berdasarkan niat penutur sahaja. Kajian ini penting dijalankan bagi memberi panduan dan pendedahan kepada peminat drama Melayu untuk menginterpretasi makna penutur bagi ujaran-ujaran tak langsung yang terdapat dalam skrip drama berpandukan prinsip pragmatik

    Culture conflict amongst Malaysian children

    Get PDF
    Culture is an essential part of conflict and conflict resolution. Culture is in our lives and relationships, giving us messages that shape our perceptions, attributions, judgments, and ideas of self and others. Though cultures are powerful, they are often unconscious, influencing conflict and attempts to resolve conflict in imperceptible ways. Two things that are essential to remember about culture: they are always changing, and they relate to the symbolic dimension of life. The symbolic dimension is the place where we are constantly making meaning and enacting our identities. Cultural messages from the groups we belong in giving us information about what is meaningful or important, and who we are in the world and in relation to others. Therefore, this paper will discuss the culture conflict undergo by children in Malaysia arise from different cultural groups i.e ethnicity, from generation, socioeconomic class, sexual orientation, ability and disability, and religious affiliation, language, and gender. The study sample comprises from 30 primary school students from three locations; urban, city and rural areas in Malaysia. Data were gathered using recording, interview, and questionnaire. Data will be analysed by using socio-pragmatic approach. The outcome of the research also indicated that aspects of context and cognition have also played an important role to overcome the cultural conflicts among Malaysian children

    Makna ayat tanya dalam novel Lentera Mustika

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan menganalisis ayat tanya yang terkandung dalam novel Lentera Mustika, penulisan Nisah Haron terbitan PTS Litera Utama Sdn. Bhd. (2009). Aspek-aspek yang ditumpukan dalam kajian ini ialah berfokuskan kepada kepelbagaian jenis dan makna ayat tanya yang telah dipilih. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kepustakaan dan kaedah analisis kandungan teks. Kaedah penyelidikan kepustakaan digunakan bagi mengumpul maklumat yang berkaitan dengan makna dan ayat tanya. Kaedah anlisis teks pula digunakan bagi menganalisis ayat tanya berdasarkan teks kajian yang dipilih. Hasil analisis mendapati ayat tanya dalam konteks wacana mempunyai kepelbagaian makna dan fungsi, bukannya sekadar ayat tanya yang hanya terdiri daripada bentuk dan jenis-jenisnya sahaja. Justeru, kajian ini diharapkan dapat memberi satu fahaman dan idea baharu terhadap kepelbagaian jenis dan makna ayat tanya. Seterusnya akan melenyapkan tanggapan sebilangan pihak yang beranggapan ayat tanya hanya dikaitkan dengan persoalan yang memerlukan jawapan

    Language events and virtual communication from the aspect of ethnography communication

    Get PDF
    This research discusses on the history of virtual language from the aspect of ethnography communication. The objectives of the research are to identify the communication component in virtual events, to apply ethnography communication theory virtually and to elaborate the components of communication in the virtual events. This study involves the library research and analysis of texts. It focuses on the Malay virtual events in the Portal Pendidikan Utusan. The instrument to analyse the data is the transcription of the virtual Malay language. The data will analyze the content of the text. This research will be using the ethnography communication theory by Hymes (1972)

    Pengetahuan makna peribahasa dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

    Get PDF
    Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan makna peribahasa dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan membincangkan tahap pengetahuan dan maknanya mengikut jantina. Seramai 847 orang pelajar sekolah dipilih sebagai responden. Data kajian dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif menggunakan Teori Konstruktivisme. Hasil kajian mendapati pelajar sekolah mempunyai pengetahuan peribahasa yang berkisar di sekitar kehidupan mereka iaitu peribahasa yang selalu diajarkan di sekolah dan peribahasa yang sering diungkapkan dalam kehidupan seharian. Aspek abstrak yang terkandung dalam peribahasa belum diketahui secara mendalam dan menyeluruh kerana kurang kajian tentangnya. Hasil Ujian t pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (t=-9.570, p=0.000) dari segi pengetahuan peribahasa dan makna peribahasa antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan yang dikaji. Pengetahuan peribahasa dan makna peribahasa dalam kalangan pelajar lelaki didapati lebih tinggi ( min 1.74) berbanding pelajar perempuan( min 1.73). Oleh yang demikian pelajaran peribahasa harus diajar dalam setiap kemahiran bahasa supaya pelajar dapat meningkatkan pengetahuan mereka tentang makna peribahasa untuk diaplikasikan dalam wacana penulisan mereka, sekali gus meningkatkan keterampilan berbahasa dalam kalangan pelajar

    The comparison of language events between SMS and visual communication from the aspect of ethnography communication

    Get PDF
    This research seeks to find out the differences of events between Malay language SMS and virtual communication from the aspect of ethnography communication. The objectives of the research are to identify the communication component in the language event and the differences of SMS language event and the virtual communication from the aspect of ethnography communication. The methodology in this research involves library research and text analyses. The data were from the Malay language SMS from channel 15 Astro (private tv channel) and the virtual communication in the Portal Pendidikan Utusan. The instruments for analyzing the data are the transcription of Malay language SMS and the virtual communication. The data will be analyzed through analyzing the content of the texts. The theory used for this research is the Ethnography communication theory by Hymes (1972)
    corecore