10 research outputs found

    Pengurusan agihan zakat asnaf mu’allaf di Majlis Agama Islam Negeri Johor

    Get PDF
    Makalah berbentuk kajian deskriptif ini bertujuan untuk meneliti pengurusan agihan zakat asnaf mu’allaf di Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Instrumen kajian yang digunakan ialah kajian dokumen dan soal selidik. Sampel kajian seramai 30 orang yang terdiri daripada kalangan saudara baru terlibat dalam kajian ini dan lokasi kajian ialah di negeri Johor Darul Takzim. Terdapat dua konstruk yang dikaji, iaitu persepsi saudara baru terhadap pengurusan agihan zakat dan kesan-kesan agihan zakat kepada saudara baru. Dapatan kajian ini menunjukkan responden agak berpuas hati dengan sistem agihan zakat di MAINJ. Secara holistik, kajian ini merumuskan bahawa agihan zakat untuk asnaf mu’allaf adalah amat penting untuk dilaksanakan dan diuruskan dengan baik demi kesejahteraan para mu’allaf, khasnya dalam hal-ehwal pengurusan agihan zakat golongan ini di MAINJ

    Bimbingan Saudara Baru Melalui Model Pendidikan Berasrama di Asrama Darul Hidayah, Kuala Lumpur

    Get PDF
    Kajian ini menfokuskan penerapan model pendidikan berasrama kepada saudara baru. Ia merupakan kaedah bimbingan saudara baru yang digunakan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI). Memandangkan saudara baru adalah golongan yang belum kukuh kefahaman dan pegangan mereka terhadap agama Islam. Maka, model bimbingan saudara baru berkonsepkan asrama diwujudkan bagi membentuk persekitaran yang bercorak Islami. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan konsep model pendidikan berasrama, mengetahui pelaksanaan model pendidikan berasrama di Asrama Darul Hidayah dan mengenal pasti nilai-nilai Islam yang wujud dalam model pendidikan berasrama. Kajian ini merupakan kajian kualitatif (kualitatif research). Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan observasi, wawancara dan dokumentasi. Model analisis data yang digunakan dalam kajian ini adalah deskriptif analisis. Dengan langkah-langkah pengumpulan data, reduksi data, penyajian data dan penarikan kesimpulan. Kajian menunjukkan bahawa bimbingan yang diterapkan melalui model pendidikan berasrama mempunyai elemen-elemen pembelajaran, kelaziman, pengembangan diri, keteladanan, menjalin komunikasi dengan para mubaligh (pengajar), penerima nasihat dan perhatian. Elemen-elemen tersebut menyumbang kepada penambahbaikan dalam meningkatkan kualiti saudara baru dalam aspek ilmu pengetahuan Islam, pengamalannya sekaligus mampu berinteraksi bersama masyarakat dengan baik.Kajian ini menfokuskan penerapan model pendidikan berasrama kepada saudara baru. Ia merupakan kaedah bimbingan saudara baru yang digunakan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI). Memandangkan saudara baru adalah golongan yang belum kukuh kefahaman dan pegangan mereka terhadap agama Islam. Maka, model bimbingan saudara baru berkonsepkan asrama diwujudkan bagi membentuk persekitaran yang bercorak Islami. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan konsep model pendidikan berasrama, mengetahui pelaksanaan model pendidikan berasrama di Asrama Darul Hidayah dan mengenal pasti nilai-nilai Islam yang wujud dalam model pendidikan berasrama. Kajian ini merupakan kajian kualitatif (kualitatif research). Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan observasi, wawancara dan dokumentasi. Model analisis data yang digunakan dalam kajian ini adalah deskriptif analisis. Dengan langkah-langkah pengumpulan data, reduksi data, penyajian data dan penarikan kesimpulan. Kajian menunjukkan bahawa bimbingan yang diterapkan melalui model pendidikan berasrama mempunyai elemen-elemen pembelajaran, kelaziman, pengembangan diri, keteladanan, menjalin komunikasi dengan para mubaligh (pengajar), penerima nasihat dan perhatian. Elemen-elemen tersebut menyumbang kepada penambahbaikan dalam meningkatkan kualiti saudara baru dalam aspek ilmu pengetahuan Islam, pengamalannya sekaligus mampu berinteraksi bersama masyarakat dengan baik

