15 research outputs found

    Hubungan Efikasi Kendiri Guru dengan Mindset Guru Sekolah Rendah

    Get PDF
    Kertas konsep ini bertujuan membincangkan tentang efikasi kendiri dengan mindset guru sekolah rendah di Negeri Sabah. Kecemerlangan akademik tidak akan mampu direalisasikan sekiranya barisan guru hari ini tidak mempunyai efikasi yang merujuk kepada strategi pengajaran, pengurusan bilik darjah dan penglibatan pelajar. Dalam mengejar kecemerlangan ini, guru-guru perlu sedar akan tanggungjawab dan peranan mereka. Apabila guru yakin dan sentiasa bermotivasi dalam pengajaran, maka proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan bagi mencapai matlamat sekolah iaitu melahirkan pelajar yang cemerlang. Sejak lima dekad terdahulu, kajian menunjukkan bahawa efikasi kendiri guru berkait rapat dengan pencapaian pelajar. Semakin tinggi efikasi guru semakin besar kesannya kepada pelajar. Tambahan pula, guru yang mempunyai mindset pertumbuhan (growth mindset) berbanding mindset tetap (fixed mindset) menunjukkan lebih besar impak positifnya kepada pencapaian akademik pelajar. Mindset tetap (fixed mindset) adalah kepercayaan bahawa trait individu adalah sesuatu yang telah ditetapkan. Setiap insan mempunyai kelebihan otak dan bakat yang tertentu dan tidak ada apa yang boleh dilakukan untuk mengubahnya. Mindset pertumbuhan (Growth) ditakrifkan sebagai kepercayaan seseorang individu bahawa trait seseorang seperti kecerdasan dan bakat boleh diperkembangkan melalui usaha dan sifat dedikasi. Justeru tidak hairan bahawa efikasi kendiri berkait rapat dengan mindset guru dalam melahirkan pelajar yang cemerlang

    Pengaruh Beban Tugas dan Motivasi Terhadap Keefisienan Kerja Guru Sekolah Menengah di Sabah

    Get PDF
    Kertas kerja konsep ini membincangkan pengaruh beban tugas dan motivasi terhadap keefisienan kerja guru sekolah menengah di Sabah. Beban tugas guru merujuk kepada tugasan ataupun tanggungjawab rasmi yang telah diberikan oleh pihak sekolah kepada guru untuk dilaksanakan sepanjang masa sama ada di dalam ataupun di luar bilik darjah. Beban tugas guru dibahagikan kepada dua iaitu beban tugas akademik dan beban tugas bukan akademik. Motivasi guru merupakan dorongan dalam diri guru dalam melaksanakan tugas yang diberikan kepadanya. Motivasi guru dibahagikan kepada dua iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Keefisienan kerja guru merujuk kepada cara bagaimana guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi menggunakan kaedah yang pelbagai. Beban tugas akademik dan beban tugas bukan akademik yang diberikan kepada guru akan mempengaruhi motivasi guru. Motivasi guru yang dipengaruhi oleh beban tugas ini seterusnya akan mempengaruhi keefisienan kerja guru

    Kepimpinan Pengajaran, Sekolah Berkesan dan Peradaban Organisasi di Pedalaman Sarawak

    Get PDF
    Kertas konsep ini membincangkan kepimpinan pengajaran pentadbir, sekolah berkesan dan peradaban organisasi di pedalaman Sarawak. Kepimpinan pengajaran merupakan kepimpinan yang paling dekat dalam bidang pendidikan. Pengaruh kepimpinan dalam sesebuah organisasi mampu memberi impak secara langsung kepada prestasi organisasi tersebut. Dalam konteks kajian ini, organisasi adalah sekolah milik kerajaan. Maka keberkesanan sesebuah sekolah adalah dipengaruhi kepimpinan yang diamalkan oleh pentadbir dan peradaban yang berakar umbi di sekolah tersebut. Kepimpinan pengajaran merupakan kepimpinan yang dititikberatkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dalam anjakan lima untuk menempatkan pemimpin yang berimpak tinggi di sekolah. Pendidikan turut tidak ketinggalan dalam tema Transformasi Nasional 2020-2050 iaitu akses kepada pendidikan berkualiti tinggi. Kepimpinan pengajaran adalah merujuk kepada amalan perancangan pentadbir dalam memberi bimbingan kepada guru dan murid untuk menambahbaik dan meningkatkan prestasi kendiri dan sekolah secara keseluruhan sama ada dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Prestasi ini akan membawa kepada penterjemahan sekolah berkesan dari dua bidang utama tersebut dengan aspirasi kemenjadian murid. Walau bagaimanapun, terdapat faktor lain yang turut memainkan peranan dalam peningkatan prestasi, iaitu pengaruh peradaban organisasi yang terbentuk di bawah pimpinan pentadbir

