29 research outputs found

    Analisis Metode Penerangan Hadith Berʻillah Dalam Sahih Muslim Menurut Ḥamzah Al-Malyabārī [Analysis of Method of Explaining Hadith Al-ʻilal In Sahih Muslim According To Ḥamzah Al-Malyabārī]

    Get PDF
    Ṣaḥīḥ Muslim merupakan salah satu kitab hadith yang muktabar dan penting dalam pengajian kitab hadith bersanad. Banyak kajian lepas telah membuktikan bahawa antara metodologi utama Imam Muslim adalah meletakkan hadith-hadith paling sahih di awal bab. Walau bagaimanapun,  metodologi penyusunan Imam Muslim terhadap hadith-hadith dalam sahihnya pelbagai dan mempunyai tujuan serta nilai ilmiah sangat tinggi bagi menerangkan keberadaan ʻillah pada sesuatu sanad mahupun matan. Bertitik tolak daripada itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis metode penerangan hadith berʻillah dalam Ṣaḥīḥ Muslim menurut Ḥamzah al-Malyabārī. Analisis dilakukan dengan merujuk kepada kitab-kitab ʻilal serta kajian-kajian berkaitan metodologi Ṣaḥīḥ Muslim. Hasilnya dapat menjelaskan salah faham masyarakat terhadap kitab ini serta boleh dimanfaatkan oleh pengkaji hadith semasa dalam berinteraksi dengan hadith Ṣaḥīḥ Muslim. Ṣaḥīḥ Muslim is one of the greatest manuscript in Hadith and studies of transmitter. Many researches had come out that amid methodology of Imam Muslim, the most significant one is to accommodate the authentic hadith in early chapter. However, Imam Muslim's method towards compilation of authentic hadith in his Ṣaḥīḥ is various, and it has a very high purpose and intellectual value to explain the existense of deficiencies in the text or the chain of hadith (ilal hadith). Starting from that, this article aims to analyze the method of explanation of ilal hadith in Ṣaḥīḥ Muslim according to Ḥamzah al-Malyabārī. The analysis was conducted with reference to the books of ʻilal as well as studies related to the methodology of Ṣaḥīḥ Muslim. The result of this research can clarify the community's misunderstanding of this book and can be used by current hadith researchers in interacting with the hadiths of Ṣaḥīḥ Muslims

    Impact of Domestic Violence in Malaysia During the COVID-19 Pandemic and Alternative Solutions From al-Ghazali's Theory of Hisbah

    Get PDF
    The COVID-19 pandemic plaguing the country nowadays has had a massive impact. This pandemic has also increased cases of domestic violence. Domestic violence left an impact in terms of physical, mental, and social on the victims. The methodology of this writing is based on a literature review and analysis of information obtained through previous studies. This study will analyze the impact of domestic violence in Malaysia during the COVID-19 pandemic. The result of this study summarizes the alternative solutions from Al-Ghazali's theory of hisbah in dealing with the impacts of domestic violence

    Signifikan dalam Pemilihahan Ayat al-Quran sebagai Terapi dalam Rawatan Autistik secara Umum [Significance in The Selection of al-Qur'an Verse as Therapy in The Treatment of Autistic in General]