    Muslim Preacher’s persuasive strategy in da’wah communication to indigenous people (Orang Asli) in Selangor / Zulkefli Aini...[et.al]

    Get PDF
    The process of communication in delivering da’wah messages among the community of indigenous people (Orang Asli) demands da’wah efforts to guide positive changes towards the practice and appreciation of Islamic teachings. Therefore, this article is to identify muslim preacher’s persuasive strategy in da’wah communication to the community of indigenous people in Selangor. By using the theory developed by Achmad Mubarak who discussed persuasive communication from Islamic Da’wah perspective, the study is in fact a qualitative study with a case study design. Data collection was through semi-structured interviews. Some of seven research participants who were purposely selected comprising the Community Development Officers of Indigenous People or Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) and the Revert Preacher Panelist or Panel Dakwah Mualaf (PDM), two representatives from the Association of Welfare and Management Muslim Orang Asli Selangor or Persatuan Kebajikan dan Pengurusan Islam Orang Asli Selangor (PKPI) and al-Khalifah Foundation (Yayasan al-Khalifah) that has involved with preaching the indigenous people community. The data from interviews were analysed using thematic method which included the procedure of making transcription and reduction. The study found that the persuasive strategy of preachers in da’wah communications that took place involved the authority of preachers through the appointment and cooperation with Islamic institutions, the credibility of preachers namely knowledge, intentional preaching, spiritual practices and noble character and the application of indigenous people community changes that consisted of cognitive, behavioral and emotional aspects. Hence, the proponent approach as a strategy in da’wah communication of the indigenous people community can shape the thinking, appreciation and practice of the Islamic teachings willingly. The study, therefore may have implications for the government agencies such as the Department of Islamic Development Malaysia, State Islamic Religious Council and non-governmental organizations as an effort to enhance the effectiveness of da’wah movement among indigenous people communit

    Bentuk komunikasi pengajaran dalam pengajian takmir di institusi masjid: satu tinjauan literatur

    Get PDF
    Komunikasi merupakan aspek yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara formal atau tidak formal. Pengajian takmir masjid merupakan salah satu bentuk pengajian tidak formal yang berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning). Komunikasi dalam pengajaran ini lebih ditentukan mengikut mesej agar diterima oleh khalayak sasaran untuk membantu kefahaman dan penghayatan hidup beragama yang lebih berkualiti. Rekabentuk kajian adalah berbentuk kajian deskriptif. Dengan menggunakan metod analisis kandungan, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bentukbentuk komunikasi pengajaran dalam pengajian takmir di institusi masjid. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat bentuk komunikasi pengajaran yang digunakan dalam kalangan pengajar-pengajar takmir di Malaysia iaitu berbentuk komunikasi syarahan, motivasi, tunjuk cara dan berbantukan teks. Dapatan ini menunjukkan bentuk komunikasi yang digunakan memberikan kesan terhadap penerimaan pengajaran takmir di institusi masjid

    Dakwah kepada golongan muallaf orang asli di Kelantan

    Get PDF
    Artikel ini bertujuan untuk mengetengahkan aktiviti dan pendekatan dakwah kepada masyarakat Muallaf Orang Asli di Kelantan. Bagi mencapai tujuan tersebut beberapa organisasi dakwah telah dipilih oleh kajian ini seperti Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Islamic Outreach ABIM, Kok Lanas Kelantan (IOA Kelantan) dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Kelantan (JHEOA Kelantan). Pengumpulan data melibatkan metode kepustakaan dan lapangan. Manakala penganalisaan data pula menggunakan metode deduktif dan induktif. Hasil kajian mendapati bahawa aktiviti dan pendekatan dakwah yang dilaksanakan oleh organisasi tersebut terhadap masyarakat Muallaf Orang Asli di Negeri Kelantan telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada golongan Muallaf