    Interaksi Kepimpinan Perkongsian Mentor Melalui Motivasi Kerja Guru

    Get PDF
    Kertas konsep ini membincangkan interaksi gaya kepimpinan perkongsian ‘mentor’ terhadap tekanan kerja guru melalui motivasi kerja guru sekolah rendah di Sabah. Dalam proses mencapai matlamat untuk meningkatkan pencapaian murid, perkembangan dan pengukuhan kualiti guru perlu diberikan perhatian yang lebih lagi terutamanya motivasi dan pengurusan tekanan kerja di sekolah. Guru-guru juga memerlukan bantuan atau bimbingan daripada ‘mentor’ iaitu pegawai SISC+ untuk menjalankan pengajaran yang berkesan. Melalui bimbingan mentor tersebut, kualiti pendidikan yang lebih baik dapat dipelajari oleh murid-murid di sekolah rendah. Kepimpinan perkongsian terbentuk daripada faktor berorientasikan tugas seperti perancangan dan pengurusan serta penyelesaian masalah, dan faktor berorientasikan hubungan seperti sokongan dan pertimbangan serta pembangunan dan pementoran. Kepimpinan perkongsian semakin berkembang dan digunakan di dalam organisasi sebagai struktur berasaskan pasukan menggantikan struktur hierarki. Maka, motivasi kerja akan merangsang individu untuk mengambil tindakan tertentu untuk mendorong pekerja mencapai hasil yang berkesan. Motivasi bermula daripada keperluan, matlamat yang ingin dicapai dan haruslah mempunyai pertimbangan dan guru yang bermotivasi sentiasa berada dalam suatu ketegangan. Bagi mengurangkan tekanan ini, mereka harus lebih berusaha. Tekanan kerja adalah pengalaman yang berkait rapat dengan emosi guru tersebut terutamanya perasaan negatif dan berkaitan dengan kerja guru. Justeru itu, apabila guru boleh mengawal tekanan mereka, maka proses pengajaran dan pembelajarannya akan berjalan dengan lancar dan berkesan dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

    Kepimpinan Servan: Satu Alternatif Pengurusan Sekolah Abad Ke-21

    Get PDF
    Perubahan pendidikan semasa memerlukan kepimpinan berkesan pengetua. Pelbagai teori dan model mengenai kepimpinan disajikan menerusi literatur, namun jarang menyentuh aspek Kepimpinan Servan. Kajian ini dilakukan bertujuan mengenal pasti amalan kepimpinan servan pengetua dari persepsi guru sekolah menengah di Sabah, Malaysia. Kajian berbentuk bukan eksperimental ini menggunakan kaedah tinjauan dan mengabungkan beberapa teknik pensampelan kebarangkalian dalam mendapatkan sampel. Data dikumpul menggunakan satu set borang soal selidik adaptasi dari Servant Organizational Leadership Assessment (SOLA) Laub (1999), dan ditadbir ke atas 439 orang guru. Data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 21.0. Berdasarkan analisis deskriptif, didapati kepimpinan servan pengetua diamalkan pada tahap tinggi. Seramai 377 orang guru (85.9%) mempersepsikan pengetua mempunyai amalan yang tinggi dalam pengurusan sekolah. Keputusan analisis Ujian-t yang diperoleh adalah tidak signifikan (t=-0.472, df=437, p>0.05), yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan amalan kepimpinan servan pengetua berdasarkan jantina. Melalui ujian ANOVA sehala, kepimpinan servan pengetua berdasarkan pengalaman mengajar guru juga didapati tidak signifikan [F (df=2, 436) =0.061, p>0.05]. Kajian menyimpulkan bahawa tiada perbezaan dalam kepimpinan servan pengetua berdasarkan pengalaman mengajar guru. Kajian mencadangkan agar amalan kepimpinan servan diterapkan dalam pengurusan pengetua memandangkan guru terbukti dapat menerimanya. Guru dan komuniti sekolah lebih dihargai, dibangun, dan dipimpin ke arah mencapai matlamat organisasi yang disasarkan