    Get PDF
    Penggunaan ayat al-Quran sebagai terapi dalam rawatan penyakit dewasa ini tidak boleh dinafikan lagi. Dalam hal ini, terdapat kombinasi ayat al-Quran yang berbeza digunakan terhadap rawatan sesuatu penyakit walaupun rawatan terhadap penyakit yang sama. Tambahan lagi, setiap pengamal juga mempunyai kombinasi ayat tersendiri ketika rawatan berpandukan pengalaman dan ilmu masing-masing. Melalui analisis indukif dan deduktif, artikel ini bertujuan untuk membincangkan kepentingan dalam pemilihan sesuatu ayat al-Quran bagi rawatan terhadap penyakit austistik secara umum, yang disokong oleh penjelasan dan pandangan ulama’ tafsir dan sarjana semasa. Kombinasi ayat-ayat yang dipilih tersebut adalah berdasarkan kepada garis umum bagi semua pesakit autistik. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat 15 kombinasi ayat daripada beberapa surah yang boleh dijadikan terapi umum bagi rawatan penyakit autistik, yang disokong  berdasarkan kepada beberapa signifikan yang umum bagi semua pesakit autistik. Kombinasi ini boleh dijadikan sebagai terapi atau salah satu usaha dalam membantu pesakit autistik sekalipun tidak dapat menyembuhkan secara menyeluruh. Diharapkan terapi ini dapat digunakan oleh guru pembimbing di sekolah untuk membantu pesakit autistik di sekolah khas di Malaysia ini. The use of Quranic verses as therapy in the treatment of diseases as of late cannot be denied any further. In this regard, there are different combinations of Qur'anic verses being used as a treatment of a particular disease, even for same disease. In addition, each practitioner also practices his own combination of verses during treatment depending on their experience and studies. Through inductive and deductive analysis, this article aims to discuss the significance in the selection of each verse of the Qur'an for treatment of autistic diseases in general, which are backed by the explanation and opinion of current scholars. The combination of the selected verses is based on the general guidelines for all autistic patients. The results of the study found that there are 15 combinations of verses from several surahs that can be used as a general therapy for the treatment of autistic diseases based on some common significance for all autistic patients. This combination can be used as a therapy or amongst the efforts to assist autistic patients albeit it cannot be completely cured. It is hoped that this therapy can be used by guiding teachers in schools to help autistic patients in special schools in Malaysia

    [Leafospirosis Deadly Disease from Rat: Fiqh Al-Hadith-Based Analysis] Leptospirosis Wabak Maut Dari Tikus: Analisis Berasaskan Fiqh al-Hadith

    Get PDF
    Leptospirosis (rat urine epidemic) can be categorised as silent killer to mankind. It has raised concerns among Malaysians in 2012 to 2014. A series of deaths, including those involving celebrity groups has put widespread interest from all Malaysians. The rat-borne outbreak infects humans through water contaminated with urine, ear skin (body tissue), the mucus of the nose, mouth and eyes of rat. Various control measures deemed appropriate have been performed at the state and district, including poison, traps and reward for each rat caught or killed. Therefore, early preventive measures in the form of knowledge is very important in order to understand the concept of “interaction with pests” well. Significantly, Prophet Muhammad SAW has warned on threat posed by pest cluster including rat in his set saying. Thus, this article strives to peel regarding rats description with the methods to interact with pests through al-Hadith discussions. This case is important to provide guidance to society regarding harms that able to be incarnated by particular animal and also the most efficient control techniques to Prophetic tradition without marginalizing animal exclusive rights. The findings show that the Prophet Muhammad (SAW) himself explained the najasah of rat as a pest and the Islamic ruling of killing it. In addition, this study is also bring up five [5] methods of interacting with fasiq animals based on understanding of Prophetic Traditions and nine [9] infection control and prevention guidelines from leptospirosis.   Keywords: Rat; Threat; Pest; Significant; Control Technique   Leptospirosis (wabak kencing tikus) boleh dikategorikan sebagai pembunuh senyap kepada manusia. Subjek pernah membangkitkan keresahan dalam kalangan rakyat Malaysia pada tahun 2012 hingga 2014. Beberapa siri kematian termasuk melibatkan golongan selebriti telah membuatkannya mendapat perhatian meluas seluruh rakyat Malaysia. Penularan wabak bawaan tikus ini menjangkiti manusia melalui air yang dicemari air kencing, kuping kulit (tisu badan), lendir hidung, mulut dan mata tikus. Pelbagai tindakan kawalan yang difikirkan wajar telah dilaksanakan di peringkat negeri dan kawasan, termasuk meracun, memasang perangkap dan memberi ganjaran bagi setiap tikus yang ditangkap atau dibunuh. Signifikannya, Nabi SAW telah membincangkan mengenai ancaman kelompok haiwan perosak termasuk tikus dalam himpunan sabdanya. Justeru, makalah ini berusaha mengupas fiqh al-Hadith berkenaan tikus yang didapati daripada perbincangan ulama‟ klasik dan kontemporari. Ini penting bagi memberi panduan kepada masyarakat akan mudarat yang mampu dijelmakan haiwan tertentu dan teknik kawalan paling berkesan menurut sunnah Nabi SAW tanpa meminggirkan hak-hak eksklusif haiwan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Nabi SAW telah menjelaskan mengenai kenajisan tikus sebagai haiwan perosak dan hukum membunuhnya. Selain itu, kajian ini turut mengemukakan lima [5] kaedah berinteraksi dengan haiwan fasiq berdasarkan kefahaman al-Hadith dan sembilan [9] kaedah pencegahan daripada jangkitan wabak kencing tikus.   Kata kunci: Tikus; Wabak Kencing Tikus; Bahaya; Haiwan Perosak; Metode Interaks