    The Zakat Distribution Management of Majlis Agama Islam Negeri Johor for the Mu’allaf Asnaf

    Get PDF
    This descriptive study aims to examine the management of zakat recipients mu’allaf in Johor Religious Council (JRC or MAINJ). The instruments used are document’s analysis and questionnaires. The sample consisted of 30 people among the new converts participated in this study and the study area is in the state of Johor. There are two constructs in this study: the perception of a new converts on the management of zakat distribution and the effects of the distribution of zakat to the new converts. The results discovered that the respondents are quite satisfied with the system of zakat distribution in JRC. Holistically, the study concluded that zakat distribution to new converts is very important to be implemented and managed properly for the welfare of the mu’allaf, especially in the affairs of the management of zakat distribution in JRC

    Adab Ikhtilaf dalam dakwah Islamiyah

    Get PDF
    Ikhtilaf merupakan lumrah kehidupan yang tidak dapat dielakkan bahkan perlu diuruskan mengikut ketetapan syarak. Dakwah islamiah sangat memerlukan kepada adab Ikhtilaf supaya pelaksanaan dakwah sampai, difahami dan dihayati dalam kehidupan masyarakat Muslim. Antara persoalan yang dikenal pasti dalam penulisan ini ialah adakah dakwah islamiah hari ini menepati kehendak adab Ikhtilaf dan bagaimana penerapan adab Ikhtilaf dalam dakwah? Justeru artikel ini bertujuan mengkaji maksud adab Ikhtilaf terutamanya dalam dakwah islamiah dan mengkaji pendekatan yang perlu dalam menjayakan penyebaran Islam secara menyeluruh. Kajian ini adalah berbentuk analisis kandungan. Hasil penyelidikan ini menunjukkan bahawa masyarakat perlu memahami adab Ikhtilaf dan pemahaman adab Ikhtilaf menjamin kejayaan dakwah pada hari ini. Pendekatan adab Ikhtilaf sangat perlu kepada para pendakwah, pemilihan isi yang tepat, penerapan wasilah semasa dan juga uslub yang bersesuaian

    Pengurusan Agihan Zakat Asnaf Mu’allaf di Majlis Agama Islam Negeri Johor

    Get PDF
    Makalah berbentuk kajian deskriptif ini bertujuan untuk meneliti pengurusan agihan zakat asnaf mu’allaf di Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Instrumen kajian yang digunakan ialah kajian dokumen dan soal selidik. Sampel kajian seramai 30 orang yang terdiri daripada kalangan saudara baru terlibat dalam kajian ini dan lokasi kajian ialah di negeri Johor Darul Takzim. Terdapat dua konstruk yang dikaji, iaitu persepsi saudara baru terhadap pengurusan agihan zakat dan kesan-kesan agihan zakat kepada saudara baru. Dapatan kajian ini menunjukkan responden agak berpuas hati dengan sistem agihan zakat di MAINJ. Secara holistik, kajian ini merumuskan bahawa agihan zakat untuk asnaf mu’allaf adalah amat penting untuk dilaksanakan dan diuruskan dengan baik demi kesejahteraan para mu’allaf, khasnya dalam hal-ehwal pengurusan agihan zakat golongan ini di MAINJ

    Penerimaan pengajian takmir di institusi masjid sebagai pembelajaran sepanjang hayat (PSH) bagi pengukuhan kefahaman Islam dalam masyarakat Muslim

