Struktur reka bentuk mimbar masjid baru Terengganu / Noor Hafiza Ismail...[et.al]

Abstract

Terengganu terletak di kawasan Pantai timur Semenanjung Malaysia yang mana merupakan sebuah negeri yang mempunyai pusat pentadbiran di pesisir pantai. Segala bentuk pengurusan negeri dikendalikan oleh Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu. Oleh itu sebarang urusan berkaitan dengan pembinaan masjid berada dibawah pengawasan majlis tersebut. Kedatangan Islam ke Terengganu melahirkan banyak masjid-masjid sebagai rumah Allah yang berfungsi menyampaikan ajaran Islam. Mengikut sumber dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu yang telah direkod bahagian pengurusan sebanyak 498 buah masjid telah dibina. Masjid-masjid di Terengganu ini mula banyak dibina selepas tahun 2004. Melalui pembinaan masjid, maka lahirlah mimbar yang menjadi satu elemen wajib ada pada pembinaan sesebuah masjid. Pembinaan mimbar mempunyai perkaitan di antara struktur reka bentuk mimbar dengan anggota badan kurang diberi perhatian oleh masyarakat umum. Bagi memberi pendedahan kepada masyarakat penelitian pada kajian struktur mimbar dijalankan dengan lebih terperinci. Hasil dari kajian yang dijalankan mendapati setiap struktur mimbar mempunyai perkaitan dengan struktur anggota badan manusia. Hasil dari kajian reka bentuk mimbar menunjukkan setiap kesenian Melayu mempunyai perkaitan dalam kehidupan seharian diantara satu sama lain. Reka bentuk mimbar menjadi kesenian yang dapat menjadikan seseorang manusia itu sentiasa berfikir tentang kehidupan di antara manusia dengan pencipta, sesama manusia dan alam sekitar

    Similar works