4 research outputs found

    Seni Mengikat Tengkolok Warisan Perak Darulridzuan

    Get PDF
    Tujuan penulisan kertas kerja ini adalah untuk mendokumentasikan proses teknik lipatan tengkolok warisan Melayu. Tengkolok merupakan salah satu hiasan atau penutup kepala lelaki Melayu yang unik serta mempunyai identiti tersendiri.Seni mengikat tengkolok ini mencerminkan ketinggian ilmu serta kreativiti orang Melayu zaman dahulu dalam mereka bentuk sesebuah tengkolok. Bagi menjelaskan proses teknik lipatan tengkolok ini, pendekatan kebudayaan secara kualitatif digunakan. Data secara bertulis atau visual dikumpul dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual. Hasil penelitian mendapati bahawa proses teknik lipatan tengkolok ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian pertama adalah teknik lipatan asas, bahagian kedua adalah simpul dan bahagian ketiga adalah solek (reka bentuk). Justeru itu, kertas kerja ini akan membincangkan mengenai teknik lipatan tengkolok Ayam Patah Kepak dari Perak Darul Ridzuan. Pendokumentasian teknik lipatan tengkolok ini merupakan salah satu cara bagi menghargai hasil seni warisan Melayu agar terpelihara dan diwarisi dari zaman ke zaman. Di samping itu kajian ini dapat dijadikan rujukan kepada para penyelidik terutama dalam warisan pakaian Melayu dan generasi muda pada masa kini serta akan datan

    Struktur reka bentuk mimbar masjid baru Terengganu / Noor Hafiza Ismail...[et.al]

    Get PDF
    Terengganu terletak di kawasan Pantai timur Semenanjung Malaysia yang mana merupakan sebuah negeri yang mempunyai pusat pentadbiran di pesisir pantai. Segala bentuk pengurusan negeri dikendalikan oleh Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu. Oleh itu sebarang urusan berkaitan dengan pembinaan masjid berada dibawah pengawasan majlis tersebut. Kedatangan Islam ke Terengganu melahirkan banyak masjid-masjid sebagai rumah Allah yang berfungsi menyampaikan ajaran Islam. Mengikut sumber dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu yang telah direkod bahagian pengurusan sebanyak 498 buah masjid telah dibina. Masjid-masjid di Terengganu ini mula banyak dibina selepas tahun 2004. Melalui pembinaan masjid, maka lahirlah mimbar yang menjadi satu elemen wajib ada pada pembinaan sesebuah masjid. Pembinaan mimbar mempunyai perkaitan di antara struktur reka bentuk mimbar dengan anggota badan kurang diberi perhatian oleh masyarakat umum. Bagi memberi pendedahan kepada masyarakat penelitian pada kajian struktur mimbar dijalankan dengan lebih terperinci. Hasil dari kajian yang dijalankan mendapati setiap struktur mimbar mempunyai perkaitan dengan struktur anggota badan manusia. Hasil dari kajian reka bentuk mimbar menunjukkan setiap kesenian Melayu mempunyai perkaitan dalam kehidupan seharian diantara satu sama lain. Reka bentuk mimbar menjadi kesenian yang dapat menjadikan seseorang manusia itu sentiasa berfikir tentang kehidupan di antara manusia dengan pencipta, sesama manusia dan alam sekitar

    Keindahan tengkolok getam pekasam warisan kesultanan Perak Darul Ridzuan / Liza Marziana Mohamad Noh...[et.al]

    Get PDF
    Tengkolok merupakan salah satu hiasan kepala lelaki Melayu yang amat terkenal sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga kini. Setiap negeri memiliki reka bentuk tengkolok yang berbeza walaupun mempunyai nama yang sama. Negeri Perak Darul Ridzuan adalah sebahagian daripada negeri di tanah Melayu yang memiliki reka bentuk tengkolok yang tersendiri. Persoalannya adakah reka bentuk tengkolok di negeri Perak itu indah? Bagi menjelaskan perkara ini penulis menggunakan penelitian kualitatif dengan pendekatan kebudayaan iaitu dengan mengumpul data-data bertulis ataupun visual. Kaedah wawancara dan observasi digunakan dalam mengumpul data mengenai tengkolok di negeri Perak. Hasil penelitian di dapati terdapat beberapa aspek keindahan dalam menghasilkan tengkolok di negeri Perak iaitu teknik lipatan dan makna di sebalik reka bentuknya. Oleh itu, tengkolok Getam Pekasam yang merupakan salah satu reka bentuk tengkolok yang masih diguna pakai di Kesultanan Perak Darul Ridzuan akan dibincangkan di dalam kertas kerja ini. Selain itu, penulisan mengenai keindahan tengkolok Getam Pekasam ini dapat memberi peluang kepada generasi muda dalam mengenali warisan seni budaya Melayu. Justeru itu, keindahan tengkolok ini dapat memelihara budaya Melayu daripada terus pupus ditelan zaman
    corecore