    Get PDF
    Pengajian takmir di masjid merupakan salah satu bentuk pembelajaran sepanjang hayat (PSH) yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 1985. Ia telah memberikan sumbangan yang besar terhadap pengukuhan kefahamaan Islam dalam masyarakat Islam di Malaysia. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti penerimaan responden terhadap bahan dan metod pengajaran dalam pengajian takmir di institusi masjid. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif. Sebanyak 30 buah masjid di negeri Selangor sampel telah dipilih dengan menggunkan kaedah persampelan rawak kluster. Seramai 400 responden telah dipilih di tiga zon daerah masjid kariah negeri Selangor. Data kajian telah dikumpul menggunakan menggunakan soal selidik. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan nilai kekerapan, peratus, purata min dan analisis varian sehala (ANOVA). Hasil kajian mendapati penerimaan responden terhadap mawduk dalam pembelajaran akidah dengan nilai purata min di tahap tinggi (min = 3.90), penerimaan mawduk dalam pembelajaran ibadah dengan purata min di tahap tinggi (min = 4.03), penerimaan mawduk dalam pembelajaran akhlak dengan purata min di tahap tinggi (min = 3.98), penerimaan mawduk dalam pembelajaran hadith dan tafsir dengan nilai purata min di tahap sederhana tinggi (min = 3.69), dan penerimaan mawduk dalam pembelajaran sirah dengan nilai purata min di tahap sederhana tinggi (min = 3.69). Dapatan kajian turut mendapati penerimaan responden terhadap metod pengajaran pengajar dengan nilai purata min di tahap sederhana (min = 3.58). Terdapat perbezaan yang signifikan kekerapan responden mengikuti pengajian takmir masjid dengan bahan yang disediakan (P = 0.007, P<0.05) dan metod pengajaran yang disampaikan (P = 0.035, P<0.05). Implikasi kajian menunjukkan pengajian takmir masjid telah diterima dengan baik dalam masyarakat Islam kerana memberikan nilai penting kepada pembelajaran sepanjang hayat (PSH) bagi mengukuhkan kehidupan beragama. Justeru pengajian takmir masjid yang dijalankan harus menyusun secara sistematik terhadap aspek-aspek yang berkaitan dengan kurikulum, bahan pengajaran kepada peserta dan latihan pengajar agar ia memberikan kesan yang positif kepada masyarakat Islam

    Had ta’lif dan sokongan sosial dalam mensejahterakan mualaf

    Get PDF
    Kehidupan mualaf sebagai orang yang baru dalam Agama Islam berhadapan dengan cabaran dan konflik tertentu. Cabaran ini antara lainnya ialah berkaitan tempoh mereka berada dalam status mualaf di samping keperluan sokongan bagi membolehkan mereka keluar daripada status tersebut. Hal ini tidak mudah kerana ia berkaitan dengan keupayaan seseorang itu untuk menguasai asas ajaran Islam dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama berdasarkan enakmen pentadbiran Islam negeri-negeri di Malaysia. Sokongan sosial yang kuat mungkin boleh mempercepatkan proses mualaf keluar dari had ta’lif atau tempoh bergelar sebagai mualaf. Artikel ini membincangkan had ta’lif mualaf dan juga keperluan sokongan sosial bagi membolehkan mulaf keluar daripada status mualaf dan paling penting mengekalkan mereka dalam agama Islam. Penulisan artikel ini menggunakan kaedah analisis dokumen dengan merujuk al Qur’an, hadith, kitab turath, artikel jurnal dan lain-lain literatur berkaitan subjek kajian. Kaedah analisis data pula dilakukan secara tematik dengan membentu tema-tema tertentu yang mendokong tajuk kajian. Dapatan menunjukkan tempoh atau had ta’lif adalah perlu bagi memudahkan urusan berkaitan pentadbiran pihak berkuasa agama khususnya bantuan zakat. Manakala sakongan sosial dalam bentuk spiritual seperti bimbingan agama, nasihat atau kauseling atau dalam bentuk fizikal seperti bantuan material dan perlindungan keselamatan diperlukan mualaf bagi memastikan kesejahteraan hidup mereka sebagai seorang Muslim. Implikasi kajian ialah kedua-dua had ta’lif dan 120 | Had Ta’lif dan Sokongan Sosial dalam Mensejahterakan Mualaf sokongan sosial adalah signifikan dengan kehidupan mualaf dan menjadi kewajipan masyarakat Islam untuk cakna terhadap kehidupan mereka
    corecore