    Persepsi masyarakat terhadap rawatan alternatif Islam: satu kajian kes di negeri Selangor D.E / Khadher Ahmad et al.

    Get PDF
    Bermula akhir tahun 1960, para pemikir Islam mula memperkenalkan “Traditional Arabic and Islamic Medicine (TAIM)” sebagai alternatif utama bagi model “bio-medical” bawaan Barat. Dalam rawatan Islam, penyakit tidak ditafsirkan secara harfiah. Penyakit yang menghinggapi seseorang dilihat dari dimensi berbeza. Penyebab utama adalah kurang keprihatinan terhadap aspek spiritual sehinggakan elemen sebab dan akibat perlu diambil perhatian. Justeru, perubatan secara Islam mempromosikan fokus utama rawatan berasaskan “faith-healing” melalui solat dan bacaan al-Qur’an. Peningkatan populariti dan penggunaan rawatan alternatif Islam yang semakin meluas khususnya di Malaysia, jelas memberi signifikan kepada polisi kesihatan awam semasa. Perkembangannya diakui memberi impak kepada penurunan masalah kesihatan dalam komuniti. Walaubagaimanapun, sehingga kini ‘baseline data’ berkenaan rawatan alternatif Islam adalah sangat terhad dan menjadi keperluan mendesak untuk menyediakannya. Hal ini penting bagi memahami “pattern” Islamic medicine yang sedia wujud di Malaysia amnya. Melihatkan kepentingannya, artikel ini memfokuskan analisis terhadap persepsi masyarakat dari sudut pengetahuan tentang khidmat rawatan Islam yang ditawarkan, pengamalnya, khidmat rawatan disediakan dan masa depan pusat rawatan Islam. Para responden terdiri dari para pesakit yang mengunjungi pusat rawatan alternatif di sekitar negeri Selangor. Berdasarkan edaran borang soal selidik yang dilakukan, pengkaji mendapati persepsi masyarakat terhadap prospek berhubung rawatan alternatif Islam di negeri Selangor amat memberangsangkan. Hal ini menunjukkan kepekaan dan sokongan masyarakat terhadap keperluan pusat rawatan alternatif Islam. Meskipun begitu, masih terdapat beberapa sudut yang perlu dipertingkatkan untuk mewujudkan medium perubatan Islam yang lebih berwibawa. Antaranya berkait memperhalusi kebolehan perawat dalam merawat penyakit, penyeliaan kaedah rawatan pesakit, menambah skop rawatan yang disediakan di pusat rawatan dan meningkatkan kredibiliti pusat rawatan Islam untuk menjadi lebih dominan dan mampu menyaingi institusi perubatan sedia ada

