research

Lakuan pernyataan dalam wacana wawancara

Abstract

Dalam analisis ini, wacana wawancara dikaji dari sudut lakuan pertuturan. Lakuan pertuturan merupakan satu kerangka yang memperlihatkan penggunaan bahasa yang mempersembahkan lakuan. Wawancara sebagai satu peristiwa bahasa yang memaparkan tanya jawab antara pemeran, nampak sangat mudah tetapi sarat dengan lakuan pertuturan. Sesuatu peristiwa bahasa dicirikan oleh sekurang-kurangnya satu lakuan pertuturan. Justeru, kajian ini bertujuan memaparkan dan menjelaskan salah satu jenis lakuan pertuturan yang terdapat dalam peristiwa bahasa wawancara iaitu lakuan pernyataan. Kajian ini menggunakan data daripada teks wawancara yang dipilih berdasarkan kerelevanannya dalam objektif kajian. Wawancara dipilih secara rawak daripada sembilan buah majalah terbitan Kumpulan Karangkraf, iaitu penerbit majalah terbesar di Malaysia. Aspek lakuan pertuturan dirincikan mengikut kerangka Asmah (1997) dengan mengambil kira teori lakuan pertuturan yang dibangunkan oleh pengkaji terdahulu. Lakuan pernyataan didapati sangat menonjol dalam wawancara. Melaluinya, audiens (pembaca atau pendengar) mendapat sebanyak mungkin maklumat dan penjelasan daripada orang yang diwawancara (ODW). Hasil kajian menunjukkan terdapat enam subkategori dalam lakuan pernyataan, iaitu pernyataan biasa, pernyataan retorik, pengakuan, pengesahan, penolakan dan penerimaan. Selain daripada memperoleh maklumat dan penjelasan, kita dapat mengenal pasti emosi dan perasaan orang yang diwawancara (ODW) dengan jelas melalui subkategori lakuan pernyataan yang dipersembahkan

    Similar works