    Exploring the Natural Attributes of Principals as Educational Leaders

    Get PDF
    This study sought to explore the leadership of principals as educational administrators based on their natural attributes. The excellence in the actions of principals as educational administrators will serve as the determining factor for the success of a school across nine fields listed in the Malaysian School Principals Competency Standards. This success is mainly driven by the natural attributes of principals’ leadership in influencing the processes and behaviour of teachers in the delivery of education. This study also explores leadership issues and problems that are still of current interest. Principals’ competency levels in executing leadership still show that teachers are constrained by numerous flaws particularly in the teaching and learning in schools. Such conditions are often mirrored in schools with poor leadership display by Principals who are bent on putting off planned educational programmes. This qualitative study was done as a single case study. Qualitative data obtained via interviews with 10 informants in school formed the research case. The interviews were semi-structured and were analysed manually using category classification. The interviews explained the natural attributes reflected via Principals’ leadership orientation to answer the issues in this study. The findings of this study shall serve as additional elements in the process of selecting and placing Principals, as well as be developed as a guide for educational administrators desiring effective and quality leadership orientation for managing and administrating schools in Sabah. This study is of importance as it contributes additional knowledge in the fields of education and human resource for the benefit of other researchers

    Pengaruh Motivasi Kerja Intrinsik dan Ekstrinsik Terhadap Keefisienan Kerja Guru Sekolah Menengah di Negeri Sabah

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat pengaruh antara motivasi kerja intrinsik dan motivasi kerja ekstrinsik terhadap tahap keefisienan kerja guru sekolah menengah di negeri Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan reka bentuk bukan eksperimen. Kaedah kajian yang digunakan merupakan kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 375 orang guru sekolah menengah yang dijadikan sampel kajian. Sampel kajian ini dipilih menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Instrumen soal selidik digunakan untuk mengukur variabel kajian. Ujian Regresi Pelbagai menerusi Perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) pula digunakan untuk menganalisis data mentah daripada responden. Dapatan kajian menunjukkan motivasi kerja intrinsik guru (Beta = 0.31), (t = 6.76, P<0.05) merupakan peramal yang lebih signifikan berbanding motivasi kerja ekstrinsik guru (Beta = 0.29), (t = 8.41, P<0.05) terhadap keefisienan kerja guru sekolah menengah di negeri Sabah. Pengaruh keseluruhan pula menunjukkan motivasi kerja boleh menerangkan secara signifikan sebanyak 60 peratus daripada varians dalam variabel bersandar iaitu keefisienan kerja guru [F (2, 372) = 104.25, P<0.05)]. Kesemua variabel berhubung secara positif. Kajian ini diharap dapat memberikan input baharu berkaitan dengan aspek-aspek kajian yang seterusnya bermanfaat untuk memperkasa profesion keguruan dan sistem pendidikan negara secara holistik

    Penilaian pengetahuan dan kesediaan menghadapi bencana gempa bumi dalam kalangan guru sekolah di Ranau, Sabah

    Get PDF
    Gempa bumi Ranau yang melanda pada 5 Jun 2015 adalah gegaran yang paling kuat di Sabah dan menyebabkan penduduk tempatan dalam keadaan panik. Hal ini menunjukkan bahawa penduduk di Sabah harus dididik agar bersedia untuk menghadapi bencana alam ini yang dijangka akan berlaku dalam masa 20 tahun lagi. Pelbagai kajian menunjukkan hasrat murni ini akan tercapai sekiranya pengetahuan pencegahan dan mengahadapi gempa bumi ini diterapkan melalui pendidikan formal di sekolah. Namun begitu, pengetahuan dan kesediaan guru tentang pencegahan dan menghadapi bencana gempa bumi perlu diambil kira untuk memastikan mereka bersedia untuk mendidik murid. Kajian ini yang berpaksikan kaedah penyelidikan gabungan (Explanatory Sequantial Design) dijalankan untuk mengkaji pengetahuan dan kesediaan guru sekolah di Ranau untuk menghadapi bencana gempa bumi. Kaedah persampelan bertujuan telah digunakan untuk memilih 18 buah sekolah yang mengalami kerosakan teruk akibat dari bencana gempa bumi 2015. Enam orang guru lelaki dan perempuan telah dipilih secara rawak mudah untuk ditemuramah. Instrument The Spittal Eartquake knowledge and Readiness Scale digunakan untuk mendapatkan data kuantitatif. Data kualitatif dikumpul dengan menggunakan kaedah temuramah semuka. Analisis data kuantitatif menunjukkan bahawa tahap pemahaman konsep gempa bumi dan kesediaan guru untuk menghadapi bencana alam ini adalah sederhana. Terdapat juga perbezaan yang signifikan tahap pemahaman mengenai konsep gempa bumi dan kesediaan untuk menghadapi bencana ini antara guru lelaki dan perempuan. Analisis kualitatif menunjukkan tahap pemahaman konsep dan kesedian guru untuk menghadapi bencana gempa bumi adalah sederhana kerana mereka tidak jangka bahawa kawasan Ranau berisiko tinggi. Guru perempuan mempunyai pengetahuan yang lebih baik berbandingkan guru lelaki dalam menghadapi bencana gempa bumi kerana mereka meneroka maklumat melalui internet, akhbar, laman web dan group Whats App. Penemuan kualitatif juga merumuskan bahawa guru lelaki lebih bersedia menghadapi bencana gempa bumi berbanding dengan guru wanita. Oleh itu, disarankan agar pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Pendidikan Daerah dengan kerja sama NGO menganjurkan kursus dan latihan untuk membantu guru meningkatkan pengetahuan bencana gempa agar mereka lebih bersedia untuk menghadapi bencana gempa bumi dan menyalurkan ilmu ini kepada murid di sekola