    Pengajian tarannum sebelum dan semasa era Datuk Hajjah Faridah binti Mat Saman

    Get PDF
    Malaysia merupakan sebuah negara yang menitikberatkan pengajian tarannum di kalangan masyarakatnya agar ianya sentiasa dikuasai dengan baik. Artikel ini bertujuan untuk memperkenalkan tokoh tarannum iaitu qariah mahsyur negara Datuk Hajjah Faridah binti Mat Saman yang begitu sinonim dengan kejuaraannya dalam tarannum al-Quran khususnya dalam Musabaqah al-Quran sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Artikel ini juga adalah untuk mengenengahkan pengajian tarannum sebelum dan semasa era beliau. Penulis menetapkan tahun 1948 hingga tahun 1959 adalah zaman sebelum era Datuk Faridah binti Mat Saman dan 1960 sehingga 2018 adalah zaman Datuk Hajjah Faridah binti Mat Saman. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat pelbagai perubahan pengajian tarannum sama ada sebelum dan semasa era Datuk Hajjah Faridah binti Mat Saman namun di era beliau perubahan yang berlaku terhadap pengajian tarannum adalah lebih ketara demi penambah baikkan ilmu tarannum itu sendiri dari semasa ke semasa bagi melahirkan qari dan qariah yang lebih berkualiti dan cemerlang

    [Bibliometric Studies on Research Publication Materials: Towards The Latest Research in Islamic Studies] Kajian Bibliometrik Terhadap Bahan Penerbitan Penyelidikan Berkaitan Delima: Ke Arah Penyelidikan Terkini Dalam Bidang Pengajian Islam

    Get PDF
    Pomegranates are an antioxidant-rich superfood with alternative and natural medicine resources for the natural health community. From the perspective of ancient medical practice, pomegranate is in a highest ranking of healthy fruits because of its diverse beneficial in curing diseases. Trend research publications pomegranates were studied. The study focused on content analysis, especially in the field of primary research on pomegranate. Referring to the results of 'literature review' on pomegranate, researchers found that the majority of previous research on pomegranate dominated by journal articles by 85.5 percent. Research on the method of analysis conducted in the previous studies found that most studies on pomegranate done on a scientific analysis (laboratory studies). Studies on aspects of science has been divided into six areas. Focus areas include scientific discussion of pomegranate is pharmaceutical, Food Science, Botany, Bio-Medical, Bio-Chemistry and Microbiology. Only one field of study that focuses on the analysis of Islamic view focusing on Islamic Education. Additional fields of Environmental Education (Flora) are also included by researchers to collect data and find a results on plants that contain pomegranate. Thus, the efforts of researchers from Universiti Malaya through grants TRGS (TR001A-2014) entitled 'Safe and Health Uses of Fruits and Herbs Mentioned in Al-Quran and Ahadith: An Analysis of ethnomedicinal Importance in Islamic Products in Malaysia' are very significant in the development of science. Advanced new study of henna is expected to produce benefits to Malaysia as a whole.   Keyword: Pomegranate; Research trend; Recommandations, New Research Studies, Malaysian Product     Delima (pomegranate) merupakan bahan perubatan semula jadi yang amat bernilai. Dalam amalan perubatan kuno (ancient healing benefits), delima berada pada senarai teratas disebabkan manfaat kegunaannya yang versatile. Trend penerbitan penyelidikan berkenaan delima telah dikaji. Kajian ditumpukan kepada analisis kandungan terutamanya dalam bidang penyelidikan utama berhubung delima. Merujuk hasil tinjauan literatur, pengkaji mendapati majoriti penyelidikan lepas mengenai delima di dominasi oleh artikel jurnal sebanyak 85.5%. Melihatkan metode analisis yang pernah dilakukan, penyelidikan lepas berkenaan delima kebanyakannya berkisar tentang analisis saintifik (kajian makmal). Bagi kajian sains sahaja, telah terbahagi kepada enam bidang kajian. Fokus aspek perbincangan saintifik terhadap delima meliputi bidang farmasi, sains pemakanan (food science), sains botani, bio-perubatan, bio-kimia dan mikrobiologi. Hanya satu bidang yang memfokuskan analisis berasaskan pengajian Islam (Islamic Studies). Tambahan bidang pendidikan alam sekitar (flora) turut dimuatkan pengkaji bagi mengumpulkan hasil kajian yang bersifat data umum tentang tumbuhan termasuk delima. Justeru, usaha terkini para penyelidik dari Universiti Malaya melalui geran TRGS (TR001A-2014A) bertajuk ‘Safe and Health Uses of Fruits and Herbs Mentioned in Al-Quran and Ahadith: An Analysis of Ethnomedicinal Importance in Islamic Products in Malaysia’ amat signifikan dalam perkembangan ilmu. Lanjutan kajian baru terhadap delima diharapkan menghasilkan sesuatu bagi manfaat Malaysia seluruhnya

    Anjing pembawa virus rabies: signifikan dan metode interaksi berasaskan fiqh al-hadith / Mohd Farhan Md Ariffin [et al.]

    Get PDF
    Rabies (penyakit anjing gila) kembali membangkitkan keresahan dalam kalangan rakyat Malaysia pada Ogos 2015 setelah kali terakhir direkodkan pada tahun 1999. Penularan wabak bawaan anjing ini menjangkiti manusia melalui luka gigitan, luka pada kulit yang terdedah kepada air liur, cairan dan tisu tubuh dari haiwan dijangkiti. Kini semua agensi berkaitan telah dikerahkan bagi tujuan kawalan wabak. Pelbagai tindakan kawalan yang difikirkan wajar telah mula dilaksanakan di peringkat negeri dan kawasan, termasuk menghapus dan melupuskan anjing yang telah dijangkiti. Signifikannya, Nabi SAW telah membincangkan mengenai bahaya dan ancaman kelompok haiwan perosak termasuk anjing dalam himpunan sabda baginda SAW. Justeru, makalah ini berusaha mengupas fiqh al-Hadith berkenaan anjing yang didapati daripada perbincangan ulama’ terdahulu dan kontemporari. Ini penting bagi memberi panduan kepada masyarakat akan mudharat yang mampu dijelmakan haiwan tertentu dan teknik kawalan paling berkesan menurut sunnah Nabi SAW tanpa meminggirkan hak-hak eksklusif haiwa

    Anjing pembawa virus rabies: signifikan dan metode interaksi berasaskan fiqh al-hadith

    Get PDF
    Rabies (penyakit anjing gila) kembali membangkitkan keresahan dalam kalangan rakyat Malaysia pada Ogos 2015 setelah kali terakhir direkodkan pada tahun 1999. Penularan wabak bawaan anjing ini menjangkiti manusia melalui luka gigitan, luka pada kulit yang terdedah kepada air liur, cairan dan tisu tubuh dari haiwan dijangkiti. Kini semua agensi berkaitan telah dikerahkan bagi tujuan kawalan wabak. Pelbagai tindakan kawalan yang difikirkan wajar telah mula dilaksanakan di peringkat negeri dan kawasan, termasuk menghapus dan melupuskan anjing yang telah dijangkiti. Signifikannya, Nabi SAW telah membincangkan mengenai bahaya dan ancaman kelompok haiwan perosak termasuk anjing dalam himpunan sabda baginda SAW. Justeru, makalah ini berusaha mengupas fiqh al-Hadith berkenaan anjing yang didapati daripada perbincangan ulama’ terdahulu dan kontemporari. Ini penting bagi memberi panduan kepada masyarakat akan mudharat yang mampu dijelmakan haiwan tertentu dan teknik kawalan paling berkesan menurut sunnah Nabi SAW tanpa meminggirkan hak-hak eksklusif haiwan

    Analysis of the significance treatment of henna in the formulation based on fiqh al-hadith

    Get PDF
    Henna is a type of plant that is normally used in our society as an accessory to paint their nails, hair and for men, beards. However, it is usually an accessory designed for women. Even so, there are some people in the society who use henna as a treatment for postpartum internal wounds. Through inductive and deductive analysis, the objective of this article is to analyse, from the fiqh al-hadith perspective, on the usage of henna that is explained in the hadiths in order to get a comprehensive explanation of the use of henna that was recommended by the Prophet PBUH so that the discussion can be related with the reality of the proper use of henna in society. The results of the study found that, from the fiqh al hadith perspective, the discussion on the use of henna is [1] Henna as a hair dye to darken grey hair; [2] Henna also acts as an accessory designed for women whether it is for their nails or hair; [3] The law prohibits the use of the colour of henna for men as accessories that resemble women (tasyabbuh); [4] Henna as wound treatments; and [5] Henna for leg pain treatments. Hence, the outcome of this discussion can be developed into a scientific study to prove precisely the use of henna to benefit the society as a whole
    corecore