    Pengaruh Pembangunan Penerapan Nilai dalam Pendidikan Abad Ke 21 Terhadap Pembentukan Sahsiah Murid Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar di Sabah

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan bagi mengkaji pengaruh pembangunan penerapan nilai dalam pendidikan abad ke-21 terhadap pembentukan sahsiah murid Sekolah Kurang Murid (SKM) luar bandar di Sabah. Selain itu, kajian ini mengkaji perbezaan skor min pembangunan penerapan nilai dalam pendidikan abad ke-21 dan pembentukan sahsiah murid Sekolah Kurang Murid (SKM) luar bandar di Sabah. Kajian ini menggunakan reka bentuk bukan eksperimen dan kaedah kuantitatif. Seramai 209 orang guru SKM telah dipilih untuk dijadikan sampel dalam kajian ini. Sampel ini ditentukan dengan menggunakan kaedah pensamplean rawak mudah. Instrumen soal selidik pula telah digunakan untuk memperoleh maklumat daripada sampel kajian. Data mentah yang diperoleh daripada sampel kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dengan menggunakan analisis statistik inferensi yang melibatkan analisis Regresi Linear. Hasil analisis menunjukkan terdapat pengaruh signifikan yang positif dan kuat antara pembangunan penerapan nilai dalam pendidikan abad ke-21 terhadap pembentukan sahsiah murid Sekolah Kurang Murid (SKM) luar bandar di Sabah (Beta=0.88, t=27.65).  Hasil kajian ini diharap dapat memberikan input bermanfaat kepada pelbagai pihak khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha meningkatkan kemampuan sekolah untuk melahirkan murid yang bersahsiah dan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara

    Hubungan antara Pembangunan Penerapan Nilai dalam Pendidikan Abad Ke-21 dengan Pembentukan Sahsiah Murid Sekolah Kurang Murid (SKM) Luar Bandar di Sabah

    Get PDF
    Penerapan nilai dalam pendidikan abad ke-21 amat penting bagi membentuk sahsiah murid yang mapan dalam pelbagai aspek seperti yang digariskan dalam Falsafah pendidikan Kebangsaan (FPK). Kajian korelasi ini dijalankan bagi mengkaji hubungan pembangunan penerapan nilai dalam pendidikan abad ke-21 dengan pembentukan sahsiah murid Sekolah Kurang Murid (SKM) luar bandar di Sabah. Kajian ini menggunakan reka bentuk bukan eksperimen dan kaedah kuantitatif. Seramai 209 orang guru SKM dijadikan sampel dalam kajian ini yang dipilih menggunakan kaedah pensamplean rawak mudah. Instrumen soal selidik pula digunakan bagi mengukur variabel-variabel kajian. Data mentah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dengan menggunakan analisis statistik inferensi yang melibatkan ujian Korelasi Pearson. Hasil analisis menunjukkan terdapat hubungan positif signifikan yang kuat antara pembangunan penerapan nilai dalam pendidikan abad ke-21 dengan pembentukan sahsiah murid Sekolah Kurang Murid (SKM) luar bandar di Sabah (r=0.88, P<0.05). Dapatan kajian ini memberi maklumat berguna berkaitan dengan penerapan nilai dalam pendidikan abad ke-21 dan pembentukan sahsiah murid yang diharap dapat memberikan sumbangan ke arah memperkasakan sistem pendidikan kebangsaan
    corecore